Selasa, 22 Februari 2022

NAIK ETS KE PADANG BESAR

 Assalamualaikum dan salam hormat,

Lama jugak saya tak mengemaskini halaman blog saya. Hari ini saya nak kongsi sedikit pengalaman aku menaiki kereta api ETS pergi ke Padang Besar sempena cuti Krismas tahun 2021. 

Sembang sikit pasal naik kereta api ni, kali terakhir aku naik kereta api macam ni tahun 2006 tak silap aku ke Singapura. Best woo naik train sambil tidur kat koc yang ada katil, maklumlah, gerak pergi Singapore pun waktu malam. Aku tak ingat masa tu aku berjaga sepanjang malam atau ada la tidur sekejap sebab masa tu aku kecil, baru darjah 1 lagi.

Fast forward to 2021, ini la kali kedua aku naik kereta api inter-state. Selalunya aku naik macam LRT, MRT dan even Komuter pun aku pernah naik (mcm dari Padang Jawa sampai Subang Jaya untuk tukar kepada LRT). Pagi Isnin 27 Disember, kena gerak pergi Glenmarie Station untuk naik LRT ke KL Sentral.




Sarapan dulu

Lepas makan pagi, barulah kitaorang masuk ke kereta api pukul 9.30 pagi rasanya. Syok la sebab naik kereta api yang laju, tapi bukan macam Shinkansen bezanya.  Korang boleh tengok vlog yang aku letakkan di bawah, ni untuk kedua-dua hari sekali dalam satu video.

Hampir 5 jam juga kami berada dalam kereta api, 2.30 petang barulah kami sampai ke Padang Besar. Stesen kat Padang Besar sekali keluar, depan mata je sempadan Malaysia-Thailand, hanya beberapa ratus meter je. 



Tak pasti kalau ni landasan lama.


Bahan bacaan dalam tren ni...

Singgah Ipoh sekejap




Speed masa naik kereta api ni...kira okey la untuk bertolok 1000mm. 

Sesampai saja ke Padang Besar, kami ambil teksi atau kereta sewa pergi ke pekan. Kami tinggal satu malam di homestay Loft 3. Alamat bagi hotel ni ialah kat Gapura Square Padang Besar, NO.3, Lrg 1, Padang Besar, 02100 Padang Besar. Kalau secara peribadi kalau soal bilik, okey je cuma kena kongsi bilik air dengan bilik sebelah. Jadi ada langkah-langkah tertentu kena buat supaya tak lah bilik sebelah tak boleh masuk bilik air. 

Habis cerita pasal bilik, kami keluar makan di satu kedai namanya Restoran Chempaka. Sedap makan nasi putih bersama-sama dengan telur dadar dan ayam masak merah. Selepas itu, aku jalan-jalan sekejap di Arked Niaga, belum beli-belah lagi. Then, aku dengan family aku jalan-jalan sekejap di Padang WareMart, kat situ ada jugak jual baju, barang makanan dan lain-lain, sama macam di Arked Niaga cuma bezanya ada jugak gerai makanan jugak.


Jamuan petang itu





Malam, kami ingat nak makan-makan tapi lupa banyak kedai dah tutup tu yang rasa sunyi semacam dekat Padang Besar. Mujuqlah ada KFC masih lagi dibuka....beli bungkus untuk makan di bilik ja nuu.

28 Disember 2021

Masa untuk balik tapi sebelum itu, dalam pukul 11 pagi lebih, kami beli belah la dekat Arked Niaga. Salah satu benda yang aku beli ialah jersi Kedah 2021 3rd jersey. Awalnya aku ingat nak beli jersi liga Siam (Thai League) tapi mahal lah.

3.15 petang, kami pun naik kereta api ETS. Bezanya kali ini, kami ada dapat set makan ikut time. Salah satu yang aku makan ialah nasi lemak, sedap jugak nasi lemak ETS ni. Satu lagi perbezaan ialah, kami duduk di executive class yang boleh pusing-pusingkan kerusi. Time nilah dapat tengok bandar Aloq Setaq dan Gunung Jerai, uihhh sedap tengok.

Hari ini tetiba pakai jersi KL.



Plak ucapan selamat datang

Yang ni tak pasti, ni mini kereta api untuk tujuan penyelenggaraan.







Gunung Jerai dari arah utara

Lasagna....aku bedal je la.



Nasi lemak ayam rendang


8.30 malam barulah kami sampai di KL Sentral dan teruslah balik ke Shah Alam. Aku boleh ringkaskan perkhidmatan ETS bagi aku level terbaiklah. Laju, kira okeylah untuk yang bertolok 1000 mm. Janji tak payah lagi hadap jem.

Sekian saja catatan aku untuk kali ini. Wassalam dan jumpa lagi, insya Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan