Beberapa hari yang lepas aku ada kongsikan kepada korang tentang jalan-jalan kat Disneyland Shanghai. Boleh juga baca yang lepas-lepas iaitu
-1 dan 2 Februari - Sampai dan jalan-jalan Shanghai
-3 Februari - Shanghai Museum dan People's Square
Hari ini aku sambung lagi cerita aku...
5 FEBRUARI 2019 - THE BUND DAN THE STARBUCKS COFFEE TERBESAR
Selalunya kalau masa vacation, bangun mestilah pagi ke apa kan...sebab takut kalau-kalau tak sempat. Kali ini kami tak jalan langsung untuk pagi. Ada yang dah nak tengah hari baru nak bangun. Bab makan, kami makan apa yang kami bawak dari tanah air macam Maggi ke apa ke.
Pukul 2.00 petang lebih, baru la kami semua keluar hotel selepas solat. Agenda pada hari itu ialah pergi ke The Bund, kawasan paling popular di Shanghai sebab dekat situlah korang boleh tengok pencakar langit tinggi melangit kat Lujiazui dari the Bund. Selain itu, tempat tu jugak letaknya semua bangunan-bangunan lama dekat sepanjang Jalan Zhongshan. Rata-rata bangunan ini dah ada sejak zaman imperial lagi.
Kami keluar dari stesen East Nanjing Road. Malas pulak nak jalan jauh dari stesen People's Park. Keluar dari stesen merupakan pusat beli-belah yang ada akses sampai ke stesen. Pada waktu kami keluar dari stesen, masa tu memang dah ramai berjalan berpusu-pusu dari arah yang bertentangan pergi ke tempat masing-masing. Kami teruskan jalan sampailah ke the Bund.
Baru keluar daripada stesen... |
Semakin hampir nak sampai the Bund... |
Sepanjang jalan macam-macam kedai ada sampailah ke bahagian bangunan lama, menandakan dah nak sampai ke the Bund. Akhirnya dah boleh nampak dengan jelas bangunan-bangunan pencakar langit bertentangan Sungai Huangpu. Selama ni aku hanya nampak dalam gambar-gambar dalam buku, kali ini tengok depan mata sendiri.
Antara bangunan-bangunan lama yang sempat aku tengok ialah bangunan lama HSBC, The Peace Hotel, Bank of China building dan banyak lagi la bangunan lain.
Dekat sana, first sekali gambar-gambar dulu depan skyline Lujiazui yang sangat associate dengan Shanghai. Lepas tu, kami berjalan-jalan sekitar the Bund sampai la ke penghujung utara iaitu terletaknya the People's Heroes Memorial yang mengenang sejarah sebelum penubuhan Republik Rakyat China bagi konteks Shanghai.
Cantik oiii....skyline ni |
Pandang apa tu?? |
Banyak bangunan lama sepajang jalan ni.... |
Hmm.....ada ukiran ye pasal sejarah kerr.. |
The People's Heroes Monument |
Senja tu pergi ke Starbucks Reserve Roastery, ialah kafe Starbucks paling terbesaq di dunia. Kami naik balik tren Line 2 sampailah ke West Nanjing Road. Itulah paling terdekat dengan kafe tu. Kami mula berjalan terus ke arah timur untuk ke kafe tu.
Tapi dalam tengah kafe tu, ada lagi pulak kafe Starbucks kecik, kali ini dekat bangunan pejabat bawah. Tapi siapa la nak pegi kat situ. Nak pergi yang besar punya la. Aku paling sedap masa makan kat kafe tu ialah makan croissant dan minum kopi...at least boleh la isi perut.
Ni la dikatakan kafe Starbucks terbesar... |
Siap ada pulok tempat proses buat kopi.. |
Hidangan ringkas je.... |
Malam selepas tea time, kami pun teruslah balik ke hotel tapi sebelum itu, kami berjalan kaki dulu sepanjang Nanjing Street sampai ke stesen People's Square. Kami ada la singgah sekejap ke kedai macam kedai buah-buahan untuk makan kat bilik. Penat sikit pasal berjalan jauh tapi berbaloi.
6 FEBRUARI 2019 - YU YUAN GARDEN (KAWASAN SEKITARNYA JERR...) dan MARATHON?
Kami mula keluar hotel pada tengah hari. Stesen untuk kawasan Yu Yuan ialah memang namanya Yu Yuan Garden tapi kena tukar dekat East Nanjing Road. Lepas keluar stesen, kami mula cari mana la tempat masuk dan jugak masjid (untuk solat jamak). Dari Renmin Road kami masuk ke kawasan yang penuh dengan seni bina Cina melalui Panjia Street.
Pada awal nak masuk tu, kami tengok-tengok apa ada di Jalan Fuyou tu. Banyaknya ialah gerai-gerai yang jual cenderamata dan tak jugak ketinggalan ada jual barang kecantikan. Selepas beli sikit-sikit, kami solat dekat masjid dekat Jalan Fuyou tu. Dia punya interior boleh tahan la jugak penuh seni bina Cina, tak la tiru bulat-bulat yang Arab pulak. Selepas solat, kami teruskan jalan-jalan.
Cantik seni bina dalaman depa...depa punya mihrab pun pakai seni bina Cina |
bawah ni...ramai sangat ni... |
Selepas itu, kami keluar balik untuk pergi pulak ke Masjid Xiaotaoyuan yang terletak kat seberang jalan shopping mall tu je, nama jalan itu ialah Henan South Road. Buat masa ni, kitaorang pergi setakat untuk lawat-lawat saja, ambik ambik gambar dan tu je la. Anyway, kat kawasan tu jugak ada masjid khusus untuk wanita yang terletak sebelah masjid utama.
Jem ke apa ni... |
inilah sejidnyee... |
Selepas itu, kami patah balik ke kawasan 'Yu Yuan' tu sebab nak cuba lagi kalau-kalau nak masuk lagi ke dak. Bermula daripada pakai Zhoujin Road, kami lalu la sampai ke bangunan-bangunan seni bina Cina tu. Pada awalnya nak pakai belakang jalan Anren. Tapi malangnya, terlajak pulak sampai ke Renmin Road yang ada The Bund Finance Center. Dalam perjalanan tu, kami adakalanya singgah beberapa kedai.
Cuba nok masuki lagi...tapi still tak dapat pasal panjang beratur sampai ke tempat ni.. |
Nasib baik depan tu ada taman Gucheng yang menandakan kami masih dalam area Yu Yuan. Ok, jadi kami pun patah balik melalui Fuyou Road untuk pergi ke pintu utama Yu Yuan Garden. Tapi malang still ramai jugak yang beratur dan kali ini, lagi panjang sampai adakalanya ber'zig-zag' kononnya. Jadi kami hanya mampu bergambar yang pintu hadapan Lishui Road la.
Kami pun pergi dari situ. Kali ini pergi semula ke The Bund tapi kali ini BERJALAN KAKI dari area Yu Yuan tu. Lalu Waitan Soho, akhirnya sampai la ke kawasan the Bund. Seterusnya apa pulak, kami berjalan pulak SEPANJANG Zhongshan East Road sampailah ke Jiujiang Road (belakang Nanjing East Road). Kat situ pun apa kurangnya bangunan-bangunan lama seperti Mistui Bank.
Then, kami masuk balik ke East Nanjing Road balik. Kali ini jalan terus lagi sampai la ke People's Park. Jauh lagi. Ini baru katanya jalan marathon....6.30 petang, kami balik semula ke hotel.
Sekian, bersambung lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan