Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Pertama sekali, aku minta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini, tak cukup dengan itu, cerita pasal Hari Raya Aidilfitri 2016 dan percutian ke Bukit Fraser pun tak habis lagi macam tu je.... Tapi tak apa, aku akan cuba cari masa untuk meneruskan penulisan aku. Hari ini aku menulis tentang coretan aku ke
majlis graduasi sekolah pada tahun ini di Dewan Canselor, MSU Seksyen 13 Shah Alam., semalam (6 Oktober 2016)
Sepengetahuan aku, majlis ini sudah lama dirancang dalam takwim sekolah. Tahun ini merupakan tahun kedua majlis diadakan di dewan tersebut. Cakap pasal Dewan Canselor MSU, aku sudah 2 kali pergi ke dewan berkenaan iaitu ketika
teknik menjawab Ekonomi Asas (22 September 2016) dan
Sejarah (23 September 2016). Pada masa yang sama, ini dah kali keempat aku pergi ke MSU sejak pertama kali aku menjejakkan kaki ke universiti ini untuk
teknik menjawab Bahasa Melayu.
Beberapa hari sebelum majlis tersebut, aku dan kawan-kawan kelas aku pernah diberi jubah serta hud, tapi perlu membayar RM60 tak silap aku sebagai sewa. Pada hari Selasa (4 Oktober), aku menandatangani perakuan untuk menjaga pakaian 'konvo' tersebut.
KALAU ADA ROSAK KE APA KE, KENA BAYAQ RM400 SEBAGAI DENDA! Hmmmmm......berat nanang bohh, memang dok leh gosok, rosak lagu nie.......keno jago baik-baik.
Malam sebelum hari graduasi, abah ada membeli kemeja baru untuk aku selepas pernah cuba kemeja-kemeja abah sebelum ni, tapi tak ngam. Seluar slack tu pulak dah beli di Subang Parade, Isnin lepas. Kasut pulak aku pinjam daripada abah.......tak mau cerita panjang 'prior to the day'.
6 Oktober 2016, hari itu sudah sampai. Aku pergi ke sekolah kira-kira 6.45 pagi dengan abah. Sampai saja di sekolah, ramai dah sudah berkumpul di sekolah dengan berbaju formal. Sementara tunggu bas tiba pada pukul 7.30 pagi, aku jumpa kawan-kawan aku sementara. Aku perhati saja pakaian mereka, ada yang pakai tuxedo penuh derrr.........hmmm jeles aku dibuatnya, aku cuma pakai kemeja dan tie saja, itupun member-member nampak aku macam pilot....hareeeee.... Anyway, sepatutnya aku daftar di pintu masuk utama sekolah tapi malangnya tak de, kena jugak la tunggu bas.
|
Azid, Faeq, Syafi dan Syahid dengan pakaian formal masing-masing..... |
|
Aina, Farah dan Syafia. |
|
Imran, Zulfadhily dam Aqil |
|
Rakan-rakan sekelas aku.... |
|
''ermmm, kita tengok sape menang''..... |
Ada jugak yang sudah pergi lebih awal, aku je nak pergi dengan kawan-kawan lambat. Selepas bas dah sampai, aku kena tolong bawak makanan sarapan pagi untuk diberi kepada pelajar-pelajar sebagai isi perut. Sewaktu dalam perjalanan, kami melalui Lebuhraya Persekutuan FT2 untuk cepat sampai ke MSU. Malangnya, ketika hampir nak sampai, alaaaaaaa jem pulak!!
Aku perhati saja beberapa pemandu 'gatal tangan' pakai laluan kecemasan (tolong pesan pembaca yang berstatus pemandu, jangan pakai laluan kecemasan ya!). Kami tiba di MSU agak sedikit lewat daripada jadual asal iaitu daripada 8.00 pagi kepada kira-kira 8.05 pagi.
|
Member aku, Kaveenesh.... |
|
Menunggu untuk naik bas |
|
Aku dengan Azrai duk sebelah... |
|
Tadaaaaa....Mikhail di sini...... |
Kami berkumpul di dataran terbuka MSU untuk pakai jubah dan hud sebelum masuk ke Dewan Canselor. Sesudah memakai pakaian tersebut, aku mengambil gambar sekitar MSU,
termasuk selfie dengan kawan-kawan sekelas yang gelagat aku telah dirakam oleh pegawai MSU dan dimasukkan dalam montaj MSU TV...........
|
Tiba di Persiaran Sukan |
|
Proton Persona baru sudah mariiiiii........hmm baru sebulan lebih dilancarkan... |
|
Ramai gila.........pelajar sekolah lain pun ada.... |
|
Sibuk memakai hud.... |
|
Aku dalam berpakaian konvo.... |
|
Inilah selfie yang dirakam oleh abam MSU sampai masuk video........ |
Kami mula memasuki ke Dewan Canselor pada pukul 8.30 pagi......Pada masa yang sama jugak, eerrrrrrrrrrrr aku nak pergi buang air kecil pulak tapi terpaksalah tahan sehingga waktu rehat pertama. Selepas ketibaan semua pelajar dan guru di dewan tersebut, semua duduk mendengar taklimat mengenai MSU. Aku suka nak mengatakan, majlis ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari SMK SSAAS, SMK Puchong Perdana, SMK Seksyen 24 1 dan 2, malah ada juga yang datang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
|
Azam, Zarul dan Yusuf |
|
Isqandar dan Azrai dengan berpakaian konvo.... |
|
Aku dengan Zul, sepatutnya dialah dapat anugerah pelajar sastera....math dia boleh tahan jugak |
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Kemudian, disusuli dengan ucapan oleh pengetua SMK Puchong Perdana, mewakili semua pengetua-pengetua yang hadir pada hari tersebut. Antara inti patinya ialah (yang aku sempat catat):
- Harapan suasana majlis tersebut dapat memberi suntikan semangat bagi pelajar-pelajar bagi menghadapi SPM.
- Aktitviti kokurikulum bagi melatih kepimpinan dalam diri dan pada masa yang sama mewujudkan insan yang seimbang.
|
Mummy dan abah sudah sampai....... |
|
Zul yang ambik gambar tu........ |
|
Memang ramai....(abah ambil gambar ni) |
Selesai ucapan tersebut, tibalah ucapan oleh Presiden MSU, Tan Sri Dato Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid. Ada juga sesi sorakan oleh pelajar-pelajar mengikut urutan sekolah yang paling ramai. Sekolah akulah yang paling ramai. Ok, antara inti patinya, yang aku sempat catat:
- Makna program tersebut ialah, menentukan permuafakatan pendidikan menjadi teras utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (mohon perbetulkan kalau ada sedikit kesilapan). Selain itu, ia turut membuktikan bahawa sistem pendidikan negara berada dalam paras yang tinggi,
- Masa depan negara bergantung kepada para pelajar bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing atau kita terus ketinggalan. (lebih kurang macam tu la)
Tan Sri juga ada menyebut 6C yang perlu diamalkan oleh pelajar, tetapi beliau hanya menyebut tiga sahaja memandangkan masa amat terhad, ini yang beliau sempat sebut:
|
Ucapan oleh Tan Sri, Presiden MSU.... |
- CHOICES (Pilihan),iaitu pelajar menentukan sendiri masa depan berdasarkan kemampuan dan keupayaan pelajar untuk meneruskan kejayaan pada masa hadapan.
- COMPETITION (Persaingan)- Setiap pelajar perlu mempunyai semangat daya saing yang tinggi bukan sahaja untuk kejayaan diri, malah untuk negara secara keseluruhannya. Jika tiada daya saing, kita akan ketinggalan.
- CONNECTIVITY (Perhubungan)- Abad ke-21 ini merupakan zaman IT. Jika sebelum ini, ilmu pengetahuan hanya mampu diperolehi melalui perpustakaan kebanyakannya, tetapi pada hari ini, semuanya di hujung jari. Oleh itu, individu perlu memanfaatkan perkara ini bagi meningkatkan daya saing.
Sesudah ucapan tersebut, tibalah masa rehat pertama. Tiba masanya jugalah aku membuang air kecil....ahhhhh lega. Aku jumpa Mummy dan abah selepas itu. Selepas persembahan waktu rehat pertama tamat, tiba masanya untuk penyerahan sijil graduasi. Dimulakan dengan SMK SSAAS (tak silap aku). Tak perlu nak cerita panjang pasal ni......
|
Majlis bermula..... |
|
Ambik gambar ramai-ramai yang lain |
|
Dengan kawan perempuan sekelas aku... |
|
Seronok nampak..... |
|
Arisya giving 'peace' sign.... |
|
Aku and the gang.... |
|
Azraiiiii....... |
Selepas waktu rehat kedua, tiba giliran SMK Seksyen 7 Shah Alam untuk menerima sijil graduasi daripada Presiden MSU. Dimulakan dengan kelas 5 Sains 1. Setibanya giliran kelas 5 Akaun (nasib baiklah tak sebut nama), aku agak sedikit nervous sebab akulah paling depan. Lega sedikit bila menerima sijil tersebut daripada Tan Sri. Pada masa yang sama jugak, mummy dan abah ambil gambar aku. Selepas itu, aku dan Syarina diberi taklimat bagi perubahan tempat duduk belakang bagi anugerah pelajar terbaik.
|
Tiba giliran sekolah aku..... |
|
Menerima sijil graduai daripada Tan Sri... |
Waktu rehat ketiga menyusul dengan persembahan nyanyian. Selepas itu, sekolah-sekolah lain mula mengambil sijil graduasi masing-masing. Pada masa yang sama juga, aku kena pergi ke belakang bersama mummy dan abah. Jam sudah pukul 1.00 petang ketika itu, persembahan montaj oleh MSU TV pula, emmmmm....baca tulisan ungu di atas.......
|
Member-member aku... |
|
Persembahan video..... |
Kini tiba masanya untuk hadiah pelajar terbaik......berbaris sesama ibu bapa dan pelajar yang terlibat (termasuk aku). Satu persatu nama sekolah dan pelajar diumumkan, tiba giliran aku pula.
Ni best nak cerita ni, semasa aku menghampiri Tan Sri, beliau cakap kat aku, "Ramai peminat". Aku kelu nak jawab apa sebab aku perhati ramai rakan-rakan sekolah menyorak untuk aku......macam penyokong bola sepak pulak, tak tahu pula kalau pelajar perempuan pun terikut sama....Kemudian, Tan Sri bertanya kepada aku tentang cita-cita aku, aku pun jawablah sebagai ahli ekonomi.....sebab bidang ekonomi (dan juga sejarah) jadi minat aku. Kemudian, Tan Sri menyerahkan cenderamata kepada aku dan juga jambangan bunga kepada mummy dan abah......Sebelum beredar, Tan Sri sempat bertanya kepada abah tentang kerjaya abah kini........
|
Aku, mummy, abah, Tan Sri dan Bonda Pengetua..... |
Kami tunggu di luar sementara menunggu majlis tamat bagi sesi bergambar. Pada ketika sesi bergambar, aku bergambar di hadapan sekali. Di belakang Tan Sri pulak tu dengan Pn. Siti Salmiah, pengetua SMKS7 Shah Alam. Ada satu video sorakan daripada setiap sekolah.......selepas itu tamatlah sudah majlis graduasi dan sesi makan menyusul.
Aku pada awalnya nak balik dengan mummy dan abah terus ke rumah sampai bersalam dengan semua kawan yang berhampiran untuk balik dan sudahpun minta kepada cikgu. Tapi kerana semata-mata untuk bergambar dengan kawan-kawan aku, maka aku terpaksa batalkan hasrat dan makan bersama kawan-kawan dan naik bas bersama-sama........minta maaf ya! Ada sebab kenapa mummy dan abah terpaksa balik cepat, Shadiq kat rumah lapar..........aiyaaaaaaa!
Selepas selesai bergambar dan makan sikit je, aku naik bas bersama-sama Shaqqer, Azrai, Syahid, Azid, Wafi, Zulqarnain and the gang balik ke sekolah dengan naik bas. Waktu sudah pukul 3.20 petang ketika sampai ke sekolah dan alaaaaaa TAK SOLAT LAGI!!!! Nasib baiklah sempat......
|
wekkkkkkk........ |
Selesai solat, aku pulang ke rumah dengan parents aku. Sebelum itu, aku makan bersama-sama mereka di kedai soto Seksyen 8.......
Sampai di sini sahaja coretan aku majlis Graduasi sekolah di MSU pada hari ini. Tunggu entri-entri seterusnya......Wassalam. Kepada kawan-kawan yang mengambil SPM tahun ini, I wish good luck to you all!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan