Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,
Terlebih dahulu tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2020, dan minta maaf sebab dah lama aku tak mengemaskini blog ni. Sekarang aku dah selesai semseter 5 dan menunggu keputusan peperiksaan. Hari ini aku nak buat coretan tentang percutian aku dan keluarga aku ke Taiwan bermula 18 Januari lalu.
18 Januari 2020 - Hello Taiwan
Tak seperti cuti yang lepas-lepas, kena gerak awal pagi wooo dalam pukul 3.30 pagi lebih sebab kitaorang punya flight AirAsia ke Taoyuan Airport pukul 7.30 pagi wei. Sekurang-kurangnya, 3 jam sebelum flight kena ada kat airport. Juga, sebelum ni kitaorang pakai KLIA main, tapi kali ini pakai KLIA 2. Sebelum ni pernah tapi untuk ke Langkawi je. Ni pertama kali pakai KLIA 2 untuk international flight
Flight dari KLIA2 ke Taoyuan Airport ambil masa dalam lebih kurang hampir 5 jam gitu la. Dalam kepala aku, benda yang nak aku makan mesti Nasi Lemak Pak Nasser....seperti mana dijangka memang sedap. Oh ya, kedai Santan AirAsia dah ada
restoran yang tersendiri yang pertama kat MidValley. Sepanjang tu aku tido je....walaupun dah download movies dalam Netflix...blehh.
|
Sampai dah ke airport |
Sampai di Taoyuan International Airport, kitaorang naik kereta api MRT Taoyuan pi ke Taipei Main Station. Untuk line ni, ada dua jenis servis, iaitu:
1. Ekspres - ni untuk sikit stesen je...
2. Komuter - ni banyak stesen kena berhenti.
Kitaorang pakai komuter masa tu pasal nak cepat naik tren la kan...tapi sampai jugak ke Stesen Taipei. Selepas itu, tukar pulak ke stesen Beimen yang line hijau, ke Ximen. Satu stesen je. Kitaorang menginap di hotel kecik je yang beralamat di No. 20, Lane 50, Section 2, Wuchang Street, Wanhua District, Taipei City, Taiwan.
|
Seikitar pekan Ximen |
Berdekatan dengan hotel ni, Ximen merupakan tempat beli belah yang besar. Ni macam Myeong Dong, Seoul jugak la. Depan hotel tu, ada panggung wayang.
Lepas register kat hotel tu, kitaorang rehat sekejap di hotel tu. Malam itu kami keluar sekejap berjalan-jalan untuk tengok-tengok tempat sekitar Ximen. Paling tempat penting untuk Muslim ada kedai shwarma muslim di dalam lorong tu...nanti aku cerita kemudian.
|
Shwarma...makan sikit der |
19 Januari 2020 - Memorial Chiang Kai Shek, Gongguan dan Shilin
Destinasi pertama pada hati itu ialah Memorial Chiang Kai Shek. Dari Ximen, kami turun terus di stesen itu jugak selepas 2 stesen.
Ni memang tempat penting kalau sesiapa yang pergi ke Taipei sebab ini tempat bersejarah yang penting pasal Presiden Taiwan (nama sebenarnya ialah Republik China) yang pertama yang memerintah sampai 1975.
Kalau nak tau, beliau adalah tokoh penting dalam Perang Saudara China menentang Mao Zedong sampai tahun 1949 bila Republik Rakyat China ditubuhkan. Beliau dan tanah besar China memang tidak asing lagi.
|
Ni kad tiket tapi latar belakang anime... |
|
Ni exhibition hall. |
|
Gerbang masuk...masa ni tengah hujan |
|
Pameran sejarah pembinaan memorial |
Dekat memorial tu, memang ada patung dan ada acara pertukaran pengawal setiap jam. Kadang-kadang jugak ada la buat style sikit.
Dekat tempat yang sama jugak ada pameran mengenai sejarah kehidupan presiden itu dan jugak selingan sejarah pembinaan memorial tu. Untuk pameran, ada bahagian kehidupan awal, awal kegiatan ketenteraan dan politik, zaman Perang Dunia Kedua dan pasca Perang Saudara China.
Oh ya, kat memorial tu jugak ada surau disediakan untuk pengunjung Muslim. Senang la nak solat kat situ....rasanya kat tempat-tempat penting kat Taipei pun ada disediakan kemudahan tersebut.
|
Ni kereta Hudson Hornet ke camner? Kihkih... |
|
Rupa office Chiang Kai Shek |
Selesai berada di memorial, kami ke Gongguan pulak untuk makan. Alhamdulillah ada jugak kedai halal kat situ. Namanya "
Rumah Makan Bismillah" yang beralamat di
No. 7, Lane 244, Section 3, Roosevelt Rd, Zhongzheng District, Taipei City, Taiwan 100. Dapat jugak menjamu selera kat situ. Selepas itu, kitaorang ada jalan-jalan sekejap sebab nak cari kedai untuk beli air mineral. Sampai kadang-kadang lalu pasar mini.
|
Stesen pertukaran..ni KL pun ada rasanya... |
|
Gongguan |
|
Kedai Makan Bismillah |
Menghampiri senja, kami pergi pulak ke Shilin yang dikatakan terkenal dengan beli-belahnya. Tapi masa kami sampai, terutamanya pasar utama, banyak gerai tak buka lagi. Jadi kami jalan-jalan la di kedai-kedai yang ada di sekitarnya. Kejap-kejap ada la singgah untuk tengok barang kalau-kalau nak beli tapi bergantung pada bajet la.
Sebelum balik, kami singgah kat kedai Starbucks tu la. Minum-minum la begitu. Bosan-bosan sikit, aku ada lelap sekejap.
|
Pasar besar...masa ni tak bukak sepenuhnya lagi sebab masih petang |
Sekian untuk coretan Taiwan bahagian pertama. Wassalam...bersambung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan