Rabu, 17 Julai 2019

TRAVELOG KUALA TERENGGANU 2018 (FINALE)

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca,

Terlebih dahulu aku memohon maaf sangat pasal sekali lagi aku tak mengemaskini blog aku. Sebab sehingga hari yang aku menulis, aku sibuk dengan peperiksaan akhir semester (bukan akhir tahun ye). Baru habis Selasa lepas dan terus balik ke Shah Alam. Cuti semester ni ada la waktu terluang untuk menulis coretan di dalam blog aku. Travelog Shanghai pun tak selesai lagi. Anyway, kali ini aku habiskan coretan aku di Kuala Terengganu pada akhir tahun lepas. Kalau ada yang tak baca bahagian pertama ni, bolehlah tekan di sini untuk bahagian pertama ke Kuala Terengganu.

Ni acara berbasikal apa ni...hehe

Pada 31 Disember 2018, kami sekeluarga kena keluar hotel Bank Negara sebelum tengah hari. Hari itu jugak aku kena pulang semula ke kolej untuk peperiksaan akhir semester 3 pada masa itu. Tetapi sebelum itu, kita jalan-jalan sikit dulu sebelum balik ke Dungun. Pukul 10.30 pagi, aku ikut abah mummy, adik-adik, Pak usu dan Alatok ke pusat bandar Kuala Terengganu. Kali ni pergi ke Pasar Payang yang memang femes di Kuala Terengganu. Sebelum keluar tu dah kemas siap-siap sebab balik hotel saja terus check out.

Ketika aku menulis coretan ini, Pasar Payang yang asal akan digantikan dengan Pasar Payang yang lebih luas dan moden dan ada bangunan sementara di sebelah bangunan asal. Yang asal tu ditutup 1 Julai lepas dan semua gerai akan ke bangunan sementara dulu sementara Pasar Payang yang baru dibina (dengan seni bina Terengganu).
Ni la Pasar Payang yang aku pergi (kredit: Amazing Terengganu)

...dan inilah Pasar Payang versi baru (kredit: OhMyTranung)




Ni antara sebab kenapa Pasar Payang femes...


Sebenarnya ini adalah kali pertama aku masuk ke Pasar Payang. Percutian aku ke Kuala Terengganu selama ni tak pernah pergi pun ke sana. Kalau ikutkan kunjungan ke Kuala Terengganu tak lengkap tanpa singgah di Pasar Payang. Kami sampai di sana pukul 11.00 pagi. Seingat aku, kami beli jugak makanan siap dan beku seperti keropok. Ni semua nanti bawak balik KL nanti. Pada masa yang sama jugak ada beli cenderamata kat gerai berdekatan. Kami jugak jalan-jalan jugak di tingkat atas yang menjual pakaian seperti songket, just only walk through.
Depannya ialah Masjid Abidin..

Istana Maziah

Dataran Shahbandar

Ni drawbridge..time aku tulis coretan ni..dah siap dah pun.



Sebahagian pandangan Pantai Batu Buruk..

Gerbang TNB yang disertakan dengan motif Songket Terengganu.

Sempat tangkap gambar Masjid Terapung..pernah solat kat sini dulu.

Lalu Marang..

Sebelum kembali semula ke hotel di Pantai Batu Buruk, aku pergi kejap ke kedai untuk beli sabun cuci untuk kat kolej di Jalan Kota, Kuala Terengganu. Terus balik ke hotel saja check out. Pukul 12.00 tengah hari lebih, terus keluar dan terus ke Dungun. Tapi kami tak pakai LPT 2 tapi pakai jalan persisir pantai Persekutuan 3 yang lalu sekali Marang. Petang sampai dah kolej, cuma barai sikit sebab Tahun Baru 2019 aku kat kolej je...haha, gurau je...

Sekian saja coretan aku pada hari ini. Ada lagi penulisan aku pada akan datang, okay! Wassalam....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan