Assalamualaikum dan guten tag pembaca-pembaca sekalian
Hari ini aku nak sambung lagi ceria cuti....
30 November 2015
Pagi itu aku baru bangun (di Shah Alam sudah masuk petang dah). Menu sarapan pagi aku hanyalah makan Maggi je. Lepas selesai bersiap, aku ambil masa sikit untuk rancang jalan-jalan di Berlin. Sementara hendak menunggu pukul 11 pagi (kebanyakan kedai-kedai di situ sudah dibuka), kitaorang rehat sebentar dalam bilik hotel tu. Aku pulak ada main Connect 4 dengan Shabil dan Shadiq...hehe. Masa tu Berlin tengah hujan ais turun.
11.00 pagi, barulah kitaorang keluar. Tempat pertama kitaorang, Checkpoint Charlie. Tempat tu boleh kira lejen jugak sebab tempat tu adalah sebahagian daripada Berlin Wall.
Terserempak jugak sekumpulan rakyat Malaysia yang bergambar dengan abang abang askar tu.
Bila ambil gambar tu, salah seorang abang askar tu cakap Melayu.
|
Pagi di Berlin |
|
Kena pakai topi askar....askar Soviet... |
|
Ada simpan lagi rupanya lambang Jerman Timur |
|
Papan tanda sektor Amerika... |
Sesudah ambil gambar, kitaorang ke kawasan galeri terbuka berkenaan sejarah Tembok Berlin (Berlin Wall). Terpampang kisah panjang perpecahan Berlin ekoran dengan Perang Dingin ketika itu.
|
Al kisah sewaktu tembok ini dibina |
|
Nak masuk Berlin Timur, kena 'zig-zag' pulak, itu dulu |
|
Cubaan-cubaan untuk melepaskan diri daripada rejim Jerman Timur melalui tembok tersebut |
|
Perpecahan Berlin selepas kejatuhan Reich |
|
Acah-acah nak pecahkan Berlin Wall, rasa nak bawak kapak pulak.. |
|
Inilah saja 'Berlin Wall' yang tinggal |
|
Bendera Jerman ada dijual di salah satu kedai cenderamata..... |
Sejarah Berlin Wall ni boleh kata panjang jugak. Sejak 1945, Berlin dibahagikan dengan 4 sektor iaitu Amerika, Perancis, British dan Soviet (Rusia). Tak silap aku memang ada perancangan untuk bina tembok ini sejak Republik Demokratik Jerman ditubuhkan pada 7 Oktober 1949. Diorang rejim komunis ketika itu.
(Aku sedikit berasa pelik, masa Perang Dunia II, dulu diorang satu geng lawan Hitler tapi lepas abis perang, depa mula tunjuk 'taring' masing-masing hingga menyebabkan Perang Dingin (Rasanya pasal perang ideologi antara kapitalis dan komunis). Aku rasa ada sedikit kesan terhadap gerakan-gerakan komunis terutama di Tanah Melayu (Parti Komunis Malaya) bermula daripada Darurat 1948-1960 sampailah betul-betul berhenti (mula kendur sikit selepas lawatan Tun Abdul Razak ke China (1974) tak silap aku) pada tahun 1989 ekoran runtuhnya Tembok Berlin yang aku pergi tu la).
Aku tak boleh panjang sangat tulis ni.....nak tau pasal Berlin Wall boleh tengok dokumentari ni....
The Rise and Fall of Berlin Wall atau mungkin aku tulis artikel pasal Berlin Wall lebih lanjut nanti....
Kitaorang kemudiannya beli barang sikit di kedai cenderamata lalu pulang semula ke hotel untuk rehat sebentar. Habis sudah solat jamak, kitaorang keluar balik. Kali ini pergi pulak ke
Brandenburg Gate di persiaran Unter Der Linden. Kitaorang pakai kereta api bawah tanah atau U-Bahn, tapi tau tak macam mana sistem tiketnya........
MANA ADA KAUNTER TIKET DAA...BELI TIKET DEKAT KIOSK JE DAN NAK MASUK STESEN MASUK TERUS JE....tapi kalau nak naik, kena ada tiket dulu la.
Sampai je ke Stesen Unter Der Linden, kitaorang jalan sampailah ke Brandenburg Gate.
|
Kedutaan Rusia |
|
Berlatarbelakangkan Menara Fernsehtrum.... |
|
Tudia.....Brandenburg Gate, syok giler dapat tengok depan mata aku |
|
Kedutaan Perancis... |
|
Nak masukkkk...... |
|
Victory Monument di Strasse des 17 Juni......ni lepas lalu gate |
Brandenburg Gate, sudah! Lo ni, bangunan Reichstag (kini Bundestag) pulak.
|
Boleh tahan cantik bangunan ni |
Nak citer pasal bangunan Reichstag, dari dulu lagi bangunan ni berfungsi sebagai Parlimen bagi Jerman kecuali selepas Perang Dunia II sehingga akhir 1990-an, bangunan ni sebagai tempat sejarah (sebab bangunan parlimen ketika itu di Bonn). Kini, bangunan ini sebagai bangunan Parlimen Jerman hari ini. Dataran itu pulak tempat upacara pengisytiharan penyatuan semula Jerman pada 3 Oktober 1990.
Lepas bergambar, kitaorang beli-barang di kedai cenderamata. Selepas itu, kitaorang pergi ke Kurfurstendamm di sebelah barat Berlin. Sebelum itu, kitaorang ke Hauptbahnhof untuk tukar kereta api. Pertama sekali, kitaorang pergi ke Hard Rock Cafe untuk beli barang. Kawasan Kufurstendamm tu memang sibuk ketika itu. Sebelum balik, kitaorang makan malam dulu di sebuah kedai halal. Selepas puas makan pizza, kitaorang pulang semula ke hotel......
|
Stesen Bundestag |
|
Di Hard Rock Cafe Berlin |
|
Stesen masa nak balik.... |
Selesai di Berlin......bersambung
Dresden pula....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan