Isnin, 16 November 2015

Lawatan ke Taman Rimba Universiti Malaya (11 Jun 2015)

Assalamualikum,
Apa khabar kamu semua. Ni aku tulis entri terbaru aku (lawatan ke Taman Rimba)

11 Jun 2015 lalu, aku dengan adik aku, Shabil ada pergi lawatan ke Taman Rimba. Aku tertanya-tanya jugak, Taman Rimba itu kat mana? Aku tahulah rupa sedikit taman itu tapi kat mana. Aku sangka dekat di Bukit Nanas (rupanya di Universiti Malaya). Pada pagi itu, kitaorang berkumpul di Sasana Kijang belah Muzium Matawang di tingkat bawah sekali.(aku lupa dah sarapan ke belum) Tunggu punya tunggu sampai 9.30 pagi belum suruh naik. Aku pun duduk sajalah. Nak buka aku punya tablet pulak..hmmm.....barulah kitaorang naik bas yang disediakan.

Aku tunggu je ko.....
TUDIAAA..... bas dah sampai
Perjalanan tak lama pun dan pukul 10.09 pagi, kitaorang dah sampai ke Universiti Malaya. Kawan aku semasa MAQ 2011, Shamsul pun ada. Kitaorang berkumpul di perkarangan masuk Taman Rimba untuk penerangan sedikit. Yang kakak tourer tu (aku pun dah lupa nama pasal dah berbulan-bulan), terangkan pasal kepentingan penjagaan alam sekitar. Aku ada rakam sikit penerengan menggunakan MP3 aku.

Sampai dah...


Keluar bas...btw macam selesa je duduk dalam bas


Brief sedikit sebelum meneruskan aktiviti

Kitaorang mula masuk ke taman itu selepas itu. Banyak juga tumbuhan yang ada di situ. Kitaorang berhenti kejap di notice board. Kat situ kiatorang diberi penerangan.

Ni aku belanja gambar ni...


Tengok peta mana nak pergi.....




















Tulisan agak tak jelas tapi boleh fahamlah itu pokok apa.







Bergambar di bawah pokok daun panjang



Lepas berjalan sambil mendengar penerangan, kitaorang pergi singgah sebentar di bangunan Pusat Aktiviti Alam Sekitar. Aku ingat lagi tourer tu (lupa sudah nama) suruh kitaorang tutup mata dan rasa bunyi apa di sekitar habitat. Macam-macam jawapan ada. Kitaorang semua diterangkan tentang kepentingan habitat dan perlu difahami bahawa manusia dan habitat saling memerlukan (yang aku ingatlah masa tu). Selepas itu, kitaorang sambung berjalan sampai habis....






Tak jelas pasal dah cabut separuh.....

Cantik tasik...

Ni kalau cabut kulitnya rasa seperti memegang kertas...



Selesai sudah berjalan sekitar taman, kitaorang kembali semula ke bangunan utama dan masuk ke bilik pameran....














Gambar tak jelas tapi faham tentang ini, mengenai kemusnahan habitat.....


Dari penerangan tersebut, barulah aku tahu tetang kepentingan tumbuhan dari aspek ekonomi dan sosial dan pada masa yang sama kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap habitat. Rasanya dah belajar dah masa di sekolah rendah dan Tingkatan Tiga (sebab tu belajar jangan takat nak cemerlang dalam peperiksaan je tetapi nak menghayati apa yang kita belajar)

Selesai sudah di bilik pameran, tiba masanya untuk aktiviti. Sebelum itu, kitaorang kena kutip bahagian-bahagian tumbuhan semasa sesi berjalan. Aku ingatkan apa tadi rupanya nak buat aktiviti kreativiti.
Sekali tengok macam pistol ada..malangnya lukisan ini dah kena buang...huhu sib baik simpan lagi gambar..
Lepas selesai aktiviti kreativiti, kitaorang masuk ke dalam bilik utama.

Menujukkan hasil aku....


Sebelum habis program di Taman Rimba, kitaorang dipesan supaya menjaga kelestarian alam sekitar supaya dapat dinikmati oleh generasi masa akan datang. Aktiviti ini selesai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Balik semula ke Sasana Kijang

Pukul 2.00 petang, kitaorang berkumpul di tingkat 3 Sasana Kijang di bahagian lukisan untuk aktiviti seterusnya iaitu melukis. Sebelum itu, kitaorang jalan-jalan di sekitar pameran lukisan itu. Aku dah pernah ambil gambar-gambar lukisan ini....
Berkumpul untuk tengok lukisan.....



Lukisan tentang oghe Kelate....


Lukisan bermula selepas berjalan melihat pameran lukisan. Kira-kira sampai pukul 4.00 petang melukis. (Malangnya, hasil lukisan juga turut dibuang dan tidak ambil gambar, sayang betulllaaa!?!)

Boleh kata cantik jugak lukisan itu. Habisnya aktiviti melukis , berakhir juga aktiviti untuk hari ini...

Jumpa lagi.....


Rabu, 11 November 2015

Cameron Highlands 2015 (7-8 November)

Assalamualaikum,
Apa khabar kamu semua. Dah lama aku tidak mengemaskini blog aku sampai berminggu...Satu pasal peperiksaan akhir tahun dan satu lagi MALAS kot......Alhamdulillah, ada juga masa terluang sedikit bulan November ini untuk kemas kini blog.

Sabtu lepas, aku dan keluarga aku pergi jalan-jalan ke Cameron Highlands. Mungkin nak isi masa kot pada hari minggu....

7 November, Sabtu

Mula keluar rumah pada waktu tengah hari lepas barang siap dikemas. Sama seperti pergi ke utara, guna Lebuhraya Guthrie dulu. Kitaorang singgah dulu di R & R DI Elimna untuk minum-minum dulu. Kitaorang kemudian meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan E1.

Ada pelangi dari dari arah Tanjung Malim
Tengah dalam jalan tu, alahai......kena jem lagi. Dari persimpangan Tapah sampailah ke dekat-dekat persimpangan ke Gopeng. Rupanya pasal ada kemalangan di tepi jalan di mana lori termasuk ke dalam gaung...

Masuk ke Cameron Highlands sama seperti dulu, melalui Simpang Pulai. Boleh kira bengkang bengkok jugak tapi tidaklah seperti di Tapah (pernah lalu Tapah dulu tapi pasal pening lalat punya pasal, serik nak lalu situ).

Satu lagi pelangi di laluan Simpang Pulai
Masuk saja ke Cameron Highlands melalui Tringkap, rasa dah nak dekat sampai tapi tiba lagi malang...JALAN JEM!! Memang panjang gila jemnya sampai ke Brinchang (aku dah tengok peta dalam tablet aku masa tu). Kira-kira dua jam juga sangkut di dalam kesesakan. Adik-adik aku dah macam sedikit marah pasal tak sampai-sampai. Aku bayangkan kalau jalan jem terus macam ni, tengah malam jawabnya nak sampai....


Jem gila jalan malam tu...

Dalam jalan jem jugak..ada jugak kereta-kereta yang pergi memotong walaupun jalan dua lorong je..(tak ada usaha ke nak buat jalan raya kembar ataupun 'dual carriageway'??). Selepas dua jam 'menderita' atas jalan raya, kitaorang pergi ke rumah rehat BNM pasal abah nak ambil kunci.

Ni bilik kitaorang
Kitaorang tinggal di Strawberry Park Hotel satu malam je. Kak Min, Abang Hafiz dengan Hijaz pun ada datang sekali....

Lepas dah check in, letak barang dan solat, kitaorang keluar makan-makan. Kitaorang makan di satu kedai steamboat kecil di tepi jalan.

8 November, Ahad

Pagi tu, kitaorang dengan keluarga Kak Min keluar sama-sama pergi ke Tanah Rata pasal jalan-jalan. Kitaorang makan dulu di kedai Marrybrown. Kitaorang keluar jalan-jalan sekejap lepas habis makan.

Apa Shadiq buat tu?
Bangunan pos lama.....lejen tu
Kitaorang balik ke hotel lepas tu. Tapi malang datang lagi, JALAN JEM LAGI!!...  Aduh berapa lama lagi nak jem. Sangkut tengah jalan jem sampailah pukul 1 petang baru sampai. Sambil tengah jem macam ni, aku tengok sekejap pemandangan Cameron Highlands. Minta maaflah pasal tak pergi tempat 'attraction' di Cameron Highlands. Tahun lepas, adalah pergi ladang teh tu kejap.

A perfect view...
Sebelum balik...gambo kejap
Nilah rupa hotel Strawberry Park
Selesai solat, kemas dan check out, kitaorang balik ke Shah Alam. Malang lagi, jalan jem lagi (nasib baik lalu belakang ke Brinchang). Awalnya nak singgah kejap kat pasar tapi pasal hujan nak lebat, terpaksalah kena batalkan. Nasib baik jalan jem setakat sampai ke Copthrone Hotel.

Balik lalu belakang, jumpa kereta-kereta yang dah lama....
Chalet di Brinchang
Bandar Brinchang.....
Senja hari tu, kitaorang singgah sebentar di kawasan rehat di Tapah.

Itu sahaja catatan aku di Cameron Highlands 2015. Ma'a salamah.......

Jumaat, 23 Oktober 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN @MyStory Cafe Kota Kemuning

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Aku minta maaf sangat pasal dah lama tak kemas kini blog. 5 September lepas, aku ikut keluarga aku makan malam di luar. Aku ingatkan nak makan dekat-dekat saja rupanya pergi jauh sikit. Rupanya makan di Kota Kemuning, Shah Alam (jauh sikit dari pusat bandar Seksyen 14, hanya gunakan Lebuhraya Shah Alam-Kemuning).

Sampai kat beberapa premis, kami pergi makan di MyStory Cafe. Abah masa tu bersalam terus dengan pemilik kedai. Untuk pengetahuan korang, kedai ini sebenarnya milik rakan abah aku, Asrul Husni. Abah dan uncle Asrul dah lama berkawan sejak sekolah menengah lagi. Rasa macam agak seronok jugak bila dapat berjumpa dengan keluarganya juga.

Layanan uncle Asrul memang mesra. Abah perkenalkan aku dan keluarga aku kepada beliau. Kami diberi menu makanan untuk pilih apa makanan nak makan. Kebanyakan makanan merupakan western food tetapi ada juga diberi senarai makanan tempatan. Tetapi aku lebih pilih makan chicken chop......tak sabar nak jamu selera.

Sementara menunggu makanan sampai, aku ada berbual panjang dengan beliau. Aku ingat masa itu, aku ada sembang pasal akaun (sebab aku berada dalam aliran akaun) sebab kebanyakan perniagaan semestinya perlu mencatatkan urus niaga. Uncle Asrul ada jawab bahawa beliau memang ada nak sediakan seorang akauntan untuk catatkan urus niaga (seingat akulah). Tetapi memandangkan kedai ini baru dibuka, belum sampai masanya lagi. Aku juga ada berbual dengan beliau tentang persekolahan aku dan sebagainya.

Aku memerhati sekeliling kedai tersebut. Sememangnya dekorasi menarik, malah lebih kurang sama dengan cafe-cafe yang sedia ada seperti di Bangsar, Damansara dan lain-lain.

Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya sampai juga selera aku. CHICKEN CHOP!!!

Layan makann........
Habis sudah makan kat sana, kami balik ke rumah kira-kira pukul 10 malam......lepas bersalaman dengan uncle Asrul dan isterinya.

p/s: Aku bagi LIMA BINTANG kat kedai ni......memang sedap.

Kalau korang nak belanja kawan atau keluarga makan kat kedai MyStory Cafe, ini alamatnya...

No. 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y, Kota Kemuning, 40460 Shah Alam, Selangor.

Sekian, wassalam........