Selasa, 3 Januari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 21 Disember, Sampai Gold Coast dan Jalan-jalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini aku memulakan tahun baru 2017 ni untuk menulis coretan aku bersama keluarga aku ke Australia. Tempoh hari aku ada menulis hari pertama tapi kat dalam airport, kali ini aku nak sambung cerita pulak.

(Baca cerita semalam: Sampai Melbourne)

Di lapangan terbang (21 Disember)

Masa tu dah tengah malam manakala Malaysia pulak masih lagi awal malam. Sementara menunggu flight ke Gold Coast pada pukul 6.40 pagi, aku lelaplah sekejap sekurang-kurangnya sampai pukul 1.30 pagi waktu tempatan. Tapi masih lagi belum nyenyak pasal dah tidur atas meja makan...banyak barang lak tu.....tu yang aku asyik ubah posing badan nak tidur tapi tak nyenyak-nyenyak jugak. Tapi dapat jugak tidur nyenyak itupun beberapa minit je......aku pun terjaga pukul 1.15 pagi.....tak tidur-tidur lepas tu.

Ketika hampir nak pukul 3.00 pagi, kami pun berkemas semula untuk pergi ke terminal perlepasan dalam negeri untuk ke Gold Coast melalui Jetstar. Sementara nak menunggu masuk waktu Subuh pada pukul 4.00 pagi lebih, Abah dengan Mummy pergi memperoleh tiket penerbangan dan selepas selesai, kami menunaikan solat Subuh di surau. (Untuk pengetahuan korang, airport Melbourne memang ada surau di antara jalan nak masuk terminal perlepasan antarabangsa dan dalam negeri.) Habis solat, kami duduk sebentar di terminal sementara menunggu masuk ke balai perlepasan (kena security check dulu la).
Nilah tiketnya.....

Dah ramai pulak dah....tadi macam sunyi jekk

Tengah susun-susun barang

Pukul 5.30 pagi, kami pergi terus ke balai perlepasan untuk menunggu boarding masuk kapal terbang. Kalau nak tahu, sebenarnya ada dua terminal perlepasan dalam negeri iaitu satu untuk kapal terbang Jetstar dan satu lagi untuk penerbangan lain seperti Virgin dan lain-lain. Apapun, perut kena isi dulu memandangkan kena sarapan. Sarapan aku hanyalah croissant dan air sejuk saje yang dipanggil sebagai 'spring water'. Selesai sarapan, kami pergi masuk kapal terbang berkenaan untuk ke Gold Coast, tapi jalan agak jauh sikit daripada tempat makan.

Masa nak masuk dalam kapal terbang, aku dinasihatkan supaya tidak mengambil foto. Tu je aku ingat. Sepanjang dua jam penerbangan dengan Jetstar, aku tidur je. Bukannya apa, flight pun takat dua jam je lepas tu tak ada TV untuk in-flight entertaiment. Almaklumlah, Jetstar ni taraf macam AirAsia, penerbangan tambang murah. Kami sampai di Gold Coast (atau dikenali sebagai Coolangatta) pada pukul 8.45 pagi lebih, itupun kena tukar time zone....aikkk aku ingatkan aku masih kat Eastern Australia Time Zone.....poorrrrahhhh....
Senarai penerbangan..

Pintu-pintu masuk kapa terbang

Ni vIrginn


Kapal terbang Jetstar...tapi kitaorang bukan naik yang ni....

Dalam Kapal terbang......

Sampai di Gold Coast

After we arrived at the airport, kami keluar untuk ambik beg. Sampai pukul 9.45 pagi, aku tidur lah kejap sementara abah buat urusan pendaftaran kereta sewa Europcar. Kami kat airport ni sekali je lepas tu dah tak pergi lagi since we only use car to go Sydney and Melbourne. That's why Mummy suruh aku ambil gambar sekitar airport. After registering vehicle, kami terus naik kereta tersebut umtuk ke hotel di tengah-tengah Gold Coast. Our car at that time was Toyota Corolla new generation (bukannya new generation sangat pun pasal sama saja kat Malaysia tapi bubuh nama kasi panjang jadi Toyota Corolla Altis, my neighbour had this car.)

Banyak pemandangan menarik yang aku ambik gambar sepanjang perjalanan kami ke hotel tersebut. Oh ya lupa sikit, nama hotel tu ialah Surfers Century dan terletak di tengah-tengah pusat bandar Gold Coast atau dikenali sebagai Surfer's Paradise dekat Enderley Avenue. Kami sampai kat hotel tu dalam kira-kira pukul 10.30 pagi waktu tempatan (time ni Malaysia baru nak masuk pagi) dan abah terus buat daftar masuk. Bilik kami duk kat tingkat 7, lif macam cepat je sampai.
Masuk balai ketibaan



Ruang balai perlepasan.....

nilah kereta yang kitaorang pakai...


Pertama kali nampak papan tanda Australia...

Bolah nampak dah Gold Coast dari situ...


masuk bandar.......

Salah sebuah stesen rel aliran ringan....bukan transit aliran ringan

Menara teringgi di Gold Coast....
Keluarkan barang daripada kereta,....


Lepas dah masuk hotel, kami letakkan barang-barang yang ada, Kami pun rehatlah sementara tunggu untuk keluar bersiar-siar sekitar Gold Coast. Ada jugak yang tengok TV. Aku pulak tidurlah sementara menunggu masuk Zohor bagi waktu di tempat tersebut.
Nilah ghope bilik teman dan keluarga teman....


Keluar bersiar-siar sekitar Gold Coast

Selesai solat segala bagai, kami mula bersiar-siar di pusat bandar Gold Coast. Kami hanya berjalan kaki saja time tu. Di sepanjang jalan Esplanade itu, kami ada jugak memasuki kawasan pasar yang pada masa tu belum dibuka lagi sepenuhnya dan dibuka pada waktu malam. Pasar apa nama ntah....lupa pulak. Dekat jalan tu jugak ada terpapar sejarah Gold Coast dan tapak peringatan ANZAC (Australia New Zealand Army Corp) di mana dua-dua bendera Australia dan New Zealand berkibar kat situ.

Masa kat jalan tu memang ramai orang dok bersiar-siar jugak kat situ. Tak kurang jugak ada beberapa orang warga Malaysia turut berada di tempat itu. Dekat pantai memang standardlah, ramai yang dok bermandi-manda di pantai, dah Gold Coast memang terkenal dengan pantai yang cantik, lebih kurang macam kat Miami, Florida jugak. Bab pakaian renang diaorang, sendiri fikirlah......aku berlepas tangan je nak cerita.


Sedikit sejarah Gold Coast




Berdiri di hadapan bendera Australia dan New Zealand...


Dalam kawwasan pasar

Lori sampah....kecik je

Pantai......oiiii sedap

Selepas itu, kami bersiar-siar pulak di sekitar jalan Elkhorn Avenue. Dekat situ banyak premis-premis berkaitan hartanah (macam beli rumah dsb) dan tak kurang jugak ada kedai makan kat situ. Selepas itu, kami bersiar-siar di Surfers Paradise Boluveard. Kami jenguk-jenguklah kedai cenderahati kalau-kalau nak beli ole-ole untuk dibawa balik ke Malaysia nanti. Tapi bukanlah sekarang, hari lainlah nanti. 


Binatang ape lak ni.....

Tugu salah seorang datuk bandar Gold Coast terdahulu

Lepak je....






Bukan main comel nampak......

Kemudian kami mulalah mencari kedai makan untuk mengisi perut sahaja. Akhirnya jumpalah kedai kebab kat situ......Selepas makan, kami berjalan lagi tapi ada jugak masa untuk duduk sekejap. Pada masa yang sama, kami ada jugak pergi gerai promosi tempat-tempat menarik di sekitar Gold Coast. Pada waktu hampir nak malam, kami ada masuk sebuah pusat membeli-belah kat situ. Lepas tu, kami pergi membeli barang makanan di pasar raya Woolworth, lebih kurang ala Giant di Malaysia. Ni beli barang nanti kalau nak isi perut ke makan besar ke semua dah ada nanti.....

Selepas selesai beli barang, parents aku pergi ke kaunter di tingkat G untuk beli tiket untuk ke Movieworld, yang aku akan cerita next article nanti. Kenapa pulak nak beli awal-awal, bukan elok ke kalau beli keesokkan harinya dekat empunya tempat? Sebabnya ni je, esok ramai orang nak datang, lagi-lagi kalau datang lambat tak pasal-pasal membazir masa je kena beratur panjang semata-mata nak beli tiket padahal waktu terhad, tulah pasal beli tiket awal-awal nanti masuk taman tema tersebut, jalan je bro cuma kena check tiket la dulu!

Habis semua urusan, tiba masanya untuk pulang semula ke hotel Surfers Century. Sementara itu, kami pergi lalu jalan Esplanade yang pasar yang aku sebut tadi. Banyak gerai-gerai didirikan tapi rata-rata kedai ialah barang cenderhati contohnya seperti baju, rantai dan banyak lagi. Pendek cerita pasar dah dibuka sepenuhnya. Tu lah pasal ramai orang tu...........
salah sebuah kawasan pasar...


nilah barang yang kitaorang beli.....

Sampai hotel, kami hanya berehat saja...la dah malam kan....habis coretan hari pertama aku di Gold Coast. Bersambung nanti bro!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan