Tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca walaupun sudah pertengahna Syawal. Hari ini aku nak tulis sikit coretan aku pergi ke rumah Miss Zuhaila. Bukan sekali aku pergi ke rumah beliau, kali pertama aku datang pada akhir tahun lepas...aku ingat lagi siap tengok AFF Suzuki 2018 Malaysia lawan Vietnam hari tu.
Sebelum habis cuti raya tu ada jemputan nak pergi beraya di rumah tersebut melalui media sosial tu dan akan diadakan pada 20 Jun......dan ia dalam cuti study week. Biasanya kalau study week semua pakat balik la tapi aku balik semula ke kampus hari Ahad sebelum Study week bermula sebab...aku ada MUET untuk speaking. Jadi senangla sikit.
Pada petang 20 Jun, aku mula siap pakai baju biasa-biasa je sebelum pergi ke rumah Miss. Tapi bila sampai ke bilik member kat bawah, aku tengok Iman pakai baju Melayu pulak dah. Jadi aku terpaksa pinjam pakai baju roommate...sebab KALI INI AKU TAK BAWAK PULAK BAJU MELAYU DARI RUMAH! Pukul 6.15 lebih baru la aku pergi ke rumah Miss.
Selepas sampai je ke rumah miss, aku, Iman, Ikhmal dengan Luke kena kemas ruang tamu rumah miss sebab ni pasal ramai orang nak datang...termasuk lebih 20 orang lagi. Kemas kerusi meja la itu dan ini. Tapi kejap je settle. By the time we completed to rearrange the furnitures, geng-geng perempuan pun dah sampai dah. Madam (aunty) Nazlin pun dah sampai dah..
Sesama member... |
Menghampiri waktu maghrib, kami sempat lagi bergambar-gambar kenangan sebelum masuk rumah miss sebab ada yang berpuasa sunat pada hari tersebut. Nak kena berbuka pulak pada masa tu. Kami solat maghrib berjemaah dan bacaan Yassin sebelum menanti Isyak.
Habis upacara tu, lecturer2 tu tanya la apa perasaan bila dan bersemester menyertai Enactus. Aku mula menyertai Enactus sejak aku semester 1 lagi.
Mmm...dapnye.. |
Agak lama jugak duduk kat rumah miss sampai hampir pukul 11.00 malam dah. Aku, Iman dan geng-geng balik semula ke kolej pakai naik van kunyit.
Sekian saja catatan aku kali ini dan sekali lagi Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Wassalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan