Sabtu, 3 September 2016

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN PERINGKAT SMK SEKSYEN 7 SHAH ALAM (Pengalaman Peribadi Aku) 2016 #SehatiSejiwa

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
Itulah laungan yang disematkan oleh rakyat Malaysia baik pemimpin mahupun marhaen untuk menyambut hari kemerdekaan negara setiap kali menjelang 31 Ogos.

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam kemerdekaan dan salam sehati sejiwa para pembaca sekalian,

Hari ini aku tangguhkan seketika cerita Hari Raya Aidilfitri 2016 bagi memberi laluan kepada catatan sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah pada tahun ini. Beberapa hari sebelum 30 Ogos, aku masih ingat cikgu pernah menggalakkan pelajar beramai-ramai untuk datang sempena sambutan berkenaan khususnya pelajar tingkatan 5 seperti aku. Ada sebabnya cikgu berkata sedemikian kerana tahun ini merupakan tahun terakhir alam persekolahan, jadi pelajar perlu menikmati suasana menyambut hari kebangsaan dengan penuh semangat dan keseronokan kerana kita tidak akan lagi menikmati suasana sedemikian.

30 Ogos 2016, tidak seperti hari-hari biasa, aku, Shabil dan Shadiq semuanya bangun untuk persiapan ke sekolah. Untuk pengetahuan, pelajar sesi petang akan hadir ke sesi pagi pada hari tersebut. Aku memakai baju Melayu yang lengkap. Malam sebelum itu, aku pernah bertanya kepada rakan-rakan sekelas melalui WhatsApp mengenai pakaian untuk keesokannya. Makluman awalnya ialah pakaian kebangsaan yang berwarna berdasarkan warna Jalur Gemilang. (Mujurlah masih ada lagi baju Melayu cekak musang berwarna biru). Makluman terkini ialah daripada kawan aku ialah pakaian Baju Melayu serta seluar slack. Bagi aku, agak tidak ngam di situ...jadi aku pakai baju Melayu penuh.

Setibanya di sekolah, aku terus ke perkarangan surau untuk berjumpa dengan rakan-rakan seperti Azrai, Faeq dan Amirza. Shabil pula ke terus ke kantin memandangkan dia ada perbarisan lintasan hormat yang hanya disertai oleh pelajar sesi petang. Apa yang agak tidak sedapnya hari itu, KETIKA INI HUJAN LEBAT! Hmmmmm......aku terfikir sekejap, bagaimana hendak meneruskan perarakan kelas jika keadaan cuaca tidak mengizinkan. Hujan semakin lebat ketika itu, jadi semua pelajar berkumpul di dewan terbuka sekolah.

Agak lewat majlis bermula, dimulakan dengan bacaan Yasin pada pukul 7.50 pagi selepas kehadiran diambil. Selepas itu majlis bermula dengan bacaan doa, disertai dengan lagu Negaraku dan Duli Yang Maha Mulia. Hampir semua dalam dewan itu, menyanyi dengan penuh bersemangat.

Kemudian, disusuli pula dengan ucapan pengetua. Aku masih ingat ketika beliau memulakan ucapan, iaitu kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan. Ya, tadi kan hujan lebat sebentar tadi, maka adakan pula Plan B. Seterusnya, beliau juga berharap agar semua warga SMK Seksyen 7 Shah Alam dapat menghayati tema 'Sehati Sejiwa' yakni tema hari kebangsaan bagi tahun ini sama ada para guru mahupun murid. Beliau juga berpesan agar dapat merdekakan sepenuhnya daripada sifat-sifat negatif. Setakat itu sahaja yang aku ingat.....

Seterusnya, Yang DiPertua PIBG,pula memberikan ucapan perasmian. Beliau memulakan ucapan dengan menyentuh masalah disiplin. Maklumlah, baru semalam ada kes budak tingkatan 3 terjatuh dari tingkat 3 hanya kerana ambil beg. Satu lagi kes ialah salah seorang pelajar koma di Kedah akibat dibelasah. Persoalannya, APA MAKNA MERDEKA JIKA DISIPLIN MASIH DI TAKUK LAMA?? Aku baru semalam habis membaca buku 'Mentaliti Jamban' yang akan aku akan cerita kemudian.......Beliau berpesan kepada semua pelajar agar guna kemudahan di sekolah dengan baik, jangan pula hendak merosakkannya!! Sebelum beliau mengakhiri ucapan, beliau berpesan agar mengambil iktibar daripada sejarah lampau di mana bangsa kita dahulu pernah mengecap kegemilangan melalui Kesultanan Melayu Melaka (serta Empayar Melayu Srivijaya). Sejarah adalah ibarat roda, jika kita tidak mempelajarinya, sejarah akan beulang semula serta mempertahankan kemerdekaan selagi tidak bertentangam dengan gagasan agama........

Majlis kemudiannya dirasmikan dengan sempurna walaupun terpaksan dibuat dalam dewan terbuka. Selepas itu, kami semua menyanyikan lagu 'Jalur Gemilang dan 'Tanggal 31' sambil mengibarkan bendera. Laungan 'MERDEKA' pula menyusul selepas itu. Selepas majlis tamat, semua pelajar dimulai dengan pelajar tingkatan 5 berkumpul di luar MPC untuk memulakan acara perbarisan kelas.......

Pada waktu itu, barulah Umar dan Syafi datang masuk dalam perarakan. Sebelum itu  aku hanya nampak Shaqeer saja. Cikgu Noorzilawati, guru kelas 5 Akaun ada minta mana-mana pelajar ambil bendera di bilik guru. Aku ingat nak bendera dipasang dengan tiangnya, tapi tak ada.  Sebelum memulakan perarakan, Akmal Azam dan Zarul baru sampai dalam barisan kelas 5 Akaun....belanja selfie dulu sebelum perarakan bermula.
Gaya Zarul.....

Ni aku, macam tak ngam pula pakai beg....hmmm takut barang hilang punya pasal...

Kira-kira pukul 9.00 pagi, barulah perarakan bermula selepas susunan dibuat. Sewaktu berada di simpang berhadapan dengan pintu masuk utama sekolah, ada kelas lain sudah menyanyikan lagu patriotik masing-masing. Aku fikir boleh saja hendak menyanyikan lagu-lagu patriotik yang lain.. Antara lagu patriotik yang kami nyanyi ialah Tanggal 31, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Inilah Barisan Kita. Itu yang aku ingat setakat ini...Over patriotik punya pasal nak tarik perhatian cikgu, aku laungkan 'MERDEKA' sekuat hati, itupun ada sebilangan kawan minta.

Sampai sahaja di tempat letak basikal, kami berhenti seketika untuk membuat sedikit 'flashmob' Merdeka di hadapan Pengetua serta barisan pentadbir sekolah dan Yang DiPertua PIBG. Aku masih tak lupa aku laungkan 'MERDEKA' sebanyak 3 kali sekali lagi dengan sekuat hati. Aduh, macam nak sakit tekak dibuatnya.......tapi ok jugak!
Aku dan Zarul...hehe sape kat belakang tu!!!


Girls buddies.....

Satu kelas punya gambar sempena Merdeka....


My class celebration......

Habis sudah perbarisan kelas, kami berkumpul semula ke Dataran Alawiyah. Macam-macam gelagat ketika itu. Ada jugak yang menyambut hari lahir sampai nyanyi lagu Happy Birthday. Wow, ada jugak yang lahir pada ambang Merdeka. Selepas semua kelas sudah menghabiskan perarakan, aku ingat cikgu ada beri taklimat sedikit. Selepas itu, semua pelajar pergi ke koridor serta Dewan Terbuka bagi memberi laluan kepada persembahan kawad kaki.

Dimulakan dengan persembahan daripada skuad Kawad Elit (Syahir salah seorang daripada peserta). Seterusnya, persembahan daripada unit beruniform masing-masing mengikut jantina. Aku masa tu ada beli nasi lemak daripada booth kelas. Selepas itu, aku pergi ke kantin untuk makan  hotdog. Kemudian, aku cepat-cepat ke Dewan Terbuka untuk menyaksikan perbarisan lintasan hormat oleh PBSM lelaki yang disertai adik aku, Shabil.

Aku kemudiannya tunggu sampai ke 11.50 pagi dengan sertai kawan-kawan aku tengok pertandingan sukan antara rumah sukan. Semua pelajar berkumpul di dewan tersebut pada jam 11.50 pagi untuk menyaksikan persembahan. Antara persembahan ialah nyanyian solo oleh Anina dan Peterson, tarian kuda kepang, tarian yang diringi oleh lagu 'Malaysia Truly Asia' dan persembahan zumba....itu yang seingat aku.

Sambutan ini diakhiri dengan pemberian hadiah kepada pasukan beruniform terbaik serta saguhati. Sambutan ini berakhir pada pukul 1.10 tengah hari.....

Ada yang akan tanya, apa perasaan aku.......aku boleh kata EXCITED jugak, pasal hmmmmm...tekak macam agak sakit sikit hehe.....pasal nyanyi lagu patriotik dan laung MERDEKA. Secara keseluruhan, sambutan ini memang menyeronokkan bagi aku.....sebab selepas ini tak ada lagi sambutan yang sebegini seronok......

Setakat ini sahaja bingkisan sambutan hari kebangsaan peringkat sekolah kali ini......Selamat Hari Merdeka ke-59!
Dirgahayu Malaysia! Semoga Allah sentiasa merahmati Malaysia, amin! 
MERDEKA!

p/s: Semua gambar-gambar ini (kecuali di atas perenggan ini) adalah ihsan WhatsApp kelas..... Gambar yang lain boleh rujuk ke gambar sambutan tersebut oleh FB rasmi sekolah...

Sabtu, 27 Ogos 2016

AIDILFITRI 1437H/2016 - Hari Raya Pertama

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca semua,
Assalamualaikum and greetings readers,

Sebelum itu aku nak minta maaf sangat pasal aku dah lama tak mengemaskini blog. Mungkin pasal sibuk agaknya, tambahan pula aku ada peperiksaan percubaan SPM, tinggal beberapa hari sahaja sebelum tamat. Kali ini aku nak sambung cerita Hari Raya Aidilfitri 1437 H, walaupun Syawal dah lama berlalu.....tapi aku nak kongsi cerita hari raya pertama tahun ini....
Before that, I'm very sorry because not updated my blog for so long. Maybe I'm very busy probably, plus I have my trial SPM exam, which is now only couple of days to end. This time, I want to continue my story for Hari Raya Aidilfitri 1437 H, even though Syawal has already ended......but I want to share my story on a first day of Aidilfitri.

6 Julai 2016
Selepas solat subuh, aku pergi mandi dulu sebelum bersiap nak pergi solat hari raya. Seperti tahun-tahun lalu, aku bersarapan sedikit walaupun setakat minum air sahaja. Selepas semua dah siap, aku pergi ke Madrasah Ihsaniah untuk solat sunat Aidilfitri. Seusai solat sunat aidilfitri, khutbah berlangsung. Seingat aku, khutbah ini menekankan tentang meneruskan amalan pada bulan Ramadhan, jangan berhenti di situ sahaja. 
Segar pagi raya....

Selesai khutbah, kami pulang ke rumah atuk. Seperti biasa ada bacaan doa dan seterusnya, makan dengan seleranya. Hidangannya seperti biasa, nasi lemak, mihun, dan banyak lagilah. Tak berapa ingat apa lagi makanan yang disediakan. Hadirin ketika itu, ramainya daripada jemaah surau. Selepas ramai sudah pulang, kami tunggu ahli keluarga aku yang lain untuk datang. Sebenarnya kami nak cari kesempatan nak bergambar untuk hari raya tahun ini dan sesi bermaafan. 




Antara ramai yang hadir.....

Ramai pula ahli keluarga yang datang ke rumah atuk. Bermula dengan Nek Yah, Achik boy, kemudian Auntie, Safiuddin dan adik beradiknya, Uncle Shahnas dan ramai lagi. Apa lagi, memang sembang-sembang tu derrr....Sebelum itu, aku makan nasi lemak dengan begitu enaknya
Watpe tu.....main game yeee....

Achik boy....

Wan dan Nek Yah.

Ambik gambar Syahir & keluarga....



Waktu petang pulak, Nek Su, Tok Su, Syahir dan adik-adiknya datang ke rumah atuk. Aku ada sembang sikit-sikit pasal SPM kalau seingat aku. Syahir sudah habis SPM ketika ini, kali ini aku pula menjadi calon SPM.. Kemudian mereka menjamu selera sambil ada masa untuk bersembang.

Sesudah ramai sudah pulang, aku dan keluarga aku ambil kesempatan untuk bergambar di atas sofa dan sesi bermaaf-maafan. Agak terkilan sedikit sebab sepatutnya dibuat pada waktu pagi. Tapi alang-alang-alang ramai tetamu masa itu, terpaksalah anjak sedikit ke petang. 

Macam-macam gaya gambar beraya tahun ni dengan keluarga aku.

Aku sekeluarga....
 Sesi bermaafan.....





Pada waktu malam pula, keluarga Nenek Maya yang pernah jaga arwah Nyang pun datang juga ke rumah atuk. Masa makan, aku ada bersembang dengan anak Nenek Maya yang sama umur dengan aku pasal periksa SPM nanti....aku tak berapa ingat apa lagi selain itu.




Selepas mereka pulang, aku dengan keluarga aku bergambar bersama Pak Ngah, Pak Su, Atuk dan Wan. Abah ada beli makanan McD malam itu...........makan kat rumah je. 

Tamat sudah catatan hari raya pertama 2016......sambung.

Sabtu, 16 Julai 2016

AIDILFITRI 1437H/2016 - Ampang (Hari-hari Sebelum Raya)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Apa khabar para pembaca semua? Harap semua sihat walafiat. Sebelum aku meneruskan penulisan aku, aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca blog ini....Hari ini akau nak tulis tentang coretan Aidilfitri untuk tahun ini. Kali ini cerita di Ampang dahulu.....

3/7/2016
Hari itu jugalah hari ulangtahun kelahiran aku ke-17. Macam tak tahu pula apa nak dihadiahkan atau beli hadiah atau sekurang-kurangnya buat makan secara 'besar-besaran' sempena hari jadi aku. Pada waktu pagi hari itu, abah dan mummy hantar Kak Fitri ke Port Klang, yup sebab Kak Fitri nak sambut raya dengan keluarga dia di kampung halamannya di Medan.

Pada waktu petang, seluruh ahli keluarga aku masing-masing sibuk berkemas barang. Sementara itu juga, aku tolong abah menguruskan pakaian yang dibasuh dengan melipat pakaian. Aku ingat nak kena 'iron' dulu baru lipat seperti Kak Fitri selalu buat. Tetapi buat masa ini, lipat dululah sebagai alternatif.

Pukul 6.00 petang, semua barang sudahpun dikemas. Walau bagaimanapun, kami hanya bergerak ke Ampang pada pukul 6.30 petang. Aku tak berapa ingat kenapa agak lewat kami baru bergerak. Sebelum kami ke Ampang, kami singgah berbuka terlebih dahulu di Pappa Rich, Plaza Shah Alam. Menu aku ialah, milo ais dan chicken chop beserta nasi goreng. Selesai saja berbuka, kami menunaikan solat Maghrib di surau yang dipindahkan ke tingkat 1 di plaza tersebut.

Selesai solat, kami terus bergerak ke Ampang. Aku masih ingat yang aku lalu kawasan landasan LRT yang telah dipanjangkan (telah dirasmikan pada 30 Jun lalu). Setakat ini belum ada lagi kereta api lalu, mungkin mereka dah jauh sedikit. Kami tiba di Ampang pada pukul 10.00 malam.

Selepas tiba, aku, adik-beradik aku bersama abah menunaikan solat Tarawih.

4/7/2016 dan 5/7/2016
Tak banyak nak cerita pasal dua hari tu. Pagi sampai ke petang, duduk kat rumah. Cuma adalah keluar untuk solat fardu jemaah di surau dan beli juadah berbuka di bazar.

Malam raya, semua sibuk nak bersiap untuk juadah hari raya. Siap kuih-muih (abah ada mintak aku tolong masukkan kuih-muih tu di dalam balang untuk disusun). Dah kena tidur dah untuk hari raya keesokannya.....
Meniyapkan kuih.....


Paksu masak......,

Angkat kusyen.....

Duduk di sofa baru....

Tolong lap pinggan.....
Bersambung.........

Ahad, 3 Julai 2016

Iftar Jamaie SMK Seksyen 7 Shah Alam 2016

Assalamualaikum, salam sejahtera semua,

Ketika aku menulis entri ini, pejam celik pejam celik sudah masuk minggu terakhir Ramadan (hari ini 28 Ramadan). Tak lama lagi raya.  Okay, kali ini aku nak tulis pasal pengalaman aku menghadiri majlis iftar anjuran sekolah aku SMK Seksyen 7 Shah Alam pada 30 Jun 2016.

Beberapa hari sebelum iftar, cikgu ada buat survey siapa nak datang iftar pada hari Khamis itu. Bukannya apa, nanti kalau ramai nak cakap nak datang tapi tak datang, nanti membazir makanan saja....saudara syaitan tu, tapi ketika bulan puasa, mereka kena rantai......

Pada hari iftar, aku pergi ke iftar tersebut pada pukul 7.00 petang bersama adik aku, Shabil. Patutnya sampai pukul 6.45 petang tapi pasal abah balik lambat sikit, jadi kami kena tunggulah. Setibanya kami ke sekolah, ada jugak cikgu-cikgu yang tunggu di tepi pagar untuk mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar yang hadir pada majlis iftar. Kami terus ke foyer untuk mengesahkan kehadiran kami ke majlis tersebut. Lepas tu pulak kena tulis nama, kelas serta nama kelab dan unit beruniform untuk dimasukkan ke dalam kotak mengikut nama kelab dan unit beruniform.

Hal ini disebabkan untuk memperolehi kehadiran kokurikulum, aku rasa sebanyak 2 kehadiran. Al-maklumlah, dah beberapa bulan dah aktiviti kokurikulum terpaksa dibatalkan ekoran beberapa faktor seperti cuaca panas.

Selepas pendaftaran, aku pergi terus ke khemah untuk mencari kawan untuk lepak sementara tunggu waktu berbuka manakala Shabil pergi dengan member-member dia. Aku duduk dengan Azrai, member aku sejak kami kelas Imtiyaz dulu. Pada ketika aku duduk, majlis khatam Al-Quran masih berlangsung. Setelah selesai, kami menadah tangan berdoa khatam Al-Quran bersama-sama. Kemudian, disusuli dengan ucapan YDP PIBG.
Majlis khatam Al-Quran

Layan selfie jap dengan Azrai dan Amirza.....

Sebelum waktu berbuka, semua hadirin berzikir terlebih dahulu. Jam 7.30 malam, tibalah masanya untuk menikmati juadah berbuka. Masa tengah waktu berbuka, inilah kali pertama aku makan dadih. Sebelum ini aku tak pernah makan pun. Rasa pada awalnya macam jelly la katakan tapi bila aku makan sendiri, memang lain rasanya. Ada masanya aku macam nak muntahkan balik, al maklumlah baru pertama kali makan. Aku masa tu makan jugak kurma dan minum air mango......

Selepas itu, kami mengambil wuduk di Surau Al-Hidayah dan menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Selepas selesai solat, masa untuk makan besar-besaran. Yang paling best makan pakai dulang pulak tu.....yup it's sunnah. Tapi sebelum itu kena cari 5 orang satu kumpulan. Aku ambik geng dengan Azib dan Nik. Masa itu, hidangannya ialah nasi putih, ayam dan kuah masak lomak kot tak silap aku. Kami pun enjoy makan la.

Sama-sama makan pakai dulang.....


Peaceeee.......layan makan bruhhh

8.44 malam, kami kemudian menunaikan solat Isyak, Tarawih dan Witir sekali. Masa dah nak habis solat witir, aku tiba-tiba terdengar bunyi letupan daripada belakang sekolah. Aik, takkan diorang bawak mercun kot......aku tak nak cerita panjang kang mengumpat jadinya cuma nak pesan janganlah main mercun sesuka hati karang dapat sakit nanti tak pasal-pasal dan kacau 'line' orang tengah ibadah! Tu je nak pesan.....

Seusai solat, aku tolong sikit angkat karpet untuk disimpan. Kira-kira pada pukul 10.30 malam, aku tunggu abah ambil kami pulang ke rumah....

Itu sahaja coretan aku pada hari ini, jumpa lagi dalam artikel akan datang. Sebelum itu, aku ucapkan Selamat Hari Raya kepada para pembaca semua........

Khamis, 9 Jun 2016

Projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) - Suatu komen

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

24 Mei lalu, Kereta Api Tanah Melayu Berhad telah mengumumkan projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) bagi bertujuan meningkatkan kualiti perkhidmatan kereta api untuk kawasan Lembah Klang. Hari ini, saya nak komen mengenai projek ini.


Berita ihsan Astro Awani

Soalan ini mungkin akan keluar daripada minda pembaca, ''Landasan Berkembar Lembah Klang ini apa, sedangkan sekarang ni pun sudah landasannya berkembar?'' Sebenarnya ini adalah kerja menaik taraf landasan kereta api yang sedia ada bagi jajaran dari Rawang, Sentul melalui simpang Batu (kemudiannya melalui stesen Putra, Bank Negara, Kuala Lumpur dan KL Sentral) hingga simpang Pelabuhan Klang (bukannya Port Klang sana nun) sehingga ke Salak Selatan.

Boleh rujuk ke sumber KTMB dan SPAD sendiri......

Kalau nak katakan pengalaman naik KTM Komuter, saya sendiri tak pernah menaiki KTM Komuter tetapi saya memang minat untuk naik komuter untuk tujuan bersiar-siar. Mummy dan adik saya, Shabil baru-baru ini naik KTM Komuter ke Kuala Lumpur pada minggu pertama cuti sekolah pertengahan tahun. Dalam hati kecil saya, macam menyesal pulak tak ikut.......... Tapi kalau nak cerita pengalaman naik kereta api komuter, saya pernah naik sewaktu saya bercuti bersama keluarga saya ke Tokyo pada tahun 2013. Untuk pengetahuan korang, sistem komuter di Tokyo lebih kompleks berbanding di Lembah Klang yang hanya ada jajaran dari Rawang ke Pelabuhan Klang dan Batu Caves ke Seremban. 

Berdasarkan pengumuman tersebut, sebahagian landasan akan ditutup bagi kerja-kerja penaiktarafan tersebut. Oleh itu, jadual perkhidmatan KTM perlu diubah ekoran daripada kerja-kerja tersebut. Saya tahu mungkin ada yang kecewa dengan perubahan jadual ini tapi saya nak cakap mereka buat ini untuk kebaikan semua pada masa akan datang.....

Kalau projek ini siap pada tahun 2019 (saya dah masuk uni dah...), setakat apa saya bayangkan,. 


  1. Kereta api komuter akan bergerak dengan lebih cepat dan laju (dalam 120 km/h la...sebab kita masih menggunakan tolok rel 1000 mm). Kalau tengok Komuter utara, kereta api ni lagi laju bergerak kalau dibandingkan di pusat bandaraya Kuala Lumpur ekoran landasan yang agak usang khususnya bagi kawasan antara Putra dan Kuala Lumpur, ni pendapat aku....

Komuter di belah utara boleh rileks je jalan laju

2. Dengan kelajuan itu lah, korang dapat nikmati komuter yang lebih selesa....

Fasa-fasa projek KVDT.....(gambar ihsan SPAD)
Sebelum itu, saya nak buat cadangan sedikit untuk menambah baik perkhidmatan komuter pada masa akan datang, cuma cadangan saja tetapi perlaksanaan ikut kebijaksanaan pihak berautoriti......
  1. Landasan di antara simpang Batu sehingga ke simpang Pelabuhan Klang kena tambah sikit landasan, paling cikai 4 landasan (dua landasan untuk Komuter dan dua lagi untuk kereta api lain untuk by-pass) untuk membolehkan pengkhususan landasan. Ini boleh dilakukan melalui perlaksanaan terowong ataupun buat secara elevated railway. Ikut kemampuan.....
  2. Kalau dah siap projek ni, saya cadangkan platform kereta api itu panjangkan sikit untuk tambahkan lagi gerabak komuter, sesuai dengan fungsi komuter sebagai pengangkutan awam bandar 'arteri'. Kalau tak boleh, boleh jugak diwujudkan komuter ekspres yang hanya berhenti di stesen tertentu sahaja (Perkhidmatan ini ada di Jepun di dalam mana-mana perkhidmatan komuter kecuali 'line-line' tertentu seperti Yamanote Line)
Apapun saya ucapkan selamat berjaya kepada KTMB serta kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek yang akan memberi manfaat kepada rakyat pada masa depan. It is now or never!

Wassaslam dan jumpa lagi.......

(p/s: Artikel ini hanya pendapat saya sahaja dan mungkin ada pendapat lain......)

Selasa, 7 Jun 2016

Penambahbaikan blog.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya nak menulis sedikit tentang penambahbaikan blog......

Sejak semalam saya sibuk menghantar gambar-gambar lawatan saya ke Jepun 2013. Kenapa?

Ini disebabkan terdapat beberapa blog post yang gambar-gambarnya macam nampak semacam sengaja dihilangkan. Nanti susahlah pembaca hendak membaca post-post yang saya masukkan untuk minat membaca....

Oleh itu, saya 'remove' sebahagian gambar-gambar yang dipadamkan lalu digantikan dengan gambar-gambar yang baru tetapi mengikut tajuk.....

Salah satu gambar yang di'error'kan
Nasihat saya, kalau hendak memuat naik sesuatu gambar untuk dimasukkan ke dalam blog, jangan ambil terus URL gambar dalam Facebook tetapi masukkan daripada folder melalui komputer. Jika hendak ambil gambar daripada Facebook sekalipun (sekiranya sudah dipadamkan daripada telefon pintar), pakai 'Save picture as' untuk dimasukkan dalam folder, lagi selamat.

Selain itu, saya juga kecilkan sedikit gambar yang bersaiz 'original size' yang semestinya memang terlalu besar sehingga terlebih muat blogspot......sudah tentu blog kelihatan tidak kemas

Salah satu gambar yang 'dibesarkan' gara-gara menuatnaik gambar terus secara mobile
Setakat ini, label-label yang gambarnya sudah dikemaskini ialah;

Percutian ke Jepun 2013
Percutian ke Eropah (United Kingdom) 2014

Kalau sudah membaca salah sebuah artikel dalam blog saya, bolehlah beri komen sedikit di dalam ruangan komen....bolehlah saya kongsikan lagi pengalaman saya....

Setakat ini sahaja catatan saya hari ini, jumpa lagi!

p/s:bolehlah beri pendapat sikit kat sini..... 

Ahad, 5 Jun 2016

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1437H /2016M

Assalamualikum dan salam sejahtera semua,

Esok semua umat Islam akan menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadan (1 Ramadan 1437 H). Sudah disahkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui RTM sebentar tadi.....

Apa lagi, ramai pergi ke masjid untuk menunaikan solat tarawih yang pertama. Aku harap berterusan sepanjang bulan puasa ni.....

Sebelum aku akhiri tulisan aku, aku minta maaf  kepada pembaca sekalian sekiranya kalau aku ada terguris hati korang ke atau aku buat silap selama ini.

Alang-alang tinggal seminggu cuti ini, boleh rancang-rancang sikit aktiviti ibadah atau yang berfaedah bolehla....

InsyaAllah, nanti aku tulis beberapa entri baru masa cuti ni..........

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1437 HIJRAH!