Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua,
Hari ini aku nak sambung cerita lagi dengan al-kisah aku dan keluarga aku ke bandar Brisbane yang agak tidak jauh dari Gold Coast.
(Baca cerita semalam:
Australia Zoo)
Selepas selesai solat Subuh pada lebih kurang awal pagi, aku tidur balik.....sementara nak tunggu matahari nak naik. Sebelum itu, aku mandi dulu karang senang nanti. Pukul 6.30 pagi (waktu tu dah lepas Subuh), aku bangun balik dan bersiap untuk pergi jalan-jalan kat Brisbane. Kenapa awal sangat nak kena pergi?
Sebab hari itu adalah sebelum Krismas, jadi ramai orang nanti kat pasar yang terletak di West End di Jane Street...lupa lak apa namanya... Macam hari-hari sebelum raya jugak, ramai yang akan pergi ke tempat membeli-belah masing-masing untuk beli barang apa yang diorang nak. Kalau ramai sangat nanti, susah sikit la, nak parking la apa lagi.........
Satu jam lebih perjalanan, akhirnya kami sampai ke bandar raya Brisbane. Satu benda yang aku suka pasal Brisbane ni, ada sistem bas BRT atau dikenali sebagai
Bus Rapid Transit. Di Malaysia pun ada jugak sistem pengangkutan awam macam ni iaitu BRT Sunway. Cuma bezanya di Brisbane, depa buat BRT di sebelah jalan dan ada sebahagiannya buat jambatan manakala di Malaysia pulak semuanya elevated di antara KTM Setia Jaya dan LRT Kelana Jaya stesen Wawasan.....
|
Salah satu stesen BRT |
|
Bandar Brisbane |
|
Padang ragbi |
|
masuk pasar.... |
Balik kepada cerita Brisbane tadi, lokasi pertama kitaorang ialah pergi ke pasar yang terletak di Jane Street..
Ada nama spesifiknya tapi dah lupa pulak apa namanya. Tempat tu terletak sebelah je dengan padang ragbi....tapi pasarnya kat lorongla....Aku hanya tengok barang atau makanan aje nak beli kalau untuk alas perut ke ape ke. Barang yang kitaorang beli ialah, pisang je!
Selepas itu kami pergi pula ke pekan West End untuk makan-makan sebelum kami meneruskan jalan-jalan kitaorang sekitar Brisbane. Pada awalnya ada jugak nak cadangkan nak makan kat Nandos (mungkin pasal dah search memang ada halal kot), lepas tu pulak pergi pulak ke Little Malaysia tapi malangnya
TUTUP kerana cuti Krismas punya pasal....Sebelum itu kami bersiar-siar dulu apa ada di pekan ini....balik kepada cari tempat makan, hanya kedai Lubnan je yang ada, jadi kami makanlah kat situ.
|
Nandos....tapi tutup... |
|
Tudiaaaa.....Proton Gen-2 |
|
Makan di kedai Lubnan... |
11.00 pagi, kami terus ke pusat bandar Brisbane. Kerana tak ada parking punya pasal, aku hanya ambil gambar dari dalam kereta je.......Dekat pusat bandar je ada banyak tempat menarik. Ada masanya kami tersesat jalan di dalam bandar, kejap masuk highway, kejap masuk jalan sibuk.
11.30 pagi, kami sampai ke Parklands untuk jalan-jalan sekitar taman tersebut. Kolam renang pun ada tapi lebih kepada bentuk beach, tapi dalam bandar! hmmmm, cam menyesal pulak tak bawak baju renang tapi tak kisah sangat. Masa kat taman tu jugak, Shabil dan Shadiq sibuk main tempat permainan. Aku pulak dah tua sangat nak main benda alah tu.
|
masuk pusat bandar.... |
|
Brisbane City Hall |
|
Melalui Story Bridge |
|
Bangunan ABC cawangan Brisbane |
|
Kolam renang........ |
|
Bangunan tradisional Nepal... |
Kemudian kami jalan-jalan sampailah ke perkarangan
Wheels of Brisbane. Mummy masa tu nak ajak sape yang nak naik. Semua naik (aku ikut sekalilah sebab bukannya macam roller coaster pun) kecuali abah......jangan tanya aku pulak, che wahhhh!!! Ketika aku kat dalam Wheel of Brisbane, aku sempat mengambil gambar pemandangan Brisbane dari atas, tak de lah sampai ke langit kot!! Pada masa yang sama jugak ada penerangan tempat demi tempat. Pusingannya dibuat sebanyak 4 kali....
Selesai sudah kami di Wheel of Brisbane, kami pergi pulak ambil gambar di tempat 3D BRISBANE. Tak lama selepas itu, kami terus pulang semula ke Gold Coast untuk rehat....sejurus lepas solat kami bersiar-siar semula untuk beli cenderamata untuk dibawa balik ke Malaysia sebagai ole-ole la katakan. Kemudian kami makan-makan beli dari kedai Shiraz sebagai makan tengah hari, aku makan hot dog je......
|
Ambil gambar abah.. |
|
Queensland Performing Arts Centre |
|
Nampak feri.. |
|
Brisbane dulu dan 1965 |
|
Bangunan Parlimen Queensland.....taraf DUN di Malaysia |
|
Balik semula ke Gold Coast |
|
Jalan-jalan untuk beli ole-ole |
|
Makan-makan... |
Pukul 6.00 petang, kami keluar semula dari hotel untuk ke pantai Surfers Paradise untuk mandi laut....dengan pakai baju renangnya. Bagi aku memang tak lengkaplah percutian ke Gold Coast kalau tak mandi laut ye dak? Aku tak mahu basah penuh sepanjang petang hahaha........lepas tu pukul 7.00 malam pulak, balik semula ke hotel dan masuk kolam renang pulak dahhhh....sejuk satu hal, dah malam satu hal jugak.....
Balik masuk hotel pulak dalam keadaan basah....dah la tuala tak de. Lagipun ada papan tanda yang kata sebelum masuk hotel kena keringkan badan dulu. Arahan ni bersebab, kalau keadaan basah nanti air jatuh ke lantai...lepas tu orang lalu, tergelincir la jawabnya......hehe...
Malam tu pulak, aktiviti aku hanya kemas sikit sebab esoknya nak berjalan jauh ke Sydney pulak...Itu sahaja celoteh aku dalam blog pasal Travelog ke Australia kali ini.....bersambung yoooo.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan