Jumaat, 17 Mac 2017

Ceghita Keputusan SPM 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Hari ini aku nak cerita panjang pasal benda menarik, iaitu hari keputusan SPM 2016 pada 16 Mac 2017, iaitu semalam. Selepas 3 bulan cuti panjang lamanya, akhirnya tiba hari yang semua orang tahu memang mendebarkan. Sebab mendebarkan ialah, lepas belajar selama 2 tahun dari Tingkatan 4, memang kena tunggu untuk membuahkan hasil lepas berhempas pulas menjawab soalan peperiksaan sebenar SPM. Sebagai mukadimah, aku siarkan video lawak fail SPM yang paling lawak...video lama sejak 2009 tu tapi memang kelakar gila...


Pukul 9.30 pagi, aku keluar dengan ibu bapa aku pergi sarapan dulu di Restoran Gembira di Seksyen 3. Waktu itu, nasi lemak menjadi selera kami cuma aku tambah ayam masak merah saja. Pukul 10.00 pagi, aku dah selesai sarapan cuma macam nak tahu sama ada kawan-kawan lain dah sampai ke belum? Menurut kawan sekelas aku Narshrah melalui Whatsapp, dah mula dah beberapa kawan sekolah lain dah sampai dah. Shaqeer pun dah sampai. Time ni jugak la hati dah berdebar sikit-sikit, bukan pasal keputusan berapa tapi takut macam dah macam start awal...

Selepas abah selesai minum, barulah kami keluar dari restoran ke SMK Seksyen 7 Shah Alam. Selepas 3 bulan aku tidak menjejakkan kaki ke sekolah, barulah aku sampai ke sekolah tersebut. Sampai saja di sekolah, aku tak tau awat aku berjalan laju masuk ke sekolah, haha.... Inilah jadi bila dah macam tak sabar sangat....lollll. Pertama sekali, aku berjumpa  dan bersembang dengan Cikgu Husni buat sementara sebelum pergi ke foyer di mana ramai kawan-kawan aku berkumpul kat situ. Masuk foyer aku mula bersapa dengan kawan-kawan yang berada di situ.
Sampai kat sekolah....


Pada masa yang sama jugak, guru kaunseling sekolah aku, Cikgu Farah Wahida mengalu-alukan kehadiran aku sambil mengucapkan tahniah kepada aku. Eh, dalam hati memang terkejut aku, belum keputusan diumumkan (sebenarnya slip keputusan dah mai dah selepas diumumkan oleh Cikgu Zaini) dah ucap tahniah daaa...tapi aku hargai ucapan cikgu tapi pada masa yang sama, macam hint je yang aku dapat keputusan cemerlang. Kemudian, aku beratur untuk mendapatkan keputusan ujian psikometrik lalu terus sembang-sembang dengan kawan-kawan lain. Kebanyakkannya kawan sekelas aku......

Masa itu, cikgu dah umumkan semua pelajar SPM 2016 untuk berkumpul di dewan terbuka. Pada masa yang sama jugak, pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 tengah rehat, Shabil dah abis rehat dah tu. Macam aku berkumpul di tepi dewan tahun lepas, tahun ni jugak ramai buat benda sama. Meja-meja semua dah susun mengikut kelas dan fail-fail berlambak-lambak dah susun masukkan segala sijil. Debaran bermula apabila pengetua, Pn. Siti Salmiah memulakan ucapan dan seterusnya mengumumkan keputusan SPM bagi keseluruhan negara (Kementerian pun sudah membuat sidang media mengenai perkara tersebut).
Tunggu result keluaq


Ucapan pengetua...
Aku yang dok pakai oren....

Debaran semakin memuncak apabila pengetua mula sampai ke pengumuman keputusan SPM bagi peringkat sekolah. Satu per satu pengetua mengumumkan peratusan pelajar memperoleh keputusan mengikut mata pelajaran. Dan inilah dia, pengumuman pelajar untuk naik ke pentas. Cikgu Suzarina mengumumkan 28 orang sahaja yang mendapat keputusan 6A ke atas. 3 orang saja dapat straight A (A campuq-campuq laaa). Agaknya siapalah 28 orang yang mendapat keputusan SPM setinggi tu....tapi macam sikit sangat, tak macam zaman UPSR aku seramai 80 lebih memperoleh keputusan 5A dan 4A 1B .

Pengumuman bermula dengan keputusan 6A. Tak silap aku dalam 7 orang kot yang dapat keputusan tersebut. Salah seorang daripada 7 orang itu ialah kawan sekelas aku, Farah Farhana. Memang aku tepuk tangan sama untuk dia. Lepas tu, pelajar-pelajar lain pulak. Dan seorang lagi ialah Hishamuddin......yang dulu masa aku tingkatan 1 dan 2 selalu minta aku jadi imam solat, haha! Aku tak dapat........
Farah dapat 6A... (kredit Narshrah)

Hishamuddin pun dapat bai....(Kredit SMK Seksyen 7 Shah Alam)

Selepas itu, keputusan 7A SPM pulak...dah mula dah berdebar-debar! Cikgu Suzarina mulakan dengan seorang pelajar lelaki, feymes pulak tu....ramai orang suka (dulu depa la suka kacau si polan, haha). Entah siapa la lelaki tu.....apa lagi AKU la apabila Cikgu pun memanggil nama aku untuk naik atas pentas! Aku mula la menjerit sambil mengangkat tangan.......aku tak perasan mungkin orang lain tengok aku macam pelik sikit reaction. Aku terus peluk abah aku (nampak macam over sikit la) yang berada di atas pentas selaku Naib Yang Di-Pertua PIBG SMK Seksyen 7 Shah Alam. Mummy pun naik sekali......ramai-ramai kawan-kawan aku yang duduk ni tepuk tangan macamlah aku ni artis!

Kredit gambar Narshrah...aku dengan parents aku...
Memeluk abah.....macam over pulak aku ni.....kredot gambar SMK Seksyen 7 Shah Alam

Dapat slip daaa......kredit gambaq SMKS7 Shah Alam

Aku menerima slip keputusan terebut dari Yang DiPertua PIBG, Tuan Hj. Mohammad Isa b. Ishak. Turut berada di situ ialah Pn. Sabariah Idris selaku Penolong Kanan Pentadbiran. Selepas sesi bergambar, aku menerima surat jemputan untuk menghadiri Majlis Anugerah Cemerlang yang akan berlangsung pada 7 April ini. Selepas turun dari pentas, aku mula berjumpa dengan cikgu-cikgu yang ada seperti Cikgu Santy, Cikgu Norafidah, Cikgu Haslinda dan Pn. Nurbazlin. Masing-masing depa mengucapkan tahniah kepada aku. Kemudian aku berjumpa dengan guru English, Pn. Siti Rauzani. Malang sekali, aku cuma kureng sikit dalam Bahasa Inggeris iaitu C+.....ayoyo...nasib baiklah dapat credit. Aku mula bincang serba sedikit pasai pa boleh jadi lagu ni....aku dah tahu apa masalahnya. Tapi beliau juga mengucapkan tahniah kepada aku....

Pada mulanya aku nak duduk balik di dewan terbuka tapi kena interview pulak dengan wakil dari UNISEL. Aku tak nak cerita panjang pasal apa interview aku.....selepas beberapa minit interview, aku kembali semula ke tempat duduk asal. Pada masa itu, aku tak tahu bahawa Zulqarnain, kawan sekelas aku pun dapat keputusan yang sama dengan aku cuma dia ada B sahaja la yang lainnya....Selepas itu, aku mulalah buka WhatsApp group Sungai Besar (keluarga besar belah mummy). Tak putus-putus memberikan ucapan tahniah kepada aku......

Aku mula lega bila duduk semula sebelah Haiqal Qadri, jiran aku. Kemudian diumumkan pulak penerima keputusan SPM yang seterusnya sampailah ke 9A. Aku ingat gerangan-gerangan yang menerima keputusan tersebut ialah Sarah Akashah, Nur Syarina dan Azwar yang masing-masing dari kelas aliran Sains. Selepas selesai pemberian slip kepada pelajar keputusan tertinggi di atas pentas, maka berakhir sudah majlis penyerahan keputusan SPM. Kini giliran sesi penyerahan slip keputusan dan fail sekolah oleh guru-guru kelas di dewan terbuka mengikut kelas masing-masing...
Sarah dapat naik pentas...
Azwar dapat...8A ka 9A...aku tak ingat la...

Member-member perempuan sekelas..
Sebelum itu, semua yang dapat keputusan tinggi tu...dok bergambar dengan pentadbir sekolah...
Yeyyy....

Ramai sudah yang beratur di situ. Aku juga sempat bersembang dengan Amirah Azreen.....sampai kat depan meja, Cikgu Noorzilawati bagi fail tu kepada aku. Cikgu Noorazah, guru Matematik kelas aku dan Cikgu Zamaria, guru Ekonomi Asas Tingkatan 4 pun berada di situ.....Dalam aku dengan parents aku, Shabil ada kat atas rupanya. Barangkali ada kelas kononnya.
Dengan Azrai...


Nadzeera berswafoto...

Cikgu Norafidah ada habaq sesuatu....

Bersama Cikgu Norafidah....

Selesai mengambil fail, masing-masing cuba mengambil gambar masing-masing. Berswafoto la, macam-macam. Aku bila bertembung dengan member-member lain, semua ucap congrats kepada aku. Pada waktu yang sama jugak, aku sempat berjumpa dengan guru-guru yang berada di sekitar dewan terbuka. Aku masih ingat bila Cikgu Amla, guru PJPK pernah ajak aku untuk admission ke Universiti Sains Malaysia. Ada jugak yang pulang awal......aku tak nak tulis panjang pasal benda ni.
Syafi, Umar, Zul, Hasyim dan Harith....emmmmm Nik belakang wat apa tu nooo....

Zarul, Syafihaziq dan wa

Dengan errr...Narsh...Kredit untuk Nana....
Dengan Cikgu Rohani....
Awat Syafia tutup mulut....haha

Nad dengan Nurin Adriana, once she had became my Imtiyaz classmate...

Kaveenesh dan Thinesh pun ada mai...

Puas mengambil gambar, aku terus ke bilik guru untuk jumpa dengan cikgu-cikgu yang ada di situ. Pada masa yang sama, Mummy dan Abah balik dulu sebab nak kena tunggu Shadiq balik dari sekolah. Guru yang pertama aku jumpa ialah guru Akaun aku, Cikgu Raihan dan guru pendidikan Islam masa tingkatan 3, Ustazah Noridzan. Aku hanya mampu menunjukkan keputusan SPM melalui snapshot Whatsapp... Menyesal pulak bagi kat parents aku...haha...kemudian berjumpa pulak dengan guru-guru lain....

Kemudian jumpa pulak dengan Cikgu Suri, guru Matematik Tingkatan 2. Seterusnya, aku dan Zul berjumpa pula dengan Cikgu Rahayu, guru Bahasa Melayu kelas aku, malah siap bergambar lagi kemudian bersembanglah apa nak buat lepas ni....Selepas itu, aku bersembang dengan Teacher Norazita, guru Bahasa Inggeris zaman aku 3 Imtiyaz dulu, aku bincang la pasal keputusan Bahasa Inggeris aku.....Seterusnya, berjumpa pulak dengan Ustazah Rodziah, guru kelas Imtiyaz dan guru Pendidikan Islam zaman aku tingkatan 4 .....semua ucapkan tahniah kepada aku dan Zul kerana dapat keputusan cemerlang...

Selepas selesai jumpa cikgu-cikgu, tiba masanya untuk balik. Aku pun telefon abah aku untuk hantar aku balik. Sekarang secara rasminya berhenti sekolah dengan adanya sijil berhenti sekolah dalam fail dan kini tentukan mana nak pergi lepas ni...zaman pengajian tinggi pulak.

Cuma yang aku terkilan, aku tak dapat berjumpa dengan Teacher Yogeswary, Cikgu Zaini dan tak sempat pulak bergambar dengan Teacher Rauzani. Sebelum aku akhiri artikel ni, aku sambung part parodi Hang Tuah fail SPM, kali ini baru punya bulan lepas.....haha...


Akhir kalam, aku kongsikan pengalaman ni bukannya nak berlagak ke apa ke...hanya berkongsi cerita supaya dapat dijadikan inspirasi untuk pembaca yang baru nak menghadapi SPM supaya lebih baik daripada aku sendiri. Kepada semua cikgu-cikgu yang telah mengajarku selama ini, terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan sampailah ke peringkat sekarang......TERIMA KASIH CIKGU! Terima kasih jugak kepada Uncle Saffwan, kawan abah aku yang menjadi guru tuisyen selama 2 tahun ni bantu aku dalam dok jawab SPM ni....

Kepada semua batch 1999, aku ucapkan tahniah kepada korang yang telah memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2016. Kepada yang tidak berjaya, jangan berasa kecewa sebab result SPM ni sebagai alat saja untuk menentukan masa depan korang, yang penting sekarang ini, ke mana hala tuju korang selepas ini, masa depan terletak di tangan korang...Insya Allah, korang buat pilihan betul serta memilih kerjaya yang halal, korang akan berjaya. Sekian catatan aku untuk hari ini....jumpa lagi di entri akan datang...

Wassalam.....

1 ulasan:

  1. Boleh sampaikan pada rakan2 yang mempunyai anak atau rakan lepasan SPM.
    Untuk kemasukan ke KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS 🏫 IPTS bawah Anak Syarikat Majlis Agama Wilayah Persekutuan (MAIWP). Elaun sara diri bulanan diberikan .
    Mohon sebarkan maklumat dan informasi yg diterima.
    KOLEJ UNIVERSITI ANTARABANGSA PICOMS mencari pelajar lepasan SPM yg berminat untuk mengikuti kursus di peringkat DIPLOMA.
    Kursus Yang Ditawarkan:
    ▶Diploma Sains Kejururawatan
    ▶Diploma Pembantu Perubatan
    ▶Diploma Kesihatan Persekitaran
    ▶Diploma Sains Perubatan
    ▶Diploma Farmasi
    ▶Diploma Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan (OSH )
    ▶Diploma Pengurusan Hotel
    ▶Diploma Pengurusan Logistik
    ▶Diploma Pengurusan Sumber Manusia

    Kemasukkan: JULY 2019
    Tarikh Pendaftaran: 06 & 07 Julai 2019
    Tempoh Kursus : 3 tahun

    KELEBIHAN DI PIUC
    • Pendaftaran RM195💶💰 sahaja.
    • Kolej hak milik penuh dibawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 🕌.
    • Pinjaman PTPTN disediakan kepada pelajar💰💰.
    • Duit Sara Diri bulanan RM300💵💵 kepada yang layak.
    • Asrama🏬 dan pengangkutan 🚌🚌Disediakan.
    • Penerbangan pergi🛫 dan balik 🛬Sabah dan Sarawak ditanggung setelah tamat pengajian.
    • Terbuka kepada semua bangsa 🧕🏻👳♂👲🏻.
    • Pasaran pekerjaan 85% - 95 % selepas tamat pengajian.
    • "Highly job marketability".
    • Tertakluk kepada terma dan syarat.

    Berminat Untuk Memohon?
    WhatsApp/sms ;-
    <>Nama🙋🏼♂🙋🏼♀
    <>Alamat 🏬
    <>NO Hp 📱
    <> Gambar Kad Pengenalan 📑📸
    <> Gambar Slip SPM 📑📸
    <>Email 💻
    Hantar Kepada
    ▶ 0102757767

    Www.picoms.edu.my / https://amellark95.blogspot.com/2019/03/picoms-pengambilan-sesi-july-2019.html 💻
    Mohon Untuk Hebahkan Berita Dan Peluang Ini.
    MOHON SHARE!!!

    Tolong sebarkan berita baik. Kalau bukan anak kita mungkin ada anak2 rakan kita. Jangan tutup pintu peluang mereka.Satu pintu kita buka utk org lain, In Sha Allah 7 pintu Allah buka utk kita. Aamiin

    BalasPadam