Isnin, 16 November 2015

Lawatan ke Taman Rimba Universiti Malaya (11 Jun 2015)

Assalamualikum,
Apa khabar kamu semua. Ni aku tulis entri terbaru aku (lawatan ke Taman Rimba)

11 Jun 2015 lalu, aku dengan adik aku, Shabil ada pergi lawatan ke Taman Rimba. Aku tertanya-tanya jugak, Taman Rimba itu kat mana? Aku tahulah rupa sedikit taman itu tapi kat mana. Aku sangka dekat di Bukit Nanas (rupanya di Universiti Malaya). Pada pagi itu, kitaorang berkumpul di Sasana Kijang belah Muzium Matawang di tingkat bawah sekali.(aku lupa dah sarapan ke belum) Tunggu punya tunggu sampai 9.30 pagi belum suruh naik. Aku pun duduk sajalah. Nak buka aku punya tablet pulak..hmmm.....barulah kitaorang naik bas yang disediakan.

Aku tunggu je ko.....
TUDIAAA..... bas dah sampai
Perjalanan tak lama pun dan pukul 10.09 pagi, kitaorang dah sampai ke Universiti Malaya. Kawan aku semasa MAQ 2011, Shamsul pun ada. Kitaorang berkumpul di perkarangan masuk Taman Rimba untuk penerangan sedikit. Yang kakak tourer tu (aku pun dah lupa nama pasal dah berbulan-bulan), terangkan pasal kepentingan penjagaan alam sekitar. Aku ada rakam sikit penerengan menggunakan MP3 aku.

Sampai dah...


Keluar bas...btw macam selesa je duduk dalam bas


Brief sedikit sebelum meneruskan aktiviti

Kitaorang mula masuk ke taman itu selepas itu. Banyak juga tumbuhan yang ada di situ. Kitaorang berhenti kejap di notice board. Kat situ kiatorang diberi penerangan.

Ni aku belanja gambar ni...


Tengok peta mana nak pergi.....




















Tulisan agak tak jelas tapi boleh fahamlah itu pokok apa.







Bergambar di bawah pokok daun panjang



Lepas berjalan sambil mendengar penerangan, kitaorang pergi singgah sebentar di bangunan Pusat Aktiviti Alam Sekitar. Aku ingat lagi tourer tu (lupa sudah nama) suruh kitaorang tutup mata dan rasa bunyi apa di sekitar habitat. Macam-macam jawapan ada. Kitaorang semua diterangkan tentang kepentingan habitat dan perlu difahami bahawa manusia dan habitat saling memerlukan (yang aku ingatlah masa tu). Selepas itu, kitaorang sambung berjalan sampai habis....






Tak jelas pasal dah cabut separuh.....

Cantik tasik...

Ni kalau cabut kulitnya rasa seperti memegang kertas...



Selesai sudah berjalan sekitar taman, kitaorang kembali semula ke bangunan utama dan masuk ke bilik pameran....














Gambar tak jelas tapi faham tentang ini, mengenai kemusnahan habitat.....


Dari penerangan tersebut, barulah aku tahu tetang kepentingan tumbuhan dari aspek ekonomi dan sosial dan pada masa yang sama kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan terhadap habitat. Rasanya dah belajar dah masa di sekolah rendah dan Tingkatan Tiga (sebab tu belajar jangan takat nak cemerlang dalam peperiksaan je tetapi nak menghayati apa yang kita belajar)

Selesai sudah di bilik pameran, tiba masanya untuk aktiviti. Sebelum itu, kitaorang kena kutip bahagian-bahagian tumbuhan semasa sesi berjalan. Aku ingatkan apa tadi rupanya nak buat aktiviti kreativiti.
Sekali tengok macam pistol ada..malangnya lukisan ini dah kena buang...huhu sib baik simpan lagi gambar..
Lepas selesai aktiviti kreativiti, kitaorang masuk ke dalam bilik utama.

Menujukkan hasil aku....


Sebelum habis program di Taman Rimba, kitaorang dipesan supaya menjaga kelestarian alam sekitar supaya dapat dinikmati oleh generasi masa akan datang. Aktiviti ini selesai kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Balik semula ke Sasana Kijang

Pukul 2.00 petang, kitaorang berkumpul di tingkat 3 Sasana Kijang di bahagian lukisan untuk aktiviti seterusnya iaitu melukis. Sebelum itu, kitaorang jalan-jalan di sekitar pameran lukisan itu. Aku dah pernah ambil gambar-gambar lukisan ini....
Berkumpul untuk tengok lukisan.....



Lukisan tentang oghe Kelate....


Lukisan bermula selepas berjalan melihat pameran lukisan. Kira-kira sampai pukul 4.00 petang melukis. (Malangnya, hasil lukisan juga turut dibuang dan tidak ambil gambar, sayang betulllaaa!?!)

Boleh kata cantik jugak lukisan itu. Habisnya aktiviti melukis , berakhir juga aktiviti untuk hari ini...

Jumpa lagi.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan