Pertama sekali aku minta maaf kepada korang semua pasal dah lama aku tidak mengemaskini blog aku. Nasib baik la tak lama iaitu seminggu lebih saja. Apapun aku nak ceritakan kat korang pasal aku pergi ke ekspo Selangkah ke UiTM 2017 di Dewan Tunku Canselor UiTM Shah Alam kelmarin (25 Mac 2017).
Memandangkan aku secara rasminya sudah berhenti sekolah, bermulanya langkah seterusnya ialah menjejakkan kaki ke alam menara gading. Lepas keputusan SPM diumumkan, kena check-check mana universiti nak kena pergi lepas ni. Aku ingat nak pergi ke UiTM teruih. Ada cadangan daripada parents aku untuk masuk matrikulasi tapi aku tak nak........Sebenarnya aku ada backup pilihan lain iaitu pergi masuk INTEC, aku dah register dah, nanti aku cerita nanti. Boleh sebenarnya nak apply banyak universiti nanti kalau tak dapat, ada backup.......
Beberapa hari sebelum Selangkah ke UiTM berlangsung, aku dah masukkan dalam UPU Online pasal bidang-bidang yang aku nak. Abah masa tu cuma guide saja....
Pada hari ekspo tersebut berlangsung, aku pergi ke Dewan Tunku Canselor kira-kira pada pukul 10.00 pagi (sebenarnya pukul 8.30 pagi sudah bermula ekspo tersebut) dengan abah aku. Sebelum aku masuk ke dewan tersebut, aku terjumpa dengan kawan lama aku, Haris dengan keluarganya. Ayahnya, Uncle Luqman merupakan kawan abah aku. Jujur aku nak cakap, dah lima tahun aku tak jumpa Haris sejak habis zaman sekolah rendah pada tahun 2011, jadi aku ambil kesempatanlah untuk bersembang dengan dia...heeeee...
Menghampiri Dewan Tunku Canselor
Rahsia yekkk.....
Selepas itu, aku dan abah aku masuklah ke Dewan Tunku Canselor. Masuk saja, ramai gila dalam dewan itu, al maklumlah, ramai nak mintak UiTM agaknya. Mula-mula, kami ke bahagian Fakulti Perniagaan dan Pengurusan di mana Diploma Analisis Pelaburan menjadi pilihan pertama aku untuk ke UiTM. Serius, tempat tu jugak ramai orang berkumpul di situ untuk dapatkan maklumat tentang bidang-bidang apa di dalam fakulti tersebut. Abah pun sempat bersembang dengan salah seorang pegawai fakulti untuk memberikan penerangan.
Selepas itu, kami pergi pulak ke Fakulti Sains Komputer dan Matematik disebabkan Diploma Sains Aktuari menjadi pilihan seterusnya, sebagai backup la....sebenarnya ada tujuh bidang lain yang aku dah apply di sistem UPU, cuma aku tak nak cerita kat sini. Kelebihanya, kalau satu diploma tak dapat masuk pasal ramai sangat, bidang lain pun ada jugak asalkan ada minat.
Habis di situ, kami naik ke pentas untuk duduk seketika untuk dapatkan maklumat tentang pendaftaran pelajar. Pada masa yang sama, ramai kawan-kawan aku yang lain pun pergi ke ekspo tersebut. Kawan sekelas Imtiyaz, Firdaus Sanusi pun dah sampai ke ekspo tersebut melalui mesej Whatsapp yang aku terima dalam group Imtiyaz. Selepas menunggu lama, kami pun bertanya-tanya tentang pendaftaran pelajar.
Aku dapat tahu bahawa pertengahan bulan Mei ini akan diumumkan keputusan UPU dan bulan seterusnya akan adanya pendaftaran pelajar untuk intake bulan Jun, kalau tidak silap aku. Selepas mendengar penerangan, kami beredar dan meninjau fakulti-fakulti lain seperti Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, memandangkan aku ada minat pasal pentadbiran awam. Selepas habis tinjau, aku minta kebenaran abah untuk tinjau sendirian.
Dalam aku jalan sorang-sorang, aku sempat berjumpa dengan kawan lama aku, Ahmad Alif. Aku lebih bersembang pasal pendaftaran universiti je....aku ingat. Tak ada benda lain.....haha. Selepas itu, aku berjalan-jalan lagi sambil tengok-tengok fakulti lain yang ditawarkan. Pada masa yang sama jugak, dua rakan sekelas Imtiyaz iaitu Nurin dan Ilya juga sempat aku jumpa.....
Nurin dan Ilya...
INTEC, dah daftar dah......
Selepas itu, aku berjumpa pulak dengan Effah and the gang. Mereka ada pergi ke booth Fakulti Filem Teater dan Animasi, barangkali bidang yang agak ngam dengan depa. Kadang-kadang aku ada jugak bergambar dengan depa. Sebelum aku balik, aku terjumpa pulak kawan sekelas Akaun, iaitu Aina Najiha.....hehe...
dengan Effah..
Pukul 11.30 pagi, aku dengan abah balik semula ke rumah. Selesai sudah penerangan tentang apa yang nak kena tahu pasal bidang dalam universiti, sekarang tunggu keputusan UPU Mei ini.....Sekian saja entri kali ini, jumpa lagi korang!
(Aku minta maaf kepada para pembaca semua kalau gambar-gambar ni ada yang goyang)...
Hari ini aku nak cerita panjang pasal benda menarik, iaitu hari keputusan SPM 2016 pada 16 Mac 2017, iaitu semalam. Selepas 3 bulan cuti panjang lamanya, akhirnya tiba hari yang semua orang tahu memang mendebarkan. Sebab mendebarkan ialah, lepas belajar selama 2 tahun dari Tingkatan 4, memang kena tunggu untuk membuahkan hasil lepas berhempas pulas menjawab soalan peperiksaan sebenar SPM. Sebagai mukadimah, aku siarkan video lawak fail SPM yang paling lawak...video lama sejak 2009 tu tapi memang kelakar gila...
Pukul 9.30 pagi, aku keluar dengan ibu bapa aku pergi sarapan dulu di Restoran Gembira di Seksyen 3. Waktu itu, nasi lemak menjadi selera kami cuma aku tambah ayam masak merah saja. Pukul 10.00 pagi, aku dah selesai sarapan cuma macam nak tahu sama ada kawan-kawan lain dah sampai ke belum? Menurut kawan sekelas aku Narshrah melalui Whatsapp, dah mula dah beberapa kawan sekolah lain dah sampai dah. Shaqeer pun dah sampai. Time ni jugak la hati dah berdebar sikit-sikit, bukan pasal keputusan berapa tapi takut macam dah macam start awal...
Selepas abah selesai minum, barulah kami keluar dari restoran ke SMK Seksyen 7 Shah Alam. Selepas 3 bulan aku tidak menjejakkan kaki ke sekolah, barulah aku sampai ke sekolah tersebut. Sampai saja di sekolah, aku tak tau awat aku berjalan laju masuk ke sekolah, haha.... Inilah jadi bila dah macam tak sabar sangat....lollll. Pertama sekali, aku berjumpa dan bersembang dengan Cikgu Husni buat sementara sebelum pergi ke foyer di mana ramai kawan-kawan aku berkumpul kat situ. Masuk foyer aku mula bersapa dengan kawan-kawan yang berada di situ.
Sampai kat sekolah....
Pada masa yang sama jugak, guru kaunseling sekolah aku, Cikgu Farah Wahida mengalu-alukan kehadiran aku sambil mengucapkan tahniah kepada aku. Eh, dalam hati memang terkejut aku, belum keputusan diumumkan (sebenarnya slip keputusan dah mai dah selepas diumumkan oleh Cikgu Zaini) dah ucap tahniah daaa...tapi aku hargai ucapan cikgu tapi pada masa yang sama, macam hint je yang aku dapat keputusan cemerlang. Kemudian, aku beratur untuk mendapatkan keputusan ujian psikometrik lalu terus sembang-sembang dengan kawan-kawan lain. Kebanyakkannya kawan sekelas aku......
Masa itu, cikgu dah umumkan semua pelajar SPM 2016 untuk berkumpul di dewan terbuka. Pada masa yang sama jugak, pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 tengah rehat, Shabil dah abis rehat dah tu. Macam aku berkumpul di tepi dewan tahun lepas, tahun ni jugak ramai buat benda sama. Meja-meja semua dah susun mengikut kelas dan fail-fail berlambak-lambak dah susun masukkan segala sijil. Debaran bermula apabila pengetua, Pn. Siti Salmiah memulakan ucapan dan seterusnya mengumumkan keputusan SPM bagi keseluruhan negara (Kementerian pun sudah membuat sidang media mengenai perkara tersebut).
Tunggu result keluaq
Ucapan pengetua...
Aku yang dok pakai oren....
Debaran semakin memuncak apabila pengetua mula sampai ke pengumuman keputusan SPM bagi peringkat sekolah. Satu per satu pengetua mengumumkan peratusan pelajar memperoleh keputusan mengikut mata pelajaran. Dan inilah dia, pengumuman pelajar untuk naik ke pentas. Cikgu Suzarina mengumumkan 28 orang sahaja yang mendapat keputusan 6A ke atas. 3 orang saja dapat straight A (A campuq-campuq laaa). Agaknya siapalah 28 orang yang mendapat keputusan SPM setinggi tu....tapi macam sikit sangat, tak macam zaman UPSR aku seramai 80 lebih memperoleh keputusan 5A dan 4A 1B .
Pengumuman bermula dengan keputusan 6A. Tak silap aku dalam 7 orang kot yang dapat keputusan tersebut. Salah seorang daripada 7 orang itu ialah kawan sekelas aku, Farah Farhana. Memang aku tepuk tangan sama untuk dia. Lepas tu, pelajar-pelajar lain pulak. Dan seorang lagi ialah Hishamuddin......yang dulu masa aku tingkatan 1 dan 2 selalu minta aku jadi imam solat, haha! Aku tak dapat........
Farah dapat 6A... (kredit Narshrah)
Hishamuddin pun dapat bai....(Kredit SMK Seksyen 7 Shah Alam)
Selepas itu, keputusan 7A SPM pulak...dah mula dah berdebar-debar! Cikgu Suzarina mulakan dengan seorang pelajar lelaki, feymes pulak tu....ramai orang suka (dulu depa la suka kacau si polan, haha). Entah siapa la lelaki tu.....apa lagi AKU la apabila Cikgu pun memanggil nama aku untuk naik atas pentas! Aku mula la menjerit sambil mengangkat tangan.......aku tak perasan mungkin orang lain tengok aku macam pelik sikit reaction. Aku terus peluk abah aku (nampak macam over sikit la) yang berada di atas pentas selaku Naib Yang Di-Pertua PIBG SMK Seksyen 7 Shah Alam. Mummy pun naik sekali......ramai-ramai kawan-kawan aku yang duduk ni tepuk tangan macamlah aku ni artis!
Kredit gambar Narshrah...aku dengan parents aku...
Memeluk abah.....macam over pulak aku ni.....kredot gambar SMK Seksyen 7 Shah Alam
Dapat slip daaa......kredit gambaq SMKS7 Shah Alam
Aku menerima slip keputusan terebut dari Yang DiPertua PIBG, Tuan Hj. Mohammad Isa b. Ishak. Turut berada di situ ialah Pn. Sabariah Idris selaku Penolong Kanan Pentadbiran. Selepas sesi bergambar, aku menerima surat jemputan untuk menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang yang akan berlangsung pada 7 April ini. Selepas turun dari pentas, aku mula berjumpa dengan cikgu-cikgu yang ada seperti Cikgu Santy, Cikgu Norafidah, Cikgu Haslinda dan Pn. Nurbazlin. Masing-masing depa mengucapkan tahniah kepada aku. Kemudian aku berjumpa denganguru English, Pn. Siti Rauzani. Malang sekali, aku cuma kureng sikit dalam Bahasa Inggeris iaitu C+.....ayoyo...nasib baiklah dapat credit. Aku mula bincang serba sedikit pasai pa boleh jadi lagu ni....aku dah tahu apa masalahnya. Tapi beliau juga mengucapkan tahniah kepada aku....
Pada mulanya aku nak duduk balik di dewan terbuka tapi kena interview pulak dengan wakil dari UNISEL. Aku tak nak cerita panjang pasal apa interview aku.....selepas beberapa minit interview, aku kembali semula ke tempat duduk asal. Pada masa itu, aku tak tahu bahawa Zulqarnain, kawan sekelas aku pun dapat keputusan yang sama dengan aku cuma dia ada B sahaja la yang lainnya....Selepas itu, aku mulalah buka WhatsApp group Sungai Besar (keluarga besar belah mummy). Tak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada aku......
Aku mula lega bila duduk semula sebelah Haiqal Qadri, jiran aku. Kemudian diumumkan pulak penerima keputusan SPM yang seterusnya sampailah ke 9A. Aku ingat gerangan-gerangan yang menerima keputusan tersebut ialah Sarah Akashah, Nur Syarina dan Azwar yang masing-masing dari kelas aliran Sains. Selepas selesai pemberian slip kepada pelajar keputusan tertinggi di atas pentas, maka berakhir sudah majlis penyerahan keputusan SPM. Kini giliran sesi penyerahan slip keputusan dan fail sekolah oleh guru-guru kelas di dewan terbuka mengikut kelas masing-masing...
Sarah dapat naik pentas...
Azwar dapat...8A ka 9A...aku tak ingat la...
Member-member perempuan sekelas..
Sebelum itu, semua yang dapat keputusan tinggi tu...dok bergambar dengan pentadbir sekolah...
Yeyyy....
Ramai sudah yang beratur di situ. Aku juga sempat bersembang dengan Amirah Azreen.....sampai kat depan meja, Cikgu Noorzilawati bagi fail tu kepada aku. Cikgu Noorazah, guru Matematik kelas aku dan Cikgu Zamaria, guru Ekonomi Asas Tingkatan 4 pun berada di situ.....Dalam aku dengan parents aku, Shabil ada kat atas rupanya. Barangkali ada kelas kononnya.
Dengan Azrai...
Nadzeera berswafoto...
Cikgu Norafidah ada habaq sesuatu....
Bersama Cikgu Norafidah....
Selesai mengambil fail, masing-masing cuba mengambil gambar masing-masing. Berswafoto la, macam-macam. Aku bila bertembung dengan member-member lain, semua ucap congrats kepada aku. Pada waktu yang sama jugak, aku sempat berjumpa dengan guru-guru yang berada di sekitar dewan terbuka. Aku masih ingat bila Cikgu Amla, guru PJPK pernah ajak aku untuk admission ke Universiti Sains Malaysia. Ada jugak yang pulang awal......aku tak nak tulis panjang pasal benda ni.
Syafi, Umar, Zul, Hasyim dan Harith....emmmmm Nik belakang wat apa tu nooo....
Zarul, Syafihaziq dan wa
Dengan errr...Narsh...Kredit untuk Nana....
Dengan Cikgu Rohani....
Awat Syafia tutup mulut....haha
Nad dengan Nurin Adriana, once she had became my Imtiyaz classmate...
Kaveenesh dan Thinesh pun ada mai...
Puas mengambil gambar, aku terus ke bilik guru untuk jumpa dengan cikgu-cikgu yang ada di situ. Pada masa yang sama, Mummy dan Abah balik dulu sebab nak kena tunggu Shadiq balik dari sekolah. Guru yang pertama aku jumpa ialah guru Akaun aku, Cikgu Raihan dan guru pendidikan Islam masa tingkatan 3, Ustazah Noridzan. Aku hanya mampu menunjukkan keputusan SPM melalui snapshot Whatsapp... Menyesal pulak bagi kat parents aku...haha...kemudian berjumpa pulak dengan guru-guru lain....
Kemudian jumpa pulak dengan Cikgu Suri, guru Matematik Tingkatan 2. Seterusnya, aku dan Zul berjumpa pula dengan Cikgu Rahayu, guru Bahasa Melayu kelas aku, malah siap bergambar lagi kemudian bersembanglah apa nak buat lepas ni....Selepas itu, aku bersembang dengan Teacher Norazita, guru Bahasa Inggeris zaman aku 3 Imtiyaz dulu, aku bincang la pasal keputusan Bahasa Inggeris aku.....Seterusnya, berjumpa pulak dengan Ustazah Rodziah, guru kelas Imtiyaz dan guru Pendidikan Islam zaman aku tingkatan 4 .....semua ucapkan tahniah kepada aku dan Zul kerana dapat keputusan cemerlang...
Selepas selesai jumpa cikgu-cikgu, tiba masanya untuk balik. Aku pun telefon abah aku untuk hantar aku balik. Sekarang secara rasminya berhenti sekolah dengan adanya sijil berhenti sekolah dalam fail dan kini tentukan mana nak pergi lepas ni...zaman pengajian tinggi pulak.
Cuma yang aku terkilan, aku tak dapat berjumpa dengan Teacher Yogeswary, Cikgu Zaini dan tak sempat pulak bergambar dengan Teacher Rauzani. Sebelum aku akhiri artikel ni, aku sambung part parodi Hang Tuah fail SPM, kali ini baru punya bulan lepas.....haha...
Akhir kalam, aku kongsikan pengalaman ni bukannya nak berlagak ke apa ke...hanya berkongsi cerita supaya dapat dijadikan inspirasi untuk pembaca yang baru nak menghadapi SPM supaya lebih baik daripada aku sendiri. Kepada semua cikgu-cikgu yang telah mengajarku selama ini, terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan sampailah ke peringkat sekarang......TERIMA KASIH CIKGU! Terima kasih jugak kepada Uncle Saffwan, kawan abah aku yang menjadi guru tuisyen selama 2 tahun ni bantu aku dalam dok jawab SPM ni....
Kepada semua batch 1999, aku ucapkan tahniah kepada korang yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2016. Kepada yang tidak berjaya, jangan berasa kecewa sebab result SPM ni sebagai alat saja untuk menentukan masa depan korang, yang penting sekarang ini, ke mana hala tuju korang selepas ini, masa depan terletak di tangan korang...Insya Allah, korang buat pilihan betul serta memilih kerjaya yang halal, korang akan berjaya. Sekian catatan aku untuk hari ini....jumpa lagi di entri akan datang...
Hari ini aku nak sembang pasal appointment ketiga braces dengan dentist di Klinik Gigi Zahida selepas Februari lepas. Baru petang tadi aku selesai urusan dengan dentist pukul 4.30 petang.
Aku mula siap-siap sikit sementara menunggu abah balik rumah. Aku mula pergi ke klinik gigi tersebut pada pukul 3.05 petang dengan abah. Sejurus sampai saja di klinik, kena inform dulu dengan receptionist. Pastu pilih mana satu warna getah braces, pada awalnya nak kekalkan warna tersebut tetapi aku mengubah keputusan untuk menukar warna kepada warna hijau. Kalau boleh biarlah setiap bulan menukar warna, hehe.....
Ketika aku berada di klinik gigi, tidak seperti appointment sebelum ini, appointment kali ini lebih ramai menyebabkan aku menunggu lebih lama sedikit untuk berjumpa dengan dentist. Aku hanya layan smartphone saja. Hanya pada pukul 4.10 petang saja, giliran kami tiba.
Appointment dengan doktor gigi (dentist la) bermula dengan menanggalkan getah biru yang sedia ada dan 'wayar'nya terlebih dahulu. Kemudian, yang menbuatkan lama tu pasal kena cuci gigi pasal ada bahagian yang kotor. Aku paling ingat bahagian gigi yang kotor ialah bahagian belakang. Serius la, aku selalu gosok gigi bahagian belakang. Sebelum ini aku selalu fokus yang gigi depan sampai hampir terlupa gigi belakang hampir kotor.
Selepas selesai mencuci gigi, kini polish gigi pulak biar lagi bersih. Cuma kena berkumur la.....Akhir sekali barulah diletakkan getah hijau serta wayarnya. Selesai sudah appointment dan abah pulak lakukan urusan terakhir sebelum pulang ke rumah....
Tukar warna lagi.....
Appointment seterusnya ialah pada 18 April tak silap aku........sekian saja coretan aku pada hari ini....
Hari ini aku nak cerita satu benda yang menyeronokkan. Ya, menonton satu perlawanan bola sepak tapi bukan Liga Super ekkk tetapi satu perlawanan liga bola sepak sosial yang melibatkan kelab bola sepak Shah Alam Antlers di Stadium Matsushita Seksyen 21, Shah Alam kelmarin (4 Mac 2017). Bukan aku je yang pergi perlawanan ni tapi keluarga aku sekali ikut tapi dengan keluarga aku pun ikut sekali.
Masa tu, kami pergi ke sana selepas kami menjamu selera di kedai makan Tanah Aina Cafe. Aku bukan main lagi kenyang lepas makan nasi briyani ayam yang kuantitinya banyak sangat sampai boleh dimakan oleh dua orang. Penuh perut aku masa tu dengan makanan. Jadi kena jalan-jalan sikitlah biar hadam sikit. Pada awalnya macam tak pergi mana-mana tapi tiba-tiba terus ke Stadium Matsushita, rupanya nak tengok bola. Aku pun macam seronok pulak sebab dah lama dah tak tengok bola.
Cakap pasal Stadium Matsushita, memang sinonim dengan aku sebab aku dah pernah pergi ke stadium ni sebelum ni. Kali terakhir aku pergi ke stadium tersebut adalah pada kejohanan Hari Sukan SMK Seksyen 7 Shah Alam tahun lalu (2016). Aku tak lupa masa tu aku menyertai larian 200 meter Kelas 1 (Tingkatan 4 dan 5), itupun malangnya baru kali pertama aku menyertainya. Sebelum ini aku hanya jadi penonton sahaja dan dua tahun lepas aku jadi reserve saja. Tak mengapa, aku akan ceritakan ni lain kali....
Ketika aku datang perlawanan itu semalam, perlawanan derby antara Shah Alam Antlers dan SA United masih berlangsung. Perlawanan ini adalah salah satu daripada perlawanan Liga Sosial Lembah Klang pada tahun ini. Tanpa membuang masa aku terus pergi ke grand stand penonton. Serius aku cakap boleh tahan ramai yang hadir perlawanan ini walaupun tak boleh katakan full house.....
Antara aksi yang aku ingat ialah:
Salah seorang pemain Shah Alam Antlers diterjah sampai pengadil terpaksa meniupkan wisel. Mujurlah tak berapa kasar sangat.
Sebelum wisel perlawanan tamat, pemain Shah Alam Antlers ada melakukan 'crossing' untuk mencari gol yang seterusnya.
Alamak, macam sekejap sangat tengok, ye memang salah kami sendiri pasal datang lambat sangat. Ketika itu, Shah Alam Antlers menang perlawanan ini dengan skor 2-1. Walau bagaimanapun, aku memang tertarik dengan aksi kedua-dua pasukan walaupun sekejap. Aku yang menonton pun merasakan ianya lebih seronok menyaksikan liga sosial dari liga biasa-biasa. Selepas perlawanan tamat, kedua-dua pasukan saling bersalaman antara satu sama lain termasuklah pengadil yang bertugas. Macam itulah semangat kesukanan!
Sebahagian daripada perlawanan..
Kerusi stadium pun telah ditukar....
Tamat sudah perlawanan
Selang beberapa ketika, aku menyaksikan kumpulan penyokong Shah Alam Antlers bersorak sambil mengibarkan bendera pasukan yang berwarna biru dan putih (rasanya warna general untuk Shah Alam), nampak seperti kumpulan Ultras tapi sebenarnya bukan! Aku macam malu-malulah pulak tapi aku pergi saja lepas dinasihatkan oleh parents aku. Shabil pun ikut aku sekali. Alhamdulillah, sempat aku merakam video sorakan penyokong Shah Alam Antlers. Macam seronok pulak kalau dapat bersorak bersama-sama mereka. Lagi ramai lagi bagus, dapat mewujudkan gerombolan penyokong seperti kelab bola sepak professional yang lain....
Selepas perlawanan tamat, aku kembali ke tempat duduk keluarga aku dan keluar dari grandstand. Sebelum itu, aku pergi ke kedai merchandise Shah Alam Antlers untuk tengok-tengok apa yang dijual. Alih-alih aku mengambil keputusan untuk membeli jersi home untuk Shah Alam Antlers. Aku sebelum itu mencuba saiz medium tapi oleh kerana saiz medium terlalu besar, maka dibelinya saiz small. Nasib baik fit untuk aku sebab memadai bagi pemakaian jersi bola sepak. Harga untuk jersi itu ialah RM60, hemmm agak mahal sikit la tapi ok jugaklah berbaloi. Sekurang-kurangnya aku dapat menyumbang sesuatu untuk pendapatan kelab untuk lebih sustainable pada masa akan datang. Yeyy, dapat jersi SAAFC!!
Kalau nak dibandingkan mana lagi seronok. Perlawanan Liga Super yang melibatkan pasukan Selangor atau liga sosial yang melibatkan tempat tinggal sendiri? Jawapan aku ialah perlawanan pasukan yang melibatkan tempat tinggal kita sendiri, iaitu Shah Alam! Nak pergi perlawanan Selangor tu okeyla jugak, tapi jauh sangat la....kena pergi Stadium Selayang. Pasukan bola sepak berasaskan komuniti atau bandar seperti Shah Alam Antlers ni sepatutnya ramai-ramailah (penduduk Shah Alam khasnya) sokong sebab adanya 'sense of belonging' lepas tu dekat dengan tempat tinggal pulak tu. Aku akan berbicara panjang lagi mengenai pasukan bandar, daerah dan komuniti dalam entri akan datang.
Jualan jersi......
Dan bercakap pasal merchandise yang Shah Alam Antlers buat jualan tu, memang langkah yang bijak sekali! Setakat ini, aku ingat hanya JDT saja yang buat langkah ni.....malanglah kalau ada pasukan Liga Super yang dikatakan profesional ni kedai merchandise rasmi pun tak ada! Nak harapkan jualan jersi yang kadang-kadang 'ciplak' atau tak ada cenderahati langsung (kalau paling cikai la)....haihh....
Sebelum aku pulang ke rumah, aku terkejut apabila aku disapa dengan seorang pemuda yang memakai jersi Shah Alam Antlers sambil bertanya "Awak budak Seksyen 7 ke?". Aku menjawab ya...Kemudian kami bual-bual sikitla. Seolah-olah macam pernah aku kenal masa aku sekolah dulu sebab dia tanya aku dah habis sekolahkah? Haha....lepas tu, aku pun pergilah naik kereta balik rumah dengan keluarga aku...
Sekian saja catatan aku pada hari ini. Insya-Allah akan ada lagi entri yang akan aku tulis. Apapun tahniah kepada Shah Alam Antlers FC yang memenangi perlawanan menentang SA United FC bagi Liga Sosial Lembah Klang tahun ini!
ALL UNITE FOR THE CITY! Wassalam......
Ni lah jersi aku......baru je ambil gambar...
(p/s: aku rasa macam nak pakai jersi SAAFC je masa hari keputusan SPM nanti, itupun kalau bolehla..tak tau la macam mana, haha!)
Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog sekalian,
Hari ini aku nak membicara pasal errr......duduk sorang-sorang di rumah lepas berakhirnya zaman persekolahan. Kalau sebelum bermulanya sesi persekolahan, aku memang seronok beli baju sekolah baru, alat tulis baru dan macam-macam lagilah. Namun kini, semuanya tinggal kenangan saja dan hanya adik-adik aku saja yang sibuk membeli barang-barang persekolahan. Ketika aku menulis artikel ni, tinggal 14 hari lagi sebelum keputusan SPM sebenar diumumkan dan baru-baru ini keputusan STPM pun sudah diumumkan.
Today I want to talk about errrrr........home alone after my school days are ended. If in the past before the school session started, I got excited when I bought new school clothes, new stationery and many more. But now, I was all memory and only my siblings were busy bought school thingy. During I am writing this article, it is only 16 days left before the real SPM examination results will announced and recently the STPM results was already announced.
Sekarang aku nak cerita sikit apa aku buat selama 3 bulan (sebenarnya dua bulan pasal tak kira cuti ke Australia) di rumah saja bukan pasal keputusan peperiksaan yang aku akan ceritakan nanti....
Now I'm talking about what am I do at home for almost 3 months (actually 2 months not to mention my trip to Australia) not the examination results that will I tell for another time.....
Setiap hari pada waktu pagi (pada hari bekerja la), lepas mummy dan abah dah pergi keluar untuk bekerja (kadang kala adik-beradik aku yang terakhir keluar untuk pergi ke sekolah), bermulalah sesi duduk sorang di rumah. Pertama sekali, aku berbelah bahagi mana satu kerja nak aku buat? Buat sarapan untuk aku atau basuh baju terlebih dahulu. Basuh baju pulak dua kali iaitu kali pertama untuk baju putih atau yang berwarna terang dan kali kedua pulak untuk pakaian lain. Cakap pasal sarapan, aku masak yang senang-senang aku buat seperti masak sosej contohnya.
Every day in the morning (in weekdays lah), after my parents go out for work ( sometimes my siblings go out later for school), my 'session' of home alone starts. First of all, I am undivided which work I should do? Prepare for breakfast or wash clothes first?? Talking about washing clothes, there are two times that are the first time is for white or light clothes and the second time for the rest of the clothes. Speaking about breakfast, I am cooking the easiest cook such as sausages.
Aku tak nak bicara panjang pasal apa yang aku buat setiap hari cuma aku ringkaskan saja. Ada masa aku buka komputer dan baca apa-apa bacaan yang dimahukan dalam internet. Kadang kala, aku jugak menonton dokumentari sekali. Walau bagaimanapun, tak boleh juga menghabiskan masa dengan komputer. Kerja lain yang aku buat ialah memasak nasi (kuah, mummy yang sediakan). Masa santai aku diisi dengan membaca bacaan yang berat. Contohnya buku 'Why Nations Fail' yang dihadiahkan oleh Abang Shahmi dan buku 'Mein Kampf', biografi Hitler yang aku baru beli di kedai buku POPULAR di Sunway Pyramid.
I don't want talk much about what am I doing everyday but I am just to summarize. There is a time I turn on the computer and mostly spent time on reading the articles in the Internet. Sometimes, I also watch documentaries. However, I can't spent too much time on the computer. Another work I do is cooking rice (another dishes was prepared by Mummy). My relax time is filled with reading some thick books. For example the book 'Why Nations Fail' which was given as a present by Abang Shahmi and Hitler's biography, 'Mein Kampf' that I just bought from POPULAR book store at Sunway Pyramid.
Namun dalam masa 3 bulan ni bukanlah sepenuhnya duduk di rumah tapi sikit sajalah. Pada hari Sabtu minggu pertama bulan Januari lalu, aku pergi ke kursus 6 jam mengenai ujian memandu di Pusat Akademi Memandu Cekap di Taman Sri Muda, Shah Alam. Seorang kawan sekolah aku, Batrisya Azman dari kelas 5 Ekonomi Asas pun ikut aku sekali dengan naik kereta sekali bersama Uncle Sujend. Apa yang aku tahu ialah, dah agak ketat sedikit cara nak peroleh lesen memandu kompeten disebabkan adanya sistem KEJARA dan juga kena belajar pulak macam mana nak memeriksa kereta sebelum memandu. Apa yang aku cerita ni cuma sebahagian daripada kelas memandu tersebut dan aku akan ceritakan ni kemudian. Pada waktu rehat pulak aku jumpa dan sembang dengan Zarif Fahmi, kawan sekelas aku. Aku lupa pulak dia ambil kursus apa. Aku nanti ulas lebih banyak lagi dalam ruangan komen kalau ada soalan.
Nevertheless in this 3 months doesn't mean I am just sitting alone at home all the time but just a few activities. On the first Saturday last January, I went to the 6 hours course about the driving test at Cekap Driving Academy Centre at Taman Sri Muda, Shah Alam. One of my schoolmate, Batrisya Azman from 5 EA also followed me by ride in a car with Uncle Sujend. What I knew from the class was, now it is very strict to gain competent license thanks to the KEJARA system and also must learn to check a vehicle before start driving. What I tell you in this entry just a part from this driving class and I will explain to you later. On the recess time, I saw and had a chit chat with Zarif Fahmi, my classmate. I forgot what course that he took. I will tell more maybe in the comment section if there is a question.
kelas memandu 6 jam...
Selepas 2 minggu, aku menduduki ujian berkomputer di premis yang menempatkan ujian berkomputer dan diuruskan oleh syarikat yang sama. Uihhh, besar jugak jaringan pusat memandu, aku ingatkan dekat pusat latihan memandu saja di Taman Sri Muda. Ketika aku menghadapi ujian tersebut, pada awal-awal soalan memang mudah tapi bila dah nak soalan akhir-akhir tu, alamak aku mula sedikit tertekan. Aku masih ingat soalan berkenaan hukuman dan kadar denda dalam salah satu kesalahan jalan raya. Ayooo, aku macam tak baca atau dah lupa dah......tapi syukurlah dapat markah 43/50, itupun sikit-sikit lagi dah nak gagal. Aku kalau boleh nak sekali sahaja ujian berkomputer sebab kalau nak ulang kena bayarla, jadi nasihat aku kalau nak elak gagal ujian, banyakkan membaca ya......
After 2 weeks, I sat for a computer test at the premise where the test was held and it is managed by the same company. Uihh, what a big network of driving centre, I thought it is just at the driving test centre at Taman Sri Muda. During I sat for that test, the earliest question quite being easy (well because some of the questions are about the road signage), unfortunately when the test was almost to the end, oh dear I felt nervous. I still remember the question about the punishment and the fine on one of the road offences. Ayoooo, maybe I didn't read or I forgot...but thankfully I achieved 43/50 marks, well I was nearly failed the test. Actually, if I could I want to finish the test just one time with flying colours because if I repeated the test, I had to pay for it, so my advice if you to avoid test failure, read more. Waktu tidur pulak, tak macam selalu, paling awal aku tidur pun pukul 11.45 malam. Mungkin pasal nak kena tunggu adik kot agaknya atau pakai internet. Aktiviti lain pulak ialah datang appointment dengan doktor gigi. Tu je........rasa macam tak mau cerita la pasal hujung minggu.
During bedtime, unlike before, I sleep at most early as 11.45 p.m. Maybe because I had to wait my younger brother or surfing the internet. Another activity was went to dentist appointment. That's all......I feel that I don't want to talk much about weekends. Dalam aku hanya 'home alone' di rumah, kawan-kawan lain pulak seronok bersiar-siar. Ada yang buat reunion, malah ada yang beberapa kali mungkin untuk menyambut hari jadi kawan masing-masing. Ada jugak yang bebas pergi bercuti bersama kawan-kawan, paling jauh sampai ke Pulau Pinang, siap naik ETS lagi! Terra betoi.....Paling ciput pun, ada beberapa kawan-kawan aku pergi jalan-jalan di pusat membeli belah. Dalam masa 3 bulan cuti jugak, ramai jugak kawan-kawan mengambil keputusan untuk bekerja sambilan. Aku pulak......buat cam pembantu rumah je laaa haha....ada masa jugak menulis (seperti blog ini) dan baca buku.
On the other hand, as I was only home alone, some of my friends excited 'outing' together. Some of them had organised a reunion, plus some had several times maybe because to celebrate their friend's birthday. There are some of my friends are also freely had a vacation with their buddies (not with any family member eh), even with hop in the ETS train! So terror..... Most less, several of my friend's went strolling at the shopping mall. In almost 3 months, many of my friends decided to taking a job. Me?....do like a 'house maid' lah.....haha. Luckily, I also have a time to write (for example this blog) and reading books as I stated above..... Itu saja aku berbicara pada kali ini. Kepada kawan-kawan sekolah aku, semoga berseronok dan aku harap dapat jumpa korang masa hari keputusan ya! Serius aku cakap, aku rindu semua cikgu-cikgu yang mengajar aku masa zaman sekolah dulu termasuk zaman sekolah rendah dan kawan-kawan sebaya yang 'adik manis' haha! (psst...jangan fikir benda yang bukan-bukan lak). Wassalam........
That's all I want to talk in this entry. For my school friends, have fun and I hope get to see you again on the of the result! Seriously, I miss all the teachers who taught me in my school life including elementary school teachers and the 'cuttie' friends..haha! (pssstt...don't too thinking much hehe) Wassalam...