Ahad, 3 Januari 2016

Cuti ke Jerman/ Holiday to Germany (FRANKFURT AM MAIN [COLOGNE/ WERTHEIM]: 8-9 Disember 2015)

8 Disember 2015
Hari pertama di Frankfurt. Waktu tu tenang saja bandar ni.......Hari itu, kami pergi ke Cologne. Tiba-tiba saja ada rancangan nak pergi jauh sikit. Mujurlah tak tinggal kat sana.....sebab sehari je dan beg besar-besar pun tinggal je kat hotel dan juga tak sejauh nak pergi ke Dortmund.

Kami tiba di Cologne kira-kira 11.00 pagi waktu tempatan. Pandang dari jauh masa di lebuh raya pun dah nampak Kolner Dom. Mula-mula sekali kami pergi ke Hard Rock Cafe pasal nak beli barang kat situ (Asal pergi mana-mana je mesti ada je nak pergi ke Hard Rock Cafe. Nak kumpul koleksi ke apa?). Lepas beli barang, kami berjalan-jalan di dalam pusat bandar Cologne. Kat sana memang meriah pasar pasal dah nak Krismas masa tu. Kami pergi masuk sekejap dalam Altermarkt......dan pergi ambil gambar  di Kolner Dom (Bangunan yang mempunyai ciri-ciri Gothic dan boleh tahan besar bangunan). 





Mana pulak mai ayat Melayu 'mari beli' ni?! @kedai pizza di tempat parking



Altermarkt.....

Bangunan Kolner Dom....

Nak curi........
Pukul 2.00 petang, selesai sudah jalan-jalan di Cologne. Kami awalnya nak pergi terus ke Wertheim Village (100 km lebih dari Frankfurt) tapi bila dah tengah jalan......aiyaaa. JALAN JEM! dan panjang gila jemnya. Katanya ada kemalangan......hmm terpaksalah tunda esoknya....balik je laaa....

Bye, Cologne!

OTW...
9 Disember 2015
Alhamdulillah, jadi jugak pergi ke Wertheim Village. Nasib baiklah tak teruk bebenor jem dan trafik lancar. Pi sana pun beli-beli je. Rupa bentuk bangunannya memang menarik. Agak lebih sikit berbanding Johor Premium Outlet. 
Bangunan Wertheim Village...







Sebelum balik, kami ada pergi makan-makan........Balik juga kami ke Frankfurt...

Bersambung.....last post....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan