Rabu, 23 September 2015

Cuti Port Dickson 2.0

Assalamualaikum,

Hari ini aku nak cerita pasal pergi ke Port Dickson. Sebelum ini, pada bulan Februari dah pernah pergi dan masa tu hotelnya di Lexis. Kali ini hotelnya di hotel Bank Negara.

19/9/2015
Hari pertama cuti sekolah. Waktu pagi, abah hantar adik-adik aku pergi ke latihan taekwondo. Kami pergi ke sana pada waktu petang. Laluannya sama saja seperti pergi ke hotel Lexis Februari lalu. Petang itu, macam biasa kami pergi berenang. Turut ada di hotel Pusat Peranginan Bank Negara ialah Alang, Kak Fizi, Kak Min, Abang Hafiz dan anak-anaknya.


Pada waktu malam, kami menjamu selera dengan ayam panggang, sosej.. sedap.

Baru pertama kali ada air pancut depan hotel
Gambar kat atas tu sebenarnya ialah air pancut bagi hotel Lexis Hibiscus. Macam dah tak nampak sikit lautan tu.

20/9/2015
Hari itu, kami duduk di hotel saja. Tak pergi mana-mana pun. duduk hotel je.

Pada waktu petang, aku ikut famili aku pergi pantai pasal nak merasa laut. Tapi macam pelik je, pasal banyak batu-batu, bukannya pasir. Pijak je dah rasa sakit....bila dah jauh dari tempat mula-mula masuk pantai dah macam masuk 'perangkap'...mampuihh.... Nak pergi dekat dah terpijak batu lagi. Hasilnya, dapatlah luka-luka kat kaki....(bolehlah komen sikit)

Malam itu, ada makan sedap lagi...kali ini nasi goreng, ayam panggang dan  sosej.

21/9/2015
Hari nak balik. Selepas dah renang pukul 11.00 pagi itu, kami kemas-kemas sebelum balik. Sudah check barang, dah masuk kereta , balik.....

Tempat penginapan kitaorang...

Lalu situ nampak monyet....
Itu saja catatan aku di Port Dickson kali .....Selamat bercuti!

Sabtu, 25 Julai 2015

Al Kisah Hari Raya 1436 H/2015 M (EPISOD 1: AMPANG)

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Hari ini aku nak cerita pasal hari raya tahun 1436 Hijrah. (Korang rasa lama tak aku tak menulis blog aku)

Malam sebelum raya (30 Ramadan/16 Julai), lepas dah puas berbuka hari terakhir puasa di Fridays, Subang Parade aku balik rumah berkemas terlebih dahulu sebelum pergi ke rumah atuk di Ampang. Solat dulu derr. Sementara tengah tunggu mummy dan abah berkemas barang, aku pakai komputer main Cities XL 2011 jap. (barang peribadi aku dah kemas dah waktu petang, tinggal nak bawak barang penting macam pencuci muka. etc)

(p.s cepat bebenor bulan Ramadan bakal berlalu)

Selesai sudah berkemas, kereta pun dah nak mula nak hidup, aku tolong sedikit bawak barang masuk ke dalam kereta. Kami tiba di Ampang kira-kira pukul 1.00 pagi. Kak Fitri ikut sekali masa itu. (sampai agak lewat, mujurlah terletak di dalam Lembah Klang)

Keesokkan harinya (1 Syawal/ 17 Julai), SUDAH HARI RAYA!! Awal pagi aku kena bangun pasal nak kena siap untuk pergi solat raya di Madrasah Ihsaniah yang terletak tak jauh dari belakang rumah. Selepas dah selesai mandi dan bersiap bagai, aku pergi bersalam dengan wan (nenek aku) dan ucap selamat hari raya. Sebelum pergi solat raya, aku makan sedikit iaitu 2 biji kurma je.....


Sebelum pergi solat raya.......

Aku pergi dengan abah dan adik-adik aku berjalan kaki. Ketika dah sampai, takbir raya masih lagi berkumandang. Bersama-sama dengan Pak Su, kami bersama-sama bertakbir raya dengan jemaah-jemaah lain sementara menunggu untuk solat raya. 

Setelah selesai solat hari raya, seperti biasa ada khutbah. Aku tak ingat khutbah ni pasal apa tapi apa yang pasti khutbah ini mengenai berterusan amalan selepas Ramadan (tolong betulkan kalau salah)...
Selepas dah selesai, kami pulang ke rumah tersebut (aku ni jenis berjalan laju bila pasal nak balik). Kalau di rumah Ampang, selalu memang ada tahlil ringkas khusus untuk hari raya. Selesai berdoa, sudah sampai masanya untuk menjamu selera.



Ketika majlis tahlil ringkas khas.......


Makanan kegemaran aku sememangnya NASI LEMAK.... Sedap betul masa itu sampai aku makan dua kali (jangan suspicious pulak ya). Lepas tu aku duduk sambil aku buka tablet aku. Aku tak tahu nak cakap apa dengan mereka. Selepas tetamu-tetamu pulang, aku masih lagi duduk kat kerusi sambil tengok TV. Sampailah aku punya relatives datang. Bermula dengan Pak Lang, Ain dan keluarga. 

Aku kadang-kadang memang suka berbual dengan mereka (Pak Lang, Pak Ngah dan ramai lagi) tapi aku lebih suka berbual berkenaan isu semasa. Kemudian disusuli pula dengan kehadiran Abang Azrai dan keluarga tapi ibunya (aku panggil sebagai mak lang) tak ada pasal aku dimaklumkan dia berada di hospital. Selepas itu disusuli lagi dengan kehadiran Acikboy dan family. Kemudian, ramai pula yang datang.

Ini menarik nak cerita ni, PASAL SELIPAR SEBELAH AKU HILANG...KAHKAH!!

Aku masa tu tengah keluar nak pakai selipar tapi bila aku kenal pasti selipar aku rupanya, ADA SEBELAH LAGI TAK ADA DAN masih lagi ada dua selipar TAPI JENAMA LAIN. SEBELAH CROCS (AKU PUNYA) DAN SEBELAH LAGI SELIPAR LAIN. Itu yang aku mengadu kat abah pasal selipar tu. Aku rasa macam ada orang terambil (bersangka baik , mungkin secara tidak sengaja).

Pada awalnya aku rasa macam nak beli lain tapi rupanya isu ini sekejap sahaja. Berlaku selepas Solat Jumaat di Masjid Darul Ehsan. Aku mula rasa macam nak cari kasut yang satu lagi. Bila nak keluar, Shadiq, adik aku bagitau aku bahawa dia dah jumpa sebelah selipar tu. Aku mula pergi ke sana. Bila tengok kasut sebelah yang hilang  (selipar sebelah yang hilang tu ada sedikit calar-calar sikit) rupanya MEMANG SELIPAR AKU YANG HILANG ITU. 

Mulanya aku nak tunggu si empunya selipar yang sebelahnya aku pakai tetapi pasal nak cepat balik, aku balik saja. CASED CLOSED!!!

Abah, Pak Ngah dan Pak Lang bual apa tu??

Pada sebelah petangnya, Uncle Shahidan, Andak, Abang Shahmil, Shahmi dan Shahnas datang ke rumah Ampang. Tahun ini mereka beraya pula di Keramat, Kuala Lumpur (tak jauh dari Ampang Jaya). Pada pukul 5.00 petang, mereka pergi terus pergi ke kampung Sungai Besar.

Aku agak sedikit terkejut pasal hari itu pun kami balik Sungai Besar. Ingatkan sampai esok. Sebelum itu, aku menunaikan solat Asar bersama abah dan adik-adik aku. Selepas itu, kami bergambar bersama-sama keluarga.

Keluarga 'nukleus' aku.........
THE SHEIKH'S FAMILY 2015......(Kredit: Pak Su aka. Shahrul Sen FB)
InshaAllah, nanti aku tulis pula 'episod seterusnya' aku di Sungai Besar.

Sebelum aku akhiri coretan ini, tidak terlambat aku ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri....Maaf Zahir dan Batin. Taqaballahu minna wa minkum........



Sabtu, 4 Julai 2015

16th year old writes..

 
Tanggal 3 Julai semalam, genap sudah usia saya 16  tahun. Alhamdulillah, masih lagi lanjut usia......
 
Pagi semalam, mummy dan abah aku yang mengucapkan selamat hari jadi kepada aku.
 
Sewaktu di sekolah, selepas saja masuk ke kelas, ramai-kawan-kawan sekelas aku yang mengucapkan selamat hari jadi kepada aku. Aku rasa gembira masa tu.
 
Lepas balik dari sekolah (selepas solat Jumaat, buka Facebook)_, jadilah macam di bawah........ 
 
Sebelum aku mengakhiri entri ini, aku ucapkan terima kasih kepada yang mengucapkan selamat hari jadi. Kepada yang belum, tidak mengapa, masih boleh lagi. Doakan aku semoga panjang umur, InsyaAllah......... 
 
Wassalamualaikum........

Ahad, 21 Jun 2015

MAI CEK OI MAI CEK MAI....(19 Februari 2015)

Mai cek oi mai cek mai...kita pi Utagha.....
Inilah ayat pertama jadi tema post aku kali ini. Ketika itu merupakan cuti Tahun Baru Cina....ramai yang mengambil peluang untuk bercuti. Aku dan keluarga aku pulak, pi ke Utara bukan pasal bercuti je tetapi memenuhi jemputan majlis kahwin seorang ahli keluarga sebelah abah yang akan berlangsung di Alor Setar dua hari kemudian.....

Memang kebiasaan masa nak pergi 'vacation', kena bangun awal pasal nak kena kemas siap-siap. Tak perlu nak cerita panjang sangat pasal sebelum pergi ni...,,

Kami pergi dahulu ke rumah datuk aku di Ampang (memang kebiasaan kalau hujung minggu mesti pergi sana). Jumpa dulu nenek datuk dan pak su dulu....

Kejap je di sana. Pukul 11 pagi, bermula perjalanan kami ke utara....
Kami menggunakan Lebuhraya Guthrie untuk terus ke Lebuhraya Utara Selatan. Bila sampai di Elimna dan ke Rawang (hampir dekat dengan Lebuhraya  Utara Selatan), dah mula daaahhhhh jemmmmm........memang biasa masa cuti Tahun Baru Cina memang ramai nak pakai lebuhraya ni nak balik kampung atau bercuti.

Duduklah kami di tengah-tengah kesesakan sampailah ke kawasan rehat barulah trafik lancar semula. Kami singgah dulu di sebuah hentian sebelah sebab ada adik aku nak pergi ke tandas.




Jem memanjang....
Kami meneruskan perjalanan sehinggalah ke sempadan Perak-Selangor, sesak lagi. Panjang lagi sampai ke Trolak. Bayangkan dengan panjang kesesakan di lebuh raya sepanjang itu, memang bosanlah nak menunggu. Duduk saja dalam kereta.
Screenshot kesesakan  sampai ke Trolak.

Lepas dah lepas hadap traffic jam..kami sambung perjalanan. Masih belum singgah mana-mana R&R. Sampai di Ipoh pula, traffic jam lagi. BERAPA BANYAK NAK JAM LAGI DAAA??? Jam lagi sampai ke selepas lalu part 'bengkang-bengkok' di Lebuhraya Utara Selatan.

Selepas trafik pulih, kami teruskan perjalanan sehingga sampailah ke Pulau Pinang.
Bandar raya Georgetown dari Jambatan Sultan Abdul Halim

Ketika hampir tiba ke hotel, kesesakan jalan raya lagi kena hadap. Belum solat jamak satu hal. Nasib baik dah sampai ke hotel BNM sebelum maghrib. Selepas check in dan solat, kami pergi ke Slow Rock Cafe untuk makan. Ketika tengah makan, badan aku ada rasa panas. Macam nak demam. Aku dah mula rasa demam sikit masa di Ipoh. 

Shabil selfie sekeluarga di Slow Rock Cafe

Selepas makan, kami pergi jalan-jalan sepanjang di Batu Feringghi. Kat sana ada gerai-gerai sepanjang jalan. Ada jual pakaian, makanan, beg, cenderamata dan seumpamanya. Kami berjalan pun jauh juga. Sebelum balik, abah ada beli cd movie di salah satu gerai.

Puas dah berjalan-jalan, kami balik semula ke hotel. Pasal bab demam sikit tu, nasib baik mummy bawak ubat siap-siap.

bersambung......



Isnin, 8 Jun 2015

Catatan Minggu Pertama Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2015

Assalamualaikum, hari ini aku nak buat catatan pasal minggu pertama cuti pertengahan tahun 2015.....

Sabtu, 30 Mei 2015
Aku dan keluarga aku pergi bercuti....tapi dalam Kuala Lumpur je......Kami tinggal di Grand Millenium Hotel kat belah Bukit Bintang. Tak jauh dari Pavillion.

Waktu malam kami keluar bersiar-siar di Pavillion pukul 8.30 malam. Pada awalnya nak tengok wayang kat panggung tapi tup tup tak jadi tengok wayang. Lain kali jelah....aku cakap.

Kat Pavillion jugak ada karnival Spongebob yang aku selitkan gambar kat bawah.....
Lobi Hotel Grand Millenium
Nombor bilik kitaorang
Pemandangan Bukit Bintang


Ahad 31 Mei 2015
Hari terakhir kami di hotel tersebut.....jam 10.30 pagi terus checkout. Kami pergi semula ke Pavillion untuk makan pagi. Kami pergi ke Lot 10 dulu untuk tengok-tengok barang apa nak beli kat sana. Lepas tu kami pergi pulak ke Uni Qlo. Kemudian , kami pergi semula ke Lot 10 pasal ada yang nak beli barang Liverpool FC (di tingkat atas sekali). 

Lepas dah bersiar-siar, kami pergi ke rumah atuk di Ampang. Malam kami pulang ke rumah.


Isnin 1 Jun 2015
Abah pesan, pagi-pagi tak boleh main alat elektronik. Belajar ke, baca buku ke, lelap ke pun boleh. Hari itu jugak, Syirah, Hana dan Hasha ada kat rumah aku. Selalu time cuti memang mereka akan ada kat sini. Time dah nak tengah hari, ada je nak main alat elektronik.

Tengah hari itu, masa tengah main komputer, kepala aku rasa macam pening sangat. Rasa berpusing-pusing. Aku tutup komputer lepas tu aku baring dan tidur sampailah ke pukul 2 petang. Alamak, belum makan lagi. 


Selasa 2 Jun 2015
Hari ini aku dan adik beradik aku pergi ke perpustakaan KMC di KL. Macam biasa, baca buku, buat latihan....

Malam pulak, makan-makan di Suria KLCC. 

Rabu 3 Jun 2015
Duduk rumah saja. Waktu petang aku ikut Shabil dan abang Shahmil pergi ke taman kat taman perumahan sebelah dengan jalan besar..

Malam pulak aku ada personal tuition dengan Uncle Saffwan. Kali ini, aku tanya pasal Add Math dan buat latihan Sains.

Khamis 4 Jun 2015
Seperti hari Selasa, aku pergi ke perpustakaan KMC dengan adik-adik aku.

JUMAAT 5 JUN 2015
Tinggal di rumah sahaja....petang solat Jumaat seperti biasa di Surau Al Islah. Khutbah pada minggu ini berkenaan semangat Al-Fatih untuk diterapkan kepada golongan belia.

SABTU 6 JUN 2015
Petang itu, aku, keluarga aku, Andak dan abang Shahmil pergi ke Pandamaran untuk menghadiri majlis perkahwinan.

AHAD 7 JUN 2015
Aku dan keluarga aku pergi ke Chitta Mall di Kelana Jaya. Kami menonton filem 'San Andreas'.

Sabtu, 16 Mei 2015

Pesta Buku Antrabangsa Kuala Lumpur 2015

3 Mei lepas, aku ada pergi ke Pesta Buku Antarabangsa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Hari itu sebenarnya hari terakhir pesta tersebut. Mujurlah aku dan keluarga aku ada kesempatan pergi ke sana nak beli seberapa banyak buku yang mungkin.

Dah sampai ke PWTC....

Kami letak kereta kat kompleks letak kereta. Sampai kat sana memang dah sedia ramai orang (memandangkan hari itu hari terakhir pesta buku untuk tahun ini).

Sebenarnya, aku memang ada nak beli beberapa buku untuk aku baca kalau ada masa lapang. 

Itu baru tingkat bawah....dah ramai
Masuk ke Dewan Tun Razak, ada macam-macam jenis buku kat situ. Ada buku sekolah, ada buku agama, majalah agama, majalah isu semasa dan banyak kat situ. Mummy pulak pergi check nak beli buku novel kegemaran Mummy. Sementara tengah nak tunggu, aku pergi ke Stormreaders (tak silap aku yang jual buku agama) untuk check nak beli majalah.. Akhir-akhir tak jadi.



Kami naik ke tingkat atas selepas itu. Kemudian, kami jalan-jalan di dalam kedai buku kalau-kalau ada nak beli kat situ.

Masa aku di gerai PTS, aku terjumpa seorang yang memang familiar. Itulah penulis novel, Abdul Latip Talib. Aku rasa agak menggeletar sedikit. Untuk pengetahuan korang, kat rumah banyak koleksi Abdul Latip. Dari sejarah pasal Dol Said sampailah ke sirah. Apa lagi, aku ambil salah satu buku iaitu Perang Salib untuk dibeli dan untuk autograf!! Best....jangan jeles lak.

Aku senyum je tengah tunggu autograf siap.....kiki..

Masih lagi kaki aku sikit menggeletar pasal seronok. Kami pergi banyak lagi gerai-gerai buku yang ada kat situ....
Buku yang aku beli

a) Saring Sebelum Mereng oleh MatRodi
b)SESEMBANG
c)Solusi
d)Gen Q
e)BANGKIT: Tempoh Pentadbiran Abdullah Badawi di Malaysia
f)Emas Para Dapunta dan Maharaja oleh Cik Srikandi
d)Bukan Kerana Pangkat (mengenai Tun Dr Ismail)

Lepas dah puas dah beli dan cari buku...aku rasa macam nak beli lagi..tapi takut duit abis, aku rasa macam cukuplah setakat ni. Kemudian kami pergi ke Dewan Tun Hussein Onn pulak. Kali ini ada jugak novel lagi yang dibeli...Sebelum balik, kami pergi pulak ke booth novel pasal cinta lak.....aku tak de ye nak beli......

Ni saja coretan aku di PBAKL 2015. Harapan aku pesta buku ini diteruskan untuk yang dahagakan ilmu....assalamualaikum...

Inilah buku-buku yang aku beli







Sabtu, 2 Mei 2015

Puncak Alam yang aku kenang dulu dan kini...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua....

Hari ini aku nak kongsikan pasal  tinjau ke bandar Puncak Alam, bandar lama aku sebelum aku berpindah ke Seksyen 7 Shah Alam 7 tahun lepas. Aku dulu tinggal di Fasa 3 di Lorong Cakera Purnama. Panjang cerita pasal Puncak Alam....

Aku tinggal kat sana hampir 4 tahun bermula Disember 2004 (masa tu aku prasekolah lagi). Aku pernah prasekolah di tadika kat sebuah taman perumahan (aku dah tak ingat nama tu). Kemudian, aku bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Puncak Alam 2 dan KAFA Abata Bestari sampailah aku darjah 3.

Aku jugak ada kenalan yang masih aku ingat lagi. Antaranya, Aiman Syafiq, Amirul Rashid, Syafiqah, Addin, Fatin dan ramai lagi.

Ketika dah nak pindah ke Shah Alam pada tahun 2008, aku belum tahu kenapa kena pindah. Rupanya, pasal jarak Puncak Alam dan Kuala Lumpur (tempat mummy dan abah aku bekerja) jauh sangat ditambah dengan jem teruk yang memerlukan tempat tinggal yang dekat sikit dengan KL. 

Petang tadi, aku dan keluarga aku singgah kejap di Puncak Alam untuk solat Zohor. Sebelum itu, kami lalu kejap di rumah lama di Lorong Cakera Purnama. Apa yang membezakan dengan dulu dan sekarang, dulu corner rumah lama aku hanya semak samun saja tapi lepas 7 tahun, rumah-rumah pun dah dibina dan tunggu masa untuk dihuni..... Begitu juga dengan tapak simpanan rumah sekarang dah dibina rumah daa....

Kawasan jaja macam biasa..tapi bezanya ada rumah teres baru
Depan jalan besar tu, ada kawasan tengah bina. Tujuh tahun dulu, kawasan ini adalah deretan kedai-kedai lama di mana aku ingat dulu aku dan abah pernah belanja baiki basikal kat sana. Tapi hari ini dah tak ada dah.....

Dulu kawasan ini adalah kedai lama.....
Satu lagi perubahan di Puncak Alam, ada satu kawasan perumahan baru dinamakan Puncak Bestari. Dulu kawasan ini hanya kawasan pokok kelapa sawit je...tapi lepas dah lama tak pergi sana chaiyokk, ada kawasan perumahan baru. Taman rekreasi cantik satu hal, SIAP ADA TESCO LAGI......(kalau aku tinggal di sini lagi, pergi shopping tak payah pergi jauh lagi dah)

Ada tesco lagi....@Puncak Bestari

Tengah nak jalan pergi solat, ada juga satu kawasan kosong di Fasa 2 dulu, HARI INI MERUPAKAN KAWASAN MASJID, besar pulak tu. Apalagi, kami pun pergilah bersolat kat sana.

Kini adalah masjid, bak kata Shabil macam Masjid Negara.....
Selesa betul bersolat kat sana. Memandangkan masjid ini masih baru lagi....

Selesai solat, kami jalan-jalan kejap di kawasan kedai di Fasa 2, adik aku, Shabil nak tengok ada lagi tak tadika lamanya dulu. Rupanya masih ada lagi cuma papan tandanya dah tak nampak dah....

Selepas itu, kami jalan ke SK Puncak Alam 2. Apa paling mengejutkan aku, SEKOLAH INI DAH JADI SEKOLAH KLUSTER DAH....boleh tahan juga pencapaian mereka. Masa tu aku tengok papan tanda masuk sekolah itu.

Inilah sekolah lama aku......pernah berada di sini sampai darjah 3
Satu lagi sekolah baru pun ada...iaitu sekolah rendah agama....

Selepas selesai keliling Puncak Alam, kami balik ke Shah Alam...

Apa yang aku ringkaskan di sini, selepas 7 tahun, Puncak Alam dah banyak berubah. Dari kawasan perumahan baru, pasar raya besar, masjid baru dan rumah yang bertambah.....

Itu sahaja yang aku kongsikan hari ini...assalamualaikum..