Khamis, 24 Disember 2015

Cuti di Jerman/ Holiday to Germany (DRESDEN: 2 Disember 2015)

2 Disember 2015

Kitaorang keluar hotel ketika dah nak tengah hari dan beli tiket untuk naik trem untuk ke pusat bandar Dresden. Sama jugak di Berlin, beli secara mesin je tapi kena pilih tiket harian saja sebab kitaorang pun bukannya lama di sini. Selesai beli tiket, kitaorang tungu trem sampai ke stesen. Kitaorang naik trem ke destinasi menuju ke Prohlis (bukannya pergi ke sana terus tapi berhenti di pusat bandar). 

Waktu pagi di Dresden (Zeit morgen in Dresden)

Beli tiket time tu...


Dalam kereta api


Kami sampai di stesen Postplatz (yang berdekatan dengan kompleks beli belah). Lepas turun, abah ada pergi tercari-cari benda seseuatu. Rupanya, topi sejuknya TERTINGGAL DALAM TREM! haissshh......nampaknya kenalah pinjam topi sejuk Shabil. Kami kemudiannya masuk ke pusat beli-belah Altmarkt. Rasa macam lebih kurang je dengan mana s-mana pusat-beli belah di Kuala Lumpur.

Kami bersiar-siar sekitar tempat tersebut. Adakalanya penat, ada belanja ais krim sekali. Pergi sana pun pasal nak tengok-tengok barang je. Sebelum keluar, kami layan makan roti di kedai roti yang dekat pintu masuk.

Kami kemudiannya terus ke landmark-landmark di Dresden. Kami pergi ke Zwinger, salah satu bangunan cantik di Eropah. Bangunan ini sebenarnya tempat pameran kesenian yang berkaitan. Tapi pasal tak nak lama-lama di sana, kami pakat mengambil gambar saja tanpa masuk ke muzium.

Selepas itu, kami pergi ke Dataran Theaterplatz, tempat bangunan-bangunan lama dibina beratus-ratus tahun dulu. Nak cerita sikitlah pasal Dresden ni. Semasa era Republik Demokratik Jerman (Jerman Timur), Dresden merupakan pusat perindustrian penting. Namun malangnya ketika itu, bangunan-bangunan lama yang rosak ekoran Perang Dunia ke-II tidak dipelihara (kalau silap tolong betulkan) sehinggalah penyatuan Jerman pada 1990 (Selepas penyatuan Jerman, kerajaan memandang serius tentang pemeliharaan bangunan lama bagi identiti sesebuah negara. Aku harap perkara ni jadi contoh bagi pihak yang berkaitan dengan kebudayaan dan warisan di Malaysia supaya ambil berat.)

Kawasan lapang di Zwinger

Salah satu bahagian bangunan di Zwinger
Kembali semula cerita di Theaterplatz, banyak bangunan yang aku ambil gambar. Antaranya, Bangunan Sachsische Staatsoper (tempat berlangsungya opera), Patung Raja Johann bagi Saxon, Residenzschloss dan bangunan-bangunan lama lain. Lepas puas berselfie bergambar, kami mula berjalan sepanjang jambatan Augustusbrucke. Ni pasal nak pergi Hard Rock Cafe Dresden.

Bangunan Sachsische Staatsosper



Banyak juga bangunan lama kat sini

Sungai Elbe

Peta Dresden

Bila sudah sampai saja di seberang, eh tak de pulak hard rocknya.....katanya dekat jalan Alaunstrasse. Jadi kami pun berjalanlah sepanjang Hauptstrasse. Senak bbelum itu, kami ke farmasi kejap pasal nak beli ubat kaki. Abah masa tu ada sakit kaki sampai terpaksa berjalan lambat. Kemudian, kami meneruskan perjalanan sampailah ke jalan masuk Alaunstrasse. Masa di Hauptstrasse, ada banyak sangat gerai kat situ.

Kembali pasal Alaunstrasse, kami mula berjalan mencari Hard Rock Cafe. Aku dapati tempat tersebut bernombor 90 ke atas. Jadi terpaksalah berjalan sepanjang jalan tersebut nombor demi nombor. Sampailah ke nombor yang dikehendaki....RUPANYA TAK ADA! penat berjalan cari pastu tak ada lak... dah give up, terpaksalah balik hotel.
Salah satu bangunan moden berdekatan stesen trem...

Bangunan rumah pangsa.....ada ciri-ciri legasi Jerman Timur
Tukar tren demi tren, akhirnya sampai jugak kitaorang ke hotel........

Bersambung.......ke Munich.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan