Rabu, 31 Mei 2017

Kehidupan Sebagai Mahasiswa: Minggu Destini Siswa 2017 (Part 2 und Der Finale)

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang semua,

Hari ini aku nak sambung coretan Minggu Destini Siswa 2017 di UiTM Cawangan Terengganu di Dungun....(klik ni jugak untuk baca balik Part 1)

23 Mei 2017
Makin hari makin lambat pulak bangun.Sepatutnya bangun pukul 4.00 pagi tapi sebaliknya hampir pukul 4.30 pagi.....hmmmm sempat ke nak siap-siap ni?? Kena kumpul biasanya pukul 4.45 pagi sebab lokasi kolej Tenggol memang jauh gila nak berjalan. Nasib baiklah tempat mandi bukannya ramai pada masa tu...kalau tidak. Sempat jugak bersiap...entah bersih ke tidak haha!! Apapun sempat jugak aku bersolat subuh berjemaah di Pusat Hidayah. Itupun masa tu mengantuk-mengantuk lagi......

Kuliah pada pagi itu bertajuk 'Sahabat'. Aku nak ringkaskan pada kuliah ini sebab jujur aku nak katakan...aku ada dengar kuliah tapi tak lah semua sebab masih lagi mengantuk. Kuliah ini ada terangkan tentang  adab memilih sahabat.....
Penatnye jalan pepagi.....

Mendengar kuliah subuh...

Selepas selesai sarapan, kami pergi sekali lagi ke Dewan Aspirasi untuk sesi ceramah oleh Unit Kerjaya dan Kaunseling. Ada pelbagai perkhidmatan yang disediakan oleh unit tersebut seperti kaunseling akademik, lawatan industri dalam kategori kerj(ay a, khidmat komuniti melalui program pembangunan pelajar dan sebagainya....tapi ada jugak yang tertidur masa ceramah.......mengantuk punya pasal.

Jadi lepas tu selepas ceramah tersebut habis, OC-OC minta semua pelajar termasuk aku untuk bangun untuk buat sikit senaman bior kasi hilang mengantuk. Lagu pertama ialah hehe.....BABY SHARK!! Jadi buatlah sikit gerakan-gerakan tapi ada ramai jugak yang tak ikut sampai mau kasi 'denda' kalau ada yang tak buat sama-sama, LOL!!. Lepas tu pulak buat dance Xi Shua Shua yang videonya dipersembahkan oleh pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu tak silap aku.......lepas tu pulak penguin dance..HAHA!!!!
Tarian Baby Shark....heeeeee

Lepas masing-masing hilang mengantuk, sesi ceramah diteruskan dengan ceramah pasal Akta 174. Apa benda tu akta 174, iaitu akta yang menjelaskan tentang tatatertib yang harus diikuti oleh pelajar sepanjang pengajian. PENTING NI WOIII, HANGPA DAH BESAQ KOT, TAKKAN TAK BOLEH NAK JAGA DIRI?!!!! Yang ni aku tak nak bicara panjang, korang boleh baca sendiri akta ni melalui pdf.... dan biar gambar di bawah ni berbicara........


PENTING NI...JANGAN CUBA PANDAI-PANDAI BUAT!!


Tak mau jugak cerita panjang masa lunch, aku teruskan dengan program selepas zohor. Kali ini ada ceramah pasal UPKNR (Unit Pengurusan Kolej dan Non-Resident) dan SRK (Staf Residen Kolej). Ceramah ni terangkan perakara-perkara pasal kolej..even pendaftaran kolej pun ada tapi maybe it is for next semester. Lepas tu pulak kena kenal siapa yang in-charge for all college, kena kenal semua, bukannya yang satu kolej je. Jangan 1 kolej yang ko kenal sebab nanti if there is any absence in your college,if you have any problems, you can call the other staff that you must know as a back up.......seterusnya ada terangkan pasal keluar malam, pakaian and so on......



Selepas solat asar pulak, ada sesi taklimat bagi English Placement Test, yang korang kena bawak earphone tu. EPT ni, kalau korang berjaya, korang dapat pengecualian satu subjek dalam Bahasa Inggeris pada semester seterusnya, so bagi yang berminat, masa tu boleh register nama kat orang tertentu atau korang bagi saja kat OC-OC.
Sedikit sebanyak mengenai EPT

Selepas selesai ceramah, ada offer siapa nak buat persembahan masa Malam Aspirasi Seni pada keesokkan harinya. Aku macam berkira-kira nak masuk atau tidak, sebab tak tau nak persembahkan apa.....pada masa tu jugak member aku Ameer masuk persembahan tu. Bagi yang tak berkenaan, boleh pergi ke Pusat Hidayah untuk makan dan solat Maghrib...tapi punyalah basah baju! Nak tau pasai pa boleh jadi lagu ni??!!

Sebab time tu Dungun memang hujan lebat gila (sama jugak ngan semalam), sampai kami terpaksa berjalan di lorong yang berbumbung tapi masih belum selamat lagi la! Terpaksalah kami meredah hujan untuk pergi ke tempat makan...haha. Nasib baik masa tu aku bawak sweater, jadi sweater la terpaksa 'barai'...lol! Tapi kasut jugak basah sebab pijak air hujan.....aiyooo.....waktu makan pulak takut air hujan terkena makanan jadi aku kenalah duduk jauh sikit daripada tempat terkena hujan.....

Lepas solat maghrib, kuliah dan solat isyak, program diteruskan dengan ceramah Tanahairku oleh En.Azahari Abdul Aziz. Aku masih ingat beliau  menekankan pasal pentingnya kena tahu pasal perlembagaan negara untuk mengetahui hak-hak yang ada pada setiap rakyat. Kalau di US, masa sekolah rendah lagi sudah diajar pasal perlembagaan....kita, rasanya baru tingkatan 5 ajar perlembagaan....huhu...selepas itu pulak diterangkan perkara-perkara yang penting yang ada dalam perlembagaan serta 7 Wasiat Raja-raja Melayu dsb......


Kemudian ceramah tersebut diteruskan dengan taklimat tentang Hal Ehwal Pelajar. Baru aku tahu sebenarnya kampus ni dah lama buat kepimpinan mahasiswa sejak 2010 dan ianya dipertingkatkan setahap demi setahap. Urus tadbir pelajar pun ada diterangkan sekali. Seperti hari-hari sebelumnya, ceramah habis pukul 11.00 malam....



24 Mei 2017-Ceramah HEA, Malam Aspirasi Seni
Bangun lambat lagi kali ini dah terlajak 4.35 pagi pulak......entah apa masalahnya ni...telefon tak kuat atau aku tidur mati sampai tak sedar jam loceng phone berbunyi....Haihhh entahlah....apapun still sempat lagi solat Subuh berjemaah.

Seusai sarapan, kami ke Dewan Aspirasi sekali lagi. Kali ini sesi ceramah tentang Hal Ehwal Akademik oleh Timbalan Rektor UiTM Terengganu. Kami pada masa itu jugak ada dapat salinan tentang presentation mengenai Hal Ehwal Akademik UiTM Terengganu. Perkara yang paling penting ialah Peraturan Akademik, paling cemeh pun download je la dalam phone. Ramai yang jarang tengok peraturan tersebut......Di samping itu jugak beliau ada terangkan jugak tentang apa itu sesi interim, istudent dan sebagainya......

Selepas habis ceramah HEA dan rehat seketika, program bersambung dengan taklimat oleh unit Penyelidikan, Jaringan Industri dan Masyarakat untuk galakkan pelajar untuk melibatkan diri dalam keusahawanan. Ni bukan setakat akademik tapi jugak untuk terapkan soft skills.....ada satu badan keusahawanan yang dinamakan dalam MASMED....

Seterusnya, taklimat diteruskan dengan penerangan badan-badan yang di bawah MASMED...yang lain aku tak ingatla tapi yang paling aku ingat ialah ENACTUS iaitu satu badan keusahawanan sosial yang menekankan tentang keusahawanan sambil buat khidmat sosial. Sebelum ni dikenali sebagai SIFE tak silap aku. Projek-projek jugak ada dibuat di dalam mahupun luar kampus. Contohnya, dalam kampus ada projek tanam cendawan serta buat madu kelulut....cuma yang aku ingat madu ni setakat ini belum dijual secara komersial...Dari situ aku tahu yang universiti jugak menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D). Kalau nak tahu, ada jugak wakil Malaysia ke Beijing melalui ENACTUS ni.....

Dalam artikel lepas aku ada sebut pasal kenalan abah aku yang bertugas sebagai pensyarah. Kali ini, aku terangkan. Nama beliau ialah Nazlin Emieza Ngah, aku memanggil beliau sebagai 'auntie', beliau ialah pensyarah di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, fakulti yang sama aku ambik dan in charge SRK kolej Perhentian, mohon betulkan kalau saya salah...... Pada masa tu, auntie ada menjawab beberapa soalan daripada 5 soalan pasal ENACTUS......daripada sorang pelajar perempuan kalau tak silap aku.........
Rehat dulu.....



Auntie Nazlin sedang menjawab soalan daripada pelajar tertentu.....

Madu kelulut

Selepas taklimat ENACTUS tamat, talklimat diteruskan dengan kelab-kelab lain seperti Kelab Keusahawanan UiTM Terengganu. Selepas taklimat habis, aku dan pelajar-pelajar lain keluar untuk makan tengah hari dan solat Zohor. Sebelum itu, aku sempat berjumpa kejap dengan Auntie Nazlin...alhamdulillah dapat jugak berjumpa secara face-to-face.

Selepas zohor, program diteruskan lagi dengan taklimat pasal ACIS, Selepas itu pulak ada Ujian Saringan Fardu Ain pulak. Ini dah macam satu ujian yang apa namanya ntah...aku dah lupa dah. Bukannya apa, tak guna gak kalau koko hebat, akademik hebat, tapi kerohanian, OUT! Jadi dilaksanakanlah ujian ni seperti kena hafal Al-Fatihah, Doa Iftitiah, Qunut dsb....
Kena buat ujian saringan fardu ain pulak....

Lepas asar, dibuat pulak latihan perasmian untuk perasmian MDS sesi Jun-Oktober 2017 pada keesokan harinya. Kami berlatih bagaimana ada masa untuk berdiri apabila tetamu kehormat sampai, menyanyikan Negaraku, UiTM DiHatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM dan sebagainya. Aku pulak masa tu tawarkan diri untuk membuat bacaan doa pada majlis perasmian tersebut berserta dengan 3 orang lagi untuk pemilihan. Aku tak lupa bila aku naik atas pentas, aku disorak semacam aku ni YB pulak! Macam tak ada beza langsung dengan masa zaman aku sekolah dulu.......

Malangnya, aku tidak terpilih untuk bacaan doa pada keesokan harinya tapi aku tak lah kecewa sangat....lepas itu, semua pelajar berlatih sekali lagi dari awal majlis sampai habis majlis..Kemudian, kami pergi ke Pusat Hidayah untuk makan malam dan solat Maghrib. Kuliah Maghrib pada masa tu bertajuk 5 golongan menuntut ilmu....


Selepas isyak, tiba masanya untuk Malam Aspirasi Seni, kasi enjoy la baiii....Paling gua menyampah sikit bila ada buat soalan, ramai yang mintak aku jawabkan soalan. KALAU DAH TAHU, PERGILAH JAWAB SENDIRI WOIII!!! TAK PAYAH SURUH ORANG LA!!! Saat paling aku tak lupa iaitu masa selepas persembahan pasal salah satu babak dalam filem P.Ramlee yang ada papan putih tu....masa aku berdiri, aku pun sempat tanya, SAPA ORANG SHAH ALAM KAT SINI? Ramai jugaklah yang angkat tangan...

Sepanjang Malam Aspirasi Seni tu, semua tak lepas daripada gelak ketawa masa drama dan bersorak masa nyanyi...fuhhhh. Paling best ialah masa OC-OC buat persembahan beramai-ramai atas pentas. Semua angkat phone masing-masing sambil buat flash......dah macam konsert pulak...haha. Memang penat tapi seronok pasal enjoy...sampai tak sedar dah nak pukul 11.30 malam yang sepatutnya tamat 30 minit awal. Yang lain biar gambar serta caption yang aku sediakan berbicara...

Tarian tradisional sebagai permulaan....

Ni macam cerita Ali Baba Bujang Lapok je ni...


Kemain seronok mengkome yeee...

Ni, aku rasa Pendekar Bujang Lapok sebab ni babak buta huruf


Ni pun Pendekar Bujang Lapok jugak......
Boeeekkkkk la Ameeerrr......

Peresembahan oleh OC-OC.....


25 Mei 2017-Majlis perasmian MDS dan Jalan-jalan pantai.....
Kali ini memang parah sudah bangun lambat...dah terlajak 4.45 pagi....ALAHAIIII!!!!! Kena lah bersiap cepat jawabnya...tapi takut tak pasal-pasal jadi tak bersih lepas tu mandi kerbau je...nasib baik ada bawak sekali pewangi. Kali ini jugaklah aku terlepas solat Subuh berjemaah pasal sebelum nak berjalan keluar dari kolej Tenggol, aku terlupa nak kunci locker!! Aduyaiii, lepas dah kunci locker...aku terlepas daripada kumpulan tersebut. Terpaksalah tunggu member roommate yang tertinggal sekitar kolej Tenggol untuk bersiap...grrrr.... btw, hari itu kena pakai kemeja putih semua pasal ada majlis perasmian.

Sampai kat masjid, aku berjalan cepat dan kadang-kala terpaksa berlari sampailah ke masjid sebab takut terlepas solat berjemaah...akhirnya aku terlepas jugak dan terpaksalah  berjemaahlah dengan yang masih lagi bersolat. Dah...abis kisah lambat solat subuh. Ke Dewan Aspirasi jugak kami pergi selepas sarapan..........
Kuliah Subuh...


Pakai kemeje....

Tunggu ape tu....

Majlis di Dewan Aspirasi dimulakan dengan ceramah oleh Tabung Haji. Aku sempat lagi memuat turun THJARI seperti yang diterangkan dalam ceramah tersebut. Actually aku dah ada akaun  so aku ambil la sedikit sebanyak pasal perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan. Kemudian, program diteruskan dengan  dengan ceramah oleh unit Polis Bantuan yang menerangkan tentang bidang tugas mereka...Seterusnya, ada lagi taklimat mengentai unit Korporat, yang mana ada promote Radio Kampus. Selepas taklimat habis, aku keluar rehat sekejap. Aku tengok sekejap la pemandangan laut dari dalam kampus tu..... BTW, sepatutnya majlis perasmian bermula pada pukul 10.00 pagi tapi terpaksa ditunda sampai 10.45 pagi, so ada masa la untuk bersantai.......

Taklimat Polis Bantuan...




Dengan Basil, Nik Haiqal....
Tengok-tengok pemandangan sat....

OC kumpulan aku, Nik Amirah......

10.45 pagi, semua kena masuk balik Dewan Aspirasi untuk perasmian MDS pada sesi kali ini. Sebelum itu, kami semua dengar amanat daripada Naib Canselor UiTM bagi perasmian MDS. Selepas amanat tersebut, sekarang memang betul-betul kena serius pasal ada tetamu kehormat datang seperti Timbalan Rektor dan lain-lain. Agak lama sikit ucapan perasmian tapi takpe...paling best ialah dibuatnya LIVE TELECAST dengan Kampus Kuala Terengganu dan Bukit Besi (well since these two campus are satellite campus for Dungun)! Agaknya apa la kawan sekolah aku, Suraiya buat kat situ masa live telecast tu....hehe!!!

Sepatutnya hari ini Rektor UiTM Terengganu memberikan ucapan perasmian tetapi oleh kerana ada urusan, maka Timbalan Rektor menggantikannya tetapi, ucapannya dalam cara tersendiri....Selepas mendengar ucapan Timbalan Rektor, kami sama-sama menyanyikan UiTM DiHatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM, memang semangat aihhh......yang buatkan aku rindu kat rumah aku ialah bila video tunjukkan Kampus Shah Alam (especially bangunan Kejuruteraan yang rumah aku dekat je dengan bangunan tu)..waaaaa!!!
Timbalan Rektor beri ucapan.....(kredit: Universiti Teknologi MARA-Terengganu FB)

Hope no one is sleeping......(kredit: Universiti Teknologi MARA-Terengganu FB)

Kami balik semula ke Pusat Hidayah untuk solat zohor dan makan tengah hari. Berbeza dengan hari-hari sebelumnya, semua pelajar boleh balik semula ke kolej untuk menukar pakaian sebab ada nanti nak jalan-jalan nanti.....aku pun berehat la kat dalam bilik tu dengan roommate sampai pukul 3.30 petang untuk kumpul semula. Sebelum Asar, ada lagi taklimat pasal Qamus Digital yang rasanya dia punya translation lagi baik daripada pakai Google Translate yang buat terjemahan lagi berterabur, haha!!!
Taklimat Qamus Digital...


Selepas solat asar, kami kembali semula ke Dewan Aspirasi untuk taklimat unit Kokurikulum dan Sukan. Sebelum taklimat bermula semua pelajar kena duduk tegak seperti yang diarahkan oleh komander, macam kawad pulak. Dalam taklimat sukan, boleh je nak sertai sukan-sukan yang minat asalkan ada komitmen......Kemudian taklimat unit Kokurikulum pulak terangkan pasal bila nak buat aktiviti, apa pertubuhan yang ada dalam kampus ni dan sebagainya....pada masa yang sama jugak, masa penerangan


Sebelum taklimat habis, seluruh dewan terkejut bila ada orang mengadu sakit...macam serius je! Mata semua fokus kat tempat kejadian....semua ada cakap-cakap sakit jantung la, sesak nafas lah....itula inilah... Kemudian, Jabatan Pertahanan Awam pun datang la untuk tolong..RUPA-RUPANYA GIMIK SAJA sebab untuk promote Jabatan Pertahanan Awam kepada pelajar-pelajar!!! Ayayai...kena tipu! haha.....
Semua pandang.......kecemasan..

Pukul 5.45 petang, kami berkumpul ikut kumpulan untuk JALAN-JALAN PANTAI BRO!!! Yeyyy, dapat jalan-jalan pantai TAPI JANGAN PULAK MANDI LAUT, sebab NI BUKAN MACAM KAT PORT DICKSON KE APA KE, NI LAUT CHINA SELATAN LU TAU? Masih ingat Mummy larang aku mandi laut......ok apa lagi jalan-jalan sekitar pantai sambil bergambar.....seriously, this was the best moment of the programme. However, aku berswafoto ni macam orang 'gila' lak......hayooo... Biar gambar berbicara.....
Member-member perempuan...



Berswafoto ngan Izzat.....


Amboii Ameer, mo tunjuk sado bah.....

with Nik Amirah again....

With the whole group...THE BEST MOMENT!!!!
Laut cantik....

Pukul 7.00 malam, semua kena masuk kampus balik..aku baru je nak beli makan, HABIS PULAK!! Selepas solat maghrib, kuliah maghrib dan solat Isyak, kami kembali ke Dewan Aspirasi sekali lagi untuk program yang terakhir iaitu Forum Perdana: Akhlak dan Keperibadian....aku tak tau apa nak tanya masa tu..hehe!! Ada jugak yang bertanya pasal masalah diri seperti dia nak pilih UiTM tapi parents dia nak ke universiti lain, adakah dia derhaka kepada mak bapak?, itu soalan yang paling dibangkitkan.......Selepas pukul 11 malam lebih, berakhirlah Minggu Destini Siswa secara rasminya.....
Kuliah Maghrib

Forum Perdana.....

Sebelum pulang ke kolej...amboii. comey kakak ni....hehe
Ni aku dengan roommate Tenggol aku...
The following day.....makan Kedai sambal Lambak bohhh.....

Now, I'm home now , having a holiday for a week and waiting for the interim session on 3rd of June (instead of 4th June because of Terengganu working days). Aku balik Shah Alam pada pukul 4.00 petang dan sampai pukul 12.00 tengah malam pada 26 Jun. Ermmm..patutnya 4 jam lebih je kalau direct pakai LPT saja...tapi pasal singgah kat Temerloh (pasal adeee yang nak ikan patin wehhh) dan makan kat Kedai Sambal Lambak sebelum aku meninggalkan Dungun....

Akhir kalam, aku ucapkan setinggi terima kasih kepada abang dan kakak oc sebab jaga kitaorang dengan baik yeee, semoga dapat bersua lagi pada masa akan datang! Sebelum aku akhiri coretan ini, kita dengar pula lagu UiTM DiHatiku dan Wawasan Setia Warga UiTM.....wassalam dan jumpa lagi!!!

#UiTMDiHatiku
#ermdapmds


(P/s: video nanti ekkk......tunggu masa sesuai)