Khamis, 25 Ogos 2022

PIGI SABAH BAH! (PART 2 24 FEBRUARI 2022) - LIKAS DAN MUZIUM NEGERI

 Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua,

Apa khabar, sihat? Haaa....hari ini aku nak sambung share pengalaman aku berjalan-jalan di negeri Sabah untuk hari ketiga ni (24 Februari). Aktiviti aku bermula dengan pergi snorkelling dalam laut. Tapi bukan kat laut jauh-jauh tu mat, memang tak mampu la buat masa ni. Dekat depan Sutera Harbour Country Club je, kat situ memang ada tempat khas untuk snorkelling.

Pertama sekali memang kena request dulu di kaunter berhampiran dengan kolam renang. Sebab nanti nak bagi equipment macam snorkel dan diving mask. Tapi swimfin tak dak....aku ingat aku tak pakai pun. Kat situ boleh tengok banyak jugak ikan berenang dalam tu walaupun ikan kecil. Tapi satu je tip aku nak bagitahu, korang kalau boleh tak perlu nak 'tangkap' sangat ikan tu. Just enjoy the underwater view.  

Sarapan dulu...

Peralatan snorkelling

Inilah kawasan kitaorang bersnorkelling





Tudiaaaa.....ikan duk berenang-renang.

Tengah hari lepas zohor (sana pukul 12.00 lebih dah zohor dah), aku dan keluarga aku pergi ke Teluk Likas, secara spesifik dekat Anjung Selera Likas. Kat situ best view dia, belah kiri hang boleh tengok sikit skyline Kota Kinabalu, belah kanan dapat tengok view bangunan SUK Sabah. Dekat anjung selera tu jugak ada menempatkan pusat beli belah Kojasa. Sepanjang aku dekat sana, aku ingat aku makan chicken chop dari satu gerai di anjung selera tu.

Selepas itu, kami pergi sekejap depan kawasan antara menara paling femes di Sabah, Menara Tun Mustapha dan bangunan SUK Sabah yang menempatkan pejabat Ketua Menteri Sabah. Sekadar bergambar je la.



Chicken chop matt....

Depan bangunan yang menempatkan office CM Hajiji.

Menara Tun Mustapha


Muzium Negeri Sabah

Next, kami pergi ke satu tempat yang mana-mana percutian aku selama ni, memang wajib pergi. Tak lain tak bukan muzium lah. Muzium Negeri Sabah, to be exact. Terletak kat atas bukit somewhere  masuk dari Jalan Penampang, lalu masuk ke Jalan Kebajikan. Situ ada pintu masuk utama di sebelah kiri. Menariknya, muzium tu tak jauh dari hotel kitaorang (Sutera Magellan), hanya memandu dalam kira-kira 6 minit je, dengan lalu Masjid Negeri.

Sebelum nak pergi ke sana, ada la duk bincang-bincang nak pergi ke sana atau tak sebab waktu tu dah pukul 3 petang lebih, muzium pulak tutup pukul 5 petang. Fikir balik macam tak sempat, tapi alang-alang, bukannya duduk lama sangat pun kat muzium tu, so kami pergilah ke sana. 

Aku impress dengan seni bina muzium tu yang berasaskan seni bina tempatan. Dengan sekelilingnya adalah taman yang menempatkan rumah-rumah tradisional suku kaum di Sabah. Apapun, kami masuk dulu ke bangunan utama. Macam biasa, kena beli tiket dulu.

Inilah bangunan utama muziumnya...

Peta keseluruhan muzium yang termasuk bangunan utama

a. Bangunan Utama

Terkejut sey bila masuk dalam bangunan utama yakni Marble Hall ada rangka tulang besar oi. Rupanya ni adalah tulang ikan paus yang dijumpai tahun 2006 kat pantai Pulau Gaya. Dah cuba nak selamatkan tapi mati juga akhirnya. Ni pernah direkodkan dalam Malaysia Book of Records. Dekat ruangan tu jugak ada replika haiwan seperti badak sumbu Sumatera. Pernah ada usaha nak membiakkannya melalui teknologi persenyawaan in vitro.

Bossarrr ehhh....



Badak sumbu Sumatera

Ruangan pertama yang aku pergi ialah galeri arkeologi. Benda macam Bukit Tengkorak ni teringat mata pelajaran Sejarah kalau aku tak silap Tingkatan 1 rasanya. Banyak jugak tinggalan arkeologi yang rata-ratanya dari pantai timur Sabah. Batu megaliht dan gendang yang aku tengok macam gendang Dongson pun ada terdapat di situ. 

Seterunsya, aku pergi ke galeri sejarah. Situ menceritakan sejarah Sabah yang bermula dengan zaman maritim, zaman kesultanan Brunei. Kemudian dengan kemasukan British yang membetuk Syarikat Borneo Utara British (SBUB) (yang kemudiannya konon ada pajakan dengan Kesultanan Sulu yang sampai sekarang duk berkelahi lagi), Perang Dunia Kedua yang adanya gerakan melawan Jepun dengan tokoh seperti Albert Kwok dan akhir sekali penjajahan British, self-government dan penubuhan Malaysia. 

Batu megalith.


Nama tempat ni ada disebut dalam buku sekolah dulu....

Tapak-tapak arkeologi di Sabah

Cuba nak pegang batu tu ehh.....




Kesultanan Brunei.


Zaman SBUB



Kat situ pun ada replika Batu Sumpah yang mengandungi jaminan kerajaan Malaysia selepas penubuhan pada tahun 1963. Kalau nak tengok yang betul punya boleh pi ke Keningau. Tengok rupa dia lebih kurang macam simbol genggaman, ada la pernah aku tengok satu video, kat mana ntah.

Batu Sumpah

Pengisytiharan Malaysia 1963.

Seterusnya, aku pergi pulak naik tingkat atas untuk tengok galeri sejarah alam semula jadi. Dekat situlah replika-replika hutan dan haiwan yang ada di Sabah. Antaranya macam leopard, badak Borneo dan lain-lain. Paya bakau jugak tak terkecuali. Dalam aku kat galeri tu. ada lah rasa naik seram sejuk sikit sebab duk tengok pameran-pameran tu. Ha ha ha........







Selepas tu, aku pergi ke galeri seramik. Semua pamer seramik je la yang rata-ratanya diimport dari China terutamanya zaman dinasti Sung. Kegunaannya seperti simpanan, pengebumian dan lain-lain lagi. Situ ada jugak ceritakan sejarah nama Kinabatangan, alah yang area Bung Mokhtar tu kan.....






Akhir sekali, aku pergi ke galeri Etnografi yang mempamerkan semua warisan budaya suku-suku kaum di negeri Sabah. Semua ada tunjukkan macam alat-alat kebudayaan serta pakaian tradisional. Aku rasa impress jugak. Siapa tak boleh nafi Sabah memang kaya dengan seni dan warisan budaya mat. 

Sebelum mengakhiri kunjungan ke bangunan utama, aku pergi ke galeri headhunting. Situ ada pameran tengkorak manusia ratusan tahun yang diikat bersama dengan daun silad. Itu adalah simbol keberanian bagi orang-orang tersebut.






Pakaian tradisi kaum Bajau.





Galeri Headhunting



Selesai sudah, kami pergi jalan-jalan sikit berhampiran Pusat Sains dan Teknologi. Dekat situ ada mempamerkan model kereta-kereta lama dan kereta api Sabah yang kira oldskool gak.




b. Kampung warisan

Dekat kawasan muzium tu jugak ada mempamerkan rumah-rumah warisan suku kaum di Sabah. Tapi masa tu aku dan keluarga aku pergi yang Fasa 1 je la. 

Sebenarnya ada Fasa II tapi tak larat nak jalan lagi jauh, lagipun masa kami kat sana jam sudah hampir pukul 5 petang. Nok tutup doh.....Jadi kami pergi tengok-tengok rumah tradisional yang ada berdekatan dengan kitaorang.






Rumah bagi kaum Cina kalau tak silap...

Rumah Melayu-Brunei


Rumah Lotud





Lega keliling muzium....

Malam 24 Februari, kami makan malam di gerai seafood di Pasar Malam Sinsuran. Di pasar malam itu, macam-macam makanan seafood yang ditawarkan.


Antara jamuan malam itu..


Sekian perkongsian aku pada hari ini. Insya Allah, bersambung untuk bahagian ketiga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan