Isnin, 16 Januari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 24 Disember 2016 : Brisbane

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua,

Hari ini aku nak sambung cerita lagi dengan al-kisah aku dan keluarga aku ke bandar Brisbane yang agak tidak jauh dari Gold Coast.

(Baca cerita semalam: Australia Zoo)

Selepas selesai solat Subuh pada lebih kurang awal pagi, aku tidur balik.....sementara nak tunggu matahari nak naik. Sebelum itu, aku mandi dulu karang senang nanti. Pukul 6.30 pagi (waktu tu dah lepas Subuh), aku bangun balik dan bersiap untuk pergi jalan-jalan kat Brisbane. Kenapa awal sangat nak kena pergi?

Sebab hari itu adalah sebelum Krismas, jadi ramai orang nanti kat pasar yang terletak di West End di Jane Street...lupa lak apa namanya... Macam hari-hari sebelum raya jugak, ramai yang akan pergi ke tempat membeli-belah masing-masing untuk beli barang apa yang diorang nak. Kalau ramai sangat nanti, susah sikit la, nak parking la apa lagi.........

Satu jam lebih perjalanan, akhirnya kami sampai ke bandar raya Brisbane. Satu benda yang aku suka pasal Brisbane ni, ada sistem bas BRT atau dikenali sebagai Bus Rapid Transit. Di Malaysia pun ada jugak sistem pengangkutan awam macam ni iaitu BRT Sunway. Cuma bezanya di Brisbane, depa buat BRT di sebelah jalan dan ada sebahagiannya buat jambatan manakala di Malaysia pulak semuanya elevated di antara KTM Setia Jaya dan LRT Kelana Jaya stesen Wawasan.....
Salah satu stesen BRT

Bandar Brisbane

Padang ragbi

masuk pasar....




Balik kepada cerita Brisbane tadi, lokasi pertama kitaorang ialah pergi ke pasar yang terletak di Jane Street..Ada nama spesifiknya tapi dah lupa pulak apa namanya. Tempat tu terletak sebelah je dengan padang ragbi....tapi pasarnya kat lorongla....Aku hanya tengok barang atau makanan aje nak beli kalau untuk alas perut ke ape ke. Barang yang kitaorang beli ialah, pisang je!

Selepas itu kami pergi pula ke pekan West End untuk makan-makan sebelum kami meneruskan jalan-jalan kitaorang sekitar Brisbane. Pada awalnya ada jugak nak cadangkan nak makan kat Nandos (mungkin pasal dah search memang ada halal kot), lepas tu pulak pergi pulak ke Little Malaysia tapi malangnya TUTUP kerana cuti Krismas punya pasal....Sebelum itu kami bersiar-siar dulu apa ada di pekan ini....balik kepada cari tempat makan, hanya kedai Lubnan je yang ada, jadi kami makanlah kat situ.
Nandos....tapi tutup...


Tudiaaaa.....Proton Gen-2

Makan di kedai Lubnan...

11.00 pagi, kami terus ke pusat bandar Brisbane. Kerana tak ada parking punya pasal, aku hanya ambil gambar dari dalam kereta je.......Dekat pusat bandar je ada banyak tempat menarik. Ada masanya kami tersesat jalan di dalam bandar, kejap masuk highway, kejap masuk jalan sibuk.

11.30 pagi, kami sampai ke Parklands untuk jalan-jalan sekitar taman tersebut. Kolam renang pun ada tapi lebih kepada bentuk beach, tapi dalam bandar! hmmmm, cam menyesal pulak tak bawak baju renang tapi tak kisah sangat. Masa kat taman tu jugak, Shabil dan Shadiq sibuk main tempat permainan. Aku pulak dah tua sangat nak main benda alah tu.
masuk pusat bandar....



Brisbane City Hall


Melalui Story Bridge


Bangunan ABC cawangan Brisbane



Kolam renang........


Bangunan tradisional Nepal...

Kemudian kami jalan-jalan sampailah ke perkarangan Wheels of Brisbane. Mummy masa tu nak ajak sape yang nak naik. Semua naik (aku ikut sekalilah sebab bukannya macam roller coaster pun) kecuali abah......jangan tanya aku pulak, che wahhhh!!! Ketika aku kat dalam Wheel of Brisbane, aku sempat mengambil gambar pemandangan Brisbane dari atas, tak de lah sampai ke langit kot!! Pada masa yang sama jugak ada penerangan tempat demi tempat. Pusingannya dibuat sebanyak 4 kali....

Selesai sudah kami di Wheel of Brisbane, kami pergi pulak ambil gambar di tempat 3D BRISBANE. Tak lama selepas itu, kami terus pulang semula ke Gold Coast untuk rehat....sejurus lepas solat kami bersiar-siar semula untuk beli cenderamata untuk dibawa balik ke Malaysia sebagai ole-ole la katakan. Kemudian kami makan-makan beli dari kedai Shiraz sebagai makan tengah hari, aku makan hot dog je......

Ambil gambar abah..



Queensland Performing Arts Centre

Nampak feri..


Brisbane dulu dan 1965


Bangunan Parlimen Queensland.....taraf DUN di Malaysia

Balik semula ke Gold Coast

Jalan-jalan untuk beli ole-ole

Makan-makan...


Pukul 6.00 petang, kami keluar semula dari hotel untuk ke pantai Surfers Paradise untuk mandi laut....dengan pakai baju renangnya. Bagi aku memang tak lengkaplah percutian ke Gold Coast kalau tak mandi laut ye dak? Aku tak mahu basah penuh sepanjang petang hahaha........lepas tu pukul 7.00 malam pulak, balik semula ke hotel dan masuk kolam renang pulak dahhhh....sejuk satu hal, dah malam satu hal jugak.....

Balik masuk hotel pulak dalam keadaan basah....dah la tuala tak de. Lagipun ada papan tanda yang kata sebelum masuk hotel kena keringkan badan dulu. Arahan ni bersebab, kalau keadaan basah nanti air jatuh ke lantai...lepas tu orang lalu, tergelincir la jawabnya......hehe...


Malam tu pulak, aktiviti aku hanya kemas sikit sebab esoknya nak berjalan jauh ke Sydney pulak...Itu sahaja celoteh aku dalam blog pasal Travelog ke Australia kali ini.....bersambung yoooo.....


Jumaat, 13 Januari 2017

Hari pertama pakai braces.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca semua,

Hari ini aku nak tangguhkan seketika travelog aku ke Australia Disember lepas untuk memberi laluan untuk menceritakan pengalaman aku mula pakai braces semalam (12 Januari 2017). Braces????? Tentu macam pernah dengar kan. Dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai 'pendakap gigi'. Macam mana rupa kalau pakai braces ni?

Tudiaaaaa...camnilah rupa kalau pakai braces. Sesetengah orang macam nak malu-malu nak pakai braces pasal rupa gigi besi atau rupa macam budak-budak nerd....Haha, sebenarnya tak payah malu pun sebab di sesetengah negara-negara luar, pemakaian braces sudah macam kebiasaan sebab mahukan gigi yang cantik. Satu lagi anggapan kononnya pakai braces ni perempuan saja yang pakai, yelah barangkali aku baca banyak blog pasal pengalaman braces ni majoritinya perempuan. Tapi, siapa yang anggap macam aku sebut di atas, tak taulah mak cakap ape...
Sorry guys......jadi KL Gengster sikit hari ini haha....

Rancangan nak kenakan braces terhadap aku sebenarnya dah lama dah masa aku Tingkatan 3. Pada awalnya, time-time nilah nak kenakan braces kat aku tapi aku tak nak pasal bagi habiskan 2 more years of school life dalam keadaan 'status quo'.

3 Januari 2017, abah bawak aku pergi ke Klinik Gigi Zaida untuk check gigi dahulu. Beberapa hari kemudian pada hari Sabtu, abah bawak aku pulak untuk semak X-Ray untuk diberikan kepada klinik tersebut. Dan pada 12 Januari 2017, tiba masanya aku bubuh braces kat gigi aku.....

Aku pergi ke klinik Zaida pada pukul 1.15 tengah hari. Masa tu, nasi baru aku nak masak pasal terlupa nak masak nasi beberapa jam sebelum itu. Tapi terpaksalah makan lepas proses pakai braces. Ok, aku dengan abah aku sampai kat klinik tersebut dalam pukul 1.30 petang lebih. Ketika di kaunter pendaftaran, fikiran aku melayang-layang macam mana sama ada sakit ke tak pakai braces ni. Ada yang mengatakan sakit dan ada yang kata sikit saja.....apapun check blog-blog tentang pengalaman pakai braces, aku baru hari pertama....

Beberapa minit kemudian, aku dipanggil doktor untuk diambil gambar saja. Depan, tepi serta dalam pun diambil sekali untuk check. Kemudian aku keluar untuk tunggu untuk appointment pakai braces. Sementara nak tunggu, aku bukak live streaming TV1 dalam smartphone aku untuk menonton majlis pengebumian Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem. Aku ada tanya abah aku, berapa lama nak pasang braces, kata abah 1 jam....tapi baca lagi. Bila ingat 1 jam, alamak solat pun tak lagi, jadi aku pergilah mencari surau untuk solat. Alhamdulillah nasib baik ada dekat belakang so kami minta kebenaran doktor untuk solat Zohor.

Selepas solat Zohor, aku terus dipanggil untuk pasang braces.....

Ketika memasang braces

3 orang doktor bersama aku masa tu. Abah pun tengok aku masa tu.... Aku hanya buka gigi sambil pegang benda alah untuk diletakkan di tepi-tepi gigi dan pada masa sama doktor-doktor tu sedang meletakkan braces dekat gigi aku. Apa benda yang aku tak suka ialah masa tengah letak braces, air liur asyik kacau tekak aku sampai aku tergerak-gerak sedikit nak diludahkan.....nevertheless, it just only shortcomings....tak mau cerita banyak camne proses buat braces ni....nah aku tunjuk ni....


Lebih kurang camnilah yang aku alami..

Selepas itu, dah settle dah....tak lama pun kira-kira 3.40 petang dah siap....Hai braces!! Kami balik ke rumah lepas tu. Sampai kat rumah Shabil pun ada kat situ. Kemudian, kami menjamu selera yang aku makan nasi dan ayam masak merah. Satu benda aku tak suka bila kena braces, aku tak boleh kunyah macam sebelum kena braces....huhu tapi LU JANGAN RISAU!! Mula-mula kena braces memang standard, beberapa hari nanti OK LA BALIK....cuma time-time ni, aku kena carik-carikkan ayam kepda bahagian-bahagian kecil ........
Nilah keadaan aku lepas braces..

Waktu malam macam tu jugak, aku hanya makan McD kat rumah dengan fries dan BUBUR serta satu nuggets je.....benda sama terjadi......huuuuuu. Tapi, nak gigi lebih sempurna, kena bersakit-sakit dulu ye tak......
Tak payah ubah tabiat makanan korang, cuma kena ubah cara jekkk....especially first days of braces..

Apapun sebelum aku mengakhiri entri ini, aku nak bagi fakta-fakta ni pasal braces.....yang ni apa yang aku tahu serta bacaan daripada blog-blog lain...

  1. Lepas makan je korang kena gosok gigi serta pakai INTERDENTAL BRUSH untuk bersihkan archwire....ikut nasihat doktor pulak kena bawak ke mana-mana kecuali kalau jalan-jalan dekat-dekat la.....
  2. Dalam nak gosok gigi tu, buang segala cebisan makanan ke ape ke...takut nanti mulut berbau
  3. Memang ada ulcer pada awalnya (so far ulcer aku sikit-sikit la ada tapi gua tak rasa sakit), so pakai secubit wax dan jadikkan bentuk bola dan bubuh lekat gigi yang ada benda tajam tu.....
  4. Dalam tengah braces ni, JANGAN MAKAN BENDA KERAS-KERAS!!! Misalnya seperti tulang, coklat beku, kacang dan sebagainya.
  5. In case kalau ada bracket tertanggal, datang klinik je untuk fix.
  6. RASA SENGAL DAN SENSITIF? Biasa la bro dalam beberapa hari selepas letak braces ni. Sebab apa? Ketika ini, gigi sedang bergerak mengikut archwire yang ditetapkan...ini bermakna BRACES SEDANG BERFUNGSI!!!
  7. Tentu ada yang tanya, berapa lama pakai braces ni. Secara umum, biasanya dua tahun.....tapi boleh jadi jugak kurang daripada 2 tahun macam setahun ke 10 bulan ke jika, KEADAAN GIGI SEBELUM BRACES TAK TERUK serta PENJAGAAN TIP-TOP!!! Tapi kalau korang malas gosok gigi, lama lagilah nak pulih.......
  8. PALING PENTING, DATANG APPOINTMENT DENGAN DOKTOR GIGI MENGIKUT JADUAL!
Akhirul kalam, semoga kita berjumpa lagi yekk dalam artikel akan datang....Korang boleh la tanya aku dalam komentar di bawah. Yang pernah buat braces sebelum ni.....mengkome boleh la kongsikan pengalaman korang di komentar jugak, cheers!!!

Wassalam dan salam sejahtera........

Selasa, 10 Januari 2017

Watlzing Matilda (Jalan-jalan Australia) - 23 Disember 2016 : Australia Zoo

Assalamualaikum dan salam sejahtera rodong-rodong semua,

Hari ini aku nak sambung cerita percutian aku dan kali ini pergi mengunjungi Auztralia Zoo yang terletak agak jauh ke utara dari pusat bandar Brisbane..

(Baca coretan hari sebelumnya: Movieworld)

Alhamdulillah akhirnya waktu tu aku dah dapat bangun Subuh pada kira-kira pukul 4.00 pagi. Tak mau cerita banyak, aku teruskan sembang aku.

Kira-kira pukul 10.00 pagi, aku dan keluarga aku terus pergi ke Australia Zoo yang terletak di Beerwah, Queensland, 156 km dari hotel kitaorang (Surfers Century). Dalam hampir nak sampai ke Australia Zoo, kami singgah kejap di kawasan rehat Caboolture arah utara kat Bruce Highway....setakat beli barang makanan untuk isi perut saja. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Australia Zoo menerusi Steve Irwin Way. Terdapat jugak taman negara yang lain di sekitar jalan tersebut. Kami tiba di zoo tersebut pada pukul 11.30 pagi, masa tu cuaca macam hampir nak hujan, mujurlah aku bawak topi.......
Gapo ado Tanah Merah tu bohhh....

Memasuki jambatan 

Nampak dah bandar Brisbane


Inilah kereta kitaorang

Rehat sekejap derrr...


Menghampiri Australia Zoo..


Macam rumah kat kampung je ni.......

Selamat datang...

Sampai di sana, tidak seperti ke Movieworld, kami beli tiket dulu di pintu masuk.

Mula-mula sekali, kami tengok haiwan-haiwan kecil di kawasan 'merah jambu' (terdapat dalam peta). Malangnya, kami terlepas salah satu persembahan yang diadakan di Crocoseum yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari. Nak pergi macam mana, baru je masuk lepas tu jauh pulak nak pergi. Jadi kami pergilah mana-mana tempat lain terlebih dahulu.

Beli tiket dulu.....


Cicak versi Australia...

Kami mula masuk ke dalam kawasan 'ungu' yang menempatkan haiwan-haiwan utama Australia. Paling aku suka ialah common wombat. Tau tak pasal apa, masa aku tengok haiwan wombat tu, dia tidur je lepas sipi-sipi nak pergi, dia terus bergerak-gerak. Alahai, comel betul!!! Sebelum itu, kami mengunjungi pameran ular-ular Australia. Kebanyakan ular yang ada di situ kerjanya, TIDUR SAJA!!! chehhh...........Selepas itu pulak, kami tengok pulak burung-burung pemangsa dan kemudiannya, lalu lorong Rainforest Aviary yang menempatkan macam-macam jenis burung.



Rangka tulang ular...

WOMBATTTT!!!!!

Kemudian, kami masuk pulak kawasan Red Kanggaro.......macam rasa nak sentuh atau bergambar pulak dengan kanggaroo tersebut. (Nasihat aku, kalau nak bergambar ke berswafoto ke.......lebih baik jangan kat belakang....karang kakinya dok tendang kita lak....tak tau betul ke tak). Pada mulanya, kangaroo merah yang pertama tu macam tak layan aku je sambil dia minum masa aku nak ambik gambar...jilake!! Tapi masa kangaroo tersebut duduk, apa lagi ambik gambarlah.....tak boleh terlepas ni.......



Tak pandang aku pun....demmmmm

Sentuh sikit.......

Ala bucuk-buck.....

Selepas itu, kami masuk pulak ke Koala Walk-through. Di situ banyak koala ditempatkan. Pada awalnya ehhh, mana pulak koala-koala ni? Rupa-rupanya diorang dok peluk je atas pokok. Kebanyakannya semua tidur je....yelah diorang tidur selama 20 jam kalau nak tau....aik lama betul depa tidoq!! PEMALAS KE APA??!! Apapun, aku ada jugak sentuh seekor koala.....fuhhh sedap dok usap-usap. Tapi ada jugak masa diorang bangun dan bergerak ke tempat yang diorang suka.
Sentuh sikit pun jadilah...

Fakta yang perlu diketahui...

Macam koala tengh bergerak je ni..

Settle sudah kawasan yang berwarna ungu....Seterusnya, kami pergi pulak naik shuttle tengok sepintas lalu kawasan-kawasan sekitar Australia Zoo. Tapi kitaorang turun pulak di kawasan 'oren' yang hanya dibezakan dengan satu berhenti saja. Baiklah, kawasan oren ini sebenarnya ialah kawasan Asia dan Afrika yang terletak jauh benor dari stop tersebut. Mula-mula sekali, kami ada menyaksikan persembahan aksi antara abam-kakak zoo dengan 3 ekor harimau.



Sepanjang persembahan, selalu sangat harimau-harimau tu terjun di dalam air. Ada masanya pulak, harimau-harimau tu kejar mengejar dengan orang yang jaga harimau tersebut. Lama sikit kami berada di tempat persembahan tersebut. Selepas itu, kami duduk berpicnic di dataran yang berhampiran dengan Camel Rides. Kami masa tu ada bawak roti telur, nasi dengan telur hancur serta beberapa minuman yang ada......ada jugak rasa nak naik unta tapi mahal...
Tengok red panda dulu.......


Harimau dok berenang....

Kejor yop kejor...


Makan dulu........
Harimau mari......

Lepas selesai isi perut, kami teruskan bersiar-siar di sekitar zoo. Kami pergi pula ke zon Afrika, antara haiwannya ialah zebra, zirafah, dan badak putih Selatan. Itu saja yang ada......kami lepas tu singgah sebentar dalam gerai jualan yang berhampiran.

The giraffes...



Kemudian, kami berpatah balik semula untuk pergi ke Bindi's Island. Patutnya pergi ke sana dulu barulah tak penat. Tapi, exercise kan.......okeylah. Masa dah masuk, awal-awal lagi ada Lemur (haiwan yang kita tengok dalam movie Madagascar sebagai King Julien) kat tengah jalan sambil diawasi oleh pegawai. Kemudian kami pergi naik ke 'treehouse' untuk tengok lebih lanjut. Ular besar pun ada itupun nasib baik diletakkan dalam kaca. Dekat atas tu pulak, ada satu pulau yang dikhaskan untuk lemur. Hanya Aldabran Tortoise yang tak dapat kitaorang tengok pasal....ehhh mana dia?? Kami kemudiannya keluar dari pulau tersebut.

Masuk dalam Bindi Island.....
Awal-awal lagi ada Lemur....

Burung Macaw.....

Alligator Snapping Turtle

Ular Boa Constrictor


Lemur dalam pulau sendiri

Kami tak naik shuttle sebaliknya kami pergi terus ke kawasan 'kuning'.....ketika itu sudah masuk pukul 3.00 petang sedangkan zoo ditutup pada pukul 5.00 petang. By hook or by crook, kena habiskan jugak.

Pertama sekali yang kami tengok ialah burung Emus, Brogla dan Jabirus, sebuah spesis bangau. Tak lupa juga Wetland Birds. Satu lagi paling best ialah kami bermesra dengan kangaroo betul dan wallabies....awwww. Buat benda sama jugak masa dengan red kangaroos. Kemudian kami pergi masuk pulak ke area Echidnas. Aku mula sikit nervous pasal haiwan ni sebab ni keluarkan sting kot......tapi jangan risau, selagi tak ancam dia, dia takkan buat. Aku okey je ambik gambar.......





Layan kangaroo/ wallabie


Echidnas...

Settle kawasan 'kuning', kami balik semula ke kawasan 'merah jambu'. Masa tu dah pukul 4.00 petang. Kena cepat habis sebelum waktu tutup. Kami masuk ke Crocoseum yang sepatutnya kami pergi tengah hari tadi. Hanya mampu ambik gambar tempat kosong saja huhu......Tapi ada jugak benda menarik, iaitu galeri mengenai lejen Australia Zoo iaitu Steve Irwin. Beliau memang minat bila tang pasal haiwan ni sampai ada rancangan TV. Macam-macam pameran yang ada di sana.

Crocoseum...

Apalah yang diaorang tulis atas bahagian Union Jack...

Inilah Steve Irwin

Koleksi baju-bajunya

Keratan-keratan akhbar mengenainya...



Selepas habis di Crocoseum, kami tengok baki-baki haiwan yang ada sebelum kami keluar. Cuma yang terkilan sikit kami tak dapat tengok Kids' Zoo, Alpacas, Binturong, Cassowary dan Dingoes hmmm.......sebab semua dah dibawa masuk kot sebab dah nak tutup operasi. Ok, anyway, aku dapat tengok jugak haiwan reptilia yang lain seperti aligator, tengok sendiri buaya dan beberapa haiwan lain tapi kebanyakkannya semua masuk dalam air sebab nak tidur mungkin.
Burmese Phyton.....

Masuk dalam air je ke???

Koala...

Buaya......


Berakhir sudah kunjungan kami ke Australia Zoo. Sebelum balik, kami beli sedikit barang daripada kedai cenderamata. Antaranya ialah harimau dan koala plush. Habis beli barang, kami rehat sekejap lalu pergi ke tempat letak kereta. Sebelum kami keluar, kami bergambar dahulu di pintu masuk.


Habis dah, kami pun balik semula ke Gold Coast dan sampai di sana pada waktu malam. Sebelum, kami solat jamak terlebih dahulu......wassalam dan Insya-Allah akan bersambung.....