Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Assalamualaikum and greetings you all,
Sebelum itu, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke-53 kepada semua warganegara yang membaca blog ini. Sempena cuti sekolah baru-baru ini, aku bersama keluarga aku bercuti ke Bukit Fraser, Pahang. Kami berada di sana selama tiga hari dua malam
Before that, still not too late to wish Happy Malaysia Day to all Malaysians who read this blog. In conjunction of this school holiday, my family and I went for a holiday at Fraser's Hill, Pahang. We were there for three days two nights.
Sedikit sejarah ringkas mengenai Bukit Fraser, nama Bukit Fraser diambil sempena nama Louis James Fraser, seorang 'pioneer' Scotland, telah mendirikan lombong bijih timah di sana pada 1890an. Selepas jumpa deposit bijih timah di sana , beliau upah pekerja orang Cina untuk membuka sebuah lombong. Satu lorong yang curam telah dibina untuk keperluan pengangkutan ke The Gap dan Raub, bandar yang kebetulan hampir dengan Bukit Fraser. Kononnya, waktu itu juga Fraser menguruskan pengedaran dadah opium (eiiiiiii) dan perjudian di antara pekerja-pekerjanya, untuk memperoleh keuntungan sampingan untuk membayar kuli-kuli dia.
Malangnya, Fraser tiba-tiba hilang tanpa jejak selama 25 tahun (ko bayangkan, 2 dekad dia hilang). Pada tahun 1917, C.J. Ferguson-Davie, Bishop Singapura, memimpin trek dari The Gap untuk melihat tempatnya, tak jumpa empunya orang tetapi dilaporkan yang tempat itu memang tempat terbaik untuk istirahat. Pada tahun 1919, kerja-kerja membina jalan perhubungan telah dilaksanakan dari The Gap dan pada tahun 1922, bukit itu dinamakan Fraser's Hill untuk dibuka kepada orang awam........ok sambung cerita aku.
Malam sebelum hari kejadian, aku dan Shabil kemas pakaian lebih awal bagi memastikan tidak kelang-kabut pada keesokan harinya. Pada waktu pagi, semua sibuk mengemaas barangan yang hendak dibawa ke Bukit Fraser.
|
persiapan akhir..... |
|
Di Jalan Persekutuan 1 |
|
Nampak sikit Genting Highlands |
|
Di Kuala Kubu Bharu |
|
Signboard ke Bukit Fraser.... |
Kami mula bertolak ke sana pada puku1 12.00 tengah hari. Kami singgah sebentar di Masjid Saidina Ali di Rawang untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelum sampai lagi dah dengar khutbah melalui Pahang FM.......Seusai solat Jumaat, kami teruskan perjalanan ke Bukit Fraser. Ketika itu, kami menggunakan laluan di Kuala Kubu Bharu iaitu Jalan Persekutuan 53. Sebelanium itu, kami bergambar berhampiran tepi Empangan Sungai Selangor, Ampang Pechah. Tak silap aku, tempat tu jugak dijadikan penggambaran Cicakman 2 yang mana empangan ni jadi Empangan Metrofulus yang dicemari dengan 'air hitam'.....hehe
|
Pintu masuk bangunan pengurusan Empangan Sungai Selangor.... |
|
sikit posing..... |
Memang jalan bengkang-bengkok. Jalan macam ni mengingatkan aku terhadap percutian aku ke Cameron Highlands tak silap aku pada tahun 2009. Kami menggunakan laluan dari Tapah. Jalan kat sana memang bengkang-bengkok sampai rasa nak loya. Abah pun sampai terpaksa memperlahankan kereta (ketika itu kami menggunakan Naza Citra). Aku pulak sibuk main PSP, hmmmmm padan muka aku la.........nak hilangkan pening konon, lagi pening adalah! Sejak itu, kalau nak pergi Cameron Highlands, kami pakai jalan lalu Simpang Pulai.....
|
Tempat sebelum gambar ini diambir merupakan lokasi Sir Henry Gurney dibunuh oleh Komunis pada tahun 1951 |
|
Sampai di The Gap |
|
Pintu masuk ke Bukit Fraser dari arah Selangor.... |
Pukul 3.30 petang, barulah kami sampai ke The Gap, tempat pintu masuk ke Bukit Fraser. Ada yang bagitau, ada lagi satu jalan sudah ada dua lorong....Tapi rupanya pada hari kami pulang, masih satu hala. Selepas lalu bengkang bengkok (part 2, Bukit Fraser), akhirnya kami sampai ke Bukit Fraser yang pada masa baru masuk negeri Pahang....
|
Hmmmm...jalan sehala saja |
|
Papan tanda ke tempat-tempat peranginan |
|
Jalan masuk ke Bukit Fraser.... |
|
Pejabat Pos |
|
Tempat yang tak boleh terlepas pandang jika berkunjung ke Bukit Fraser |
|
Hotel The Pines |
|
Ada hari keluarga kott...... |
Kami menginap di hotel The Pines......dan tinggal di bilik yang dijaga oleh Bank Negara Malaysia. Eh, aku fikir pelik jugak, dua pengurusankah?. Yang tu aku bicara nanti...Lepas selesai letak barang segala bagai dan solat, kami keluar jalan-jalan ke pusat bandar. Sememangnya kunjungan ke Bukit Fraser tidak akan lengkap kalau tak ambil gambar menara jam di hadapan pintu masuk ke Bukit Fraser.........
|
Gambar yang memang wajib kena ambik.... |
|
Bangunan balai polis Bukit Fraser...sekarang dah berusia 97 tahun....... |
Di pusat bandar juga terdapat pejabat pos lama yang sampai ke hari ini masih digunakan sebagai pejabat. Belum sempat nak terus ambik gambar, hujan pun dah turun. Kami terus pulang ke hotel selepas itu. Sewaktu kami sampai di hotel, Angah ,Kak Farra dan Zara pun dah sampai ke hotel.....Selepas itu, kami adakan makan malam dengan ada sedikit hidangan steamboat........
Bersambung...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan