Rabu, 12 Februari 2020

Jalan-jalan Taiwan - PART 2 (LEOFOO VILLAGE THEME PARK)

Assalamualaikum dan salam sejahtera....hari ini aku nak sambung coretan aku cuti ke Taiwan.. boleh tekan kat sini.

20 Januari 2020 - Leofoo Village Park 

Mungkin ada yang tak tahu tentang taman tema sebab tak taulah jika ada daripada kita pergi ke taman tema  ini tapi itulah yang aku dan keluarga aku pergi pada hari itu. Untuk pengetahuan, Leofoo Village Park terletak di luar Taipei yang berjarak 56 kilometer. Ni paling jauh setakat ini dalam percutian kitaorang.
Jarak antara Ximen dengan Leofoo Park
Inilah peta Leofoo Village Theme Park

Pukul 8.30 pagi dah kena ada di perhentian bas di sebelah pintu keluar stesen kereta api Ximen. Lambat takut nanti terlepas. Mujurlah sempat...walaupun sedikit terlambat sebab ada kelewatan sikit bersiap. Nasib baik bas pada masa itu belum sampai lagi. Tengok ada je orang masih berkumpul dekat perkarangan tu.

Bas yang kitaorang naik tu warna merah jambu, tapi peduli apa sangat. Tapi bas tu, nampak macam dua tingkat, tapi sebenarnya setingkat je sebab bawahnya mungkin letak barang ke apa ke. Kitaorang mula bertolak ke sana selepas naik, dan sampai ke Leofoo Village Park pada pukul 10.00 pagi lebih.
Keluar dari Taipei


Pintu masuk ke taman tema..

Bas inilah yang kitaorang naik

Inilah antara attraction utama Leofoo Park

Daripada luar taman tu, boleh nampak tak lah popular sangat kalau nak dibandingkan dengan jenama-jenama besar seperti Disney, Universal dan lain-lain tapi sekurang-kurangnya ada la taman tema untuk tarikan pelancong. Dekat sana jugak ada taman tema air tapi ditutup sementara sebab masih lagi musim sejuk dan akan dibuka semula pada musim panas nanti (dalam bulan Jun la gitu).

Masa nak masuk, tak perlu lalui kaunter pun sebab dah ada orang dalam bas (rasanya) yang pegang tiket untuk masuk terus. Sebab pada masa tu dah order dah pakai online dan bas tu ke Leofoo Park memang specific purpose bas ke tempat tu jugak.  Ok, kitorang ada tempoh sampai pukul 4.45 petang berada di taman tema itu sebab kena berkumpul balik untuk balik ke Taipei.

First impression untuk taman tema ini lepas masuk, tengok ada Arab-type bangunan taman tema tu. Yang tu aku rasa itulah landmark untuk sekurang-kurangnya taman tema ni. Itu adalah kawasan Arabian Kingdom dan sudah tentu tema seperti Aladdin, Ali Baba dan sebagainya. Permainan di situ buat masa ini tak buka lagi sebab keseluruhan taman tema itu baru je bukak.

Kawasan tu jugak ada restoran makanan halal di situ tapi tak bukak hari itu. Sebagai sarapan pagi, kami makan fries di satu lagi restoran. Hanya kitorang je pelanggan di restoran itu masa tu sebab tak ramai lagi masuk ke restoran tu.


Isi perut sikit derr...

Selesai mengisi perut, kami pergi ke kawasan African Safari. Kat situ lebih kurang macam zoo jugak sebab ada macam-macam haiwan yang ada dipamerkan kat situ. Pertama sekali yang aku tengok ialah seperti orang utan. Ada lagi tempat seperti kambing dan Zulu Petting Zoo.




Hai kambing-kambing




Ontaaaa....

Antara first ride yang aku naik ialah Monkey Trail. Dia kena kayuh, macam kita kayuh basikal tapi TINGGI WEI! Sebab kena kayuh atas rail yang satu je....wei..ni aku nak ambil gambar pakai phone pun kena pikir dua kali. Sekali cuai memang jatuh terhempas phone..rosak terus! Aku ada la ambil gambar pakai phone tapi sekejap je..pastu masuk balik dalam poket.

Naik Monkey Trail


Sambil daripada tu, dapatlah tengok binatang-binatang yang ada dari atas. Selesai itu, kami turun dan jalan-jalan di kawasan yang sama yang kami naik Monkey Trail. Salah satunya ialah binatang yang jadi King Julien dalam citer Madagascar tu. 

Rimau putih





Kami lepas tu naik pulak Nairobi Express, naik tren la. Kat sana boleh tengok-tengok haiwan herbivor Afrika seperti badak, zebra, zirafah dan banyak lagi la..Tapi tren slow sikit..nama je ekspres konon..haha!













Kami seterusnya pergi pulak ke Wild West. Kat situ ialah tema pekan koboi Amerika. Salah satu ride yang aku naik ialah Big Canyon Rapids Ride. Ni macam masa naik kat Australia tu la...ride dekat ala-ala sungai pastu get ready la untuk basah. Dah la aku pakai sweater, kalau pakai jaket yang waterproof tu tak pe lagi la. 

Nasib baik la ada jugak orang lain yang tak pakai baju basah. Dalam aku tengah naik tu la aku selalu cuba mengelak daripada basah tapi agak-agak la jangan sampai abaikan keselamatan dengan stay duduk. Rasanya ini je la ride yang aku naik. Lain-lain aku tak naik...walaupun ada roller coaster kecik.



Kono air jo la...


Sementara yang lain tengah naik ride, aku dengan mummy makan croissant dekat Elite Deli. Lepak-lepak kejap semantara tengah penat sekejap.

Lepas itu, kami pergi pulak ke South Pacific.Yang ni memang aku ada naik sekurang-kurangnya dua ride. Pertama sekali ialah  Sea Serpent yang ada kena pusing-pusing naik monster ride tu tapi pusing je..tak ke mana pun.

Kedua ialah naik pulak Mighty Mountain Flume Adventure. Pada awalnya aku refuse gak nak naik sebab, DAH LA ADA PART KENA BASAH TU...LEPAS TU..again..AKU PAKAI SWEATER JE! Tapi tu la...nak naik asalkan naik..aku pun naik je la.

Sekurang-kurangnya dua kali kena ride kena terjun tetiba...pastu pulak kena basah..paling cikai kat seluar aku. Ni lebih kurang je ride kat alik Australia empat tahun lepas. Ok la...dan ini lah ride terakhir aku naik untuk kunjungan aku ke taman tema ni, lepas tu doh, cukup doh!


Keluar daripada ride, terpaksalah aku kena self-dry pakaian aku dekat tandas pakai mesin pengering rambut yang disediakan tapi kena bayor le. Sementara itu, aku pun jalan-jalan je la sekeliling sambil ada lagi orang lain yang naik ride.

Masuk balik ke Arabian Kingdom, dah tak naik ride apa-apa lagi sebab waktu tu dah nak masuk pukul 4.00 petang. Kena balik ke Taipei pukul 4.45 petang, jadi kami pun terus keluar daripada taman tema tu dan ada la singgah kedai-kedai cenderamata sikit, tapi tak de apa beli pun. Bas mula bertolak pulang ke Taipei pukul 5.00 petang.

Malam kami keluar-keluar sekejap tengok-tengok apa kedai yang ada dekat Ximen untuk sebagai cenderamata.




Pulang ke Taipei

Komen aku tentang taman tema ni, OK la so far tapi ada beberapa tempat tak banyak bukak sangat even sampai kitaorang nak balik pun. Terutamanya kat belah Arabian Kingdom, yang lain seperti African Safari dan lain-lain semua bukak. Mungkin pasal sekarang ni masih lagi musim sejuk gamaknya. Boleh la nampak macam Disneyland since ada bangunan berkubah kat belah Arabian Kingdom sebagai landmark bagi taman tema ni.

Sekian coretan aku untuk kali ini, bersambung. Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan