Jumaat, 28 Mei 2021

HARI RAYA PKP 2021/1442 H

 Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Terlebih dahulu aku minta maaf sebab lama sangat aku biarkan blog ni bersawang tanpa apa-apa post yang baru, tapi bila dah nak cuti Gawai ni dalam seminggu ni, adalah jugak masa aku nak tulis coretan aku kali ini. Sebelum ni sibuk jugalah dengan assignment, quiz dan sebagainya sampai kurang ciked masa untuk update blog...termasuk nak buat dropship perniagaan untuk subjek ENT530.

Oh ya, memandangkan ketika aku menulis coretan ini masih dalam bulan Syawal, masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua para muslimin dan muslimat. Dan jugak selamat berpuasa 6 hari kepada semua yang sedang tunaikannya. Hari ini aku nak coret sedikit hari raya 2021 ni.

Aku rasa raya tahun ini memang lain sangat. Sebab? Raya tahun ini aku dan keluarga aku hanya beraya di rumah di Shah Alam saja. Tak macam sebelum ni, tiap-tiap menjelang hari raya saja terus ke rumah Wan dan Atok di Ampang sejak 2014 lagi-lagi sejak arwah atok Ton meninggal September 2014. Hidangan dia tak lain tak bukan mesti nasi lemak..pagi, tengah hari, malam makan nasi lemakkk je, Dan sudah tentulah ramai orang datang nak beraya. Boleh rujuk posting-posting aku sebelum ni pasal raya di labels Hari Raya.

Tahun ni raya kat rumah sebab, PKP! Berbanding tahun lepas, kami boleh pergi ke Ampang merentas daerah sebab masa tu kes berpuluh saja yang menyebabkan PKPB saja. Kali ini, kes COVID dah mencecah empat angka. Disebabkan itu, semua tak boleh merentas daerah/negeri dan tak digalakkan ziarah raya. Ini semua nak meringankan beban frontliners yang....susah nak cakap, memang dah terbeban, ICU makin penuh ditambah dengan kemalangan LRT baru beberapa hari lepas. Tapi malangnya masa raya masih ada lagi nak gian nak berziarah, hasilnya, kes dah cecah hampir 8 ribu setakat ketika aku menulis! Selangor, walaupun terpaling tertinggi kes, tapi ini sebab mass testing yang dibuat tiap-tiap DUN.

Ok, dah aku membebel pasal PKP,PKPB ni semua. Hari ini aku nak cerita apa yang kami buat masa raya kat rumah 13 Mei hari itu. Seperti biasa, kami kena bangun awal untuk nanti nak solat hari raya...tapi kena isi perut dululah sebelum tu. Solat berlima sekeluarga je.... Khutbah kali ini abah yg kena sampaikan khutbah. Tajuknya ialah "AIDILFITRI DIRAI, KELUARGA DISANTUNI" yang disediakan oleh JAKIM kalau tak silap.

Ngantukkk....just kidding.


Bersalam dengan Shabil

Bersalam dengan Shadiq




Selesai solat raya, kami makan menjamu selera sesama keluarga je. Aku ingat aku makan nasi impit dan kuah dia. Sedap jugak dia punya kuah. Lepas selesai makan, kami duduk je la sambil tengok TV. 

Ni je la gambar makan-makan yang ada.

With emoji kiss..hihi.

Petang tu, kami semua bergambar sama-sama. Macam-macam versi pun ada la. 



























































Lewat petang, kami sempat berkomunikasi dengan wan, Atok dan Pak Su pakai video call je. ...ok la dapat bersembang walaupun pakai phone je.

So itu saja lah coretan aku hari raya 2021 ni. Sebelum aku akhiri coretan ni, jaga diri dan sentiasa patuhi SOP. Kayangan atau ahli politikus langgar SOP? Bior ke deme...deme masuk gaung, jangan kita pulak ikut sekali masuk gaung!

Wassalam dan Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Minal aidil wal fai'izin.


Sabtu, 27 Mac 2021

Buat vlog....marathon birthday family

 Assalamualaikum dan salam sejahtera guys,

Haa...apa kabo semua. Lama dah blog aku bersarang tak post apa-apa sejak last post, iaitu masa hari last cuti kat Taiwan tahun lepas (disclaimer: ni sebelum wabak COVID-19 menggila sampai semua tak boleh keluar negara). Alhamduillah, exam habis, semester 3 pun dah abis, sekarang tengah cuti semester sementara tunggu semester 4 bulan Mac ni. Sekarang dah tahun 2021, ni first blogpost tahun ni. Aku ada nak cerita sikit pasal  buat Vlog...vlog ye bukan Blog.

Selama ni aku selalu gak tulis apa2 benda dalam blog ni. Tapi maybe buat-buat ambil pendekatan 'malas', tu yang aku buat video. Alang-alang masih tengah cuti semester ni sebelum semester baru Mac 2021 ni...aku kena buatlah something.

Satu lagi sebab kenapa aku buat video, sebab nak keluarkan yang ada dalam phone aku, nanti penuh tak boleh lagi ambik gambar lagi. Walaupun masih lagi ada space lagi, tapi better kurangkan.

Okey, apa video aku buat kali ni? Video ni pasal marathon birthday family aku dari Shadiq pada 29 Januari lepas, Mummy 15 Februari dan last sekali abah 21 Februari. 


Apapun, kalau suka tekan Like, Share dan subscribe channel YouTube 'Sheikh Shazwan'. Itu saja coretan aku hari ini. Since hari yang aku tulis ni dah nak dekat semester baru UiTM, all the best luck for this new semester. Wassalam.

Jumaat, 20 November 2020

Jalan-jalan Taiwan :PART AKHIR

 Assalamualaikum geng,

Hari ni aku nak sambung part last aku untuk cuti-cuti di Taiwan ni. Hari itu ialah 24 Januari lepas.

Pagi itu dalam pukul 11.00 pagi sebelum nak keluar tu, kami pergi makan pagi sikit kat Starbucks paling kurang pun dengan croissant dan roti. Sekurang-kurangnya dapatlah jugak isi perut  sebelum keluar meninggalkan Taiwan.



Starbucks dulu...


Tunggu tren sampai


Ada tapak arkeologi dalam stesen ni....








Dalam tengah dalam perjalanan naik ke stesen, lepas turun kat Beimen Station, sempat lagilah bergambar kat tempat-tempat bersejarah dalam bangunan stesen Taipei. Aku ulang balik, DALAM BANGUNAN KOMPLEKS STESEN BAWAH TANAH OI! Siap ada tapak arkeologi pulak tu, lupa lak apa nama dia masa aku tengah tulis ni.

Jalan-jalan kejap dalam Taipei City Mall.

Selesai dah hantar beg dari stesen (rather than sampai stesen baru nak hantar), kami pergilah jap jalan-jalan dalam satu pusat beli-belah iaitu Taipei City Mall yang bersebelahan dengan kawasan stesen. Time ni jugak kitaorang beli barang sebelum kami pergi ke stesen. 

Berkabus woi...

Pukul 3 petang lebih, kami barulah naik kereta api pergi ke airport Taipei, tapi kali ni naik yang express version yang tak perlu stop tiap-tiap stesen masa kami sampai dulu. Senang, cepat sikit sampai. Dah check in beg, makan2 kejap dalam satu kedai, aku pun dah lupa mana ntah....

Dah nak masuk malam, barulah kami naik kapal terbang AirAsia..




Au revoir Taiwan


In flight makanan..


Sampei kolumpo...


Sampai kat KLIA 2, lepas dah check imigresen semua, aku tetiba tengok ramai ramai yang sangkut kat aisle lain, eh pasai apa ek? Sampai aku tengah menulis sekarang, aku tak pasti diorang kena check apa. Tapi masa ni ada kes virus dekat China iaitu Novel Coronavirus. Masa ni belum lagi digelar COVID-19 lagi ni macam sekarang yang aku tengah dok tulis ni. 

Tapi aku tak nak fikir apa-apa, yang penting alhamdulillah selamat balik. Then pegi terus ambil beg.

Sekian tamat coretan aku di Taiwan Januari & Februari 2020, wassalam. Kalau nak baca coretan-coretan aku yang lain di Taiwan boleh tekan mana-mana di bawah.

HARI PERTAMA - Jalan-jalan

HARI KE-2 - Leofoo Theme Park

HARI KE-3 - Taipei 101

HARI KE-4 - Yehliu, Shifen dan Jiufen

HARI KE-5 - Memorial dan beli-belah