5 Disember 2015
Hari itu, kami kena bangun sedikit awal sebab nak kena pergi ke Stuttgart. Tempat paling utama kami nak pergi ialah Muzium Mercedes Benz.
Sebelum meninggalkan Munich, kami pergi ke Stadium Allianz Arena, 'homeground' bagi pasukan bola sepak Bayern Munich. Boleh tahan cantik jugak rupa stadium tu....Bukan calang-calang pasukan tu dalam Bundesliga. Cuma kami tak masuk tour pasal takut taks empat pergi ke Stuttgart. Kami pun terus pergi ke kedai cenderamata.
Sama seperti di Signal Iduna Park (Borussia Dortmund), ada jual jersi, scarf, bendera, CD tapi ada sikit kelainan produk-produk yang dijual. Ada jugak jual jam, permainan bola sepak secara atas meja dan banyak lagi. Kami pun ada jugak beli barang-barang yang ada di situ. Sebelum meneruskan perjalanan, kami makan-makan di bahagian restoran.
|
Rupa stadium |
Selepas puas bergambar berlatarbelakangkan Stadium Allianz Arena, kami mula meninggalkan Munich. Selepas 2 jam perjalanan, kami sampai jugak ke Stuttgart. Lo nie, cari pula muzium Mercedes Benz, nasib baik pakai GPS. Kami sampai di muzium masa hari dah nak senja.....nasib baik belum sampai waktu tutup lagi.
|
Sampai Stuttgart |
|
Sampai di muzium |
Kena jugak beli tiket jugak ya....tapi apa pun aku nak cerita lagi masa dalam muzium tersebut....
Apa yang aku tahu ialah,
kereta yang dicipta oleh Karl Benz merupakan automobil yang pertama dalam sejarah dunia. Sebelum wujudnya automobil, orang pergi ke satu tempat ke satu tempat pakai kuda je.....tetapi kereta inilah yang merupakan kenderaan yang mempunyai enjin yang pertama. Orang yang mencipta kereta itu ketika itu berkerja secara sendiri.
|
Patung kuda.....dulu sebelum kereta wujud...orang naik ni je |
|
Automobil awal |
|
Enjin awal-awal |
Bermula daripada penciptaan automobil itulah, bermulalah juga industri automotif dalam sejarah ketamadunan manusia. Banyak juga varian-varian baru yang dihasilkan seperti bas yang pertama dan banyak lagi (tapi aku dah lupa apa mende)
|
Logo Mercedes... |
Dekat muzium ni sebenarnya ada banyak zon-zon mengikut zaman. Kami mula masuk ke penubuhan Mercedes-Benz. Penubuhan tersebut ekoran daripada zaman kegawatan ekonomi selepas Perang Dunia pertama. Untuk perniagaanya terus kekal, depa ada buat 'pakatan' untuk memastikan industri ini terus kekal. Selepas daripada penubuhan syarikat tersebut, syarikat tersebut mula merancakkan industri automotif mereka. Banyak kereta-kereta baru yang dihasilan seperti kereta mewah.......seingat aku ada jugak kereta yang digunapakai oleh pegawai Nazi.
|
alaa......si botak Lenin lagi |
|
Zaman Nazi.... |
|
Bina semula syarikat.... |
Selepas Perang Dunia ke II tamat, syarikat tersebut mula menghasilkan kenderaan yang mempunyai ciri keselamatan yang lebih baik. Salah satu kereta Mercedes digunakan oleh salah seorang ketua negara Jerman Barat sebagai kenderaan rasmi pada tahun 1949. Pelbagai teknologi baru yang telah dihasilkan oleh mereka. Kini, Mercedes-Benz masih merupakan syarikat automotif yang terkenal.
(Salah seorang ahli keluarga aku ada memiliki kereta tersebut)
|
Bermulanya Jerman Barat... |
|
Kereta lama bohh.... |
|
Ayooo....orang ni lagiii...macam popular pulak gambar ni |
|
Jalan raya dan lebuh raya banyak dibina bagi menampung jumlah-jumlah kereta |
|
Kajian untuk menampilkan ciri keselamatan |
|
Beg udara.... |
|
Ada jugak depa beli komponen-komponen kereta Jerman Timur |
|
Cantik dak kereta ni..... |
|
Kereta lumba lama.... |
Sedar tak sedar, waktu dah sampai lewat malam dan masa untuk tutup. Sebelum keluar, aku ada tengok penglibatan Mercedes Bemz dalam sukan permotoran. Salah satunya adalah Formula One. Syarikat minyak kita, Petronas menjadi penaja sampai sekarang. Tapi, syarikat tersebut dah lama dah terlibat dalam sukan tersebut. Ada jugak kereta-kereta lumba lama.
|
Bangunan hotel... |
Berakhir sudah kunjungan kami ke muzium tersebut. Kami pergi terus ke hotel B&B yang terletak sedikit jauh dari pusat bandar Stuttgart.
Bersambung......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan