Isnin, 28 Disember 2015

Cuti ke Jerman/ Holiday to Germany (MUNICH: 4 Disember 2015)

4 Disember 2015
Kami keluar hotel kira-kira pukul 9.00 pagi. Kena keluar cepat-cepat pasal waktu siang pun kejap saja dan mesti pergi ke tempat-tempat menarik di Munich. Kami mula-mula singgah makan di kedai makan Uyghur berhampiran dengan Hauptbahnhof. Kami pergi ke sana menggunakan tram (Macam standard pulak sistem tram di setiap bandar besar di Jerman....rasanya boleh tak mana-mana bandar di Malaysia buat macam tu)

Burp....habis makan, kami pergi terus ke Marienplatz. Kali ini pergi pakai S-Bahn (Boleh kata sistem kereta api komuter + sistem transit massa. Lebih kurang ala KTM Komuter di Lembah Klang). Cerita sikit pasal Marienplatz, tempat tu sebenarnya merupakan kawasan urban penting zaman Pertengahan. Dekat situ juga ada bangunan-bangunan lama yang dibina di situ. Apa lagi, kami ambil gambarlah tapi pasal cahaya punya pasal, ada beberapa gambar yang bangunanmya terang tapi orangnya 'gelap'.


Neues Rathaus



Antara gambar yang kami ambil ialah Neues Rathaus. Bangunan tersebut merupakan bangunan majlis perbandaran bagi Munich. Boleh lihat saja rupa bangunan itu yang mengandungi elemen Gothic. 

Sebenarnya kami tak lama di Marienplatz sebab ada tempat lain nak kena pergi. Puas sedah kami ambil gambar, kami pergi terus ke Muzium BMW yang terletak berhampiran dengan Olympiastadion (Rasanya kawasan Olympiastadion pernah pakai untuk sukan Olimpik 1972....masa tu pasukan bola sepak Malaysia pernah layak dalam sukan tersebut). 



Menara ibu pejabat BMW


Sebelum masuk ke muzium tersebut, kami ada ambil gambar-gambar kenangan dulu.

Dekat muzium tersebut, mula-mula kami pergi ke muzium Mini (syarikat kereta British yang kini dimiliki oleh BMW). Lama juga sejarah syarikat kereta British itu. Tak silap aku mula wujud dalam tahun 1950-an. Keretanya kecil saja, sebab kereta mini. Memang menarik rupa kereta tersebut. Kereta kecil tersebut merupakan identiti kepada United Kingdom sampailah ke hari ini (jika di Malaysia, kita ada Proton Saga (1985) bukan setakat simbol kepada kejayaan negara malah juga peralihan daripada negara pertanian kepada negara perindustrian sebagaimana Jepun dan Korea Selatan).  Sejak kereta ini dihasilkan, macam-macam versi kereta ni ada, rupa coupe, lori kecikla dan macam-macam lagi versi. 
Call sape lak tu.....

Mr. Bean dan Mini berpisah tiada.......tiap-tiap episod ada kereta tu...


Kereta Mini yang pertama......

Sejak dimiliki oleh syarikat BMW, kini macam-macam kereta baru dihasilkan oleh Mini, seperti Mini rupa baru, SUV dan lain-lain. Ada jugak rupa limousin panjang gila. 
Macam-macam versi Mini

Fuhh...pernah jadi kereta lumba

Nilah limousin panjang tu......

Mini generasi baru

Seterusnya, kitaorang pergi pulak ke sejarah BMW pulak. Sejarah boleh kata bermula dalam sekitar 1912. Keretanya cuma kecil saja yang berasaskan kepada kereta British. Banyak varian-varian enjin telah dihasilkan. Namun, ketika itu enjin-enjin tersebut untuk kegunaan kapal-kapal terbang dan motosikal. Tak silap aku, mereka mula aktif buat kereta selepas Perang Dunia ke-II. Sejak itu, macam-macam kereta baru yang dihasilkan oleh BMW (nama panjangnya Bavaria Motor Werke).
Nilah kereta BMW yang awal-awal



Enjin BMW dulu lebih kepada kapal terbang.....

Dalam masa itu jugak, BMW jugak aktif dalam sukan permotoran. Antaranya seperti Formula One (syarikat minyak kita, Petronas pernah jadi penaja tetapi kini dengan Mercedes (nanti aku cerita masa aku di Stuttgart)). Sebelum habis lawatan, aku ada tengok kereta-kereta BMW versi lumba dan juga konsep kereta masa depan. Sebelum kami keluar, kami pergi tengok-tengok kejap di kedai souvenir kalau ada nak beli.
Pakaian  F1 

Kereta F1......ada logo syarikat minyok kite bohh....

Historical BMW cars lineup...

Motosikal....

Design pakai clay....salah satu proses nak buat kereta

Ada cawangan BMW di Cyberjaya....


Kereta BMW baru.....
Menara TV di Olympiastadion....

Bangunan BMW Welt....

Tunggu tren

Stesen Hauptbahnhof

Dah mai......

Kami balik hotel sekejap untuk rehat dan solat. Pada waktu malam, kami rancang nak pergi ke Hard Rock Cafe Munich di Marienplatz. Naik tram jugak tapi, aik apasal tak gerak-gerak......RUPANYA MASA TU, no service for today pasal ada kereta termasuk dalam landasan. Mana tak nya, tayar termasuk takut tren terlanggar nanti....mau nahas nanti.

Hmmm..tak de rezekila nak pergi sana....kami pun balik semula ke hotel......Munich, check......

Next....Stuttgart

Khamis, 24 Disember 2015

Cuti ke Jerman/ Holiday to Germany (OTW KE MUNICH: 3 Disember 2015)

3 Disember 2015
Hari ini kitaorang kena check out hotel untuk pergi ke Munich, Bavaria. Kena kemas cepat sikit la...
Waktu pagi di Dresden

Selepas selesai kemas, abah letakkan nota atas meja sebelum keluar. Sebelum pergi, kitaorang singgah di pasaraya Bekka untuk beli sedikit barang.

Kitaorang teruskan perjalanan selepas itu. Kitaorang singgah di Mcdonalds dulu. Destinasi pertama ialah pergi ke Adidas Factory Outlet di Nurnberg (Herzogenaurach). Dekat sana barang sukan Adidas semua ada di situ. Aku ada beli satu baju di  situ. Selepas itu, kitaorang teruskan perjalanan kitaorang ke Munich.


Selamat tinggal hotel....huhu
Pandangan kawasan 'suburb' Dresden
Auf widersehen, Dresden!
Singgah jap di outlet....
Ni dia...Allianz Arena
Sebahagian bandar Munich, mungkin CBD kot.....
Bila baru nak sampai di Munich, kena hadap jem la.....baru pertama kali trip kami ke Jerman kena hadap jem.....macam tak ada beza seperti lalu jem di Lebuhraya Persekutuan. Tapi nasib baiklah sekejap je....Banyak tempat lalu dan 'kenal pasti' untuk jalan-jalan esok, antaranya seperti Muzium BMW, Allianz Arena dan....tu je...

Kami sampai ke hotel Meiniger kira-kira pukul 7.00 malam waktu tempatan. Bersambung...jalan-jalan Munich...

Cuti di Jerman/ Holiday to Germany (DRESDEN: 2 Disember 2015)

2 Disember 2015

Kitaorang keluar hotel ketika dah nak tengah hari dan beli tiket untuk naik trem untuk ke pusat bandar Dresden. Sama jugak di Berlin, beli secara mesin je tapi kena pilih tiket harian saja sebab kitaorang pun bukannya lama di sini. Selesai beli tiket, kitaorang tungu trem sampai ke stesen. Kitaorang naik trem ke destinasi menuju ke Prohlis (bukannya pergi ke sana terus tapi berhenti di pusat bandar). 

Waktu pagi di Dresden (Zeit morgen in Dresden)

Beli tiket time tu...


Dalam kereta api


Kami sampai di stesen Postplatz (yang berdekatan dengan kompleks beli belah). Lepas turun, abah ada pergi tercari-cari benda seseuatu. Rupanya, topi sejuknya TERTINGGAL DALAM TREM! haissshh......nampaknya kenalah pinjam topi sejuk Shabil. Kami kemudiannya masuk ke pusat beli-belah Altmarkt. Rasa macam lebih kurang je dengan mana s-mana pusat-beli belah di Kuala Lumpur.

Kami bersiar-siar sekitar tempat tersebut. Adakalanya penat, ada belanja ais krim sekali. Pergi sana pun pasal nak tengok-tengok barang je. Sebelum keluar, kami layan makan roti di kedai roti yang dekat pintu masuk.

Kami kemudiannya terus ke landmark-landmark di Dresden. Kami pergi ke Zwinger, salah satu bangunan cantik di Eropah. Bangunan ini sebenarnya tempat pameran kesenian yang berkaitan. Tapi pasal tak nak lama-lama di sana, kami pakat mengambil gambar saja tanpa masuk ke muzium.

Selepas itu, kami pergi ke Dataran Theaterplatz, tempat bangunan-bangunan lama dibina beratus-ratus tahun dulu. Nak cerita sikitlah pasal Dresden ni. Semasa era Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur), Dresden merupakan pusat perindustrian penting. Namun malangnya ketika itu, bangunan-bangunan lama yang rosak ekoran Perang Dunia ke-II tidak dipelihara (kalau silap tolong betulkan) sehinggalah penyatuan Jerman pada 1990 (Selepas penyatuan Jerman, kerajaan memandang serius tentang pemeliharaan bangunan lama bagi identiti sesebuah negara. Aku harap perkara ni jadi contoh bagi pihak yang berkaitan dengan kebudayaan dan warisan di Malaysia supaya ambil berat.)

Kawasan lapang di Zwinger

Salah satu bahagian bangunan di Zwinger
Kembali semula cerita di Theaterplatz, banyak bangunan yang aku ambil gambar. Antaranya, Bangunan Sachsische Staatsoper (tempat berlangsungya opera), Patung Raja Johann bagi Saxon, Residenzschloss dan bangunan-bangunan lama lain. Lepas puas berselfie bergambar, kami mula berjalan sepanjang jambatan Augustusbrucke. Ni pasal nak pergi Hard Rock Cafe Dresden.

Bangunan Sachsische Staatsosper



Banyak juga bangunan lama kat sini

Sungai Elbe

Peta Dresden

Bila sudah sampai saja di seberang, eh tak de pulak hard rocknya.....katanya dekat jalan Alaunstrasse. Jadi kami pun berjalanlah sepanjang Hauptstrasse. Senak bbelum itu, kami ke farmasi kejap pasal nak beli ubat kaki. Abah masa tu ada sakit kaki sampai terpaksa berjalan lambat. Kemudian, kami meneruskan perjalanan sampailah ke jalan masuk Alaunstrasse. Masa di Hauptstrasse, ada banyak sangat gerai kat situ.

Kembali pasal Alaunstrasse, kami mula berjalan mencari Hard Rock Cafe. Aku dapati tempat tersebut bernombor 90 ke atas. Jadi terpaksalah berjalan sepanjang jalan tersebut nombor demi nombor. Sampailah ke nombor yang dikehendaki....RUPANYA TAK ADA! penat berjalan cari pastu tak ada lak... dah give up, terpaksalah balik hotel.
Salah satu bangunan moden berdekatan stesen trem...

Bangunan rumah pangsa.....ada ciri-ciri legasi Jerman Timur
Tukar tren demi tren, akhirnya sampai jugak kitaorang ke hotel........

Bersambung.......ke Munich.