Sabtu, 13 Mei 2017

Lesen oh Lesen : Marathon 6 hari kelas memandu...(Part 2)

Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera kepada para pembaca,

Minggu lepas aku post tentang coretan marathon kelas memandu bahagian pertama. Hari ini aku nak sambung balik cerita ni....

24 April 2017
Hari itu merupakan cuti umum sempena pertabalan SPB Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Pada hari-hari awal kelas, aku ada tanya ada atau tidak pada kelas pada hari tersebut pasal takut-takut hari tersebut cuti umum. Ini sebab masa jadual itu disusun, tak tahu pulak akan ada cuti umum sempena pertabalan tersebut. Aku pun agak skeptikal sikit tapi pada hari itu jugak aku pergi ke sekolah memandu tersebut.

Sampai saja di sekolah memandu, macam sesuatu yang tak kena, tak ramai orang di pusat tersebut ditambah dengan penutupan kantin. Bila dah telefon dengan tutor, rupa-rupanya memang sah ditutup kerana cuti umum. Penat sudah bersiap dari rumah lepas kena balik cepat la....

25 April 2017
Hari itu barulah belajar pasal naik bukit dan buat tanjakan. Ada yang mungkin tanya, apa mendenya tanjakan tu? Tanjakan tu lebih kurang macam satu anak tangga ada naik turun sekali. Dalam kes ni, aku kena cuba bawak kereta dalam fasa ni:

  1. Naik tayar depan ke atas tanjakan tapi pastikan jangan terlanggar tiang yang diletakkan di garisan kuning. Kalau terlanggar, memang gagal habis. Kemudian bunyikan hon...
  2. Keluar dari kereta dan letakkan tiang di tepi dan pandu depan sampai kereta betul-betul di atas tanjakan.....
  3. Turunkan kereta dari tanjakan. Kedua-dua sekali....Kemudian, keluar dari kereta dan letakkan tiang di atas garisan merah pulak.
  4. Undur kereta sampai tayar belakang naik atas tanjakan dan berhenti. Bunyikan hon lepas tu....
Dan itu saja bagi tanjakan. Kalau naik bukit pulak, gunakan kuasa yang cukup sampailah atas bukit. Tapi pastikan tayar depan di atas garisan kuning iaitu, paling kurang, tingkap depan selari dengan tiang hitam putih. Kalau terlebih atau terkurang, memang sudah gagal ujian di peringkat tersebut.\


Selepas pembelajaran kedua-dua tersebut, maka lengkap sudah pembelajaran memandu di dalam litar. Sekarang, kena practice pula. Basically aku memang macam seronok macam dapat practice seorang untuk improve kemahiran memandu. Tapi aku tak tau pulak kena macam ikut susunan...haiyaaa....

27 April 2017
Sepatutnya hari itu merupakan hari terakhir kelas memandu tapi pasal cuti umum 24 April masa tu, kena adakan kelas gantilah jawabnya. Ok, sebahagian besar masa aku pada hari itu hanya dihabiskan di dalam litar. Tetapi pada pukul 3.30 petang, akhirnya dapat jugak ada latihan di jalan raya. Unfortunately, there is also some shortcomings that need to improve it.

Aku memang dah ok sikit kalau jalan straight. Dalam pada itu, ada jugak silapnya seperti masa di bulatan rasa macam terlalu dekat sangat jarak kereta. Sebenarnya aku cuba nak elakkan terlalu hampir dengan kereta tapi tutor tegur aku....punahhhh.
Terjumpa kawan sekelas aku, Farhanis!!

Mau tunggu berapa lama ni......

Tengah menunggu giliran...

29 April 2017
Ini merupakan hari terakhir kelas memandu sebelum ujian QTI dan JPJ. Pada petang hari sebelumnya, Uncle Sujend ada menelefon aku untuk maklumkan tentang hari kelas ganti 24 April. Atas sebab nak habiskan kelas secepat mungkin, aku terima untuk menghadiri kelas itu. Masa tu jugak tutor sudah pun tetapkan jadual untuk aku.
Suasana pagi.....

Pada hari kelas yang diadakan waktu pagi, tutor mulakan kelas tersebut dengan nenyuruh aku untuk membuat Rutin Sebelum Memandu (RSM). Ni pasal nanti senang nanti mau ujian. Lepas itu pulak, aku kena buat Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK). Satu benda yang tutor tegur aku ialah cara aku bercakap pasal setiap bahagian kereta. Kadang-kadang aku tergagap sedikit untuk menyebut setiap bahagian kereta, sepatutnya secara spontan saja. Sebabnya, masa untuk buat RPK ni terhad. Lambat sikit, memang nahasla sebab masa berjalan.

Jadi, tutor tersebut mahu aku practice RPK sementara beliau tiada kerana sedang sibuk untuk mengajar bakal-bakal pemandu yang lain. Aku pun practice la RPK sampai lancar dan spontan..Penat wooo mulut nak menyebut RPK bagi setiap bahagian kereta. Nak tahu berapa kali aku practice? 7 KALI DAAA!!! Ingat best sangat penat mulut untuk practice......Pada masa yang sama jugak aku bertemu kenalan baru yang juga sama umur dengan aku dan dia ada bersekolah asrama di Bentong....lupa lak namanya..(nanti aku update dari semasa ke semasa).

Sebahagian besar masa kelas tersebut dihabiskan di RPK dan RSM sampailah pukul 11,45 pagi. Seterusnya, tutor Giri pun suruh aku practice dalam litar. Tak perlu lagi aku sebut setiap satu....semua sudahpun dipelajari pada hari yang sudah-sudah....cuma satu benda yang sikit lucu iaitu masa aku nak masuk simpang sebelum membuat ujian pusingan tiga penjuru. Aku nak pusing masuk ke kiri tapi tak semena-mena terkena divider tepi...itu yang tutor tegur aku tadi......

Semakin hampir ke pukul 1.00 petang, sepatunya aku keluar untuk membuat latihan pemanduan di atas jalan raya tapi terpaksa dibatalkan sebab jalan masuk sedang dibaiki. Hati kecil aku memang ada sedikit hampa....tapi tutor sempat kata yang di dalam litarlahn ujian di jalan raya cuma bezanya ialah kelajuan sahaja. Yang penting banyakkan latihan, tu je.

Habis latihan tu, abah hantar aku balik la time tu....
Tiang tumbang lak.......

Secara overall, aku banyak belajar sepanjang marathon kelas memandu ni. Sekarang, la ni tinggal ujian QTI dan Ujian JPJ saja....memandu ni sebenarnya senang saja tapi kena ingat rule asas jalan raya.... itu je. Apapun sekian saja coretan kali ini........wassalam...


Khamis, 4 Mei 2017

Lesen oh Lesen : Marathon 6 hari kelas memandu...(Part 1)

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Pertama sekali aku minta maaf sangat-sangat pasal aku dah dua minggu tidak mengemaskini blog aku....macam hampir-hampir mau 'bersawang' blog ni. Tak mengapa. Hari ini aku nak sembang pasal marathon pengalaman aku datang kelas memandu di pusat Institut Mandu Cekap di Jalan Mantap Seksyen 25 Shah Alam bermula pada dua Jumaat lalu (21 April) sampailah Jumaat lepas (29 April).

Sekadar mukadimah, sebenarnya aku dah lama tunggu untuk teruskan belajar memandu sampai dapat lesen memandu percubaan dari bulan Februari lagi sejak aku dah lulus ujian KPP01. Cuba kira berapa bulan aku menunggu untuk menyertai kelas memandu ni....bukannya apa nanti bulan Mei ni dapat UPU pastu masuk kolej bulan berikutnya (khuatir kena tinggal hostel la, melainkan kalau masuk universiti swasta macam sepupu aku). Tapi bukan salah sekolah memandu la sebab nak kena agihkan jadual kelas kepada yang ambil manual (yang memang confirm ramai). Untuk pengetahuan korang, aku ambil auto je...

Mesti ada yang tanya, apahal kau ambil kereta auto bukannya manual yang majoriti ambil lesen?? Sebenarnya aku memang nak ambil manual sebab ada yang mengatakan bahawa kalau ambil manual, boleh bawak kedua-dua jenis motorkar (manual dan auto). Tapi malangnya, rumah aku tak ada langsung kereta manual. Dulu ada Perodua Viva tapi sekarang sudah diserahkan kepada sepupu. Kenapa tetiba aku cakap pasal ada jenis kereta si fulan ada atau tidak? Jawapan aku, nanti selesai saja kelas belajar memandu nanti bolehlah menggunakan kereta yang ada kat rumah untuk berlatih secara harian. Tak payahla nanti ingat masa kelas memandu tapi lupa lepas kelas habis.......

Apapun aku mulakan coretan marathon 6 hari kelas memandu....

21 April 2017
Petang tu, aku baru habis solat Jumaat di Surau Al Islah dan kena bersiap sebelum masuk ke kelas memandu. Abah pun ada nak hantar aku ke kelas memandu, sebenarnya Abang Shahmil pun ada sekali untuk hantar ke Pusat Mandu Cekap. Instead, I went to that driving class with abah.

Pukul 2.30 petang, abah hantar aku ke Jalan Kristal yang menempatkan cawangan Pusat Mandu Cekap untuk dihantar oleh Uncle Sujend. Selepas tiba di pusat memandu, aku menunggu sekejap untuk memulakan kelas memandu. Jujur aku katakan pada awalnya memang aku semangat untuk belajar memandu..... Akhirnya, aku dapat jugak berguru dengan seorang tutor.

Pertama sekali, aku diajar tutor untuk membuat Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) secara tertib (bukan main sebut je ye) daripada roadtax sampailah ke tayar kiri hadapan...Rasa panjang pulak nak ceritakan bagaimana susunannya tapi tak mengapa mungkin aku ringkaskan macam ini....Mula-mula cakap nama, nombor I/C serta tarikh berakhir lesen (maksud aku lesen L la) dan sebut roadtax, nombor plat dan tarikh roadtax berakhir. Kemudian, cermin hadapan, wiper hadapan, bonet hadapan, lampu hadapan, lampu isyarat hadapan, bumper hadapan dan nombor plat hadapan dalam keadaan baik......

Lepas tu pulak kena periksa enjin pulak. Rasanya part ni la mungkin ramai malas nak buat (nasib baik ada rutin sebelum memandu). Kena bukak bonet depan dan tengok paras air baterinya macam mana? Cukup tak air wiper? Adakah tangki air radiator di paras maksimum? Adakah air radiator mencukupi (tapi bila panas jangan memandai pulak nak bukak yeee)? Paras minyak brek di paras maksimumkah? Lepas tu, kena bukak batang penyukat enjin untuk dilap untuk dimasukkan balik lepas tu bukak balik untuk tengok paras mana sudah sampai, Kemudian, semak pulak tali sawat, adakah dalam keadaan baik? Then, tutup pulak bonet hadapan.....

Lepas tu pulak pergi ke kereta sebelah kanan lalu semak tayar, bunga tebalkah, angin cukup ke dan adakah keadaan fizikal baik? Kemudian, semak pulak lampu isyarat sisi , cermin sisi, cermin pintu depan belakang, serta tayar belakang, adakah semua keadaan baik?

Kemudian kereta belakang pulak, semak lampu brek ketiga, cermin belakang, wiper belakang, lampu belakang, lampu undur dan isyarat kiri dan kanan, bumper dan nombor plat....adakah semua dalam keadaan baik? Selepas itu bukak pulak bonet belakang. Yang ni lain sikit, check tayar spare (sama sebutan bagi tayar lain), dan ada tak jek, lampu amaran segi tiga, dan nat pemutar? Akhir sekali barulah kereta kiri dan sama saja item kena sebut tapi terbalik.....

Masa pengajaran RPK sedang dibuat, kawan sekolah aku Syakir Hamizan pun ada. Masa tu dia sudah pun dalam KPP03 dan aku ingat dia akan drive kat luar....maybe aku lupa apa dia cakap. Selepas habis RPK, tutor pulak ajar aku macam mana rutin sebelum memandu...ni aku nak kongsikan kat korang....

  1. Check brek tangan, mesti dalam keadaan baik.
  2. Selaraskan tempat duduk.
  3. Pastikan tali pinggang berfungsi (pastikan dua kali 'tersekat')
  4. Tangan pegang stereng dalam jam 10 dan 2.
  5. Kunci tu bukak sampai on, check pulak takometer, speedometer, petrolmeter dan odometer dalam keadaan baik.
  6. Pastikan lampu amaran minyak enjin, periksa enjin, stereng, brek dan bateri dalam keadaan baik.
  7. Pastikan brek di kedudukan P (Park) dan hidupkan enjin.
  8. Pastikan cermin tengah dan cermin sisi kiri kanan dah diselaraskan.
  9. Semak pulak lampu isyarat kiri dan kanan, semua ok ke?
  10. Semak lampu kecil, rendah dan tinggi, semua ok?
  11. Check pulak wiper dan air wiper, berfungsi ke?
  12. Semak pulak lampu kecemasan..
  13. Bunyikan hon...
Selepas RPK dan RSM, aku ingatkan pada hari itu hanya kedua-duanya je, alih-alih ada sesi driving pulak, nasib baik masa tu perlahan dan dalam litar sahaja cuma belum lagi diajar pasal apa benda yang kena buat masa dalam litar..cuma drive ikut arahan tutor saja. Habis pukul 5.30 petang....pada hari itu jugak, aku terjumpa kawan sekolah aku Syakir Hamizan yang turut join kelas memandu ni.....
Jumpa kawan....hehe

22 April 2017
Pada hari itu, aku diajar pulak untuk sikit-sikit dalam litar....Sebelum aku masuk dalam litar, aku latih pusing-pusing kereta bagi kasi ok bawak kereta termasuk cara buat pusingan besar. Tak ingat pulak berapa pusingan aku buat. hari itu aku belajar pasal meletak kereta, pusing 3 penjuru dan pusingan Z. Setakat ni macam ok sikit la....kena banyakkan training.

23 April 2017
Hari itu, parents aku dan adik aku semua balik kampung. Aku sorang saja tinggal di rumah namun mujurlah ada Abang Shahmil untuk menghantar aku ke pusat memandu. Dalam perjalanan ke sana, aku lebih memilih untuk menggunakan laluan tanpa tol, cuma kena hadap traffic light la. Pada hari latihan tersebut, sebahagian besar masa dihabiskan dalam litar cuma masih belum lagi sepenuhnya mempelajari lagi tentang naik bukit dan masuk ke pusingan S. Tak ingat pulak dah belajar ke belum pada hari itu......

Tapi sebelum balik, aku latih kali pertama memandu atas jalan. Aku memang ada sedikit gabra sebab baru pertama kali memandu di luar pusat memandu yang memang confirm banyak kereta ke sana ke mari. Mula-mula sekali, aku pusing ke kanan ke Jalan Jitu dan sampai ke jalan besar, masuk ke kiri....dan ada juga masa pergi ke bulatan untuk masuk ke pukul 3. Aku cuba nak ingat balik, kalau nak masuk selain pukul 9, kena di lorong kedua dan kena tunggu tak banyak kereta lepas tu baru boleh teruskan perjalanan...jangan main jalan terus tak tengok kereta!

Cuma yang silapnya di sini yang perlu diperbaiki, masa nak menghampiri pusat memandu tersebut, aku ingat aku pernah terlambat nak masuk ke kiri yakni pintu masuk ke pusat tersebut. Nasib baiklah tak terlanggar kereta yang satu lagi yang mahu keluar dari pusat memandu tersebut dan masih lagi boleh mengawal kenderaan sampai betul-betul masuk ke dalam lorong. Itu yang tutor tegur aku tu.......setakat ni aku boleh lagi sabar lagi...hehehuhu....

Apapun sampai di sini saja coretan marathon kelas memandu part 1 pada hari ini. Insya-Allah akan bersambung lagi dalam entri akan datang...Wassalam....

Selasa, 18 April 2017

Awas! Sistem AWAS sudah berkuatkuasa!!

Assalamualaiuum dan salam sejahtera,

Hari ini aku nak sembang sikit pasal sistem AWAS (Sistem Keselamatan dan Kesedaran Automatik) yang baru berkuatkuasa pada hari ini. Sistem AWAS menggabungkan sistem AES yang tangkap gambar yang selalu buat had laju biasanya, dan sistem KEJARA yang tolak mata demerit kepada sessiapa yang melanggar peraturan jalan raya. Aku mula tau masa aku belajar kursus memandu 6 jam Januari lepas...

Dua Jumaat yang lalu, aku ada terbaca muka depan surat khabar the Star yang memfokuskan tentang butiran penting pasal sistem AWAS yang akan berkuatkuasa pada 15 April (yakni kelmarin). Apa yang menarik perhatian aku ialah peruntukan demetrit kepada kenderaan berat dan kenderaan biasa yang 'gatal tangan' nak bawak kereta melebihi had laju....

Nak tahu, LEBIH 1 KM/H DARIPADA HAD LAJU PUN KENA DAPAT DEMERIT JUGAK YERR!!!!! Selain itu jugak, kalau korang buat kesalahan sampai kutip 20 mata, lesen kena gantung tau...Kalau masih tak serik-serik, banyak mata boleh sampai dibatalkan lesen! Tapi kalau dah insaf, kena hadiri kursus pemulihan la....

Begitu jugak artikel daripada akhbar yang sama pada 14 April (sehari sebelum penguatkuasaan)....

Aku mula teringat percutian aku bersama keluarga aku ke Australia akhir tahun lepas. Seperti yang korang tahu, sebahagian trip kitaorang pakai kereta je dari Gold Coast sampailah ke Melbourne. Ni jaraknya dua kali ganda Lebuhraya Utara Selatan E1 dan E2 dari Padang Besar sampai Johor Bahru.....had lajunya pulak sama saja dengan lebuh raya ekspres di Malaysia.

Kadang-kadang aku selalu jeling mata kat takometer masa abah tengah memandu. Aku ingat jarang sangat jam penunjuk melebihi 110 km/h. Peraturan jalan raya di Australia lebih kurang ja macam di Malaysia ni cuma penguatkuasaan agak okay jugak la. Kalau kat sini, rata-rata pemandu main bantai je had laju macam jalan ni atok diorang punya! Macam Dwanye Johnson habaq dalam temu bual Fast and Furious 8 kata ''Hey, you think your grandfather's road ah??''...haha

Sekadar throw back......kengkadang selalu tengok takometer...
Rasanya ok jugak kalau kenakan saman kalau melebihi had laju...nak tahu lagi pasal sistem AWAS yang mengandungi sistem KEJARA ni....korang baca ni..

http://careta.my/?p=27939

Bagi aku, kerajaan bukannya nak naya korang ke apa ke.....kalau korang tak salah kenapa takut nak kena saman? Apa yang kerajaan buat ini untuk keselamatan korang jugak, jangan harap je infrastruktur jalan raya kelas pertama tapi mentaliti pemandu KELAS KETIGA! Ingat, tempat yang korang nak tuju ni tak lari ke mana pun......nak elak lambat? Kenalah merancang masa.....

Itu saja coretan aku hari ini....wassalam

Isnin, 10 April 2017

Hari Anugerah SMK Seksyen 7 Shah Alam 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Hari ini aku nak kongsi cerita pasal Hari Anugerah SMK Seksyen 7 Shah Alam 2016. MUngkin ada yang tanya, aik apahal 2016 bukannya 2017? Tula, itu untuk pencapaian yang tahun lepas la bagi SPM dan PT3 2016. Pasal hari anugerah pulak, pernah sekali masuk 2 tahun lepas, klik untuk baca lagi. (I was mistakenly put 2015 in this article because it was 2014 to commerate the last year's). Hari anugerah tersebut diadakan pada 7 April 2017.

Tak macam hari-hari biasa yang sebelumnya, aku kena siap dalam pada masa sama adik-adik aku nak bersiap untuk pergi ke sekolah. Sementara menunggu parents aku bersiap, aku isi perut sikit dengan makan roti jem sambil tengok TV. Pukul 7.35 pagi, aku terus ke sekolah bersama parents aku. Kedatangan kami dialu-alukan dengan ucapan selamat datang daripada PM (Pemimpin Murid). Shabil time tu, baru nak keluar untuk mulakan tugas. Mak cik jaga tu jugak sempat lagi bergurau dengan bertanya, pergi sekolah ke? haha!!

Selepas itu, kami pergi ke tempat pendaftaran pelajar yang hadir pada majlis tersebut. Bekal makanan dan botol air mineral turut disediakan kalau-kalau untuk bersarapan selepas majlis tersebut berakhir. Nombor giliran turut diberikan, aku giliran ke-52. Mikhail pun ada datang tapi bukanlah sebagai penerima anugerah tapi tukang ambil gambar la.....Eddie dan Azwar pun mai tapi sebagai penerima anugerah.
Ada sikit presentation...
Bacaan Doa..



This is Zul...

Ngan Eddie..

Masuk ke dewan terbuka terus ambil tempat duduk berdasarkan nombor giliran yang ditetapkan. Aku duduk di antara Eddie dan Qistina yang juga dapat bilangan A yang sama dengan aku...Sabrina, jiran aku pun terima anugerah jugak pada hari itu....Sementara menunggu majlis bermula, aktiviti sekolah pada tahun lalu ditayangkan.

Selang beberapa minit, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. Alhamdulillah, aku masih lagi ingat lagu sekolah. Selepas itu, bacaan doa pula menyusul lalu diteruskan dengan ucapan pengetua, Pn. Siti Salmiah bt. Yaakob. Apa yang aku ingat ucapan beliau ialah majlis anugerah ini diharapkan menjadi penyuntik semangat buat para pelajar yang lain khususnya SPM batch 2000 yang secara kebetulannya berhimpun di luar dewan terbuka. Selain itu, aku difahamkan dalam kedudukan sekolah pada tahun ini antara yang terbaik dalam 265 sekolah yang mengambil SPM (seingat aku la) dan diharapkan dapat dipertingkatkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Itu je yang aku ingat.....

Ucapan pengetua...
Selepas itu, majlis diteruskan dengan ucapan Yang DiPertua PIBG. Aihh....aku dah lupa sikit la apa yang diucapkan oleh YDP PIBG......
YDP PIBG tengah berucap....

Sarah ngan Azwar......
Majlis penyampaian anugerah pun dimulakan dengan para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PT3. Salah seorang daripadanya ialah , sama teammate pertandingan koir 3 tahun lalu. Kemudian, barulah giliran penerima keputusan SPM untuk naik atas pentas. Aku macam pelik sikit pasal sibuk ambil gambar sambil beratur menunggu giliran. Giliran ke-52 barulah aku naik ke pentas untuk menerima sijil dan cenderamata daripada pengetua sebagai tanda penghargaan dan itu saja anugerah yang aku dapat. Antara kawan sekelas aku yang turut mendapat anugerah ni ialah Zulqarnain dan Farah Farhana yang masing-masing mendapat 7A dan 6A.

Farah....
Adik Amin dapat....
That's me...
Fauziah dapat...
Hana pun dapat jugokkk...
Ngan Qistina...
Turun dari pentas, aku bersua kejap dengan Cikgu Rahayu, cikgu BM aku. Majlis selepas itu berehat seketika sebelum sesi kedua berlangsung dengan tarian tradisional daripada pelajar tingkatan 4 tahun ni.


Sesi kedua pulak bersambung dengan anugera besar-besar pulak. Pelajar terbaik bagi aliran sastera ialah Farahanis manakala pelajar terbaik aliran sains pulak jatuh kepada Nur Syarina yang juga kawan sekelas aku masa dalam Imtiyaz. Tokoh Pemimpin terbaik pulak jatuh kepada member sekelas aku, Zulqarnain!


Baekkk ahh Zul....
Aku lupa pulak sebelum atau selepas itu, ialah anugerah panitia terbaik bagi setiap panitia...
Cikgu Zaini (hmmm....tak dapat jumpa pada pagi tu pasal ada hal)

Cikgu Norshimah...

Cikgu Norafidah...

Maka selesailah majlis anugerah tersebut selepas anugerah-anugerah tersebut telah selesai diberikan. Selepas itu, kawan aku, Azwar memberikan sedikit sebanyak kata-kata inspirasi kepada para pelajar yang akan menghadapi SPM tahun ini. Dia ada sedikit berkongsi tentang macam mana nak berjaya macam dia serta cara belajar....hehe

Kini sesi bergambar pula bersama-sama dengan penerima anugerah dengan pengetua, pentadbir sekolah, PIBG (termasuk abah) dan kawan-kawan aku yang menerima anugerah. Habis sudah, aku pergilah sibuk bergambar....terutamanya kawan-kawan Imtiyaz iaitu, Umar (juga kawan sekelas Akaun). Azri, Firdaus, Wafi dan Amin. Lepas itu, kami pergi terus jumpa Ustazah Rodziah untuk bergambar di hadapan bilik Ibnu Khaldun.....

Ustazahhh....
Kemudian, aku ikut jugak depa pi ke bilik kaunseling...tak tau la takat nak ambil gambar ke apa ke? Sempat jugak aku berbual dengan cikgu Farah Wahida.....dan Cikgu Santy...

Dalam pada itu jugak, kami pergi jugak ke 3 Imtiyaz dan 2 Imtiyaz bersama-sama dengan ustazah untuk jenguk-jenguk sekejap. Adik kepada Zuhri (kelas 5 SC AK), Zahiruddin pun ada. Kat 3 Imtiyaz, kami bersalaman kepada adik-adik 3 Imtiyaz yang bakal menghadapi PT3 tahun ni. Ustazah sempat lagi buat lawak pasak Syahir, yang bukan kelas Imtiyaz tapi macam saje je ikut...hehe. Lepas tu, kami pergi pulak ke kelas 2 Imtiyaz. Time ni kami masuk dan aku pulak 'terpaksa' kena bagi ucapan. Macam tergagap-gagap pasal tak tau nak cakap apa pasal kena spontan kan. Lepas tu Azri bagi ucapan pulak...........Lepas tu aku bagi ucapan pulak tapi kali ini ok sikit la walaupun ada gagap sikit-sikit. Overall, ni pasal kongsi cara nak belajar.....

Aku bagi ucapan......

Apee ni Azri....
With Azwar and Mikhail....

Selepas itu, aku mula berjumpa dengan cikgu-cikgu yang ada di kantin termasuk guru Bahasa Inggeris aku, Teacher Rauzani. Lepas tu, aku makan nasi lemak sekejap yang diberikan masa di kaunter pendaftaran ngan Abah dan Mummy. Lepas itu, aku berjumpa dengan cikgu-cikgu yang ada di bilik guru. Aku tak mahu cerita panjang pasal ni....biar gambar berbicara berserta dengan caption...
With Teacher Rauzani...

Guru kelas aku....Cikgu Noorzilawati...

CIkgu Rohaida...wa punya guru Add Math
Cikgu Akaun aku, Cikgu Raihan
Dengan Ustazah Norhayati, Ustazah Noridzan dan Ustazah Hayati.....
Thank youuuuu...Cikgu Haslinda..

Pukul 12.20 tengah hari, aku balik dengan adik aku, Shabil. Tertanya-tanya aku, awat balik 12.20 tengah hari, bukannya 12.30 tengah hari macam sebelumnya?? Aku berjumpa dengan Teacher Yogeswary dan ada aku tanya pasal tu....pasal ada hari yang kena balik 1.20 petang pasal silibus mata pelajaran yang baru bagi tingkatan 1 tahun ni. Tetapi bagi mengelakkan 'pilih kasih', semua tingkatan standard balik pada waktu baru yang ditetapkan. Apapun akhir kalam, aku ucapkan tahniah kepada semua yang dapat anugerah tersebut dan jadikannya sebagai kenangan.....itu saja coretan aku pada hari ini...Jumpa lagi rodong-rodong semua! Wassalam......

Selasa, 4 April 2017

Sehari Menziarahi Kawan.......

Asslamualaikum dan salam sejahtera,

Semalam, aku bersama abah aku ke rumah kawan aku, Syukri Akmal, member aku dari kelas 5 Sains 2 yang kehilangan bapanya akibat kanser pada hari sebelumnya. Kami menerima berita sedih tersebut melalui WhatsApp group PIBG SMK Seksyen 7 Shah Alam milik abah aku ketika kami bersama keluarga aku berada di Ampang. Secara peribadi aku terkejut menerima berita tersebut maka aku membuat keputusan untuk ikut abah aku ke rumahnya pada keesokkan harinya yang turut disertai oleh Biro Kebajikan PIBG SMK Seksyen 7. Sebagai kawan, aku harus menziarahi kawan yang menghadapi dugaan......

Pada petang itu, sejurus selepas aku bersama keluarga aku pulang dari Sunway Pyramid, kami terus saja menunaikan solat Zohor. Aku bersama abah aku pergi ke rumahnya selepas solat namun sebelum itu, kami singgah di Masjid Seksyen 7 terlebih dahulu untuk pergi secara rombongan. Uncle Terrence Jimbau (Mikhail pun ikut sekali) turut bersama ikut ke rumah Syukri. Sementara menunggu rombongan lain sampai, keluar kereta dulu la nak jimat enjin punya pasal.....

Tak jauh pun rumahnya dari masjid tersebut. Dekat kawasan rumah teres Jalan Plumbum itu saja (jangan ingat Jalan Plumbum itu setakat rumah flat je). Kereta abah aku terpaksa letak jauh sedikit di tepi bahu jalan besar kalau-kalau nanti senanglah nak membuat pusingan-u.

Time nak berjalan ke rumah Syukri, Mikhail and parents pun sudah mari. Ramai jugak beberapa orang PIBG datang ke situ. Kemudian, aku terus berjumpa dengan Syukri selepas bersalam dengan beberapa orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarganya yang berada di situ. Selepas itu,  'sesi' bersembang dengan Syukri serta Mikhail, Abah dan Uncle Terrence pun bermula.......

Tiga member...haha

Cikgu Raha, cikgu yang pernah memangku kelas 5 Akaun sebagai guru Bahasa Melayu sewaktu Cikgu Rahayu bersalin, juga turut hadir. Dalam bersembang tu, Syukri pun bercerita tentang keadaan ayahnya sewaktu menghidapi kanser. Jalan cerita sebelum meninggal lebih kurang saja dengan masa arwah nenek aku (sebelah mummy) meninggal hampir 3 tahun yang lalu. Aku memerhati keluarga Syukri terutamanya ibunya tetap bermesra seperti biasa seperti mereka sudah bersedia....

Pada masa yang sama jugak, kadang-kadang sempat lagi nak mengambil gambar terutamanya aku...haha... especially tiga sekawan aku, Syukri dan Mikhail. Ini bukan lagi jumpa hari-hari macam masa di sekolah, sampai kadang-kadang sembang lama. Dalam perbualan itu jugak, sempat lagi berbincang universiti mana nak pergi lepas ni.....Ramai jugak yang nak ambil UiTM.....

Selepas itu pulak, sempat juga bersembang bersama Cikgu Raha...paling aku ingat cakap pasal vacation cikgu and the geng ke negara-negara Balkan (yang dahulunya sebahagian daripada Yugoslavia) dan juga Turki. Agak lama aku berbual dengan cikgu......
Bersama Cikgu Raha...


Sembang-sembang....

Bergambar sebelum pulang.....

Rasanya tak perlulah aku cerita panjang pasal ziarah ni......pada pukul 5.15 petang, kami semua minta diri untuk pulang....

Itu saja coretan aku pada hari ini..Kepada my bro Syukri, stay strong bro and keep calm, carry on! .Wassalam.