Khamis, 20 November 2014

PERCUTIAN KE JEPUN 2013 (25 November 2013) - Tokyo Disneyland


Assalamualaikum,
Dah hari keempat aku dan keluarga aku di Jepun. La ni, kitaorang pi ke Tokyo Disneyland. Kali terakhir aku pergi ke Disneyland masa di Hong Kong dua tahun lepas. Masa tu hari memang cerah (hehe....nasib baik sempat lagi solat subuh sebelum tu). Kena tukar stesen dengan stesen Tokyo dulu sebelum naik satu lagi kereta api ke Tokyo Disneyland Station. Jauh juga....... Pada hari itu, sepanjang hari kitaorang berada kat sana.

Cakap pasal taman tema, benda yang paling aku benci adalah naik rollercoaster. hmmppphhh, nak tau pasai apa? Naik rollercoaster memang pening. Kali terakhir aku naik masa di Tommorowland Hong Kong Disneyland.  Masa dah nak naik, aku dah nervous. Bila turun, memang laju sampai aku jerit. Bila dah keluar dari rollercoaster, aku dah pening. Sekali aku tengok, rollercoaster yang besar, fuhhh.....tak sanggup aku nak naik. Aku dah serik masa tu...
.
Sambung cerita, lepas dah masuk ke Tokyo Disneyland mestilah ambil gambar pintu masuk dulu. Lepas tu, mummy beli token untuk naik monorel masuk ke Disneyland. Aku sedikit teruja pasal dapat masuk. Sebelum nak masuk, kena serahkan tiket yang mummy beli secara online kat Malaysia lepas. Yeaa...dapat masuk... Mummy pun ada bawak guidemap sekali.
Apahal mummy tutup telinga ni....kikiki
Pintu utama.....

Pertama sekali, kitaorang pi ke Adventureland dulu. Ada satu tempat yang naik bot merentasi sungai. Tapi masa nak masuk, alahai punyalah panjang gila. Tapi dapat jugak naik... Masa naik bot, aku nikmati keindahan taman tersebut. Malangnya, aku tak faham penerangan oleh guider pasal semuanya bahasa Jepun (serius aku nak cakap, bilalah taman-taman tema di Malaysia pakai bahasa Melayu 100%. barulah ada rasa bangga sebagai orang Melayu dan anak Malaysia). Lepas dah berapa lama kat sana, kitaorang pun keluar dan pergi ke kedai sekejap. Aku beli aiskrim kar sana. Lepas tu, kitorang jalan-jalan ke Westernland.







Di Westernland, kitaorang dah lapar masa tu jadi mummy dan abah ambil keputusan untuk makan kat satu restoran. Fuhh, nasib baik ada makanan halal. Aku makan kentang goreng dan makanan lain (dah lupa aku makan apa masa tu). Masa kitaorang makan tu, aku dah mula rasa sejuk.....Lepas dah habis makan kitaorang tengok perarakan karakter-karakter Disney. Selepas itu, kitaorang naik Mark Twain Riverboat. Best jugak tengok pemandangan dari atas bot.
.
Lepas tu, abah dengan adik-adik aku nak naik satu ride iaitu, Splash Mountain di Critter Country. Tapi aku tak ikut. Jadi aku temankan mummy jalan- jalan di Critter Country. Tunggu punya tunggu haihhh lamanya. Yalah mentang-mentanglah beratur panjang. Sampai aku dah rasa sejuk. Lepas hampir sejam aku dan mummy barulah aku nampak abah dan adik-adik aku naik ride. Aku ambil gambar masa tu tapi malangnya gambar yang diambil tak jelas. Lepas dah habis, abah ajak aku dan adik-adik aku solat jamak. Selepas solat, kitaorang teruskan bersiar-siar.

Dah habis Critter Country, la ni pi ke Fantasyland. Baru sampai kat sana, fuhhh makin sejuk dan angin tiup memang kuat sampai aku macam ditarik. Pertama sekali di Fantasyland adalah pergi ke Cinderella Castle...yup lambang utama Disneyland. Kat sana ada ala pameran kat situ...Selepas itu, kitaorang pi ke It's A Small World. Kat sana, persembahannya lebih kurang sama je di Hong Kong....Lepas itu adik-adik aku main merry go round sekejap. Selepas itu, kitaorang ada tengok satu perarakan....
Ini dia pintu masuk...

Knight........sib baik tak de orang kat situ


Cerita...


Pintu apa ke bende ni??? kikiki....

Gambar pameran di Cinderella Castle

.....

Bajet nak jadi raja.......

Ambil gambar di pintu keluar...posing dengan mummy.


Tudia.....inilah 'istana'nya

Merry go round....
 Selepas habis di Fantasyland kitaorang pi ke Tommorowland. Kitaorang tidak pergi ke Toontown pasal bosan. Adik aku Shadiq nak naik kereta ala go kart. Aku pun ikut sekalilah. Kat sana memang seronok naik ride. Lepas dah habis, adik aku nak naik lagi dan aku terpaksa ikut itupun mummy abah suruh. Lepas dah habis aku selaki lagi ikut famili aku naik Star Wars ride. Aku sangka ianya merupakan roller coaster. Argh, seperti aku katakan awal tulisan aku, aku fobia naik roller coaster. Tapi bila naik, rupa rupanya bukan roller coaster tetapi sekadar show dalam 3d. Bezanya kerusi aje yang bergoyang. Lepas dah abis, kami dah nak balik ke Okachimachi semula.

Dah habis keluar Disneyland, dah naik monorel, dah sampai masanya naik JR semula. Malangnya, masa dah nak naik kereta api, train tu tak jalan-jalan jugak. Masa tu aku pun tak tau sebabnya. Jadi, punyalah kami tunggu lama kat stesen sampai pukul 12 tengah malam pasal ribut kuat. Faham-faham sajalah, kalau diteruskan aktiviti pengangkutan awam tengah-tengah ribut, nahas jadinya. Sementara menunggu pengumuman, aku lelap sekejap sampailah pengumuman dibuat. Lepas itu, kami bingkas bangun dan terus naik kereta api.

Masa dah sampai ke stesen Tokyo, ramai orang berpusu pusu ke stesen masing masing pasal ramai lambat balik. Akhir sekali kitaorang naik last line sampai ke hotel.....Inilah coretan hari keempat di Jepun.

Seterusnya: Hari ke-5 Jepun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan