Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Hari ini aku nak sambung coretan cuti Australia iaitu aku dengan keluarga aku pergi ke taman tema Movieworld yang terletak tak jauh dari Gold Coast......
(Baca cerita semalam:
Sampai Gold Coast dan Jalan-jalan)
Hari itu, aku bangun lambat gila.......aku tak nak ceritalah pukul berapa aku bangun....Lepas dalam pukul 8.00 pagi lebih, aku hanya bersarapan dengan pisang, roti dan coklat. Tu je asalkan ada benda untuk sarapan untuk mengelakkan perut kosong bila nak keluar bersiar-siar nanti. Lepas dah sarapan aku tertidur sebentar sementara menunggu yang lain untuk bersiap....tak lama pun aku terlelap.
Kami mula pergi ke Movieworld selepas semua dah selesai bersiap. Masa on the way untuk ke sana itulah kali pertama pakai lebuh raya ekspres di Australia iaitu Pacific Highway M1. Tak lama pun perjalanan sebab dekat sikit dengan Gold Coast. Tiket pulak, sudah pun dibeli pada hari semalam. Lupa pulak nak cakap pasal harga, sebenarnya ada jugak satu lagi taman tema tetapi aku ingat yang bertemakan Dreamworks tapi harga agak mahal sikit. Lebih baik ambil yang murah seperti Movieworld ni.....berbaloi sikit dengan duit kitaorang....
|
Mana mai nama Nerang ni? Ingat Kedah ja..... |
|
Boleh ke arah ni tapi hari lain... |
|
Masuk lebuhraya Pacific |
|
Green Lantern rollercoaster punya.. |
|
Bendera Malaysia pun ade..... |
|
Mummy dan Shadiq kat belakang aku... |
|
Superman Escape |
|
Pokok Krismas beso gileee.... |
Ok, sambung. Lepas dah masuk dalam taman tema tersebut, dapat peta, kena fikir pulak nak mula mana dulu. Paldda awalnya ada yang nak pergi yang lebih dekat terlebih dahulu seperti
Batwing Spaceshot, Justice League 3D the Ride atau Green Lantern Coaster, tapi oleh kerana tak de sape nak naik, jadi kami pergi yang lain terlebih dahulu.
|
Sebelah kereta Batman |
Lokasi pertama kitaorang ialah
Roxy 4D Theatre. Masa nak masuk tu punyalah terpaksa berbaris panjang sementara menunggu untuk masuk ke dalam teater tu. Pada masa yang sama jugak di tengah-tengah lorong pulak ada persembahan yang menampilkan
Batman, the Joker, Harley Quinn dan tak ketinggalan jugak beberapa abam polis. Semua dok berlawan........Selepas beberapa minit, kami hampir nak boleh masuk teater tu tapi pasal Shadiq tak habis lagi minumannya (pasal no outside food or drink). Nasib baik habis cepat kalau tak, buang masa je.
Nasib baik dapat masuk. Sebelum tu semua yang ada kena kumpul dulu di bilik yang agak sedikit gelap. Sementara menunggu giliran untuk masuk, aku tengok kartun
Looney Tunes Road Runner vs Wile E. Coyote yang ada pasal
Wile E.Coyote buat macam-macam perangkap untuk Road Runner yang lari punyalah laju, malangnya semua perangkap asyik tak menjadi je pastu terkena pulak diri sendiri. tu yang kelako sikit tu....
Selang beberapa minit, tibalah giliran kami untuk menonton filem 4D tersebut. Kami masa tu ada cermin mata untuk menonton filem 4D. Aku tak ingat pulak apa isi filem tu tapi yang pasti, kadang kala kerusi asyik goyang je bila ada ada aksi menarik dan ada ketika tersembur pulak air (nasib baik sikit je) terkena kat aku......yang aku ingat jalan ceritanya ialah si Road Runner yang babak last tu kena langgar dengan lori!! LOL!!!
|
Bangunan kedai... |
|
Masuk tempat orang ramai,...... |
|
Kena tunggulah jawabnya |
|
Sedikit persembahan.... |
|
Sebelum bermula movie tu... |
Habis dah di Roxy 4D Theatre, sekarang pusing-pusing pulak sekitar taman tema tu. Pada awalnya nak pergi dekat Kids WB' Fun Zone untuk naik Road Runner Rollercoaster je (pasal aku hanya boleh naik rollercoaster yang kecik-kecik.....frankly speaking). Tapi nanti dulula.....apabila kitaorang rancang nak tengok persembahan
Hollywood Stunt Driver 2 lepas lalu pintu masuk tempat tu. Waktu tu dah masuk pukul 12.30 tengah hari ...persembahan tersebut bermula pada 1.50 petang, jadi sementara tunggu masa kami makan-makan dulu kat Sweet Treats tak silap aku.......Makanan kami ialah...eeeerrrr kentang goreng dengan ikan goreng (lebih kurang la) jela......nasib baik Mummy bawak sos versi Malaysia....
|
Tudia Batman.... |
|
tengah gaduh |
|
Ibis... |
|
Dengan model kereta lama |
|
Awalnya nak pegi kat situ... |
Selepas habis makan, kami pergi terus tengok Hollywood Stunt Driver 2. Agak lama sikit nak tunggu start, iklan la...sembang la... ada jugak sampai beberapa orang terpilih untuk diambil gambar dan pakai baju lumba tapi dapat jugak tengok kereta bikin stunt. Tapi aku rasa macam stunt ringkas-ringkasla, tak de la sampai nak terbalikkan kereta bagai. Bunyi bising gila bhai sebab aku duduk depan sangat kottt.....tengok kereta asyik berdrifting...pusing-pusing....
Sebelum itu, aku bercadang nak naik bumper car, kegemaran aku dekat
Intencity Bumper Cars (dekat situ jugak ada arcade games...alah main kat KL pun tak pe). Tak lama pun aku dengan Shabil dan Shadiq menunggu giliran. Kat tempat tu pulak, apa lagi kerja aku melanggar je la....aku ingat aku banyak langgar Shabil je berbanding Shadiq.
|
Geng Scobby-Doo, abam baju hijau tu siap puji baju Londom aku |
|
Main bumper car... |
|
Salah satu kereta yang driver bikin stunt... |
|
Awat berasap keluaq |
Selesai sudah, kami keluar pergi ke kawasan 'wild-wild west'.
Masa kat area 'wild-wild west' tu, aku ikut Shabil dan Shadiq naik
Wild West Falls. Ada yang rasa peliknya satu je, benda tu bukannya macam roller coaster pun dan naik lepas tu ada cerita sikit dan yooooo......turun daaaa... Tapi malangnya agak sikit meleset sangkaan aku bila aku sendiri naik. Macam ni ceritanya, memanglah betul 'cart' tu naik ke atas 'gunung' mende alah tu tapi rupanya curam sikit dan masuk je dalam tempat gelap, 'cart' tu pusinglah...tapi
WUSSSSSHHHH......TERKEBELAKANG! Aku terkejut gile bila 'cart' tu turun tapi mula lega sikit bila naik dan pusing arah ke depan balik. Dalam masa pusing tengok jugaklah dia punya building berasaskan 'wild-wild west' tapi lepas tu naik balik.....aku macam rasa nak keluar tapi....hadap jela, dah mula rasa nervous. Dan benda ni berakhir dengan apabila 'cart' tu
TURUN DENGAN LAJUNYA DARI ATAS.......WAAAAAAAAA!!!!! dan air punya keluar banyak dan BAJU AKU BASAH KUYUP tapi tak delah macam kuyup sangat.
|
Masuk kawasan... |
|
Naik ride Wild West Falls... |
Baru lega sikit lepas habis naik ride tu....Mummy dengan abah pun tengah tunggu kat luar untuk masuk kedai. Sebenarnya nak tengok gambar masa kitorang naik ride benda alah tu.....dan kitaorang beli untuk kenang-kenangan. Barang-barang lain pun kami tengok jugak tapi tak beli pun. Masih dalam keadaan basah, jalan-jalanlah dulu sementara nak tunggu kering.
Kemudian, kami masuk sebentar dalam area DC Comics. Ada satu permainan ketuk , tak tau menda alah apa tapi rupanya kena ada kad setakat untuk main benda tu. Lupakan je la. Kemudian kami jalan-jalan sekitar tempat tersebut. Ada sekali ada replika kereta polis kena jahanam dek Hulk tapi pakai ala superherolah konon......bila kitaorang ambil gambar kat situ je, tiba-tiba ramai orang datang....hmmmmm.
|
Apa nama ntah karakter hijau tu....tapi geli lak |
|
Mana pulak datang Hulk pakai baju superhero |
Lepas tu kami keluar untuk ke tempat seterusnya. Next, tengok perarakan watak-watak daripada Warner Brothers (WB). Bermula daripada watak DC Comics seperti Batman, Superman, Catwoman, Joker sampai lah cerita
Looney Tunes, Scooby Doo dan lain-lain. Ada sekali aku ingat aku penah 'sep' Bugs Bunny...lepas tu ada jugak persembahan tarian daripada maskot-maskot Looney Tunes......
|
Comel lak kucing tu... |
|
Bugs Bunny |
|
Sylvester |
|
Twetty... |
|
Van Scobby-Doo |
|
The Joker |
|
Batman dengan Batmobile dia |
|
Superman.. |
|
Geng Justice League |
|
Geng Looney Tunes |
Habis saja perarakan, kami pergi ke WB Kids semula kalau ada apa ride nak naik. Aku hanya naik Road Runner Rollercoaster je dengan Shabil dan Shadiq. Ringkas je naik rollercoasternya......naik lepas tu turun laju sikit dan poooffff....kejap je habis. Dah abis naik ride tu, kami pun berjalan sekitar WB Kids terdapat jugak tugu karakter-karakter daripada Looney Tunes rata-ratanya.
|
Tugu Road Runner dan Coyote |
Sekejap je kami kat situ, lepas tu kami kembali semula ke ride-ride yang 'eksterm' sikit tu berhampiran pintu masuk Movieworld.
Batwing Spaceshot, Justice League 3D the Ride atau Green Lantern Coaster semua tu Shadiq je seorang yang naik. Pasal aku tak naik? Sebabnya ni je, aku tak berapa berkenan dengan ride-ride yang bersifat ekstrem ni...especially bab yang terbalik tu....tu je aku nak cerita.
Lepas tu pulak aku duk berehat kejap dekat kawasan Superman Escape, sekali lagi Shadiq naik je. Aku sempat jugak tengok Shadiq naik ride tu dengan laju......
Lepas tu, kami pergi balik la semula berhampiran Roxy 4D theatre pasal ramai bersesak kat situ. Aku pun tak tahulah ada apa kat mana-mana sekitar sampai terpaksa nak bersesak-sesak di tengah orang ramai macam ni. Rasa macam tak de apa, kami pun beredar saja dari situ. Nak beli barang merchandise......dah tutup pulak!!
|
Shadiq naik benda tu.. |
|
Roller coasternya punyalah laju... |
|
Shadiq masuk rride tu.. |
|
Apa benda lah ramai berkumpul kat situ... |
Sebelum balik, abah, Shabil dan Shadiq sibuk bergambar di sekitar kawasan masuk Superman Escape. Mummy pulak.....duduk je. Selepas seronok bergambar segala bagai, kami pun nak balik semula ke Hotel Surfers Century di Gold Coast. Solat pun tak lagi, nasib baik masih ada kesempatan! Masa kami nak keluar dari taman tema tersebut, barulah aku tau ada sesi malam pulak, tapi tak pegi pun.......Kami sampai hotel pukul 5.50 petang.....Malam kitaorang rehat je...penat wooo
|
Memandang Jalur Gemilang.... |
|
Bendera Australia, USA, China dan UAE |
|
Menuju balik ke Gold Coast.. |
|
Sampai dah...... |
Baiklah, bersambung........
Bestnya...macam pameran superhero je semua...
BalasPadamyup...kebanyakan semua macam superhero daripada DC. Tapi ada jugak dari kartun biasa macam Looney Tunes....tak boleh blah tol pasal Road Runner vs Coyote tu....
Padam