Sebelum aku mulakan artikel ni, mai pakat-pakat dengaq lagu ni.....
Minggu lepas aku ada menulis coretan mengenai keputusan UPU. Hari aku menulis sebuah siri yang aku rasa memang panjang (pasal bertahun-tahun aku akan kat universiti) iaitu ''Kehidupan sebagai Mahasiswa''.
Sejak aku mendapat keputusan UPU dan kampus yang ditetapkan, dalam hati kecil, aku cuma hanya menghitung hari sebelum aku berjauhan dari rumah (dan Lembah Klang). Aku mula mencari maklumat tentang apa buat selepas pendaftaran. Kebiasaannya, selepas pendaftaran di UiTM, akan ada sesi orientasi yang dikenali sebagai Minggu Destini Siswa. Selama seminggu sahaja aku akan berada di kampus Dungun untuk sesi tersebut tapi jangan risau...aku balik seminggu kemudian.
Like in my previous post, the distance between my home and UiTM Dungun is very far if it compared with UiTM Segamat (that I supposed to get). Nasib baiklah, lepas aku kaji, jarak antara dua tempat tu lebih kurang je dari Liverpool sampai ke London, UK. Boleh je kalau in case kalau ada cuti khas,cuti semester atau sebagainya, bolehla family aku hantar dan ambil aku kat kampus dalam masa sehari. Sebelum ni pun jarak sejauh ni boleh je pergi dan balik dalam masa sehari macam masa lawatan kami ke Liverpool 3 tahun lalu.....cuma kena memandu secara berhemah la......utamakan keselamatan...hehe....
Semalam, mula pada waktu pagi, aku ada pergi bank, buat medical check dan jumpa doktor gigi Pada lewat petang aku dah mula membeli barangan yang diperlukan untuk dibawa ke kampus seperti yang telah ditetapkan dalam panduan pendaftaran. Aku tak mahu berbicara panjang apa yang aku beli nanti ada yang akan mengata aku ''show off''. Nauzubillah, takut nanti ada yang memfitnah aku......malam tu pulak aku memotong rambut di kedai rambut....
Hmmm.....sebelum aku berbicara lebih panjang lagi, jujur aku nak mengatakan aku memang tak pernah berjauhan selama ni. Selama aku 5 tahun sekolah menengah, aku habiskan kesemua zaman persekolahan aku di sekolah harian saja. Paling lama pun masa aku menyertai perkampungan ilmu tahun lepas, itu dua malam saja.....ini dah seminggu, belum lagi seluruh satu semester. Tapi mahu tak mahu, kena biasakan diri jugak sebab lambat laun, kita sendiri-sendiri bah.....kena keluar daripada zon selesa. Mujurlah, aku bukanlah keseorangan dalam hal ni.....
OK, bercakap pasal Minggu Destini Siswa UiTM, aku mula membaca blog-blog sahabat yang pernah melalui pengalaman minggu tersebut. Macam-macam cerita yang mereka luahkan. Nanti masa aku berada di universiti nanti taklah macam nervous sangat, bukanlah bermaksud aku kena tiru bulat-bulat apa yang depa buat tapi jadi sebagai 'panduan' sajalah....
Baiklah, cukuplah aku menulis mukadimah ini...aku mulakan cerita ni...
21 Mei 2017
Hari itu aku pergi terus ke kampus untuk melaporkan diri. Aku dan keluarga aku bermalam di hotel Resort World Kijal (sebelum ini dikenali sebagai Awana Kijal) pada hari sebelumnya. Aku sempat berjumpa dengan Suraiya, kawan sama sekolah dengan aku yang turut mendapat tempat di cawangan Terengganu tetapi di kampus Bukit Besi.
Sementara dalam perjalanan sampai ke kampus Dungun, kami singgah sebentar di Paka untuk beli tali pinggang di kedai tauke. Aku suka tauke kedai tersebut bercakap dalam dialek Terengganu.......
Singgah Paka... |
Selepas itu, kami teruskan perjalanan sampailah ke kampus. Pada masa itu aku dah mula ada perasaan bercampur seronok sebab dapat masuk ke institusi pengajian tinggi tapi berdebar kerana terpaksa berpisah dengan keluarga,....tapi mujurlah ada seorang kenalan abah aku yang menjadi pensyarah di kampus tersebut, nanti aku ceritakannya kemudian...
Masuk ke dalam kampus... |
Ini kolejnya.... |
Aku duduk di kolej Tenggol di bilik 102. Selepas tibanya di blok tersebut, aku keluarkan barang-barang untuk dibawa ke bilik. Sewaktu di dalam bilik, aku berkenalan dengan kawan-kawan baru...iaitu Arman, Ridwan dan Imran. Ketiga-tiga semuanya anak jati Terengganu....jadi cabaran untuk akulah untuk memahami perbualan diorang memandangkan mereka masing-masing menggunakan dialek mereka lepastu aku seorang saja anak Selangor dalam bilik tersebut. Sementara itu pulak, mummy abah aku sedang berbual pulak dengan keluarga roommate.....sambil bantu aku letakkan barang-barang di bilik....
Masuk dalam bilik.... |
Selepas letakkan barang, kami keluar seketika ke Kuala Dungun untuk beli barangan kecik-kecik. Tak ingat pulak apa nama kedai tersebut tapi kat sana beli barang-barang kecil yang diperlukan dalam bilik. Selepas beli-belah, kami makan tengah hari di Marrybrown.....rasa macam banyak pulak nak makan.
Singgoh sekejap beli barang.... |
Selepas itu, kami balik semula ke kampus Dungun untuk kemasan terakhir. Selepas solat, parents aku tolong aku buat final kemasan. Habis sudah, tiba masanya untuk berpisah selepas mengambil masa sekejap berbual. Aku akui memang sebak (tapi tak la sampai menangis) sebab tidak lagi tinggal bersama keluarga sampai aku rasa nak peluk erat-erat tapi apa mau buat....redha saja baii....like I said before, keluar daripada 'comfort zone'...
Shabil swafoto dulu sebelum pergi...... |
Selepas itu, aku kembali masuk ke dalam bilik untuk berehat seketika sebelum kena keluar balik pukul 4.45 petang untuk berkumpul serta membawa dokumen yang perlu dibawa. Aku pergi ke Pusat Hidayah bersama-sama pelajar-pelajar baru yang turut tinggal di kolej Tenggol. Sampainya kami di sana, kami berkumpul di dewan utama solat untuk mendengar taklimat serta pengenalan OC-OC yang akan jaga pelajar-pelajar. Sambil itu jugak aku berkenalan dengan kawan-kawan lain yang berada di sekeliling aku, manalah tau diorang pun sama kursus dengan aku. Selepas itu, kami dikumpulkan ikut kumpulan yang ditetapkan. Aku berada di dalam kumpulan 14.....bersama Ridwan. Tak ingat pulak berapa orang setiap kumpulan.
Berkumpul terlebih dahulu |
Arif dan Izzat......... |
Dapat tali leher dan beg.......patutnya bawak lagi tali leher dari rumah... |
Taklimat tersebut berakhir pada pukul 11.00 malam.......
22 Mei 2017
Patutnya aku bangun pukul 3.50 pagi sebagai standby bersiap awal tapi malangnya bangun pulak terlajak sampai 4.15 pagi....haha...memang kena tunggu la giliran untuk mandi. Sejuk gila masa aku mandi hari tu.....biasalah awal pagi memang gitu...Lepas tu, kami kena kumpul di luar kolej......masa tu memang mengantuk pasal awal bangun....
Dengar kuliah Subuh.... |
Bersama Ridwan... |
Layan kucing nampak... |
Dengan Afiq.... |
Menswafoto dengan Basil dan Herr.... |
Bersama Kamarul dan Ridwan |
Selepas solat subuh, kuliah dan sarapan, aku kena berkumpul di depan masjid bersama-sama dengan pelajar lain untuk pendaftaran akademik. Kami mula bergerak ke Dewan Aspirasi untuk pendaftaran akademik dan penyerahan dokumen kesihatan kepada Unit Kesihatan bagi kampus. Kira-kira pukul 10.00 pagi aku dah selesaikan urusan tersebut tapi ada beberapa benda yang tertinggal.
Semasa sesi pendaftaran akademik, semua sudah lengkap tapi pegawai yang bertugas itu mahukan surat kelahiran abah (yang mummy punya sudah ada)....secara fotostat pun takpe..Tu pasal kena selesaikan masa balik nanti. Masa di unit kesihatan pulak, aku terlupa nak bawak surat kebenaran bius serta surat pengesahan x-ray. Nasib baiklah juga boleh selesaikan masa cuti nanti.....lepas itu, kami pergi pulak ke bilik pejabat untuk sesi mengambil gambar untuk membuat kad pelajar (yang memang wajib kena ada dalam kampus). Tapi sebelum masuk ke bilik tu, memang kena tunggu lama sampai lebih 2 jam sebab kena selesaikan ikut kumpulan...sambil itu jugak sembang-sembang dengan kawan termasuk dengan OC kumpulan kami....sesi suai kenal 'olok-olok'...hehe...
Berkumpul dulu...... |
Dah macam masuk kelas pulak.... |
Semasa pendaftaran... |
Lepas masuk ke dalam pejabat tu, kami sekali lagi perlu menunggu tapi alhamdulillah, tak lama pun tunggu. Sementara nak menunggu tu, apa lagi, sembang lu dulu....... Selepas itu, tiba giliran aku untuk diambil gambar untuk kad pelajar. Sekejap je, tak lama lepas tu dapat terus kad pelajar....maknanya aku sudah jadi pelajar UiTM secara rasminya.....Selesai urusan tersebut, kami tunggu di luar sekali lagi untuk menunggu ahli kumpulan 14 yang lain untuk selesaikan urusan masing-masing. Kami selepas itu terus ke Pusat Hidayah pada pukul 12.00 tengah hari untuk makan tengah hari....
Menunggu giliran diambil gambar untuk kad pelajar... |
Memandangkan waktu Zohor masih lama lagi, aku lelap sekejap sementara menunggu masuk waktu Zohor. Habis saja solat Zohor, kami berkumpul mengikut kumpulan masing-masing dan membuat bulatan. Aku ada la sikit-sikit bertanya kepada OC....kengkadang yang lain pulak sibuk main phone..hahaha!!!
Alkisah sebelum zohor.....ada gak yang tido... |
Abang OC menyampaikan sedikit taklimat... |
Duduk dalam bulatan....amende la yang disembangnya... |
Lepas sudah solat Asar, kami pergi ke Dewan Aspirasi sekali lagi untuk sesi taklimat oleh Unit Kesihatan dan Kebajikan pelajar. Dalam taklimat tersebut ada menerangkan tentang beberapa perkhidmatan kesihatan dan kebajikan yang disediakan di dalam kampus sepanjang pengajian. In case kalau ada kemalangan, sakit atau sebagainya, boleh la jumpa di unit kesihatan yang bertempat di sebelah Pusat Hidayah saja. Begitu jugak dengan unit kebajikan.......
Pada waktu selepas waktu Isyak pulak, ada pulak sesi ceramah UiTM di Hatiku serta taklimat UKP...antara yang diterangkan ialah sepintas lalu sejarah UiTM yang bermula sebagai Pusat Latihan RIDA pada tahun 1956, misi dan visi UiTM dan sebagainya...
Ceramah ni jugak menerangkan tentang apa mende 3 komponen sepanjang dalam pengajian. Komponen pertama mengandungi program seperti UiTM DiHatiku, Tanahairku dan Akhlak dan Keperibadian. Semuanya akan dibuat dalam MDS ni......Komponen 2 pulak ada tiga modul iaitu Modul Survival Bangsa, Modul Kepimpinan Profesional dan Modul Kepimpinan Ikon.....Komponen 3 tiga pulak ada Modul Kerjaya dan kali ini sebagai persiapan untuk alam pekerjaan. Komponen ini dilaksanankan pada tahun akhir pengajian...
Ameer dan aku sama-sama asal Lembah Klang...... |
Taklimat UiTM DiHatiku... |
Setakat ini sahaja artikel pada hari ini, Insya-Allah akan bersambung........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan