Memandangkan esok (4 Januari 2016) merupakan hari persekolahan.....aku tulis hari-hari terakhir aku dan keluarga aku di Jerman.
10 Disember 2015
Still not to say good bye to Germany because we had to visit places of interest in Frankfurt city centre.
Awal pagi tu, kena bangun awal pasal nak kena kemas-kemas dan daftar keluar hotel. Macam berat hati pulak nak meninggalkan hotel yang biliknya ibarat rumah sendiri. Tapi nak buat macam mana kan........
Tram sampai..... |
Banguna Frankfurt Cathedral |
Lepas selesai check out, kami pergi terus ke stesen tram untuk jalan-jalan di Frankfurt. Macam biasa kena beli tiket dulu. Tempat yang kami nak pergi ialah kawasan bangunan lama di Romerberg. Lepas keluar dari stesen U-Bahn, kami ambil gambar di Kaiserdom terlebih dahulu (bangunan katerdral di Frankfurt). Selepas itu, kami pergi terus ke kawasan di Berliner Strasse. Pasar-pasar banyak didirikan sempena Krismas. Kemudian, kami pergi makan-makan di sebuah restoran..........
Selesai sudah makan, kami pergi sebentar di kedai jam Swatch. Beli jam katanya........Selepas itu, kami peri terus ke bangunan Romerberg. Pesta beli-belah ketika itu sedang berlangsung. Kami ada beli cenderamata untuk dibawa pulang ke tanah air. Boleh kata banyak jugak beli.......
Bangunan Romerberg....emang ada nilai tradisional |
Habis journey kami di Romerberg, kami pergi balik semula ke Varrentrapstrasse untuk pergi ke lapangan terbang. Sebelum itu, kami ada bergambar di tugu Euro di Willy-Brandt Platz. FYI, Bandaraya Frankfurt merupakan pusat kewangan bagi Eropah. Di situ juga banyak pejabat-pejabat kewangan didirikan.
Berakhirnya bergambar di sana, berakhir juga perjalanan kami ke Jerman selama dua minggu. Kami pergi terus ke lapangan terbang (atau dalam bahasa Jerman 'Flughafen') pada petang itu. Kami mula menaiki kapal terbang pada waktu malam. Penerbangan ke Abu Dhabi ambik masa 6 jam....
Lapangan terbang.... |
Huhu...selamat tinggal keretaku..... |
AUF WIDERSEHEN...DEUTSCHLAND! |
Kami tiba di Abu Dhabi pada kira-kira pukul 7.00 pagi.....tak yah lagi dah pakai baju sejuk! Penerbangan seterusnya balik KLIA pukul 9.00 pagi waktu tempatan.......kami makan minum sebelum itu.....hihi....
Nampak doh Abu Dhabi...... |
Tempoh penerbangan hampir sama, 6 jam......aku tak cerita banyak pasal ni..... Alhamdulillah sampai jugak ke Malaysia pukul 9.30 malam....selesai ambik beg, kami naik kereta dengan Alatok, Pak su, Pak Ngah dengan Wan pergi terus ke Ampang untuk tidur sekejap sebelum balik Shah Alam. Lapar punya pasal, kami singgah sekejap di kawasan rehat Dengkil. Lama dah tak makan nasi ayam..oiiii....
Masuk ke Semenanjung.. |
Apa habaq Kuala Lumpur...... |