Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua para pembaca,
Dua bulan lepas, aku ada post pasal hari pertama dan kedua aku dan keluarga aku di Shanghai di mana kami bersiar sekitar Nanjing East Road. Lama aku dah tak kemaskini blog sebab sekarang agak sibuk sikit dengan test, assignment lagi di kolej. Ok, hari ini aku nak sambung coretan aku pergi ke Shanghai Museum dan sekitar People's Square. Well seriously, mana-mana mana kalau nak bercuti ke apa ke, perkara paling 'wajib' lawati ialah pergi ke muzium.
1.30 petang, lepas zohor baru la nak keluar hotel. Ni tak tau la pasal bangun lambat ke ape ke... Bimbang nanti keluar lambat nanti muzium tutup sebelum masuk lagi. Tu pasal kena bergegas keluar. Nasib baik la People's Square ni kalau naik kereta api memang cepat la jawabnya. Pergi ke arah selatan terus. Setibanya kami di People's Station, kami pergi terus ke Shanghai Museum terus. Sebelum itu, kami jalan-jalan sekitar People's Park.
Tunggu kat stesen...cam tak ramai je |
Tak silap aku ni Shanghai Urban Development Museum |
Banyoknye kucing...meow.. |
Inilah Shanghai Museum |
Panjangnye beratur... |
Sebelum nak masuk muzium , kami pergi dulu ke pintu masuk yang menghala ke taman tapi rupa-rupanya ni pintu keluar. Mmm...kena pulak jalan jauh ke pintu masuk yang menghadap depan jejambat jalan. Sekali macam spoil kan? Ok, problem seterusnya ialah kena beratur panjang pulak....aihh. Ramai gak yang datang (barangkali pasal cuti tahun baru Cina). Kena la berdiri beratur (pasal nak check security) sampai la pintu masuk..nasib baik ada aplikasi game sementara tunggu.
Settle check security, kami terus pergi ke tingkat atas sekali untuk tengok pameran pertama iaitu mengenai kebudayaan etnik-etnik di China. Hang pa jangan dok ingat hat China ni ada oghang Cina saja naa (hok tu pun banyak jugok sub etnik seperti Kantonis, Hakka, Mandarin dan lain-lain), ada jugak etnik minoriti seperti Tibet, Uyghur, Mongol dan banyak lagi etnik-etnik minoriti yang lain. Ok, kat sana ni, ada dipamerkan pakaian-pakaian khusus untuk etnik minoriti. Ada yang dikumpulkan lama dah dulu sebelum dihantar ke muzium.
Seterusnya, kami pergi pulak ke pameran mengenai arca-arca kecil ketika zaman dulu...yang ni aku tak ingat sangat apa yang dipamerkan. Mungkin gambar-gambar ni boleh sedikit membantu. Dalam bilik ni agak gelap sikit sebab nak bagi aura tengok arca-arca yang dipamerkan.
Selepas itu, kami pergi pulak ke bahagian pameran perabot-perabot pada zaman China menjadi monarki terutamanya ketika zaman dinasti Ming. Dia punya rekaan memang cukup teliti dan aku rasa la diorang buat camni barangkali ada falsafahnya yang tersendiri. Aku cuma 'malas' sikit nak tengok dengan teliti dan cuma tengok-tengokkan perabot yang dipamerkan saja.
Selepas itu, pergi pulak ke pameran matawang. Ni aku rasa penting jugak sebab ni pameran matawang China sejak zaman purba, ke era Republik China sampailah sekarang. Matawang zaman kerajaan Islam pun ada dipamerkan jugak. Selepas itu, kami pergi pulak ke pameran lukisan zaman dulu-dulu. Depa punya lukisan memang lain daripada hat lukisan yang lain. Siap ada bubuh tulisan lagi, yang aku rasa menceritakan apa ada dalam gambar tu, tapi aku tak paham pun bahasa mandarin (kali terakhir penah belajar masa time aku sekolah tadika kat CEC Seksyen 8 dulu, tu pun sikit je).
Lepas tu pergi pulak ke pameran cop mohor. Ni pun lain daripada yang lain sebab, dalam cop mohor tu melambangkan autoriti pemerintah China pada zaman dulu-dulu.
Banyak jugak la pameran-pameran lain yang ditawarkan di dalam muzium tu seperti pameran patung-patung, patung keagamaaan dan begitu jugak dengan pameran tulisan. Sebenarnya banyak jugak bilik pameran yang kitaorang kunjungi. Cuma bila lama dah tak update coretan ni boleh jadi tak ingat pulak. Jadi kalau korang cuti-cuti di Shanghai, aku sangat recommend tempat ni untuk korang kunjngi.
Proses penghasilan matawang.. |
Tudiaa...zaman kerajaan Islam |
banyaknya lukisan.. |
Patung-patung kuda ngan unta kat situ.. |
Ini macam gendang Dongson ke ni... |
Alhamdulillah, selesai jugak jalan-jalan dalam muzium Shanghai ni. Actually, ni bukanlah muzium sejarah Shanghai ni sebenarnya tapi lebih kepada sejarah umum China. Kalau nak tengok sejarah Shanghai betul, pergilah ke muzium-muzium lain (yang aku akan cerita nanti). Kami kemudian keluar tapi malangnya masa tu DAH HUJAN OII! Nasib baik pakai jaket tebal, boleh tahan la waterproof tu sikit.
Kami mulanya berjalan-jalan nak cari sikit makanan halal. Pusing punya pusing nak cari restoran halal kemudian adala beli makanan sikit. Last-last lepak makan jugak dekat Starbucks di sebuah pusat membeli-belah. Lepas lepak akhirnya kami baliklah semula ke hotel. Berakhir sudah hari ketiga kami di Shanghai
Insya Allah, bersambung lagi yaaa...
Insya Allah, bersambung lagi yaaa...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan