Selasa, 14 Mac 2017

Bulan Ketiga Appointment dengan Dentist....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini aku nak sembang pasal appointment ketiga  braces dengan dentist di Klinik Gigi Zahida selepas Februari lepas. Baru petang tadi aku selesai urusan dengan dentist pukul 4.30 petang.

Aku mula siap-siap sikit sementara menunggu abah balik rumah. Aku mula pergi ke klinik gigi tersebut pada pukul 3.05 petang dengan abah. Sejurus sampai saja di klinik, kena inform dulu dengan receptionist. Pastu pilih mana satu warna getah braces, pada awalnya nak kekalkan warna tersebut tetapi aku mengubah keputusan untuk menukar warna kepada warna hijau. Kalau boleh biarlah setiap bulan menukar warna, hehe.....

Ketika aku berada di klinik gigi, tidak seperti appointment sebelum ini, appointment kali ini lebih ramai menyebabkan aku menunggu lebih lama sedikit untuk berjumpa dengan dentist. Aku hanya layan smartphone saja. Hanya pada pukul 4.10 petang saja, giliran kami tiba.

Appointment dengan doktor gigi (dentist la) bermula dengan menanggalkan getah biru yang sedia ada dan 'wayar'nya terlebih dahulu. Kemudian, yang menbuatkan lama tu pasal kena cuci gigi pasal ada bahagian yang kotor. Aku paling ingat bahagian gigi yang kotor ialah bahagian belakang. Serius la, aku selalu gosok gigi bahagian belakang. Sebelum ini aku selalu fokus yang gigi depan sampai hampir terlupa gigi belakang hampir kotor.

Selepas selesai mencuci gigi, kini polish gigi pulak biar lagi bersih. Cuma kena berkumur la.....Akhir sekali barulah diletakkan getah hijau serta wayarnya. Selesai sudah appointment dan abah pulak lakukan urusan terakhir sebelum pulang ke rumah....
Tukar warna lagi.....


Appointment seterusnya ialah pada 18 April tak silap aku........sekian saja coretan aku pada hari ini....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan