Isnin, 17 Oktober 2016

FRASER'S HILL JOURNAL 2016 (16 SEPTEMBER 2016)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Assalamualaikum and greetings you all, 

Sebelum itu, masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke-53 kepada semua warganegara yang membaca blog ini. Sempena cuti sekolah baru-baru ini, aku bersama keluarga aku bercuti ke Bukit Fraser, Pahang. Kami berada di sana selama tiga hari dua malam

Before that, still not too late to wish Happy Malaysia Day to all Malaysians who read this blog. In conjunction of this school holiday, my family and I went for a holiday at Fraser's Hill, Pahang. We were there for three days two nights.

Sedikit sejarah ringkas mengenai Bukit Fraser, nama Bukit Fraser diambil sempena nama Louis James Fraser, seorang 'pioneer' Scotland, telah mendirikan lombong bijih timah di sana pada 1890an. Selepas jumpa deposit bijih timah di sana , beliau upah pekerja orang Cina untuk membuka sebuah lombong. Satu lorong yang curam telah dibina untuk keperluan pengangkutan ke The Gap dan Raub, bandar yang kebetulan hampir dengan Bukit Fraser. Kononnya, waktu itu juga Fraser menguruskan pengedaran dadah opium (eiiiiiii) dan perjudian di antara pekerja-pekerjanya, untuk memperoleh keuntungan sampingan untuk membayar kuli-kuli dia.

Malangnya, Fraser tiba-tiba hilang tanpa jejak selama 25 tahun (ko bayangkan, 2 dekad dia hilang). Pada tahun 1917, C.J. Ferguson-Davie, Bishop Singapura, memimpin trek dari The Gap untuk melihat tempatnya, tak jumpa empunya orang tetapi dilaporkan yang tempat itu memang tempat terbaik untuk istirahat. Pada tahun 1919, kerja-kerja membina jalan perhubungan telah dilaksanakan dari The Gap dan pada tahun 1922, bukit itu dinamakan Fraser's Hill untuk dibuka kepada orang awam........ok sambung cerita aku.

Malam sebelum hari kejadian, aku dan Shabil kemas pakaian lebih awal bagi memastikan tidak kelang-kabut pada keesokan harinya. Pada waktu pagi, semua sibuk mengemaas barangan yang hendak dibawa  ke Bukit Fraser.
persiapan akhir.....


Di Jalan Persekutuan 1

Nampak sikit Genting Highlands

Di Kuala Kubu Bharu

Signboard ke Bukit Fraser....

Kami mula bertolak ke sana pada puku1 12.00 tengah hari. Kami singgah sebentar di Masjid Saidina Ali di Rawang untuk menunaikan solat Jumaat. Sebelum sampai lagi dah dengar khutbah melalui Pahang FM.......Seusai solat Jumaat, kami teruskan perjalanan ke Bukit Fraser. Ketika itu, kami menggunakan laluan di Kuala Kubu Bharu iaitu Jalan Persekutuan 53. Sebelanium itu, kami bergambar berhampiran tepi Empangan Sungai Selangor, Ampang Pechah. Tak silap aku, tempat tu jugak dijadikan penggambaran Cicakman 2 yang mana empangan ni jadi Empangan Metrofulus yang dicemari dengan 'air hitam'.....hehe
Pintu masuk bangunan pengurusan Empangan Sungai Selangor....



sikit posing.....

Memang jalan bengkang-bengkok. Jalan macam ni mengingatkan aku terhadap percutian aku ke Cameron Highlands tak silap aku pada tahun 2009. Kami menggunakan laluan dari Tapah. Jalan kat sana memang bengkang-bengkok sampai rasa nak loya. Abah pun sampai terpaksa memperlahankan kereta (ketika itu kami menggunakan Naza Citra). Aku pulak sibuk main PSP, hmmmmm padan muka aku la.........nak hilangkan pening konon, lagi pening adalah! Sejak itu, kalau nak pergi Cameron Highlands, kami pakai jalan lalu Simpang Pulai.....


Tempat sebelum gambar ini diambir merupakan lokasi Sir Henry Gurney dibunuh oleh Komunis pada tahun 1951

Sampai di The Gap

Pintu masuk ke Bukit Fraser dari arah Selangor....

Pukul 3.30 petang, barulah kami sampai ke The Gap, tempat pintu masuk ke Bukit Fraser. Ada yang bagitau, ada lagi satu jalan sudah ada dua lorong....Tapi rupanya pada hari kami pulang, masih satu hala. Selepas lalu bengkang bengkok (part 2, Bukit Fraser), akhirnya kami sampai ke Bukit Fraser yang pada masa baru masuk negeri Pahang....
Hmmmm...jalan sehala saja

Papan tanda ke tempat-tempat peranginan

Jalan masuk ke Bukit Fraser....

Pejabat Pos
Tempat yang tak boleh terlepas pandang jika berkunjung ke Bukit Fraser

Hotel The Pines

Ada hari keluarga kott......


Kami menginap di hotel The Pines......dan tinggal di bilik yang dijaga oleh Bank Negara Malaysia. Eh, aku fikir pelik jugak, dua pengurusankah?. Yang tu aku bicara nanti...Lepas selesai letak barang segala bagai dan solat, kami keluar jalan-jalan ke pusat bandar. Sememangnya kunjungan ke Bukit Fraser tidak akan lengkap kalau tak ambil gambar menara jam di hadapan pintu masuk ke Bukit Fraser.........

Gambar yang memang wajib kena ambik....

Bangunan balai polis Bukit Fraser...sekarang dah berusia 97 tahun.......

Di pusat bandar juga terdapat pejabat pos lama yang sampai ke hari ini masih digunakan sebagai pejabat. Belum sempat nak terus ambik gambar, hujan pun dah turun. Kami terus pulang ke hotel selepas itu. Sewaktu kami sampai di hotel, Angah ,Kak Farra dan Zara pun dah sampai ke hotel.....Selepas itu, kami adakan makan malam dengan ada sedikit hidangan steamboat........

Bersambung...




Jumaat, 7 Oktober 2016

Coretan Majlis Graduasi Sekolah 2016 @ MSU Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali, aku minta maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini, tak cukup dengan itu, cerita pasal Hari Raya Aidilfitri 2016 dan percutian ke Bukit Fraser pun tak habis lagi macam tu je.... Tapi tak apa, aku akan cuba cari masa untuk meneruskan penulisan aku. Hari ini aku menulis tentang coretan aku ke majlis graduasi sekolah pada tahun ini di Dewan Canselor, MSU Seksyen 13 Shah Alam., semalam (6 Oktober 2016)

Sepengetahuan aku, majlis ini sudah lama dirancang dalam takwim sekolah. Tahun ini merupakan tahun kedua majlis diadakan di dewan tersebut. Cakap pasal Dewan Canselor MSU, aku sudah 2 kali pergi ke dewan berkenaan iaitu ketika teknik menjawab Ekonomi Asas (22 September 2016) dan Sejarah (23 September 2016). Pada masa yang sama, ini dah kali keempat aku pergi ke MSU sejak pertama kali aku menjejakkan kaki ke universiti ini untuk teknik menjawab Bahasa Melayu. 

Beberapa hari sebelum majlis tersebut, aku dan kawan-kawan kelas aku pernah diberi jubah serta hud, tapi perlu membayar RM60 tak silap aku sebagai sewa. Pada hari Selasa (4 Oktober), aku menandatangani perakuan untuk menjaga pakaian 'konvo' tersebut. KALAU ADA ROSAK KE APA KE, KENA BAYAQ RM400 SEBAGAI DENDA! Hmmmmm......berat nanang bohh, memang dok leh gosok, rosak lagu nie.......keno jago baik-baik.

Malam sebelum hari graduasi, abah ada membeli kemeja baru untuk aku selepas pernah cuba kemeja-kemeja abah sebelum ni, tapi tak ngam. Seluar slack tu pulak dah beli di Subang Parade, Isnin lepas. Kasut pulak aku pinjam daripada abah.......tak mau cerita panjang 'prior to the day'.

6 Oktober 2016, hari itu sudah sampai. Aku pergi ke sekolah kira-kira 6.45 pagi dengan abah. Sampai saja di sekolah, ramai dah sudah berkumpul di sekolah dengan berbaju formal. Sementara tunggu bas tiba pada pukul 7.30 pagi, aku jumpa kawan-kawan aku sementara. Aku perhati saja pakaian mereka, ada yang pakai tuxedo penuh derrr.........hmmm jeles aku dibuatnya, aku cuma pakai kemeja dan tie saja, itupun member-member nampak aku macam pilot....hareeeee.... Anyway, sepatutnya aku daftar di pintu masuk utama sekolah tapi malangnya tak de, kena jugak la tunggu bas.

Azid, Faeq, Syafi dan Syahid dengan pakaian formal masing-masing.....

Aina, Farah dan Syafia.

Imran, Zulfadhily dam Aqil

Rakan-rakan sekelas aku....
''ermmm, kita tengok sape menang''.....
Ada jugak yang sudah pergi lebih awal, aku je nak pergi dengan kawan-kawan lambat. Selepas bas dah sampai, aku kena tolong bawak makanan sarapan pagi untuk diberi kepada pelajar-pelajar sebagai isi perut. Sewaktu dalam perjalanan, kami melalui Lebuhraya Persekutuan FT2 untuk cepat sampai ke MSU. Malangnya, ketika hampir nak sampai, alaaaaaaa jem pulak!! Aku perhati saja beberapa pemandu 'gatal tangan' pakai laluan kecemasan (tolong pesan pembaca yang berstatus pemandu, jangan pakai laluan kecemasan ya!). Kami tiba di MSU agak sedikit lewat daripada jadual asal iaitu daripada 8.00 pagi kepada kira-kira 8.05 pagi.
Member aku, Kaveenesh....

Menunggu untuk naik bas

Aku dengan Azrai duk sebelah...

Tadaaaaa....Mikhail di sini......

Kami berkumpul di dataran terbuka MSU untuk pakai jubah dan hud sebelum masuk ke Dewan Canselor. Sesudah memakai pakaian tersebut, aku mengambil gambar sekitar MSU, termasuk selfie dengan kawan-kawan sekelas yang gelagat aku telah dirakam oleh pegawai MSU dan dimasukkan dalam montaj MSU TV........... 
Tiba di Persiaran Sukan

Proton Persona baru sudah mariiiiii........hmm baru sebulan lebih dilancarkan...
Ramai gila.........pelajar sekolah lain pun ada....

Sibuk memakai hud....

Aku dalam berpakaian konvo....

Inilah selfie yang dirakam oleh abam MSU sampai masuk video........

Kami mula memasuki ke Dewan Canselor pada pukul 8.30 pagi......Pada masa yang sama jugak, eerrrrrrrrrrrr aku nak pergi buang air kecil pulak tapi terpaksalah tahan sehingga waktu rehat pertama. Selepas ketibaan semua pelajar dan guru di dewan tersebut, semua duduk mendengar taklimat mengenai MSU. Aku suka nak mengatakan, majlis ini turut dihadiri oleh pelajar-pelajar dari SMK SSAAS, SMK Puchong Perdana, SMK Seksyen 24 1 dan 2, malah ada juga yang datang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Azam, Zarul dan Yusuf

Isqandar dan Azrai dengan berpakaian konvo....

Aku dengan Zul, sepatutnya dialah dapat anugerah pelajar sastera....math dia boleh tahan jugak

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan bacaan doa. Kemudian, disusuli dengan ucapan oleh pengetua SMK Puchong Perdana, mewakili semua pengetua-pengetua yang hadir pada hari tersebut. Antara inti patinya ialah (yang aku sempat catat):

  1. Harapan suasana majlis tersebut dapat memberi suntikan semangat bagi pelajar-pelajar bagi menghadapi SPM.
  2. Aktitviti kokurikulum bagi melatih kepimpinan dalam diri dan pada masa yang sama mewujudkan insan yang seimbang. 
Mummy dan abah sudah sampai.......
Zul yang ambik gambar tu........
Memang ramai....(abah ambil gambar ni)
Selesai ucapan tersebut, tibalah ucapan oleh Presiden MSU, Tan Sri Dato Wira Dr. Mohd Shukri Ab Yajid. Ada juga sesi sorakan oleh pelajar-pelajar mengikut urutan sekolah yang paling ramai. Sekolah akulah yang paling ramai. Ok, antara inti patinya, yang aku sempat catat:

  1. Makna program tersebut ialah, menentukan permuafakatan pendidikan menjadi teras utama dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (mohon perbetulkan kalau ada sedikit kesilapan). Selain itu, ia turut membuktikan bahawa sistem pendidikan  negara berada dalam paras yang tinggi,
  2. Masa depan negara bergantung kepada para pelajar bagi memastikan Malaysia terus berdaya saing atau kita terus ketinggalan. (lebih kurang macam tu la)

Tan Sri juga ada menyebut 6C yang perlu diamalkan oleh pelajar, tetapi beliau hanya menyebut tiga sahaja memandangkan masa amat terhad, ini yang beliau sempat sebut:
Ucapan oleh Tan Sri, Presiden MSU....

  1. CHOICES (Pilihan),iaitu pelajar menentukan sendiri masa depan berdasarkan kemampuan dan keupayaan pelajar untuk meneruskan kejayaan pada masa hadapan.
  2. COMPETITION (Persaingan)- Setiap pelajar perlu mempunyai semangat daya saing yang tinggi bukan sahaja untuk kejayaan diri, malah untuk negara secara keseluruhannya. Jika tiada daya saing, kita akan ketinggalan.
  3. CONNECTIVITY (Perhubungan)- Abad ke-21 ini merupakan zaman IT. Jika sebelum ini, ilmu pengetahuan hanya mampu diperolehi melalui perpustakaan kebanyakannya, tetapi pada hari ini, semuanya di hujung jari. Oleh itu, individu perlu memanfaatkan perkara ini bagi meningkatkan daya saing.

Sesudah ucapan tersebut, tibalah masa rehat pertama. Tiba masanya jugalah aku membuang air kecil....ahhhhh lega. Aku jumpa Mummy dan abah selepas itu. Selepas persembahan waktu rehat pertama tamat, tiba masanya untuk penyerahan sijil graduasi. Dimulakan dengan SMK SSAAS (tak silap aku). Tak perlu nak cerita panjang pasal ni......
Majlis bermula.....
Ambik gambar ramai-ramai yang lain
Dengan kawan perempuan sekelas aku...
Seronok nampak.....
Arisya giving 'peace' sign....

Aku and the gang....

Azraiiiii.......
Selepas waktu rehat kedua, tiba giliran SMK Seksyen 7 Shah Alam untuk menerima sijil graduasi daripada Presiden MSU. Dimulakan dengan kelas 5 Sains 1. Setibanya giliran kelas 5 Akaun (nasib baiklah tak sebut nama), aku agak sedikit nervous sebab akulah paling depan. Lega sedikit bila menerima sijil tersebut daripada Tan Sri. Pada masa yang sama jugak, mummy dan abah ambil gambar aku. Selepas itu, aku dan Syarina diberi taklimat bagi perubahan tempat duduk belakang bagi anugerah pelajar terbaik.

Tiba giliran sekolah aku.....

Menerima sijil graduai daripada Tan Sri...
Waktu rehat ketiga menyusul dengan persembahan nyanyian. Selepas itu, sekolah-sekolah lain mula mengambil sijil graduasi masing-masing. Pada masa yang sama juga, aku kena pergi ke belakang bersama mummy dan abah. Jam sudah pukul 1.00 petang ketika itu, persembahan montaj oleh MSU TV pula, emmmmm....baca tulisan ungu di atas.......
Member-member aku...

Persembahan video.....

Kini tiba masanya untuk hadiah pelajar terbaik......berbaris sesama ibu bapa dan pelajar yang terlibat (termasuk aku). Satu persatu nama sekolah dan pelajar diumumkan, tiba giliran aku pula. Ni best nak cerita ni, semasa aku menghampiri Tan Sri, beliau cakap kat aku, "Ramai peminat". Aku kelu nak jawab apa sebab aku perhati ramai rakan-rakan sekolah menyorak untuk aku......macam penyokong bola sepak pulak, tak tahu pula kalau pelajar perempuan pun terikut sama....Kemudian, Tan Sri bertanya kepada aku tentang cita-cita aku, aku pun jawablah sebagai ahli ekonomi.....sebab bidang ekonomi (dan juga sejarah) jadi minat aku. Kemudian, Tan Sri menyerahkan cenderamata kepada aku dan juga jambangan bunga kepada mummy dan abah......Sebelum beredar, Tan Sri sempat bertanya kepada abah tentang kerjaya abah kini........
Aku, mummy, abah, Tan Sri dan Bonda Pengetua.....
Kami tunggu di luar sementara menunggu majlis tamat bagi sesi bergambar. Pada ketika sesi bergambar, aku bergambar di hadapan sekali. Di belakang Tan Sri pulak tu dengan Pn. Siti Salmiah, pengetua SMKS7 Shah Alam. Ada satu video sorakan daripada setiap sekolah.......selepas itu tamatlah sudah majlis graduasi dan sesi makan menyusul.

Aku pada awalnya nak balik dengan mummy dan abah terus ke rumah sampai bersalam dengan semua kawan yang berhampiran untuk balik dan sudahpun minta kepada cikgu. Tapi kerana semata-mata untuk bergambar dengan kawan-kawan aku, maka aku terpaksa batalkan hasrat dan makan bersama kawan-kawan dan naik bas bersama-sama........minta maaf ya! Ada sebab kenapa mummy dan abah terpaksa balik cepat, Shadiq kat rumah lapar..........aiyaaaaaaa!

Selepas selesai bergambar dan makan sikit je, aku naik bas bersama-sama Shaqqer, Azrai, Syahid, Azid, Wafi,  Zulqarnain and the gang balik ke sekolah dengan naik bas. Waktu sudah pukul 3.20 petang ketika sampai ke sekolah dan alaaaaaa TAK SOLAT LAGI!!!! Nasib baiklah sempat......
wekkkkkkk........


Selesai solat, aku pulang ke rumah dengan parents aku. Sebelum itu, aku makan bersama-sama mereka di kedai soto Seksyen 8.......

Sampai di sini sahaja coretan aku majlis Graduasi sekolah di MSU pada hari ini. Tunggu entri-entri seterusnya......Wassalam. Kepada kawan-kawan yang mengambil SPM tahun ini, I wish good luck to you all!

Sabtu, 24 September 2016

HARI RAYA AIDILADHA 2016/1437H

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua,
Hari ini aku nak tulis pasal cerita aku ketika sambutan hari raya Aidiladha pada tahun ini 2016.....sebelum itu, masih belum lewat untuk mengucapkan Selamat Hari Malaysia ke-53.

11/9/2016
Petang itu kami sekeluarga pergi ke rumah Atuk di Ampang Jaya untuk beraya di sana. Tidak seperti Hari Raya Aidilfitri, persiapan untuk perayaan tersebut sekadar sederhana sahaja. Malam itu, ada lah sikit persiapan juadah untuk keesokkan harinya.
Siaran langsung  khutbah Wuquf....
12/9/2016
Pagi itu berlaku hujan di Ampang. Pada awal 8.00 pagi, semua hampir sudah siap untuk  menunaikan solat Sunat Hari Raya Aidiladha. Seperti ketika Aidilfitri, kami solat di Madrasah Ihsaniah. Khutbah pada kali ini aku tak berapa ingat, nanti tolong terangkan apa isi khutbahnya.
Waktu ketika itu hujan....
Sama seperti Aidilfitri, terdapat majlis bertakbir dan berdoa disusuli dengan jamuan. Hidangannya hampir sama sahaja seperti Aidilfitri, yakni nasi lemak, bihun dan sebagainya.

Duduk menung apa tu???
Pada pukul 11.00 pagi, aku ikut abah pergi tengok lembu korban di madrasah berkenaan. Aku menyaksikan kira-kira tiga lembu disembelih untuk disedekahkan kepada penduduk setempat seperti fakir dan miskin. Aku melihat sendiri bagaimana proses penyembelihan mengikut syarak. Mula-mula sekali, lembu akan diikat pada kaki selepas dijatuhkan. Kemudian, lembu tersebut dibawa ke ke tempat yang mempunyai lubang untuk menampung pengeluaran darah.

Kemudian, penyembelihan dimulakan dengan lafaz takbir raya. Seperti yang ditetapkan oleh syarak, syarat penyembelihan yang sah adalah terputusnya urat marih dan errr...tak ingat pula apa dia? Aku masih ingat lagi yang penyembelihan pernah belajar dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan Empat (harap keluar SPM tahun ini) dan mata pelajarah Fekah di sekolah agama sewaktu sekolah rendah.

Selepas lembu ketiga itu, kami pulang ke rumah semula. Setiap masa, ada saja ramai tetamu yang hadir ke rumah tersebut. Antara yang datang ialah Nek Yah, Achik Boy, Nek Su dan Tok Su (Syahir tak dapat datang kerana dikatakan sakit perut). 

Petang itu, aku pergi dekat dengan lembu yang diikat tepi tiang lampu di hadapan rumah. Rasa macam nak cuba kacau tapi, bukan tabiat aku ya.....
Moooooooo............
Pada waktu malam, Nenek Mariatul dan keluarganya datang beraya ke rumah Atuk. Ada masnya aku bersembang dengan mereka. Pada kira-kira pukul 10.00 malam, kami pulang semula ke Shah Alam. 

Itu sahaja coretan Hari Raya Aidiladha kali ini. Kalau ada masa, aku sambung tulis cerita Hari Raya Aidilfitri 1437H..........jumpa lagi.