Isnin, 1 Ogos 2022

PIGI SABAH BAH! (PART 1 22-23 FEBRUARI 2022)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Sihat semua? Kalau sihat, alhamdulillah. Untuk sekarang, aku baru habis intern di UiTM Puncak Alam (tak pasti sama ada aku nak buat dalam blog atau vlog). Dalam tengah-tengah free tu, aku ambil la masa sikit untuk membuat sedikit coretan. Kali ini pasal percutian aku dan keluarga aku ke Sabah.

Sepanjang hidup aku, sebelum 22 Februari, aku langsung tak pernah menjejakkan kaki ke Sabah walaupun parents aku dah pergi berkali-kali sama ada untuk urusan kerja atau menghantar adik aku Shabil yang melanjutkan pengajian di UiTM Kampus Kota Kinabalu. Wilayah Borneo yang aku pernah pergi hanya Kuching, Sarawak saja, itupun 12 tahun yang lalu (2010) masa ikut cuti outstation. Since then lama dah aku tak pergi belah Borneo tu sementara semua negeri-negeri Tanah Melayu (Semenanjung) semua dah pergi dah sama ada bercuti saja-saja, jumpa saudara-mara atau belajar kat universiti. Bila family dengan aku sekali pergi ke Sabah, kira macam peluang jugak la.

22 Februari aritu semua dah siap pergi ke KLIA2. Kali ini Abg Shahmil pun ikut sekali. Sampai ke airport bila dah nak senja dan terus pergi cetak tiket since tempahan dah dibuat awal dah sebelum tu. Sementara tunggu nak boarding, beli la sekejap makanan kat KFC walaupun aku takat makan Zinger je since banyak makanan kat KFC dah habis.

9.15 malam aritu, kami semua naik kapal terbang Air Asia terus ke Kota Kinabalu. Kira-kira dalam 2 jam setengah jugaklah penerbangan tu. Alhamdulillah, selamat sampai juga ke Kota Kinabalu. Pijak kat airport KK tu pun dah dikira masuk Sabah, sekaligus complete semua negeri di Malaysia aku dah pergi. 

Sedikit juadah malam sebelum berangkat.


Bye Kuala Lumpur dan Tanah Melayu.

Sebelum pergi ke ketibaan, kami pergi check kat imigresen dulu tapi pakai IC je kemudian dapat slip imigresen yang kena dipulangkan kepada imigresen bila nak balik. Ni KORANG JANGAN PERSOAL YA! Ni dah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963, so kena hormat persetujuan tu.

Settle bab imigresen, kena buat pengisytiharan kesihatan dekat airport tu jugak. Ni pun dah settle. Kami pun terus naik kereta sewa pergi ke Sutera Magellan Hotel yang tak jauh dari pusat bandar Kota Kinabalu. Truss, kami daftar masuk ke bilik. 

So far, bilik ni boleh tahan mewah jugak sebenarnya, ada boleh bersambung 2 bilik sebab parents aku, shadiq, abg Shahmil dan aku tidur asing bilik tapi boleh pergi bilik sebelah-sebelah. Rupa bilik tu pun boleh tahan sedap baiii....

Lalu gerbang.



Wajah bilik yang kami duduk.

23 Februari 2022

Pagi, bangun dan pergi sarapan martyy...kat restoran dekat tingkat bawah yang sebelah dengan kolam renang tu. Kat situ sedap gak makan sambil tengok pagi. Masa aku makan tu, tu pukul 8 pagi lebih tapi matahari dah tinggi jugak mcm pukul 9 pagi di Semenanjung. Hidangan pagi aku ialah nasi lemak...



Nasi lemak mattt...


Settle sarapan, aku ikut parents aku pergi ke UiTM Kampus Kota Kinabalu ambik Shabil pergi makan-makan. Dalam on the way ke sana, nampak la tempat menarik mcm Masjid Bandar Kota Kinabalu, Menara Tun Mustapha dan Menara SUK Negeri (mcm SUK kat Shah Alam tu la).

Ni kira first time jugak aku masuk kat UiTM Kota Kinabalu dgn status aku sebagai pelajar UiTM Cawangan Selangor kampus Puncak Alam...haha. Selingan. Ambil Shabil dulu untuk pegi makan-makan sementara tunggu paper exam dia yang seterusnya. McD kitaorang singgah makan dulu....habis, terus hantar Shabil balik kampus dulu. 












Petang, tempat pertama jalan-jalan di Kota Kinabalu ialah di Sinsuran. Kira antara tempat favourite dalam Kota Kinabalu. Jolibee, restoran yang berasal dari Filipina yang famous di KK pun kitaorang pergi. Sebenarnya beberapa hari sebelum tu pernah jugak terlintas nak cuba makan Jolibee dI Sunway Pyramid yang baru buka, tapi yelah, mestilah ramai bahkan ada yang siap beratur lagi.

Kami selepas itu pergi pula jalan-jalan sekitar Centre Point Sabah Mall. Ada masa jugak pergi beli barang kat kedai groceries di tingkat bawah padahal bukannya kami duduk lama di Kota Kinabalu ni.

Tak ingat ini office apa...


Inilah pedestrian kontroversi ni...kalau tembus, masuk pasaraya besar. Siapala punya idea ni..




Jolibee!!!


Balik semula ke hotel, waktu tu dah nak senja, kami pergi jalan-jalan di sekitar kawasan hotel. Sebelah hotel ada jeti. Aku tak ingat lokasi semua bot-bot tu pergi mana.

Waktu malam, kami pergi satu kedai makan di Gerai Nur Adelia yang terletak di Anjung Senja Kota Kinabalu yang berada kat sebelah je dengan Pasar Malam Kota Kinabalu.









Setakat ini sahajalah coretan aku pada hari ini...insya Allah, bersambung...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan