Assalamualaikum,
Apa khabar kamu semua. Dah lama aku tidak mengemaskini blog aku sampai berminggu...Satu pasal peperiksaan akhir tahun dan satu lagi MALAS kot......Alhamdulillah, ada juga masa terluang sedikit bulan November ini untuk kemas kini blog.
Sabtu lepas, aku dan keluarga aku pergi jalan-jalan ke Cameron Highlands. Mungkin nak isi masa kot pada hari minggu....
7 November, Sabtu
Mula keluar rumah pada waktu tengah hari lepas barang siap dikemas. Sama seperti pergi ke utara, guna Lebuhraya Guthrie dulu. Kitaorang singgah dulu di R & R DI Elimna untuk minum-minum dulu. Kitaorang kemudian meneruskan perjalanan melalui Lebuhraya Utara Selatan E1.
|
Ada pelangi dari dari arah Tanjung Malim |
Tengah dalam jalan tu, alahai......kena jem lagi. Dari persimpangan Tapah sampailah ke dekat-dekat persimpangan ke Gopeng. Rupanya pasal ada kemalangan di tepi jalan di mana lori termasuk ke dalam gaung...
Masuk ke Cameron Highlands sama seperti dulu, melalui Simpang Pulai. Boleh kira bengkang bengkok jugak tapi tidaklah seperti di Tapah
(pernah lalu Tapah dulu tapi pasal pening lalat punya pasal, serik nak lalu situ).
|
Satu lagi pelangi di laluan Simpang Pulai |
Masuk saja ke Cameron Highlands melalui Tringkap, rasa dah nak dekat sampai tapi tiba lagi malang...JALAN JEM!! Memang panjang gila jemnya sampai ke Brinchang (aku dah tengok peta dalam tablet aku masa tu). Kira-kira dua jam juga sangkut di dalam kesesakan. Adik-adik aku dah macam sedikit marah pasal tak sampai-sampai. Aku bayangkan kalau jalan jem terus macam ni, tengah malam jawabnya nak sampai....
|
Jem gila jalan malam tu... |
Dalam jalan jem jugak..ada jugak kereta-kereta yang pergi memotong walaupun jalan dua lorong je..
(tak ada usaha ke nak buat jalan raya kembar ataupun 'dual carriageway'??). Selepas dua jam 'menderita' atas jalan raya, kitaorang pergi ke rumah rehat BNM pasal abah nak ambil kunci.
|
Ni bilik kitaorang |
Kitaorang tinggal di Strawberry Park Hotel satu malam je. Kak Min, Abang Hafiz dengan Hijaz pun ada datang sekali....
Lepas dah check in, letak barang dan solat, kitaorang keluar makan-makan. Kitaorang makan di satu kedai steamboat kecil di tepi jalan.
8 November, Ahad
Pagi tu, kitaorang dengan keluarga Kak Min keluar sama-sama pergi ke Tanah Rata pasal jalan-jalan. Kitaorang makan dulu di kedai Marrybrown. Kitaorang keluar jalan-jalan sekejap lepas habis makan.
|
Apa Shadiq buat tu? |
|
Bangunan pos lama.....lejen tu |
Kitaorang balik ke hotel lepas tu. Tapi malang datang lagi, JALAN JEM LAGI!!... Aduh berapa lama lagi nak jem. Sangkut tengah jalan jem sampailah pukul 1 petang baru sampai. Sambil tengah jem macam ni, aku tengok sekejap pemandangan Cameron Highlands. Minta maaflah pasal tak pergi tempat 'attraction' di Cameron Highlands. Tahun lepas, adalah pergi ladang teh tu kejap.
|
A perfect view... |
|
Sebelum balik...gambo kejap |
|
Nilah rupa hotel Strawberry Park |
Selesai solat, kemas dan check out, kitaorang balik ke Shah Alam. Malang lagi, jalan jem lagi (nasib baik lalu belakang ke Brinchang). Awalnya nak singgah kejap kat pasar tapi pasal hujan nak lebat, terpaksalah kena batalkan. Nasib baik jalan jem setakat sampai ke Copthrone Hotel.
|
Balik lalu belakang, jumpa kereta-kereta yang dah lama.... |
|
Chalet di Brinchang |
|
Bandar Brinchang..... |
Senja hari tu, kitaorang singgah sebentar di kawasan rehat di Tapah.
Itu sahaja catatan aku di Cameron Highlands 2015. Ma'a salamah.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan