29 November 2015
Pagi itu, kena bangun awal awal sebab nak check out hotel dan jalan jalam ke Signal Iduna Park, Dortmund dan terus ke Berlin. Kitaorang hamya minum dan makan sikt sebagai isi perut selepas selesai mandi dan solat.
Selepas kitaorang selesai check out hotel, masuk autobahn (lebuh raya) terus untuk ke Dortmund. Selepas hampir 2 jam, kitaorang singgah sebentar di kawasan rehat berdekatan Siegen (Siegen sebenarnya tempat cadangan awal untuk tinggal di hotel sebelum ke Dortmund tapi tak jadi). Kitaorang teruskan perjalanan ke Dortmund selepas makan makan santai di situ. Kitaorang sampai di Signal Iduna Park kira-kira pukul 11 pagi. Masa tu boleh kata ramai juga orang datang ke stadium. Mungkin ada perlawanan kot.
Aku belum tulis lagi pasal Signal Iduna Park. Stadium tersebut merupakan home ground kepada kelab Borussia Dortmund. (Yang peminat pasukan bola tu tau-tau sajala)
|
gambar sebelum pergi ke Dortmund... |
|
pemandangan sebuah petempatan di Jerman |
|
Sudah sampai Dortmund |
|
Inilah kereta yang kitorang naik. |
Masuk ke kawasan stadium, ramai juga orang datang. Aku ada ambil peluang ambil gambar di sekitar kawasan stadium. Kitaorang tak de lah masuk terus ke stadium tetapi kitaorang ada beli belah di kedai cenderamata.
Aku ada beli satu beg untuk keperluan cuti. Masa di rumah sebelum nak pergi, ada komplen pasal beg cuti. Aku terpaksa pakai beg adik aku dulu. Selepas selesai beli barang, kitaorang jalan terus ke Berlin.
Sebelum itu, kitaorang ada berhenti di sebuah kawasan rehat di lebuhraya. Kitaorang makan pun untuk isi perut sebelum teruskan perjalanan. Lepas makan boleh pulak adik adik aku bermain 'playground'. Habis di sana, kitaorang teruskan perjalanan. Dari Dortmund ke Berlin kira-kira 400 kilometer lebih. Memang jauh gila.
|
Depan stadium..... |
|
Menara di Dortmund |
|
Adik-adik aku main playground... |
|
di Autobahn.. |
Ada seketika kitaorang singgah di kawasan rehat tertentu itupun pasal nak isi minyak. Lepas kira kira 4 jam, kitaorang sampai jugak ke Berlin. Kini nak cari hotel je. Mula-mula masuk ke Kochannstrasse, sangka ada hotel tapi bila check balik rupanya ada sesuatu tak kena. Aku yakin kitaorang salah masuk destinasi.
Nasib baiklah lelaki tauke sebuah kedai tolong kitaorang (kitaorang singgah ke kedai itu). Memang betul kita salah tempat. Sebenarnya jalan ke Town Apartments adalah Kochstrasse (berhampiran dengan Checkpoint Charlie). Salah eja dan tempat punya pasal (pergi terlajak sampai ke Kochanstrasse).....
Akhirnya sampai jugak ke hotel kira kira pukul 11 malam waktu tempatan.....
|
Kelihatan menara Funkturm... |
|
Nampak Fernsehturm... |
|
Bilik hotel kitaorang..... |
p/s: Minta maaf semua, aku terpaksa tangguhkan penulisan blog aku sampai aku balik (11 Disember) atas sebab tertentu.......hari ini aku dapat berpeluang menulis..
boleh komen sikitla kalau boleh.....nanti bersambung
Tiada ulasan:
Catat Ulasan