Selasa, 22 Disember 2015

Cuti ke Jerman/ Holiday to Germany (JALAN KE DRESDEN: 1 Disember 2015)

1 Disember 2015
Sedar tak sedar dah masuk hujung tahun 2015. Hari itu jugak, kitaorang kena bertolak ke Dresden, Saxony. Pagi itu kena kemas barang. Selepas selesai kemas barang dan sarapan, barulah kitaorang keluar. Awalnya sebelum itu kena singgah beberapa tempat di Berlin tetapi pasal takut jem, kitaorang keluar teruslah.

Sebelum bertolak keluar, kitaorang makan di kedai kebab depan hotel kitaorang je. Layan makan ayam dan kentang goreng. Selepas itu, kitaorang mulakan perjalanan.
Tak jauh Berlin ke Dresden. Sampai di sana 2-3 jam saja.
Auf widersehen, Berlin!
Nampak dah bandar Dresden kat situ...
Ketika nak sampai hotel...
Masa nak sampai hotel, pi nak cari jalan nak sampai hotel. Ada ketika sampai tersalah jalan (pasal simpang-simpang pun banyak). Sampai saja di hotel, abah pergi keluar kejap lepas berapa lama rupanya hotel tu tak buka lagi........ pergi dulu la pasar raya yang berdekatab. Kat sana kitaorang beli makanan untuk masuk hotel nanti. Lepas selesai beli, kitaorang pergi semula ke hotel untuk check in. Masih belum ada lagi orang lagi. Nak tak nak kena pusing-pusing dulu dan, beli topup untuk telefon owner hotel tu.

Kitaorang pun pergi semula ke pasar raya tadi tu untuk beli topup phone. Waktu tu dah masuk Maghrib dah (4.30 petang waktu tempatan). Sebelum teruskan ke hotel, kitaorang layan makan di kedai roti. Kami kemudian pergi ke hotel tersebut untuk daftar masuk. Alhamdulillah, dapat jugak daftar masuk......


GPS punya pasal, ada sampai termasuk kawasan kampung

ni dia...bilik kitaorang

Bersambung.....jalan-jalan Dresden..

Jumaat, 18 Disember 2015

Cuti ke Jerman/ Holiday to Germany (BERLIN: 30 November 2015)

Assalamualaikum dan guten tag pembaca-pembaca sekalian
Hari ini aku nak sambung lagi ceria cuti....

30 November 2015
Pagi itu aku baru bangun (di Shah Alam sudah masuk petang dah). Menu sarapan pagi aku hanyalah makan Maggi je. Lepas selesai bersiap, aku ambil masa sikit untuk rancang jalan-jalan di Berlin. Sementara hendak menunggu pukul 11 pagi (kebanyakan kedai-kedai di situ sudah dibuka), kitaorang rehat sebentar dalam bilik hotel tu. Aku pulak ada main Connect 4 dengan Shabil dan Shadiq...hehe. Masa tu Berlin tengah hujan ais turun.

11.00 pagi, barulah kitaorang keluar. Tempat pertama kitaorang, Checkpoint Charlie. Tempat tu boleh kira lejen jugak sebab tempat tu adalah sebahagian daripada Berlin Wall.

Terserempak jugak sekumpulan rakyat Malaysia yang bergambar dengan abang abang askar tu.
Bila ambil gambar tu, salah seorang abang askar tu cakap Melayu.
Pagi di Berlin
Kena pakai topi askar....askar Soviet...
Ada simpan lagi rupanya lambang Jerman Timur
Papan tanda sektor Amerika...
Sesudah ambil gambar, kitaorang ke kawasan galeri terbuka berkenaan sejarah Tembok Berlin (Berlin Wall). Terpampang kisah panjang perpecahan Berlin ekoran dengan Perang Dingin ketika itu.



Al kisah sewaktu tembok ini dibina

Nak masuk Berlin Timur, kena 'zig-zag' pulak, itu dulu



Cubaan-cubaan untuk melepaskan diri daripada rejim Jerman Timur melalui tembok tersebut

Perpecahan Berlin selepas kejatuhan Reich

Acah-acah nak pecahkan Berlin Wall, rasa nak bawak kapak pulak..


Inilah saja 'Berlin Wall' yang tinggal

Bendera Jerman ada dijual di salah satu kedai cenderamata.....

Sejarah Berlin Wall ni boleh kata panjang jugak. Sejak 1945, Berlin dibahagikan dengan 4 sektor iaitu Amerika, Perancis, British dan Soviet (Rusia). Tak silap aku memang ada perancangan untuk bina tembok ini sejak Republik Demokratik Jerman ditubuhkan pada 7 Oktober 1949. Diorang rejim komunis ketika itu. (Aku sedikit berasa pelik, masa Perang Dunia II, dulu diorang satu geng lawan Hitler tapi lepas abis perang, depa mula tunjuk 'taring' masing-masing hingga menyebabkan Perang Dingin (Rasanya pasal perang ideologi antara kapitalis dan komunis). Aku rasa ada sedikit kesan terhadap gerakan-gerakan komunis terutama di Tanah Melayu (Parti Komunis Malaya) bermula daripada Darurat 1948-1960 sampailah betul-betul berhenti (mula kendur sikit selepas lawatan Tun Abdul Razak ke China (1974) tak silap aku) pada tahun 1989 ekoran runtuhnya Tembok Berlin yang aku pergi tu la).

Aku tak boleh panjang sangat tulis ni.....nak tau pasal Berlin Wall boleh tengok dokumentari ni....
The Rise and Fall of Berlin Wall atau mungkin aku tulis artikel pasal Berlin Wall lebih lanjut nanti....

Kitaorang kemudiannya beli barang sikit di kedai cenderamata lalu pulang semula ke hotel untuk rehat sebentar. Habis sudah solat jamak, kitaorang keluar balik. Kali ini pergi pulak ke Brandenburg Gate di persiaran Unter Der Linden. Kitaorang pakai kereta api bawah tanah atau U-Bahn, tapi tau tak macam mana sistem tiketnya........MANA ADA KAUNTER TIKET DAA...BELI TIKET DEKAT KIOSK JE DAN NAK MASUK STESEN MASUK TERUS JE....tapi kalau nak naik, kena ada tiket dulu la.

Sampai je ke Stesen Unter Der Linden, kitaorang jalan sampailah ke Brandenburg Gate.
Kedutaan Rusia

Berlatarbelakangkan Menara Fernsehtrum....

Tudia.....Brandenburg Gate, syok giler dapat tengok depan mata aku



Kedutaan Perancis...

Nak masukkkk......

Victory Monument di Strasse des 17 Juni......ni lepas lalu gate
Brandenburg Gate, sudah! Lo ni, bangunan Reichstag (kini Bundestag) pulak.

Boleh tahan cantik bangunan ni





Nak citer pasal bangunan Reichstag, dari dulu lagi bangunan ni berfungsi sebagai Parlimen bagi Jerman kecuali selepas Perang Dunia II sehingga akhir 1990-an, bangunan ni sebagai tempat sejarah (sebab bangunan parlimen ketika itu di Bonn). Kini, bangunan ini sebagai bangunan Parlimen Jerman hari ini. Dataran itu pulak tempat upacara pengisytiharan penyatuan semula Jerman pada 3 Oktober 1990.

Lepas bergambar, kitaorang beli-barang di kedai cenderamata. Selepas itu, kitaorang pergi ke Kurfurstendamm di sebelah barat Berlin. Sebelum itu, kitaorang ke Hauptbahnhof untuk tukar kereta api. Pertama sekali, kitaorang pergi ke Hard Rock Cafe untuk beli barang. Kawasan Kufurstendamm tu memang sibuk ketika itu. Sebelum balik, kitaorang makan malam dulu di sebuah kedai halal. Selepas puas makan pizza, kitaorang pulang semula ke hotel......

Stesen Bundestag

Di Hard Rock Cafe Berlin

Stesen masa nak balik....

Selesai di Berlin......bersambung Dresden pula....

Pra-cuti ke Europe

Esok (27/11/2014) dah kena bersiap nak ke KLIA nak pi ke Eropah....
Apapun....antara bandar-bandar yang aku pergi dengan keluarga aku nanti adalah,,
1.BRUSSELS, BELGIUM 
2.AMSTERDAM, BELANDA
3.LONDON, UNITED KINGDOM
4.PARIS, PERANCIS
Kemungkinan kitaorang naik flight lewat petang kot melalui Emirates......pertama sekali kitaorang singgah Dubai dulu untuk transit ke Paris (DXB)(Kali terakhir aku pergi Dubai adalah masa aku pergi umrah dengan keluarga aku juga untuk transit)
Buat masa ni aku teragak-agak apa aku nak bawak dalam beg aku nanti.......pening nak fikir nak bawak apa....
< kemas pun tak abis lagi.... Mungkin dah abis kemas esok pagi kot......

Khamis, 17 Disember 2015

Cuti ke Jerman/ Holiday to Germany (29 November 2015)

29 November 2015
Pagi itu, kena bangun awal awal sebab nak check out hotel dan jalan jalam ke Signal Iduna Park, Dortmund dan terus ke Berlin. Kitaorang hamya minum dan makan sikt sebagai isi perut selepas selesai mandi dan solat.

Selepas kitaorang selesai check out hotel, masuk autobahn (lebuh raya) terus untuk ke Dortmund. Selepas hampir 2 jam, kitaorang singgah sebentar di kawasan rehat berdekatan Siegen (Siegen sebenarnya tempat cadangan awal untuk tinggal di hotel sebelum ke Dortmund tapi tak jadi). Kitaorang teruskan perjalanan ke Dortmund selepas makan makan santai di situ. Kitaorang sampai di Signal Iduna Park kira-kira pukul 11 pagi. Masa tu boleh kata ramai juga orang datang ke stadium. Mungkin ada perlawanan kot.

Aku belum tulis lagi pasal Signal Iduna Park. Stadium tersebut merupakan home ground kepada kelab Borussia Dortmund. (Yang peminat pasukan bola tu tau-tau sajala)
gambar sebelum pergi ke Dortmund...
pemandangan sebuah petempatan di Jerman
Sudah sampai Dortmund
Inilah kereta yang kitorang naik.
Masuk ke kawasan stadium, ramai juga orang datang. Aku ada ambil peluang ambil gambar di sekitar kawasan stadium. Kitaorang tak de lah masuk terus ke stadium tetapi kitaorang ada beli belah di kedai cenderamata.

Aku ada beli satu beg untuk keperluan cuti. Masa di rumah sebelum nak pergi, ada komplen pasal beg cuti. Aku terpaksa pakai beg adik aku dulu. Selepas selesai beli barang, kitaorang jalan terus ke Berlin.

Sebelum itu, kitaorang ada berhenti di sebuah kawasan rehat di lebuhraya. Kitaorang makan pun untuk isi perut sebelum teruskan perjalanan. Lepas makan boleh pulak adik adik aku bermain 'playground'. Habis di sana, kitaorang teruskan perjalanan. Dari Dortmund ke Berlin kira-kira 400 kilometer lebih. Memang jauh gila.


Depan stadium.....
Menara di Dortmund
Adik-adik aku main playground...
di Autobahn..
Ada seketika kitaorang singgah di kawasan rehat tertentu itupun pasal nak isi minyak. Lepas kira kira 4 jam, kitaorang sampai jugak ke Berlin. Kini nak cari hotel je. Mula-mula masuk ke Kochannstrasse, sangka ada hotel tapi bila check balik rupanya ada sesuatu tak kena. Aku yakin kitaorang salah masuk destinasi.

Nasib baiklah lelaki tauke sebuah kedai tolong kitaorang (kitaorang singgah ke kedai itu). Memang betul kita salah tempat. Sebenarnya jalan ke Town Apartments adalah Kochstrasse (berhampiran dengan Checkpoint Charlie). Salah eja dan tempat punya pasal (pergi terlajak sampai ke Kochanstrasse).....

Akhirnya sampai jugak ke hotel kira kira pukul 11 malam waktu tempatan.....
Kelihatan menara Funkturm...
Nampak Fernsehturm...
Bilik hotel kitaorang.....
p/s: Minta maaf semua, aku terpaksa tangguhkan penulisan blog aku sampai aku balik (11 Disember) atas sebab tertentu.......hari ini aku dapat berpeluang menulis..

boleh komen sikitla kalau boleh.....nanti bersambung