Assalamualaikum dan salam sejahtera rodong-rodong semua,
Hari ini aku nak sambung cerita percutian aku dan kali ini pergi mengunjungi Auztralia Zoo yang terletak agak jauh ke utara dari pusat bandar Brisbane..
(Baca coretan hari sebelumnya:
Movieworld)
Alhamdulillah akhirnya waktu tu aku dah dapat bangun Subuh pada kira-kira pukul 4.00 pagi. Tak mau cerita banyak, aku teruskan sembang aku.
Kira-kira pukul 10.00 pagi, aku dan keluarga aku terus pergi ke
Australia Zoo yang terletak di Beerwah, Queensland, 156 km dari hotel kitaorang (Surfers Century). Dalam hampir nak sampai ke Australia Zoo, kami singgah kejap di kawasan rehat Caboolture arah utara kat Bruce Highway....setakat beli barang makanan untuk isi perut saja. Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Australia Zoo menerusi
Steve Irwin Way. Terdapat jugak taman negara yang lain di sekitar jalan tersebut. Kami tiba di zoo tersebut pada pukul 11.30 pagi, masa tu cuaca macam hampir nak hujan, mujurlah aku bawak topi.......
|
Gapo ado Tanah Merah tu bohhh.... |
|
Memasuki jambatan |
|
Nampak dah bandar Brisbane |
|
Inilah kereta kitaorang |
|
Rehat sekejap derrr... |
|
Menghampiri Australia Zoo.. |
|
Macam rumah kat kampung je ni....... |
|
Selamat datang... |
Sampai di sana, tidak seperti ke Movieworld, kami beli tiket dulu di pintu masuk.
Mula-mula sekali, kami tengok haiwan-haiwan kecil di kawasan
'merah jambu' (terdapat dalam peta). Malangnya, kami terlepas salah satu persembahan yang diadakan di Crocoseum yang bermula pada pukul 12.00 tengah hari. Nak pergi macam mana, baru je masuk lepas tu jauh pulak nak pergi. Jadi kami pergilah mana-mana tempat lain terlebih dahulu.
|
Beli tiket dulu..... |
|
Cicak versi Australia... |
Kami mula masuk ke dalam kawasan
'ungu' yang menempatkan haiwan-haiwan utama Australia. Paling aku suka ialah common wombat.
Tau tak pasal apa, masa aku tengok haiwan wombat tu, dia tidur je lepas sipi-sipi nak pergi, dia terus bergerak-gerak. Alahai, comel betul!!! Sebelum itu, kami mengunjungi pameran ular-ular Australia. Kebanyakan ular yang ada di situ kerjanya, TIDUR SAJA!!! chehhh...........Selepas itu pulak, kami tengok pulak burung-burung pemangsa dan kemudiannya, lalu lorong Rainforest Aviary yang menempatkan macam-macam jenis burung.
|
Rangka tulang ular... |
|
WOMBATTTT!!!!! |
Kemudian, kami masuk pulak kawasan
Red Kanggaro.......macam rasa nak sentuh atau bergambar pulak dengan kanggaroo tersebut.
(Nasihat aku, kalau nak bergambar ke berswafoto ke.......lebih baik jangan kat belakang....karang kakinya dok tendang kita lak....tak tau betul ke tak). Pada mulanya, kangaroo merah yang pertama tu macam tak layan aku je sambil dia minum masa aku nak ambik gambar...jilake!! Tapi masa kangaroo tersebut duduk, apa lagi ambik gambarlah.....tak boleh terlepas ni.......
|
Tak pandang aku pun....demmmmm |
|
Sentuh sikit....... |
|
Ala bucuk-buck..... |
Selepas itu, kami masuk pulak ke
Koala Walk-through. Di situ banyak koala ditempatkan. Pada awalnya ehhh, mana pulak koala-koala ni? Rupa-rupanya diorang dok peluk je atas pokok. Kebanyakannya semua tidur je....yelah diorang tidur selama 20 jam kalau nak tau....aik lama betul depa tidoq!!
PEMALAS KE APA??!! Apapun, aku ada jugak sentuh seekor koala.....fuhhh sedap dok usap-usap. Tapi ada jugak masa diorang bangun dan bergerak ke tempat yang diorang suka.
|
Sentuh sikit pun jadilah... |
|
Fakta yang perlu diketahui... |
|
Macam koala tengh bergerak je ni.. |
Settle sudah kawasan yang berwarna ungu....Seterusnya, kami pergi pulak naik shuttle tengok sepintas lalu kawasan-kawasan sekitar Australia Zoo. Tapi kitaorang turun pulak di kawasan
'oren' yang hanya dibezakan dengan satu berhenti saja. Baiklah, kawasan oren ini sebenarnya ialah kawasan Asia dan Afrika yang terletak jauh benor dari stop tersebut. Mula-mula sekali, kami ada menyaksikan persembahan aksi antara abam-kakak zoo dengan 3 ekor harimau.
Sepanjang persembahan, selalu sangat harimau-harimau tu terjun di dalam air. Ada masanya pulak, harimau-harimau tu kejar mengejar dengan orang yang jaga harimau tersebut. Lama sikit kami berada di tempat persembahan tersebut. Selepas itu, kami duduk berpicnic di dataran yang berhampiran dengan Camel Rides. Kami masa tu ada bawak roti telur, nasi dengan telur hancur serta beberapa minuman yang ada......ada jugak rasa nak naik unta tapi mahal...
|
Tengok red panda dulu....... |
|
Harimau dok berenang.... |
|
Kejor yop kejor... |
|
Makan dulu........ |
|
Harimau mari...... |
Lepas selesai isi perut, kami teruskan bersiar-siar di sekitar zoo. Kami pergi pula ke zon Afrika, antara haiwannya ialah zebra, zirafah, dan badak putih Selatan. Itu saja yang ada......kami lepas tu singgah sebentar dalam gerai jualan yang berhampiran.
|
The giraffes... |
Kemudian, kami berpatah balik semula untuk pergi ke
Bindi's Island. Patutnya pergi ke sana dulu barulah tak penat. Tapi, exercise kan.......okeylah. Masa dah masuk, awal-awal lagi ada Lemur
(haiwan yang kita tengok dalam movie Madagascar sebagai King Julien) kat tengah jalan sambil diawasi oleh pegawai. Kemudian kami pergi naik ke 'treehouse' untuk tengok lebih lanjut. Ular besar pun ada itupun nasib baik diletakkan dalam kaca. Dekat atas tu pulak, ada satu pulau yang dikhaskan untuk lemur. Hanya Aldabran Tortoise yang tak dapat kitaorang tengok pasal....ehhh mana dia?? Kami kemudiannya keluar dari pulau tersebut.
|
Masuk dalam Bindi Island..... |
|
Awal-awal lagi ada Lemur.... |
|
Burung Macaw..... |
|
Alligator Snapping Turtle |
|
Ular Boa Constrictor |
|
Lemur dalam pulau sendiri |
Kami tak naik shuttle sebaliknya kami pergi terus ke kawasan 'kuning'.....ketika itu sudah masuk pukul 3.00 petang sedangkan zoo ditutup pada pukul 5.00 petang. By hook or by crook, kena habiskan jugak.
Pertama sekali yang kami tengok ialah burung Emus, Brogla dan Jabirus, sebuah spesis bangau. Tak lupa juga
Wetland Birds. Satu lagi paling best ialah kami bermesra dengan kangaroo betul dan wallabies....awwww. Buat benda sama jugak masa dengan red kangaroos. Kemudian kami pergi masuk pulak ke area Echidnas. Aku mula sikit nervous pasal haiwan ni sebab ni keluarkan sting kot......tapi jangan risau, selagi tak ancam dia, dia takkan buat. Aku okey je ambik gambar.......
|
Layan kangaroo/ wallabie |
|
Echidnas... |
Settle kawasan
'kuning', kami balik semula ke kawasan 'merah jambu'. Masa tu dah pukul 4.00 petang. Kena cepat habis sebelum waktu tutup. Kami masuk ke Crocoseum yang sepatutnya kami pergi tengah hari tadi. Hanya mampu ambik gambar tempat kosong saja huhu......Tapi ada jugak benda menarik, iaitu galeri mengenai lejen Australia Zoo iaitu
Steve Irwin. Beliau memang minat bila tang pasal haiwan ni sampai ada rancangan TV. Macam-macam pameran yang ada di sana.
|
Crocoseum... |
|
Apalah yang diaorang tulis atas bahagian Union Jack... |
|
Inilah Steve Irwin |
|
Koleksi baju-bajunya |
|
Keratan-keratan akhbar mengenainya... |
Selepas habis di Crocoseum, kami tengok baki-baki haiwan yang ada sebelum kami keluar. Cuma yang terkilan sikit kami tak dapat tengok
Kids' Zoo, Alpacas, Binturong, Cassowary dan Dingoes hmmm.......sebab semua dah dibawa masuk kot sebab dah nak tutup operasi. Ok, anyway, aku dapat tengok jugak haiwan reptilia yang lain seperti aligator, tengok sendiri buaya dan beberapa haiwan lain tapi kebanyakkannya semua masuk dalam air sebab nak tidur mungkin.
|
Burmese Phyton..... |
|
Masuk dalam air je ke??? |
|
Koala... |
|
Buaya...... |
Berakhir sudah kunjungan kami ke Australia Zoo. Sebelum balik, kami beli sedikit barang daripada kedai cenderamata. Antaranya ialah harimau dan koala plush. Habis beli barang, kami rehat sekejap lalu pergi ke tempat letak kereta. Sebelum kami keluar, kami bergambar dahulu di pintu masuk.
Habis dah, kami pun balik semula ke Gold Coast dan sampai di sana pada waktu malam. Sebelum, kami solat jamak terlebih dahulu......wassalam dan Insya-Allah akan bersambung.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan