Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,
Tadi aku ada cerita pasal
hari pertama aku di Johor Bahru (12 Jun). Kali ini hari kedua di Johor Bahru. Tujuan seterusnya adalah pergi ke Taman Tema Legoland Malaysia di Nusajaya. Ini kali kedua aku pergi ke Legoland selepas kali pertama pergi ke sana 2 tahun lepas.
Selepas selesai berkemas beg, kitaorang mula checkout dari Hotel Puteri Pacific. Sebelum nak bertolak dari hotel, aku bergambar sekejap Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan.
|
Bangunan Persada Johor |
Kitaorang sampai ke Legoland Hotel kira-kira 10.30 pagi. Sebelum nak sampai tu, abah pergi berpusing-pusing sekitar jalan nak masuk ke Legoland kerana nak cari tempat parking punya pasal...hehe. Selepas sampai di tempat letak kereta, kitaorang bawak barang lepas tu serahkan kepada receptionist. Tak boleh daftar masuk lagi pasal waktu petang baru boleh daftar masuk hotel.
Kitaorang makan-makan di KFC Medini Mall lepas tu lalu kitaorang beli tiket untuk masuk ke Legoland. Sebelum masuk ada sedikit persembahan.
|
Legoland |
Yang kat atas ni nak 'ketuk' siapa ye??
|
Paham-paham jela....panas masa tu samapi silau.... |
Ni aku belanja gambar awal-awal masuk Legoland.
|
APA KEHE DOK PANJAT PAGAR LAK..... |
Seterusnya kitaorang masuk ke Miniland yang menempatkan pelbagai model Lego.
|
Kuala Lumpur + Putrajaya |
|
Stesen Lama Kuala Lumpur |
|
Monorel bergerak |
|
Stesen Monorel |
|
Tak ingat pulak, pelabuhan Klang atau Tanjung Pelepas (mohon pencerahan0 |
Kemudian selepas itu, kitaorang naik Legoland Express...naik tren pusing-pusing satu Legoland.
Kemudian, kitaorang naik Remote Control Boat. Aku masa tu nak 'bawak laju sikit' tapi pasal nak pusing punyala lambat...aku tertinggal jauh belakang.....kohkoh...
|
Aku langgaq tepi.... |
|
Bodooo......tertinggal belakang sedangkan yang lain dah abis dulu...... |
Lepas itu, kitaorang pergi ke bahagian LEGO Technic. Tempat tu seronok sikit nak main. Mula-mula naik Project-X dulu. Yang kali pertama aku tak naik pasal aku masih lagi 'serik' naik roller-coaster yang buat memeningkan kepala aku. Tetapi kali kedua, AKU IKUT SEKALI. Rupanya, masa tengah laju tu, tak la pening sangat.
|
Ni yang cubaan pertama....tapi yang kedua tu aku ada sekali. |
Kemudian. aku dan adik-adik aku naik AQUAZONE Wave Racers. Seronok katanya pasal, aku punyala dapat pusing-pusing sambil elakkan air terkena kat aku. Paling kelakar, lepas dah naik, ada butang nak buat air 'meletup' , masa tu nak elak kena air tapi akhirnya terkena jugak pasal tak tau mana nak elak. Masa tu, aku ingat naik sebanyak 2 kali.
|
Berpusing-pusing |
Puas berseronok di situ, kitaorang pergi ke bahagian Lego Star Wars. Ada siri animasi pendek pasal Lego Star Wars (aku pun tak ingat apa shownya). Selepas itu, kitaorang pergi ke satu tempat ada pameran episod-episod Star Wars versi Lego...biar gambar berbicara....
|
ni sebelum masuk..... |
Selesai bahagian Star Wars....
|
''Kurang ajaq hang ketuk pala aku.......hehe'' |
Masuk pulak bahagian Lego Kingdom lepas tu.....
|
Oooo...tido yeee...lu mau langsi sama gua...(hehe...acah-acah ala samseng) |
Aku tak naik dua-dua roller coaster dalam bahagian ni....cukuplah aku naik project-X. Aku tengok adik-adik aku dah naik 2-3 kali roller coaster ni
(The Forestman's Hideout). Lepas itu, abah duduk sebelah aku dan tak naik roller coaster yang lain. Rupanya pening punya pasal. Kemudian, aku ada ambil gambar adik-adikm aku naik roller coaster yang agak besar sikit
(The Dragon).
Selepas itu, aku duduk temankan abah berehat di Tattoo and Accessories. Shabil dan Shadiq pulak berseronok main permainan yang ada di sekitar Legoland.
Lepas kira-kira 2 jam 'melepak' di situ, kitaorang kembali semula ke Miniland...(hmmm...tak dapat pergi ke bahagian-bahagian ladin di Legoland
|
Dracula sudah marii.... |
Miniland....
|
Singapura |
|
Taj Mahal |
|
Bali |
|
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien |
|
Rumah-rumah kampung setiap negeri di Malaysia |
|
Johor Bahru |
Dan tarikan terbaru ialah Istana Bukit Serene versi Lego. Baru pagi tadi dirasmikan Sultan Johor...(patutlah aku nampak kenderaan baginda lalu semasa nak masuk Legoland Hotel)
Tak boleh jugak aku nak paparkan semua gambar.....nanti pergilah sendiri
Selesai sudah aktiviti di Legoland. Kitaorang kemudian mendaftar masuk ke hotel. Menariknya, masuk je dalam lif macam dalam disko. Masuk dalam bilik pun,
BUKAN SEBARANG BILIK BIASA. ADA HIASAN LEGO SEKALI.....
|
Sejarah Lego... |
|
Pintu pun...... |
|
Hiasan ala ala medieval tapi versi Lego |
Pada waktu malam, kitaorang keluar sekejap tengok Medini Mall. Kitaorang makan di Chicken Rice Shop je pasal ada sesetengah kedai dah tutup pasal waktu malam.....
BERSAMBUNG: Hari terakhir....