Ahad, 29 November 2015

Cuti ke Jerman (28 November 2015)

Assalamualaikum dan guten tag....
Ini adalah sambungan cerita cuti aku ke Jerman.

28 November 2015
Sudah check in, pemeriksaan kastam lagi, naik aerotrain, sekarang kena tunggu masuk flight pukul 2.00 pagi (pukul 1.30 pagi kena pergi). Alang-alang tunggu, makan dulu di Old Malaya Kopitiam di Terminal Satelit.

Pukul 1.20 pagi, kitaorang pergi boarding masuk kapal terbang Etihad. Tunggu dalam sejam lebih tunggu flight, kapal terbang kemudian berlepas pukul 2.20 pagi. (Orang tengah tido time tu.)

Dalam 6 jam dalam kapal terbang, kerja aku tidur je......aku pun masa tu kenyang lagi lepas makan kentang goreng. Selepas 6 jam, kitaorang sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi. Pergi pulak flight transfer ke Frankfurt. Agak jauh jugak kitaorang berjalan ke terminal 3. Sampai di sana, kitaorang 'melepak' sekejap dan menunaikan solat subuh selepas itu.

Daftar masuk kira kira pukul 8.30 pagi waktu tempatan. Kapal terbang seterusnya adalah ke Frankfurt dan mula terbang pukul 9.10 pagi waktu tempatan.
Abu Dhabi Airport
dalam kapal terbang ke Frankfurt
Meninggalkan Abu Dhabi...
Selepas 6 jam seterusnya, akhirnya kitaorang sampai jugak ke negara Jerman di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt. Selesai ambil beg dan minta sewa kereta kitaorang bergerak ke Hotel Comfort yang terletak berdekatan dengan lapangan terbang. Tapi kali ini abah kena pakai left drive berbanding di tanah air.

Kereta yang kitaorang pakai ialah kereta mpv. Kecil je tapi boleh tampung jugak la.
Masa dah nak sampai
hampir touch down

Inilah hotel kitaorang tinggal.
Bilik kitaorang boleh tahanlah sederhana sikit......
Malam itu, kitaorang rehat di hotel sahaja. Esoknya pula kena bertolak ke Dortmund dan terus ke Berlin pada hari yang sama. Tunggu sambungannya......


Boleh katakan ini rupa bilik kitaorang

inilah kereta yang kitaorang pakai....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan