Jumaat, 6 Januari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 22 Disember : Taman Tema Movieworld

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari ini aku nak sambung coretan cuti Australia iaitu aku dengan keluarga aku pergi ke taman tema Movieworld yang terletak tak jauh dari Gold Coast......

(Baca cerita semalam: Sampai Gold Coast dan Jalan-jalan)

Hari itu, aku bangun lambat gila.......aku tak nak ceritalah pukul berapa aku bangun....Lepas dalam pukul 8.00 pagi lebih, aku hanya bersarapan dengan pisang, roti dan coklat. Tu je asalkan ada benda untuk sarapan untuk mengelakkan perut kosong bila nak keluar bersiar-siar nanti. Lepas dah sarapan aku tertidur sebentar sementara menunggu yang lain untuk bersiap....tak lama pun aku terlelap.

Kami mula pergi ke Movieworld selepas semua dah selesai bersiap. Masa on the way untuk ke sana itulah kali pertama pakai lebuh raya ekspres di Australia iaitu Pacific Highway M1. Tak lama pun perjalanan sebab dekat sikit dengan Gold Coast. Tiket pulak, sudah pun dibeli pada hari semalam. Lupa pulak nak cakap pasal harga, sebenarnya ada jugak satu lagi taman tema tetapi aku ingat yang bertemakan Dreamworks tapi harga agak mahal sikit. Lebih baik ambil yang murah seperti Movieworld ni.....berbaloi sikit dengan duit kitaorang....
Mana mai nama Nerang ni? Ingat Kedah ja.....

Boleh ke arah ni tapi hari lain...

Masuk lebuhraya Pacific


Green Lantern rollercoaster punya..

Bendera Malaysia pun ade.....

Mummy dan Shadiq kat belakang aku...

Superman Escape
Pokok Krismas beso gileee....
Ok, sambung. Lepas dah masuk dalam taman tema tersebut, dapat peta, kena fikir pulak nak mula mana dulu. Paldda awalnya ada yang nak pergi yang lebih dekat terlebih dahulu seperti Batwing Spaceshot, Justice League 3D the Ride atau Green Lantern Coaster, tapi oleh kerana tak de sape nak naik, jadi kami pergi yang lain terlebih dahulu.


Sebelah kereta Batman

Lokasi pertama kitaorang ialah Roxy 4D Theatre. Masa nak masuk tu punyalah terpaksa berbaris panjang sementara menunggu untuk masuk ke dalam teater tu. Pada masa yang sama jugak di tengah-tengah lorong pulak ada persembahan yang menampilkan Batman, the Joker, Harley Quinn dan tak ketinggalan jugak beberapa abam polis. Semua dok berlawan........Selepas beberapa minit, kami hampir nak boleh masuk teater tu tapi pasal Shadiq tak habis lagi minumannya (pasal no outside food or drink). Nasib baik habis cepat kalau tak, buang masa je.

Nasib baik dapat masuk. Sebelum tu semua yang ada kena kumpul dulu di bilik yang agak sedikit gelap. Sementara menunggu giliran untuk masuk, aku tengok kartun Looney Tunes Road Runner vs Wile E. Coyote yang ada pasal Wile E.Coyote buat macam-macam perangkap untuk Road Runner yang lari punyalah laju, malangnya semua perangkap asyik tak menjadi je pastu terkena pulak diri sendiri. tu yang kelako sikit tu....

Selang beberapa minit, tibalah giliran kami untuk menonton filem 4D tersebut. Kami masa tu ada cermin mata untuk menonton filem 4D. Aku tak ingat pulak apa isi filem tu tapi yang pasti, kadang kala kerusi asyik goyang je bila ada ada aksi menarik dan ada ketika tersembur pulak air (nasib baik sikit je) terkena kat aku......yang aku ingat jalan ceritanya ialah si Road Runner yang babak last tu kena langgar dengan lori!! LOL!!!
Bangunan kedai...

Masuk tempat orang ramai,......


Kena tunggulah jawabnya

Sedikit persembahan....


Sebelum bermula movie tu...

Habis dah di Roxy 4D Theatre, sekarang pusing-pusing pulak sekitar taman tema tu. Pada awalnya nak pergi dekat Kids WB' Fun Zone untuk naik Road Runner Rollercoaster je (pasal aku hanya boleh naik rollercoaster yang kecik-kecik.....frankly speaking). Tapi nanti dulula.....apabila kitaorang rancang nak tengok persembahan Hollywood Stunt Driver 2 lepas lalu pintu masuk tempat tu. Waktu tu dah masuk pukul 12.30 tengah hari ...persembahan tersebut bermula pada 1.50 petang, jadi sementara tunggu masa kami makan-makan dulu kat Sweet Treats tak silap aku.......Makanan kami ialah...eeeerrrr kentang goreng dengan ikan goreng (lebih kurang la) jela......nasib baik Mummy bawak sos versi Malaysia....

Tudia Batman....

tengah gaduh


Ibis...

Dengan model kereta lama

Awalnya nak pegi kat situ...

Selepas habis makan, kami pergi terus  tengok Hollywood Stunt Driver 2. Agak lama sikit nak tunggu start, iklan la...sembang la... ada jugak sampai beberapa orang terpilih untuk diambil gambar dan pakai baju lumba tapi dapat jugak tengok kereta bikin stunt. Tapi aku rasa macam stunt ringkas-ringkasla, tak de la sampai nak terbalikkan kereta bagai. Bunyi bising gila bhai sebab aku duduk depan sangat kottt.....tengok kereta asyik berdrifting...pusing-pusing....

Sebelum itu, aku bercadang nak naik bumper car, kegemaran aku dekat Intencity Bumper Cars (dekat situ jugak ada arcade games...alah main kat KL pun tak pe). Tak lama pun aku dengan Shabil dan Shadiq menunggu giliran. Kat tempat tu pulak, apa lagi kerja aku melanggar je la....aku ingat aku banyak langgar Shabil je berbanding Shadiq.

Geng Scobby-Doo, abam baju hijau tu siap puji baju Londom aku

Main bumper car...

Salah satu kereta yang driver bikin stunt...

Awat berasap keluaq


Selesai sudah, kami keluar pergi ke kawasan 'wild-wild west'.

Masa kat area 'wild-wild west' tu, aku ikut Shabil dan Shadiq naik Wild West Falls. Ada yang rasa peliknya satu je, benda tu bukannya macam roller coaster pun dan naik lepas tu ada cerita sikit dan yooooo......turun daaaa... Tapi malangnya agak sikit meleset sangkaan aku bila aku sendiri naik. Macam ni ceritanya, memanglah betul 'cart' tu naik ke atas 'gunung' mende alah tu tapi rupanya curam sikit dan masuk je dalam tempat gelap, 'cart' tu pusinglah...tapi WUSSSSSHHHH......TERKEBELAKANG! Aku terkejut gile bila 'cart' tu turun tapi mula lega sikit bila naik dan pusing arah ke depan balik. Dalam masa pusing tengok jugaklah dia punya building berasaskan 'wild-wild west' tapi lepas tu naik balik.....aku macam rasa nak keluar tapi....hadap jela, dah mula rasa nervous. Dan benda ni berakhir dengan apabila 'cart' tu TURUN DENGAN LAJUNYA DARI ATAS.......WAAAAAAAAA!!!!! dan air punya keluar banyak dan BAJU AKU BASAH KUYUP tapi tak delah macam kuyup sangat.
Masuk kawasan...

Naik ride Wild West Falls...

Baru lega sikit lepas habis naik ride tu....Mummy dengan abah pun tengah tunggu kat luar untuk masuk kedai. Sebenarnya nak tengok gambar masa kitorang naik ride benda alah tu.....dan kitaorang beli untuk kenang-kenangan. Barang-barang lain pun kami tengok jugak tapi tak beli pun. Masih dalam keadaan basah, jalan-jalanlah dulu sementara nak tunggu kering.

Kemudian, kami masuk sebentar dalam area DC Comics. Ada satu permainan ketuk , tak tau menda alah apa tapi rupanya kena ada kad setakat untuk main benda tu. Lupakan je la. Kemudian kami jalan-jalan sekitar tempat tersebut. Ada sekali ada replika kereta polis kena jahanam dek Hulk tapi pakai ala superherolah konon......bila kitaorang ambil gambar kat situ je, tiba-tiba ramai orang datang....hmmmmm.



Apa nama ntah karakter hijau tu....tapi geli lak



Mana pulak datang Hulk pakai baju superhero


Lepas tu kami keluar untuk ke tempat seterusnya. Next, tengok perarakan watak-watak daripada Warner Brothers (WB). Bermula daripada watak DC Comics seperti Batman, Superman, Catwoman, Joker sampai lah cerita Looney Tunes, Scooby Doo dan lain-lain. Ada sekali aku ingat aku penah 'sep' Bugs Bunny...lepas tu ada jugak persembahan tarian daripada maskot-maskot Looney Tunes......
Comel lak kucing tu...

Bugs Bunny

Sylvester

Twetty...

Van Scobby-Doo

The Joker

Batman dengan Batmobile dia
Superman..

Geng Justice League

Geng Looney Tunes

Habis saja perarakan, kami pergi ke WB Kids semula kalau ada apa ride nak naik. Aku hanya naik Road Runner Rollercoaster je dengan Shabil dan Shadiq. Ringkas je naik rollercoasternya......naik lepas tu turun laju sikit dan poooffff....kejap je habis. Dah abis naik ride tu, kami pun berjalan sekitar WB Kids terdapat jugak tugu karakter-karakter daripada Looney Tunes rata-ratanya.



Tugu Road Runner dan Coyote

Sekejap je kami kat situ, lepas tu kami kembali semula ke ride-ride yang 'eksterm' sikit tu berhampiran pintu masuk Movieworld. Batwing Spaceshot, Justice League 3D the Ride atau Green Lantern Coaster semua tu Shadiq je seorang yang naik. Pasal aku tak naik? Sebabnya ni je, aku tak berapa berkenan dengan ride-ride yang bersifat ekstrem ni...especially bab yang terbalik tu....tu je aku nak cerita. 

Lepas tu pulak aku duk berehat kejap dekat kawasan Superman Escape, sekali lagi Shadiq naik je. Aku sempat jugak tengok Shadiq naik ride tu dengan laju......

Lepas tu, kami pergi balik la semula berhampiran Roxy 4D theatre pasal ramai bersesak kat situ. Aku pun tak tahulah ada apa kat mana-mana sekitar sampai terpaksa nak bersesak-sesak di tengah orang ramai macam ni. Rasa macam tak de apa, kami pun beredar saja dari situ. Nak beli barang merchandise......dah tutup pulak!!
Shadiq naik benda tu..

Roller coasternya punyalah laju...

Shadiq masuk rride tu..

Apa benda lah ramai berkumpul kat situ...

Sebelum balik, abah, Shabil dan Shadiq sibuk bergambar di sekitar kawasan masuk Superman Escape. Mummy pulak.....duduk je. Selepas seronok bergambar segala bagai, kami pun nak balik semula ke Hotel Surfers Century di Gold Coast. Solat pun tak lagi, nasib baik masih ada kesempatan! Masa kami nak keluar dari taman tema tersebut, barulah aku tau ada sesi malam pulak, tapi tak pegi pun.......Kami sampai hotel pukul 5.50 petang.....Malam kitaorang rehat je...penat wooo
Memandang Jalur Gemilang....

Bendera Australia, USA, China dan UAE

Menuju balik ke Gold Coast..

Sampai dah......

Baiklah, bersambung........



Selasa, 3 Januari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 21 Disember, Sampai Gold Coast dan Jalan-jalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini aku memulakan tahun baru 2017 ni untuk menulis coretan aku bersama keluarga aku ke Australia. Tempoh hari aku ada menulis hari pertama tapi kat dalam airport, kali ini aku nak sambung cerita pulak.

(Baca cerita semalam: Sampai Melbourne)

Di lapangan terbang (21 Disember)

Masa tu dah tengah malam manakala Malaysia pulak masih lagi awal malam. Sementara menunggu flight ke Gold Coast pada pukul 6.40 pagi, aku lelaplah sekejap sekurang-kurangnya sampai pukul 1.30 pagi waktu tempatan. Tapi masih lagi belum nyenyak pasal dah tidur atas meja makan...banyak barang lak tu.....tu yang aku asyik ubah posing badan nak tidur tapi tak nyenyak-nyenyak jugak. Tapi dapat jugak tidur nyenyak itupun beberapa minit je......aku pun terjaga pukul 1.15 pagi.....tak tidur-tidur lepas tu.

Ketika hampir nak pukul 3.00 pagi, kami pun berkemas semula untuk pergi ke terminal perlepasan dalam negeri untuk ke Gold Coast melalui Jetstar. Sementara nak menunggu masuk waktu Subuh pada pukul 4.00 pagi lebih, Abah dengan Mummy pergi memperoleh tiket penerbangan dan selepas selesai, kami menunaikan solat Subuh di surau. (Untuk pengetahuan korang, airport Melbourne memang ada surau di antara jalan nak masuk terminal perlepasan antarabangsa dan dalam negeri.) Habis solat, kami duduk sebentar di terminal sementara menunggu masuk ke balai perlepasan (kena security check dulu la).
Nilah tiketnya.....

Dah ramai pulak dah....tadi macam sunyi jekk

Tengah susun-susun barang

Pukul 5.30 pagi, kami pergi terus ke balai perlepasan untuk menunggu boarding masuk kapal terbang. Kalau nak tahu, sebenarnya ada dua terminal perlepasan dalam negeri iaitu satu untuk kapal terbang Jetstar dan satu lagi untuk penerbangan lain seperti Virgin dan lain-lain. Apapun, perut kena isi dulu memandangkan kena sarapan. Sarapan aku hanyalah croissant dan air sejuk saje yang dipanggil sebagai 'spring water'. Selesai sarapan, kami pergi masuk kapal terbang berkenaan untuk ke Gold Coast, tapi jalan agak jauh sikit daripada tempat makan.

Masa nak masuk dalam kapal terbang, aku dinasihatkan supaya tidak mengambil foto. Tu je aku ingat. Sepanjang dua jam penerbangan dengan Jetstar, aku tidur je. Bukannya apa, flight pun takat dua jam je lepas tu tak ada TV untuk in-flight entertaiment. Almaklumlah, Jetstar ni taraf macam AirAsia, penerbangan tambang murah. Kami sampai di Gold Coast (atau dikenali sebagai Coolangatta) pada pukul 8.45 pagi lebih, itupun kena tukar time zone....aikkk aku ingatkan aku masih kat Eastern Australia Time Zone.....poorrrrahhhh....
Senarai penerbangan..

Pintu-pintu masuk kapa terbang

Ni vIrginn


Kapal terbang Jetstar...tapi kitaorang bukan naik yang ni....

Dalam Kapal terbang......

Sampai di Gold Coast

After we arrived at the airport, kami keluar untuk ambik beg. Sampai pukul 9.45 pagi, aku tidur lah kejap sementara abah buat urusan pendaftaran kereta sewa Europcar. Kami kat airport ni sekali je lepas tu dah tak pergi lagi since we only use car to go Sydney and Melbourne. That's why Mummy suruh aku ambil gambar sekitar airport. After registering vehicle, kami terus naik kereta tersebut umtuk ke hotel di tengah-tengah Gold Coast. Our car at that time was Toyota Corolla new generation (bukannya new generation sangat pun pasal sama saja kat Malaysia tapi bubuh nama kasi panjang jadi Toyota Corolla Altis, my neighbour had this car.)

Banyak pemandangan menarik yang aku ambik gambar sepanjang perjalanan kami ke hotel tersebut. Oh ya lupa sikit, nama hotel tu ialah Surfers Century dan terletak di tengah-tengah pusat bandar Gold Coast atau dikenali sebagai Surfer's Paradise dekat Enderley Avenue. Kami sampai kat hotel tu dalam kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan (time ni Malaysia baru nak masuk pagi) dan abah terus buat daftar masuk. Bilik kami duk kat tingkat 7, lif macam cepat je sampai.
Masuk balai ketibaan



Ruang balai perlepasan.....

nilah kereta yang kitaorang pakai...


Pertama kali nampak papan tanda Australia...

Bolah nampak dah Gold Coast dari situ...


masuk bandar.......

Salah sebuah stesen rel aliran ringan....bukan transit aliran ringan

Menara teringgi di Gold Coast....
Keluarkan barang daripada kereta,....


Lepas dah masuk hotel, kami letakkan barang-barang yang ada, Kami pun rehatlah sementara tunggu untuk keluar bersiar-siar sekitar Gold Coast. Ada jugak yang tengok TV. Aku pulak tidurlah sementara menunggu masuk Zohor bagi waktu di tempat tersebut.
Nilah ghope bilik teman dan keluarga teman....


Keluar bersiar-siar sekitar Gold Coast

Selesai solat segala bagai, kami mula bersiar-siar di pusat bandar Gold Coast. Kami hanya berjalan kaki saja time tu. Di sepanjang jalan Esplanade itu, kami ada jugak memasuki kawasan pasar yang pada masa tu belum dibuka lagi sepenuhnya dan dibuka pada waktu malam. Pasar apa nama ntah....lupa pulak. Dekat jalan tu jugak ada terpapar sejarah Gold Coast dan tapak peringatan ANZAC (Australia New Zealand Army Corp) di mana dua-dua bendera Australia dan New Zealand berkibar kat situ.

Masa kat jalan tu memang ramai orang dok bersiar-siar jugak kat situ. Tak kurang jugak ada beberapa orang warga Malaysia turut berada di tempat itu. Dekat pantai memang standardlah, ramai yang dok bermandi-manda di pantai, dah Gold Coast memang terkenal dengan pantai yang cantik, lebih kurang macam kat Miami, Florida jugak. Bab pakaian renang diaorang, sendiri fikirlah......aku berlepas tangan je nak cerita.


Sedikit sejarah Gold Coast




Berdiri di hadapan bendera Australia dan New Zealand...


Dalam kawwasan pasar

Lori sampah....kecik je

Pantai......oiiii sedap

Selepas itu, kami bersiar-siar pulak di sekitar jalan Elkhorn Avenue. Dekat situ banyak premis-premis berkaitan hartanah (macam beli rumah dsb) dan tak kurang jugak ada kedai makan kat situ. Selepas itu, kami bersiar-siar di Surfers Paradise Boluveard. Kami jenguk-jenguklah kedai cenderahati kalau-kalau nak beli ole-ole untuk dibawa balik ke Malaysia nanti. Tapi bukanlah sekarang, hari lainlah nanti. 


Binatang ape lak ni.....

Tugu salah seorang datuk bandar Gold Coast terdahulu

Lepak je....






Bukan main comel nampak......

Kemudian kami mulalah mencari kedai makan untuk mengisi perut sahaja. Akhirnya jumpalah kedai kebab kat situ......Selepas makan, kami berjalan lagi tapi ada jugak masa untuk duduk sekejap. Pada masa yang sama, kami ada jugak pergi gerai promosi tempat-tempat menarik di sekitar Gold Coast. Pada waktu hampir nak malam, kami ada masuk sebuah pusat membeli-belah kat situ. Lepas tu, kami pergi membeli barang makanan di pasar raya Woolworth, lebih kurang ala Giant di Malaysia. Ni beli barang nanti kalau nak isi perut ke makan besar ke semua dah ada nanti.....

Selepas selesai beli barang, parents aku pergi ke kaunter di tingkat G untuk beli tiket untuk ke Movieworld, yang aku akan cerita next article nanti. Kenapa pulak nak beli awal-awal, bukan elok ke kalau beli keesokkan harinya dekat empunya tempat? Sebabnya ni je, esok ramai orang nak datang, lagi-lagi kalau datang lambat tak pasal-pasal membazir masa je kena beratur panjang semata-mata nak beli tiket padahal waktu terhad, tulah pasal beli tiket awal-awal nanti masuk taman tema tersebut, jalan je bro cuma kena check tiket la dulu!

Habis semua urusan, tiba masanya untuk pulang semula ke hotel Surfers Century. Sementara itu, kami pergi lalu jalan Esplanade yang pasar yang aku sebut tadi. Banyak gerai-gerai didirikan tapi rata-rata kedai ialah barang cenderhati contohnya seperti baju, rantai dan banyak lagi. Pendek cerita pasar dah dibuka sepenuhnya. Tu lah pasal ramai orang tu...........
salah sebuah kawasan pasar...


nilah barang yang kitaorang beli.....

Sampai hotel, kami hanya berehat saja...la dah malam kan....habis coretan hari pertama aku di Gold Coast. Bersambung nanti bro!