Jumaat, 20 November 2020

Jalan-jalan Taiwan :PART AKHIR

 Assalamualaikum geng,

Hari ni aku nak sambung part last aku untuk cuti-cuti di Taiwan ni. Hari itu ialah 24 Januari lepas.

Pagi itu dalam pukul 11.00 pagi sebelum nak keluar tu, kami pergi makan pagi sikit kat Starbucks paling kurang pun dengan croissant dan roti. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak isi perut  sebelum keluar meninggalkan Taiwan.



Starbucks dulu...


Tunggu tren sampai


Ada tapak arkeologi dalam stesen ni....








Dalam tengah dalam perjalanan naik ke stesen, lepas turun kat Beimen Station, sempat lagilah bergambar kat tempat-tempat bersejarah dalam bangunan stesen Taipei. Aku ulang balik, DALAM BANGUNAN KOMPLEKS STESEN BAWAH TANAH OI! Siap ada tapak arkeologi pulak tu, lupa lak apa nama dia masa aku tengah tulis ni.

Jalan-jalan kejap dalam Taipei City Mall.

Selesai dah hantar beg dari stesen (rather than sampai stesen baru nak hantar), kami pergilah jap jalan-jalan dalam satu pusat beli-belah iaitu Taipei City Mall yang bersebelahan dengan kawasan stesen. Time ni jugak kitaorang beli barang sebelum kami pergi ke stesen. 

Berkabus woi...

Pukul 3 petang lebih, kami barulah naik kereta api pergi ke airport Taipei, tapi kali ni naik yang express version yang tak perlu stop tiap-tiap stesen masa kami sampai dulu. Senang, cepat sikit sampai. Dah check in beg, makan2 kejap dalam satu kedai, aku pun dah lupa mana ntah....

Dah nak masuk malam, barulah kami naik kapal terbang AirAsia..




Au revoir Taiwan


In flight makanan..


Sampei kolumpo...


Sampai kat KLIA 2, lepas dah check imigresen semua, aku tetiba tengok ramai ramai yang sangkut kat aisle lain, eh pasai apa ek? Sampai aku tengah menulis sekarang, aku tak pasti diorang kena check apa. Tapi masa ni ada kes virus dekat China iaitu Novel Coronavirus. Masa ni belum lagi digelar COVID-19 lagi ni macam sekarang yang aku tengah dok tulis ni. 

Tapi aku tak nak fikir apa-apa, yang penting alhamdulillah selamat balik. Then pegi terus ambil beg.

Sekian tamat coretan aku di Taiwan Januari & Februari 2020, wassalam. Kalau nak baca coretan-coretan aku yang lain di Taiwan boleh tekan mana-mana di bawah.

HARI PERTAMA - Jalan-jalan

HARI KE-2 - Leofoo Theme Park

HARI KE-3 - Taipei 101

HARI KE-4 - Yehliu, Shifen dan Jiufen

HARI KE-5 - Memorial dan beli-belah


Rabu, 9 September 2020

Jalan-jalan Taiwan :PART 5 (MEMORIAL, BELI-BELAH)

Assalamualaikum geng, hari ini aku nak sambung citer aku kat Taiwan yang dah masuk part 5. Kalau nak usya-usya aku punya post-post sebelum ni, korang boleh tekan label Taiwan. Ni adalah coretan masa 23 Januari 2020 lalu.

23 JANUARI 2020
MEMORIAL SUN YAT SEN

Lalu kejap salah satu sekolah


Antara tempat yang paling penting jugak dalam Taipei ni, tempat untuk memperingati bapa Republik China iaitu Sun-Yat Sen. Tapi aku nak ingatkan korang, ini bukan makam ya sebab tempat persemadian dekat tanah besar China sana nun. Kami keluar masa petang sikit, right after lepas solat.

Macam mana nak pergi sana pakai pengangkutan awam? Okay, hotel aku dekat belah stesen Ximen, so nak pergi sama, pakai stesen Ximen, pakai line biru (Bannan Line) pergi hala Taipei Nangang Convention Center. 5 stesen kena langkah sebelum pergi ke sana.

Sampai kat sana, masuk je, free je. Seperti dekat Memorial Chiang Kai Shek, ada acara pertukaran pengawal di hadapan patung Sun Yat Sen setiap jam. Lepas tengok pertukaran pengawal, aku dan pengawal aku pergi pulak ke tempat some sort of biodata berkenaan tokoh besar China dan Taiwan ni. Ni pun tengok-tengok Tanah Melayu ada kaitan dengan Sun Yat Sen, particularly Pulau Pinang.











Ni yang sebelum kami keluar ye...










Tak paham satu pun...apa kena mengena dengan Malaysia ek?

ooooo...hat Pulau Pinang nuu....






















Mai mana duit asing ni termasuk RM?








Selain daripada itu, kat sini lah aku tau apa itu Three Principles of the People yang digagaskan oleh beliau dan diamalkan prinsip tu sampailah sekarang. Dalam kepala otak aku, sayang tak dapat dilaksanakan sepenuhnya dekat Tanah Besar China, maybe pasal terpaksa kena hadap pulak dengan warlord-warlord zaman tu, belum lagi dengan komunis China lagi yang masa tu level beshe2 je.

Aku kemudiannya pergi naik atas, kat situ ada pameran gambar-gambar berkaitan dengan Sun Yat Sen. Masa zaman-zaman beliau tengah memimpin tanah besar China. Kat situ jugak ada pameran-pameran lain tapi aku tak berapa pergi sangat ruang-ruang tu sebab ada tempat lain nak kena pergi.

Settle memorial, kami pergi tempat makan kat hujung tepi memorial kat belah Guangfu South Road, nama kafe itu ialah Bigtom

Makan pizza..



WUFENPU SHOPPING DISTRICT

Selesai mengisi perut, kami pergi terus ke Wufenpu Shopping District. Menggunakan Bannan Line, kami pergi lagi ke timur ke stesen Houshanpi dari stesen Memorial Sun-Yat Sen. Sebanyak tiga stesen ke timur kena lalu. 

Dekat situ memang femes dengan jualan barang-barang pakaian hingga sesempit lorong. Kadang-kadang macam sebijik dengan pasar bundle gitu, tapi ada jugak brand-brand yang femes gitu. Selama dua jam lebih jugak kami berada di situ. Kami selepas itu pergi ke Songshan stesen.
















BERJALAN JAUH TAMAN DA'AN PARK

Destinasi seterusnya ialah Da'an Park. Rasanya dari awal lagi tempat ni sembang antara family aku, tapi untuk apa. Rupanya nak pergi sana sebab nak pergi kat salah satu kedai halal. Dari Songshan Station, tukar kepada Wenhu Line dekat Nanjing Fuxing station, kemudian dua stesen lagi pi ke Da'an, tukor pulak ke line merah ke Da'an Park.
Berjalan sikit dalam taman..





Cuma yang tak bestnya (tapi best jugak..hehe), keluar dari stesen Da'an Park, kena pulak jalan jauh masuk dalam taman tu, dah la besar woi taman dia, dalam malam pulak tu, tapi kita jalan saja la. Sampailah jugak kitaorang ke Taipei Grand Mosque kat Xinsheng South Road tapi kitaorang tak masuk situ, just bergambar je.

Then kami pergilah ke satu kedai halal yang Indonesia, tapi dah nak tutup. So kitaorang decide untuk balik tapi masalahnya Da'an Park jauh lagi. Jadi apa lagi, langgor je le berjalan jauh sejauh 1.5 kilometer paling kurang di tepi2 jalan instead of masuk dalam taman tu balik. Nasib baik time ni sejuk sikit, kalau time panas, berpeluh kitorang balik hotel ni.

Kami pun then balik ke Ximen, dan macam biasa, beli makan kat kedai shwarma tu. 

Bersambung, part paling last. Sebelum aku habiskan coretan ni...boleh tengok acara tukar kawalan dekat Memorial Sun Yat Sen.