Selasa, 22 Disember 2015

Cuti ke Jerman/ Holiday to Germany (JALAN KE DRESDEN: 1 Disember 2015)

1 Disember 2015
Sedar tak sedar dah masuk hujung tahun 2015. Hari itu jugak, kitaorang kena bertolak ke Dresden, Saxony. Pagi itu kena kemas barang. Selepas selesai kemas barang dan sarapan, barulah kitaorang keluar. Awalnya sebelum itu kena singgah beberapa tempat di Berlin tetapi pasal takut jem, kitaorang keluar teruslah.

Sebelum bertolak keluar, kitaorang makan di kedai kebab depan hotel kitaorang je. Layan makan ayam dan kentang goreng. Selepas itu, kitaorang mulakan perjalanan.
Tak jauh Berlin ke Dresden. Sampai di sana 2-3 jam saja.
Auf widersehen, Berlin!
Nampak dah bandar Dresden kat situ...
Ketika nak sampai hotel...
Masa nak sampai hotel, pi nak cari jalan nak sampai hotel. Ada ketika sampai tersalah jalan (pasal simpang-simpang pun banyak). Sampai saja di hotel, abah pergi keluar kejap lepas berapa lama rupanya hotel tu tak buka lagi........ pergi dulu la pasar raya yang berdekatab. Kat sana kitaorang beli makanan untuk masuk hotel nanti. Lepas selesai beli, kitaorang pergi semula ke hotel untuk check in. Masih belum ada lagi orang lagi. Nak tak nak kena pusing-pusing dulu dan, beli topup untuk telefon owner hotel tu.

Kitaorang pun pergi semula ke pasar raya tadi tu untuk beli topup phone. Waktu tu dah masuk Maghrib dah (4.30 petang waktu tempatan). Sebelum teruskan ke hotel, kitaorang layan makan di kedai roti. Kami kemudian pergi ke hotel tersebut untuk daftar masuk. Alhamdulillah, dapat jugak daftar masuk......


GPS punya pasal, ada sampai termasuk kawasan kampung

ni dia...bilik kitaorang

Bersambung.....jalan-jalan Dresden..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan