Jumaat, 27 November 2015

Pra-Cuti ke Jerman 2015

Assalamualaikum,

Entri kali ini nak cerita pasal percutian aku dan keluarga aku ke Jerman (sebenarnya belum lagi pergi). Sebenarnya keluarga aku dah rancang nak pergi ke negara itu dah lama dah. Selepas percutian kitaorang ke Eropah tahun lepas, kalali ini nak pergi ke Jerman pula. Mummy dan abah dah buat keputusan nak pergi ke sana awal tahun ini. Aku dengar masa diaorang dah sahkan beli tiket Etihad ke Frankfurt.
Lokasi negara Jerman....


Nak cakap pasal Jerman ni memang menarik. Asal ingat Jerman, ingat Adolf Hitler, pemimpin terkemuka masa Perang Dunia II. Tetapi sebenarnya lebih daripada itu...

Fakta menarik tentang Jerman atau 'Deutschland':

i) Luas Jerman hampir-hampir seluas Malaysia cuma lebih besar sedikit  (Jerman: 357,114 km persegi; Malaysia: 330,803 km persegi)

ii) Sistem pemerintahan Jerman sama seperti Malaysia iaitu sistem persekutuan cuma kaedah perlaksanaan federalisme mereka agak berbeza.

iii) Jerman juga antara negara pengeluar kereta terkemuka dunia....semua orang tahu tentang jenama BMW, Mercedes-Benz, Audi dan banyak lagi.

iv)Perhati saja peta negara Jerman, rangkaian lebuhraya dan jalan raya agak banyak dan meliputi seluruh negara. (Di Malaysia, kita ada Lebuhraya Utara-Selatan E1 E2, Lebuhraya Pantai Timur dan lain-lain bagi Semenanjung Tanah Melayu; dan Lebuhraya Pan-Borneo yang kini kerajaan tengah nak dok naik taraf jalan jadi jalan raya kembar, rasanya lebuh raya ekspres belum masanya lagi).

v) Negara Jerman atau dalam bahasanya 'Deutschland' merupakan negara maju selain Jepun......

banyak lagi aku nak bagitau...

Bangunan Reichstag...parlimen Jerman (Ihsan: www.wallcoo.net)

Sistem lebuhraya ekspres di Jerman.....nak rasa bawak pakai ni...tu pasal nak pakai kereta
(Ihsan; Wikipedia)


26 November 2015 
Tinggal sehari saja sebelum pergi ke KLIA ambil flight. Malam itu aku macam terfikir kejap apa barang yang aku nak bawak.

Dalam nak siap pergi ke Jerman, aku terfikir ada tak kawan-kawan aku yang lain nak pergi ke luar negara. Aku ingat orang sangka aku ni orang kaya. Dua kawan sekelas aku, ikut lawatan bersama sekolah ke Jepun manakala, seorang lagi kawan aku pergi ke Korea. Aku tak tahulah ada tak member-member aku pergi ke luar negara.

Selepas selesai solat Isyak, aku ambik barang yang aku ada post dalam Instagram aku (lihat di bawah). Ada jugak orang komen. Andak, abang Shahmil dan abang Shahmi datang lepas tu.....ada la sembang-sembang pasal vacation kitaorang. Andak pernah cerita pasal berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi sewaktu transit ke Muscat, Oman. Masa tengah transit tu, pintu masuk ke kapal terbang punyalah jauh. Mungkin itu yang akan berlaku kat kitaorang bila sampai nanti untuk ke Frankfurt.

Masa tu, memang tak ada masa nak berlengah-lengah lagi. Mungkin kena berlari-lari, takut-takut nanti jadilah macam movie 'Home Alone' kalau leka sikit, kiki......

Ada gak cerita pasal cuti-cuti tapi aku tak berapa dengar sangat. Lepas mereka dah balik, mummy ada kemas-kemas barang sebelum keesokan harinya. Ada kena ambil pakaian, barang dan lain-lain.
Barang penting nak bawak....
Jadual esok harinya, petang pergi ke rumah di Ampang, kemudian ke KLIA pada waktu malam. Flight pakai Etihad pukul 2.00 pagi kena masuk.....

Apapun, nanti aku catat lagi dalam entri yang akan datang. Insya Allah.  Doakan aku selamat sampai ke destinasi...Assalamualaikum....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan