Jumaat, 28 Oktober 2016

CERITA PERKAMPUNGAN ILMU CHAMPION SEVENS @ KEM BUMI JATI (21 Oktober 2016)

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca......

Hari ini aku tangguhkan seketika catatan seterusnya ke Bukit Fraser sempena cuti hari Malaysia bagi memberi laluan kepada catatan aku ketika menghadiri perkampungan ilmu di Kem Bumi Jati, Klang. (sebenarnya terlalu dekat dengan kawasan Majlis Bandaraya Shah Alam melalui Kota Kemuning sampai aku sedikit tersasul cakap lokasi kem tersebut di Shah Alam. Agak keliru sedikit perbezaan kawasan pentadbiran daerah dan kerajaan tempatan. Kem tersebut berlangsung dari 21 Oktober 2016 (Jumaat, hari yang sama Bajet 2017 dibentangkan) hingga 23 Oktober 2016.

Sedikit latar belakang bagi program ni. Perkampungan ilmu ini merupakan kemuncak kepada aktiviti kumpulan 'THE CHAMPIONS SEVENS' (sebelum ini dikenali sebagai kumpulan D7 A Plus). Sebenarnya aktiviti ini dah dirancang lama dah pada awal tahun 2016 sebagai salah satu program The Champions. Kos untuk mengadakan program perkampungan ini bukannya murah ya, kira-kira RM 20000 dalam kos (aku minta sangat-sangat kepada kepada pembaca yang menyertai program ni, janganlah sia-siakan usaha murni pihak sekolah ni). Dulu ketika awal program ini diuar-uarkan, aku terfikir ehhh, kena tidoq luaq ka?? Memang pun, tapi sebenarnya ada tujuannya, nak bagi suasana pembelajaran yang agak berbeza.

Hari ini aku nak tulis mengenai hari pertama aku.....

21 Oktober 2016
Hari itu aku balik macam biasa, masa tu jugak abah balik sekejap untuk beli makan dan solat Jumaat di kawasan rumah aku (lazimnya di Surau Al-Islah). Barang-barang yang disenaraikan dalam tentatif program dah disiapkan pada malam sebelumnya, cuma nak semak semula je kalau-kalau ada terlupa nak bawak. Seusai solat Jumaat, aku semak balik barang-barang yang nak dibawa sementara abah menghantar Shabil ke sekolah. Pada pukul 1.55 petang, abah balik semula untuk hantar aku pulak. Alhamdulillah, barang-barang semua sudah siap.

Pukul 2.05 petang, aku tiba di sekolah. Masa itu, bas pun sudah menunggu. Abah tolong aku seketika mengangkat beg merah yang aku bawa. Selepas itu, aku naik bas untuk pendaftaran dan pergi ke Kem Bumi Jati. Haiihhhhhhhh, baru naik bas saja dah berpeluh, almaklumlah bawak beg punya berat (tapi tak adalah berat sangat) lepas itu bawak masuk ke dalam bas. Apa lagi, aku lap-lap peluh yang aku ada.....nasib baiklah lepas itu penghawa dingin pun dipasang. Selepas selesai checklist nama oleh Cikgu Syahirah, bas pun bertolak ke Kem Bumi Jati. Pada masa yang sama jugak Zulqarnain dan Iqbal tertinggal bas, nasib baiklah Cikgu Santy, cikgu kaunseling hantar mereka dengan naik kereta Honda City, tak silap aku....
Aku dengan beg aku...
seronok nampak woiii....


Sudah sampai......

Ketika dalam perjalanan, aku ingat bas akan lalu Lebuhraya Persekutuan FT2 dan guna Lebuhraya Shah Alam E13 seterusnya melalui Kota Kemuning. Rupa-rupanya tidak sebaliknya melalui Klang, lalu sekali Stesen Janakuasa Connaghut...dan seterusnya melalui Jalan Negeri B5 dan Jalan Persekutuan FT190. Dah akhirnya kami tiba juga ke Kem Bumi Jati tapi malangnya agak terlewat iaitu pada pukul 3.20 petang.
Sebahagian member-member aku yang dah sampai....Azwar, Mikhail, Nik, Haiqal, Iqbal, Alif dan Nazrin

Kami tak terus ke bilik sebaliknya kami terus ke Dewan Gemilang untuk seminar Bahasa Melayu oleh penceramahnya, ialah cikgu sekolah aku sendiri, Cikgu Norshimah. Beliau dah lama dah berpengalaman bila bab-bab menanda kertas ni.

Teknik BM oleh Cikgu Norshimah....

Hah....rumusan tolong take note.....

Ni inti pati yang aku dapat sepanjang seminar ini (aku boleh kongsikan kepada pembaca yang bakal SPM pada tahun-tahun hadapan)

  1. Karangan mestilah memenuhi Tema, Kehendak Soalan dan Bentuk Karangan.
  2. Soalan KOMSAS pulak, bagi puisi, sajak, cerpen dll, ada bakal ditanya sama ada persoalan, pengajaran, nilai murni dan tema (tak silap aku). Sebenarnya, boleh hanya guna satu nilai murni misalnya, tabah. Korang hanya pusing perkataan saja....nanti boleh komen di ruangan komen nanti.....
  3. Cikgu juga ada menerangkan tentang kekeliruan sesetengah pelajar mengenai aspek tatabahasa. Contohnya, paling ketara ialah pertataan 'ialah' dan 'adalah'. Perkataan 'ialah' selepasnya merupakan kata nama, manakala 'adlah' selepasnya merupakan kata sendi nama dan selain itu.
Seminar ini berakhir pada pukul 5.30 petang selepas ucapan Puan Pengetua. Sebelum itu ada pelantikan Penghulu dan Penghuluwati dibuat. Bila ditanya siapa nak dicalonkan sebagai pengulu, NAMA AKU PULAK DISEBUT! aihhhhh, segan pulak aku tapi terpaksa jugak terima pelantikan ni.......Penghuluwati pulak disandang oleh Yasmin Raihana. Kemudian, kami pergi ke kantin untuk minum petang. Selepas itu, kami pergi ke dorm masing-masing. Aku duduk di bilik nombor 4 di bangunan Beramal (khusus untuk pelajar lelaki). Bersama duduk dengan aku ialah Zulqarnain, Zarul, Alif Haikal, Iqbal Hafiz dan Nazmi. Pukul 7.00 petang, kami solat Maghrib berjemaah di surau, sepatutnya makan dulu pada pukul 6.50 petang tapi ada jugak yang belum bersiap.,
Ucapan pengetua

Sedikit kudapan waktu petang

Sudah masuk bilik la.....macam asrama lak...

Selesai solat, kami terus ke kantin untuk makan malam. Pada pukul 7.45 petang, kami ke dewan semula untuk sesi motivasi bersama 'Atuk', aku tak ingat pulak nama penuh beliau. Lepas semua di dewan pada pukul 8.15 malam, sesi motivasi bermula....Antara yang aku dapat,
  1. Amalan pemakanan yang sepatunya diamalkan oleh pelajar SPM ialah SAKTI. Apa benda tu? Iaitu, SOYA, AIR KOSONG, TELUR, dan IKAN TONGKOL...nanti bolehla jugak bincang di ruangan komen nanti.
  2. Ketika hampir kepada musim peperiksaan, jangan kerap sangat makan fast food seperti KFC dll. Boleh makan tapi janganlah sampai banyak kali. 
  3. Air kosong merupakan pelarut terbaik untuk memastikan darah bersih.......jadi, tau-tau la..
  4. Musuh utama otak ialah, MINUMAN BERKAFEIN, JANGAN KETAWA MELAMPAU-LAMPAU SELEPAS ULANG KAJI, JANGAN BUAT MASALAH DALAM TIDUR dan JANGAN CEPAT PANIK.......
Selepas dalam inti pati di atas, aku dipilih untuk tunggu di luar seketika bersama dengan Azwar, Nur Sarah, Faris Aiman dan.....tak ingat pulak dah siapa dengan aku kat luar.....Apapun lepas tunggu beberapa minit, dapat masuk balik......sebenarnya apa itu?

makan malam lepas motivasi.....
Ceramah motivasi daripada 'Atuk'.....

 Aku ingat masa tu Atuk ada suruh aku buat aksi yang berupa macam main tenis ke apa seperti yang ditunjukkan oleh orang sebelum aku. Aku ingat aku dah tahu semua pergerakan itu, tapi rupanya masa aku buat, aku ada lupa sikit-sikit...mampuihhh....... Ramai yang gelak, aku macam sikit nervous. Hasilnya, beberapa orang buat sama macam aku buat.....sampai Faris pergi cakap aku punca......hampeh......Apapun selepas daripada aktiviti itu, motivasi itu sampai ke penghujungnya.

Pukul 10.30 malam, kami pergi minum malam di kantin. Selepas itu, kami semua masuk ke bilik masing-masing untuk siap untuk tidur.....Ehhh sebelum itu solat lah dulu weiiii.... 

Bersambung hari kedua.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan