Khamis, 4 Mei 2017

Lesen oh Lesen : Marathon 6 hari kelas memandu...(Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Pertama sekali aku minta maaf sangat-sangat pasal aku dah dua minggu tidak mengemaskini blog aku....macam hampir-hampir mau 'bersawang' blog ni. Tak mengapa. Hari ini aku nak sembang pasal marathon pengalaman aku datang kelas memandu di pusat Institut Mandu Cekap di Jalan Mantap Seksyen 25 Shah Alam bermula pada dua Jumaat lalu (21 April) sampailah Jumaat lepas (29 April).

Sekadar mukadimah, sebenarnya aku dah lama tunggu untuk teruskan belajar memandu sampai dapat lesen memandu percubaan dari bulan Februari lagi sejak aku dah lulus ujian KPP01. Cuba kira berapa bulan aku menunggu untuk menyertai kelas memandu ni....bukannya apa nanti bulan Mei ni dapat UPU pastu masuk kolej bulan berikutnya (khuatir kena tinggal hostel la, melainkan kalau masuk universiti swasta macam sepupu aku). Tapi bukan salah sekolah memandu la sebab nak kena agihkan jadual kelas kepada yang ambil manual (yang memang confirm ramai). Untuk pengetahuan korang, aku ambil auto je...

Mesti ada yang tanya, apahal kau ambil kereta auto bukannya manual yang majoriti ambil lesen?? Sebenarnya aku memang nak ambil manual sebab ada yang mengatakan bahawa kalau ambil manual, boleh bawak kedua-dua jenis motorkar (manual dan auto). Tapi malangnya, rumah aku tak ada langsung kereta manual. Dulu ada Perodua Viva tapi sekarang sudah diserahkan kepada sepupu. Kenapa tetiba aku cakap pasal ada jenis kereta si fulan ada atau tidak? Jawapan aku, nanti selesai saja kelas belajar memandu nanti bolehlah menggunakan kereta yang ada kat rumah untuk berlatih secara harian. Tak payahla nanti ingat masa kelas memandu tapi lupa lepas kelas habis.......

Apapun aku mulakan coretan marathon 6 hari kelas memandu....

21 April 2017
Petang tu, aku baru habis solat Jumaat di Surau Al Islah dan kena bersiap sebelum masuk ke kelas memandu. Abah pun ada nak hantar aku ke kelas memandu, sebenarnya Abang Shahmil pun ada sekali untuk hantar ke Pusat Mandu Cekap. Instead, I went to that driving class with abah.

Pukul 2.30 petang, abah hantar aku ke Jalan Kristal yang menempatkan cawangan Pusat Mandu Cekap untuk dihantar oleh Uncle Sujend. Selepas tiba di pusat memandu, aku menunggu sekejap untuk memulakan kelas memandu. Jujur aku katakan pada awalnya memang aku semangat untuk belajar memandu..... Akhirnya, aku dapat jugak berguru dengan seorang tutor.

Pertama sekali, aku diajar tutor untuk membuat Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) secara tertib (bukan main sebut je ye) daripada roadtax sampailah ke tayar kiri hadapan...Rasa panjang pulak nak ceritakan bagaimana susunannya tapi tak mengapa mungkin aku ringkaskan macam ini....Mula-mula cakap nama, nombor I/C serta tarikh berakhir lesen (maksud aku lesen L la) dan sebut roadtax, nombor plat dan tarikh roadtax berakhir. Kemudian, cermin hadapan, wiper hadapan, bonet hadapan, lampu hadapan, lampu isyarat hadapan, bumper hadapan dan nombor plat hadapan dalam keadaan baik......

Lepas tu pulak kena periksa enjin pulak. Rasanya part ni la mungkin ramai malas nak buat (nasib baik ada rutin sebelum memandu). Kena bukak bonet depan dan tengok paras air baterinya macam mana? Cukup tak air wiper? Adakah tangki air radiator di paras maksimum? Adakah air radiator mencukupi (tapi bila panas jangan memandai pulak nak bukak yeee)? Paras minyak brek di paras maksimumkah? Lepas tu, kena bukak batang penyukat enjin untuk dilap untuk dimasukkan balik lepas tu bukak balik untuk tengok paras mana sudah sampai, Kemudian, semak pulak tali sawat, adakah dalam keadaan baik? Then, tutup pulak bonet hadapan.....

Lepas tu pulak pergi ke kereta sebelah kanan lalu semak tayar, bunga tebalkah, angin cukup ke dan adakah keadaan fizikal baik? Kemudian, semak pulak lampu isyarat sisi , cermin sisi, cermin pintu depan belakang, serta tayar belakang, adakah semua keadaan baik?

Kemudian kereta belakang pulak, semak lampu brek ketiga, cermin belakang, wiper belakang, lampu belakang, lampu undur dan isyarat kiri dan kanan, bumper dan nombor plat....adakah semua dalam keadaan baik? Selepas itu bukak pulak bonet belakang. Yang ni lain sikit, check tayar spare (sama sebutan bagi tayar lain), dan ada tak jek, lampu amaran segi tiga, dan nat pemutar? Akhir sekali barulah kereta kiri dan sama saja item kena sebut tapi terbalik.....

Masa pengajaran RPK sedang dibuat, kawan sekolah aku Syakir Hamizan pun ada. Masa tu dia sudah pun dalam KPP03 dan aku ingat dia akan drive kat luar....maybe aku lupa apa dia cakap. Selepas habis RPK, tutor pulak ajar aku macam mana rutin sebelum memandu...ni aku nak kongsikan kat korang....

  1. Check brek tangan, mesti dalam keadaan baik.
  2. Selaraskan tempat duduk.
  3. Pastikan tali pinggang berfungsi (pastikan dua kali 'tersekat')
  4. Tangan pegang stereng dalam jam 10 dan 2.
  5. Kunci tu bukak sampai on, check pulak takometer, speedometer, petrolmeter dan odometer dalam keadaan baik.
  6. Pastikan lampu amaran minyak enjin, periksa enjin, stereng, brek dan bateri dalam keadaan baik.
  7. Pastikan brek di kedudukan P (Park) dan hidupkan enjin.
  8. Pastikan cermin tengah dan cermin sisi kiri kanan dah diselaraskan.
  9. Semak pulak lampu isyarat kiri dan kanan, semua ok ke?
  10. Semak lampu kecil, rendah dan tinggi, semua ok?
  11. Check pulak wiper dan air wiper, berfungsi ke?
  12. Semak pulak lampu kecemasan..
  13. Bunyikan hon...
Selepas RPK dan RSM, aku ingatkan pada hari itu hanya kedua-duanya je, alih-alih ada sesi driving pulak, nasib baik masa tu perlahan dan dalam litar sahaja cuma belum lagi diajar pasal apa benda yang kena buat masa dalam litar..cuma drive ikut arahan tutor saja. Habis pukul 5.30 petang....pada hari itu jugak, aku terjumpa kawan sekolah aku Syakir Hamizan yang turut join kelas memandu ni.....
Jumpa kawan....hehe

22 April 2017
Pada hari itu, aku diajar pulak untuk sikit-sikit dalam litar....Sebelum aku masuk dalam litar, aku latih pusing-pusing kereta bagi kasi ok bawak kereta termasuk cara buat pusingan besar. Tak ingat pulak berapa pusingan aku buat. hari itu aku belajar pasal meletak kereta, pusing 3 penjuru dan pusingan Z. Setakat ni macam ok sikit la....kena banyakkan training.

23 April 2017
Hari itu, parents aku dan adik aku semua balik kampung. Aku sorang saja tinggal di rumah namun mujurlah ada Abang Shahmil untuk menghantar aku ke pusat memandu. Dalam perjalanan ke sana, aku lebih memilih untuk menggunakan laluan tanpa tol, cuma kena hadap traffic light la. Pada hari latihan tersebut, sebahagian besar masa dihabiskan dalam litar cuma masih belum lagi sepenuhnya mempelajari lagi tentang naik bukit dan masuk ke pusingan S. Tak ingat pulak dah belajar ke belum pada hari itu......

Tapi sebelum balik, aku latih kali pertama memandu atas jalan. Aku memang ada sedikit gabra sebab baru pertama kali memandu di luar pusat memandu yang memang confirm banyak kereta ke sana ke mari. Mula-mula sekali, aku pusing ke kanan ke Jalan Jitu dan sampai ke jalan besar, masuk ke kiri....dan ada juga masa pergi ke bulatan untuk masuk ke pukul 3. Aku cuba nak ingat balik, kalau nak masuk selain pukul 9, kena di lorong kedua dan kena tunggu tak banyak kereta lepas tu baru boleh teruskan perjalanan...jangan main jalan terus tak tengok kereta!

Cuma yang silapnya di sini yang perlu diperbaiki, masa nak menghampiri pusat memandu tersebut, aku ingat aku pernah terlambat nak masuk ke kiri yakni pintu masuk ke pusat tersebut. Nasib baiklah tak terlanggar kereta yang satu lagi yang mahu keluar dari pusat memandu tersebut dan masih lagi boleh mengawal kenderaan sampai betul-betul masuk ke dalam lorong. Itu yang tutor tegur aku tu.......setakat ni aku boleh lagi sabar lagi...hehehuhu....

Apapun sampai di sini saja coretan marathon kelas memandu part 1 pada hari ini. Insya-Allah akan bersambung lagi dalam entri akan datang...Wassalam....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan