Selasa, 23 Julai 2019

TRAVELOG SHANGHAI PART 3 (4 Februari 2019: Shanghai Disneyland)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Seperti mana yang korang tahu, aku agak lama tak mengemaskini travelog aku ke Shanghai, Februari lalu. Boleh tekan tag China yang tertera dekat tag. Untuk hari-hari sebelumnya, aku dan keluarga aku baru secara ringkasnya baru bersiar siar di pusat bandar Shanghai. Kali ini, kami pergi pula ke Disneyland Shanghai dekat belah Pudong.

Ini merupakan Disneyland yang keempat yang aku pergi selepas Hong Kong (2012), Tokyo (2013) dan Paris (2014). Jadi ini yang paling terkini dan Disneyland ni baru lagi sebab baru je bukak beberapa tahun lalu.

Pukul 8.50 pagi pada 4 Februari 2019, kami mula keluar dari hotel untuk naik tren ke Disneyland. Bermula dari Shanghai Railway Station melalui Line 1 lalu turun di Xujiahui dan tukar ke Line 11 sehingga ke Disney Resort yang merupakan stesen terminal timur. Senang kata, kami tukar  Kami sampai ke taman tema tu kira-kira pukul 9.51 pagi lebih. Kena keluar awal kalau tak tak sempat la kami nak enjoy mana-mana attraction yang ada kat situ, nak jalan kena ambil masa pulak.
Aman stesen pagi itu...

Tukar stesen jauh sikit...




Hampir nak sampai Disneyland


Panjang pulok beraturnya

Menara jam...ni memang wajib ada 





Nampaknya sedang ada persiapan untuk Tahun Baru Cina..



Pukul 10.30 pagi, kami dah beli tiket dan mula masuk Disneyland. Tapi kali ini sebelum itu, kena beratur agak panjang, tak ada beza dengan Disneyland lain cuma dia tak la lama sangat. Seperti biasa, kami lalu-lalu dulu di Main Street USA yang wajib ada di semua Disneyland. Kat situ mesti ada jual-jual cenderamata yang biasanya akan dibeli oleh pengunjung sebelum balik. Pada kesempatan itulah kami bergambar di depan The Enchanted Storybook Castle tapi tak de la kat depan-depan sangat sebab kami ambil dekat Gardens of Imagination.

Kalau sebelum ini kami pergi ke attraction yang berkaitan dengan 'adventure' atau berkaitan dengan hutan, kali ini kami pergi ke Tomorrowland dulu. Ni aku nak bagitau, kalau kami dalam taman tema, kami akan mulakan dengan belah kiri.Mana-mana taman tema la termasuk Legoland Malaysia.

Tapi pasai pa pi Tommorowland dulu?? Sebab tetiba Tommorowland kat belah kiri pulak. Selalunya kalau Disneyland lain, dia mesti belah kanan sekali dan kalau kami,dia mesti last sekali kalau berkunjung di Disneyland sebelum menyaksikan persembahan penutup. Aku dalam hati kecil tertanya-tanya, apahal Tommorowland mula kat kiri sekali?! Itu terpulang pada kebijaksanaan pihak pengurusan la..

Salah satu tarikan utama di dalam Tommorowland bagi Shanghai ialah Tron Lightcycle Power Run. Ni ialah rollercoaster tapi, tak seperti rollercoaster biasa, dia kena bonceng (serupa naik motosikal la) pulak macam dalam cerita Tron. Maaf nak cakap, aku 'toksir' tak naik sangat yang rollercoaster berskala besar..sebab aku tak berapa tahan pening. Kalau berskala kecil tak apa la. Jadi aku tak naik masa tu, tapi Shadiq pulak yang naik. Mmm...beraninya. 


Memasuki Tomorrowland





Kereta kecik camni pun ada...

Hok ning la Tron Lightcycle Power Run yang ambe kabo...


Sementara nak menunggu Shadiq habiskan dia punya ride, kami duduk la sekejap kat tempat makan tapi tak makan pun...aku pulak sibuk nak mencari coverage WiFi pulok...Lama gila duduk menunggu, kami pun berjalan ke sana sini, termasuk mencuba masuk Tron Realm. Ni tak de ride sangat ye. Salah satu aku cuba ialah memandai mereka cipta dan pakat mewarna moto Tron ikut kepalo sondiri. 

Akhir sekali kami pergi ke kedai Power Supplies yang jual macam-macam merchandise berkaitan Tommorowland. Mungkin inilah tempat keluar untuk ride Tron Lightcycle Power Run, sebab kami punya mencari-cari kat mana la tempat keluar bagi ride tu sampai ke peringkat pergi kebawah tapi tak jumpa. Last sekali betul pun dekat Power Supplies bila Shadiq keluar melalui kedai tu. 

Menghampiri waktu tengah hari waktu tempatan (kalau boleh aku tak yah sebut waktu tempatan sebab waktu China sama je ngan Malaysia), kami mula beredar pergi ke attraction lain. Kami mula masuk ke Toy Storyland. Sekali tengok attraction dia tak ada beza sewaktu kami ke Hong Kong Disneyland. Kali ini kami langsung tak naik pun mana-mana ride dalam bahagian tu.  Sekadar sekali lalu je.
Memasuki Toy Story land


Banyak ride...tapi kami tak naik apa pun..


Ada maskot Woody ngan Jessie..



Mungkin pada perspektif kami, dia macam lebih pada budak-budak sikit. Ye la, berkaitan dengan toys kan. Mmm..then kami pergi ke Al's Toy Barn yang menjual merchandise berkaitan dengan Toy Story tapi kami tak beli apa-apa pun. Sekadar tengok-tengok barang dan kami pun blah terus ke attraction lain. 

12.30 tengah hari, kami masuk pula di Fantasyland, yang dekat Disneyland lain mesti dekat belah belakang castle mende alah tu (lain Disneyland,lain pulok nama castle tu). Pada awalnya kami cari mana-mana ride dalam bahagian tu yang boleh naik seperti Peter Pan Flight, tapi ramai la pulok doh! Kan le ning tengoh cuti Tahun Baru Cina, confirm la ramai kalu naik mana-mana ride. 

Sekali sekala ada la kami beli makanan yang agak ringan-ringan sikit dan pergi la duduk sekejap dekat Troubadour Treats. Kami makan la kejap apa yang ada kami bawak sambil lepak berehat sebab penat sebelum sambung berjalan ke attraction lain.






Selang pukul 1.30 petang, kami masuk ke bahagian Treasure Cove. Dekat situ la ada ride-ride berkaitan pirates. One of the franchise most popular is Pirates of the Caribbean. Ni pun ada la naik ride sekali ni yang dinamakan sebagai Pirates of The Caribbean Battle for the Sunken Treasure..pada awalnya macam alaaa sap-sap sui je, tapi bila sekali naik ni...alamak dah macam nak hampir-hampir macam rollercoaster pulak. Aku tak ingat lak camne dia..tapi boleh pening sikit.







Harta karun mana lak ni...


Ni la ride yang bikin aku pening sikit...
Habis ride mende alah tu, kami pergi pulak ke Teater Fandago. Aku tak tau la apa benda ntah Fandago tu. Tapi overall ia lebih kepada cerita kepada suasana lanun dan cerita tentang selamatkan orang. Yang lain aku tak berapa ingat jalan ceritanya macam mana, tambahan pulak tak faham bahasa Mandarin (hampir keseluruhan persembahan ni). Sebelum kami masuk tu, kami tengok la kejap pra persembahan kat luar pintu masuk auditorium tu...macam macam la.

Lepas persembahan tu, kami keluar tengok-tengok merchandise yang ada la..Aku paling ingat masa aku tengah acah-acah test keluarkan pedang dan buat lakon macam dalam perbarisan istiadat, tetiba ada sorang budak pandang aku...aku pun terkejut bakpe dia pandang aku. Aku pun mula jalan lalu je...letak balik barang, kang cakap ambe dok paham sutir pun Mandarin (perhaps dia orang tempatan).









Keluar daripada teater tu, kami pergi solat jamak kat tempat yang tersembunyi sikit kat belah-belah tepi bangunan yang ada taman yang buat jadi cover sikit. Kami ada la bawak air yang diisi dalam botol plastik tu untuk buat air wuduk. Nasib baik masa tu tak la sejuk sangat.

Settle solat, kami berjalan-jalan mula masuk ke Adventure Isle tu. Salah satu ride yang kami naik ialah Roaring Rapids. SATU LAGI 'PROJEK' BASAHKAN BAJU! Pasal apa, dah la tak bawak ataupun beli baju plastik yang khas untuk basah. Aku rasa macam, alamak bertabahlah macam ni dan lagi parok bila aku tengok sekeliling yang pengujung lain semua pakat pakai baju basah.






Semua dok pakai jaket basah....





Agak lama jugak nak tunggu barisan ni untuk masuk. Sampai ke giliran kami berlima, kami pun naik la ride tu. Lebih kurang sama dengan ride-ride yang sebelum ni yang aku tak ingat, dia ada berpusing-pusing sikit dan paling best, dia ada babak turun daripada tempat tinggi, aku mula la rasa gayat dan aku jerit la! Dalam ride tu, aku cuba elak kena basah, nasib baik alhamdulillah walaupun ada la sikit terkena air.

Selepas dengan ride basah tu, kami patah balik ke Fantasyland kalau-kalau ada ride lagi nak naik. Masa tu dah hampir senja iaitu hampir pukul 6 petang masa tu. Aku pulak dah cukupla ride-ride ni....tapi yang adik-adik aku pulak naik Seven Drawfs Mine Train. Aku pula duduk la dekat belah Merlin's Magic Recipe dengan Mummy sementara tunggu adik-adik aku habiskan ride tu. 

Pukul 6.15 petang, kami mula bergerak ke arah Gardens of Imagination dan ke depan lagi untuk tengok montaj dan persembahan daripada pelbagai karekter Disney. Antaranya seperti Mulan (WAJIB ada sebab ni negara asal karakter tu), Pocahontas, Frozen, Rapunzel dan lain-lain. Cuma paling tak bestnya, RAMAI NAK MAM.....arghh. Nak rakam video pulak macam tak selesa sebab dikerumuni ramai orang pastu aku takut hilang akibat terpisah dengan member-member family yang lain dan lenguh pulak tangan nak merakam tu...Ia diakhiri dengan pertunjukan bunga api



Pertunjukan tu akhirnya habis pukul 7.00 malam. Semua ramai-ramai mula keluar daripada Disneyland. Sementara tengah orang ramai berpusu-pusu keluar, kami singgah la kejap di Avenue M Arcade untuk tengok kalau-kalau ada nak beli apa-apa ke kan...dekat situ la banyak merchandise Disney yang duk jual. Masa ni aku dah mula sikit-sikit penat sebab dah semalaman kat Disneyland sampai aku mula nak duduk-duduk kat mana yang kosong.

Kami mula bergambar sikit sebelum kami keluar dari Disneyland. Seterusnya, kami pergi pula ke Disneytown. Antara kedai yang kami pi ialah World of Disney Store dan kat situ berlambak barangan Disney duk jual kat situ. Pusing-pusing keliling dan ada la beli sebahagian barang-barang tu sebagai cenderamata. T shirt pun ada.
Kedai merchandise..

World of Disney Store





Cantik gok stesen ni...

Jam 8.00 malam, habislah sudah kunjungan kami ke Shanghai Disneyland. Kami pergi balik ke stesen untuk balik semula ke hotel. Dalam pada itu, aku ada la sikit terkilan sebab sikit ride ataupun attraction lain yang pergi, tapi apa nak buat, kami tak ada la banyak masa kat sana..ye. Mungkin banyak lagi attraction lain yang boleh pergi kalau ada rezeki ke Shanghai lagi. Ok, setakat itu sahaja catatan aku pada hari ini...korang komen la apa-apa berkaitan dengan Shanghai Disneyland pada siapa-siapa yang dah pergi.

Wassalam...jumpa lagi.

(Ps: Buat masa ni aku tak dapat masukkan apa-apa video dulu...aku akan letak pada masa lain. Boleh buka album berkenaan Shanghai dalam laman FB aku)

1 ulasan:

  1. Borgata Hotel Casino & Spa Launches First Tribal - KTNV
    Borgata Hotel 시흥 출장마사지 Casino & Spa has launched its first 밀양 출장샵 tribal casino in New Jersey, The Borgata Hotel Casino 의왕 출장마사지 & Spa, an 광양 출장마사지 eight-story, 통영 출장마사지

    BalasPadam