Assalamualaikum geng,
Hari ni aku nak sambung part last aku untuk cuti-cuti di Taiwan ni. Hari itu ialah 24 Januari lepas.
Pagi itu dalam pukul 11.00 pagi sebelum nak keluar tu, kami pergi makan pagi sikit kat Starbucks paling kurang pun dengan croissant dan roti. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak isi perut sebelum keluar meninggalkan Taiwan.
Starbucks dulu... |
Tunggu tren sampai |
Ada tapak arkeologi dalam stesen ni.... |
Dalam tengah dalam perjalanan naik ke stesen, lepas turun kat Beimen Station, sempat lagilah bergambar kat tempat-tempat bersejarah dalam bangunan stesen Taipei. Aku ulang balik, DALAM BANGUNAN KOMPLEKS STESEN BAWAH TANAH OI! Siap ada tapak arkeologi pulak tu, lupa lak apa nama dia masa aku tengah tulis ni.
Jalan-jalan kejap dalam Taipei City Mall. |
Selesai dah hantar beg dari stesen (rather than sampai stesen baru nak hantar), kami pergilah jap jalan-jalan dalam satu pusat beli-belah iaitu Taipei City Mall yang bersebelahan dengan kawasan stesen. Time ni jugak kitaorang beli barang sebelum kami pergi ke stesen.
Berkabus woi... |
Pukul 3 petang lebih, kami barulah naik kereta api pergi ke airport Taipei, tapi kali ni naik yang express version yang tak perlu stop tiap-tiap stesen masa kami sampai dulu. Senang, cepat sikit sampai. Dah check in beg, makan2 kejap dalam satu kedai, aku pun dah lupa mana ntah....
Dah nak masuk malam, barulah kami naik kapal terbang AirAsia..
Au revoir Taiwan |
In flight makanan.. |
Sampei kolumpo... |
Tapi aku tak nak fikir apa-apa, yang penting alhamdulillah selamat balik. Then pegi terus ambil beg.
Sekian tamat coretan aku di Taiwan Januari & Februari 2020, wassalam. Kalau nak baca coretan-coretan aku yang lain di Taiwan boleh tekan mana-mana di bawah.
HARI KE-4 - Yehliu, Shifen dan Jiufen
HARI KE-5 - Memorial dan beli-belah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan