Sabtu, 2 Januari 2016

Cuti ke Jerman /Holiday to Germany (WEIL AM RHEIN/ BASEL: 6-7 Disember 2015)

6 Disember 2015
Awal pagi kami meninggalkan Stuttgart untuk terus ke Weil Am Rhein. Kami singgah dulu di Autohof berdekatan Achernsee.untuk makan-makan. Kami tiba di Weil Am Rhein kira-kira pukul 3.00 petang waktu tempatan dan tinggal di Businesshotel Go2Bed di Pfadilstrasse. Aku tak nak cerita lebih pasal apa dalam bilik hotel kami.........

Korang faham tak apa diaorang tulis.....






Persimpangan bertingkat ke Weil Am Rhein atau Basel




Bilik kami....
Lepas selesai solat, kami mula keluar hotel awalnya untuk terus pergi ke Basel, Switzerland menggunakan tram dari stesen Weil Am Rhein. Malangnya duit syilling tak cukup punya pasal.....terpaksalah tunda esok. Sebelum balik, kami singgah makan di sebuah kedai halal di Hauptstrasse....


Stesen tram......

7 Disember 2015
Masa untuk kemas sebelum simpan dalam kereta tapi ada benda masih tercari-cari, iaitu fail yang mengandungi maklumat hotel dan TIKET KAPAL TERBANG! Alahai...puas  dah cari tapi tak de jugak. Nasib baiklah ada ambik screenshot....... Kami singgah dulu di sebuah kompleks beli belah untuk beli sikit makanan dan pergi ke pusat makluman pelancong untuk tukar wang kepada syilling. Nasib baiklah ada buka.....

Akhirnya dapatlah jugak duit syilling untuk beli tiket untuk ke Basel........dapat jugak teruskan trip ke Basel, Switzerland. Di sana masih lagi menggunakan bahasa Jerman memandangkan bandar tersebut terlalu hampir dengan Jerman. Bila melepasi saja sempadan, aku tertanya-tanya eh...apasal tak cop pasport sedangkan Switzerland bukannya berada dalam Eurozone apatah lagi ahli Kesatuan Eropah (pasal dasar luar negara mereka adalah berkecuali)...ahhh...masuk je la....
Kami akhirnya sampai di pusat bandar Basel..... Pemandangan bandar ni pun cukup cantik.... Kami mula berjalan-jalan sekitar Basel. Kami kemudiannya singgah makan dulu sebelum teruskan jalan....



Sempadan Jerman-Switzerland

Bendera Swiss



Berlatakbelakangkan sungai Rhein

Marketplatz
Kami meneruskan jalan-jalan kitaorang. Satu-satu kedai ada kadang-kadang singgah untuk tengok barang...kami jalan sampailah ke salah satu tempat sibuk di Basel. Kemudian kami patah balik semula ke Marketplatz. Kami ada bergambar di  Rathaus (Bangunan majlis perbandaran) serta sedikit dalamnya. Sekejap je kami di Basel......

Rathaus



Salah satu kawasan sibuk di Basel...


Melepasi sungai Rhein

Tunggu tram nak balik semula ke Jerman

Selesai sudah kami di Basel....next stop Frankfurt Am Main.....ada singgah jap di kawasan rehat di lebuh raya untuk rehat pasal mungkin penat.....Kemudian kami teruskan perjalanan sampailah ke hotel Garni di Varrentrapstrasse........Bilik kitaorang boleh kata besar jugak macam rumah pasal ada banyak bilik, dapurlah, bilik kosongla......

Auf widersehen Basel und Weil Am Rhein.....




Bandar raya Frankfurt






Bersambung.....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan