Jumaat, 27 November 2015

Cuti ke Jerman (27 November 2015)

Assalamualaikum korang semua.....
Hari ini dapat la aku menulis dalam entri terbaru aku, aku punya percutian ke Jerman. Tadi aku ada tulis pasal pra cuti pasal semalam

27 November 2015, hari pertama,
Lepas solat, mengaji aku  kena mandi pasal kena hantar Kak Fitri ke Pelabuhan Klang dan sarapan. (Time kat pelabuhan tu, terkejut aku ada anjing tengah tidur kat pondok guard. Nasib baik tak bangun). Lepas dah hantar, kitaorang sarapan pagi di kedai mamak berdekatan di Pelabuhan Klang. Awalnya nak makan kat McDonald tapi pasal tak de parking punya pasal, terpaksalah makan di tempat lain.

Lepas balik rumah sekejap, kitaorang pergi ke Kompleks PKNS pasal mummy ada urusan sikit. Aku, adik beradik dan abah jalan-jalan sekejap sekitar kompleks. Lepas tu, tengok tengok sekejap di kedai buku. Kemudian, pergi pulak ke Plaza Shah Alam. Mula-mula sekali, ada pergi masukkan game dalam psp (jujur nak cakap dah lama tak main psp, asyik main internet, xbox dan tablet je). Lepas tu pulak, kitaorang layan lunch di Chicken Rice Shop pastu pergi ke Giant itupun pasal nak beli sos cili.

Petang pula, dapatlah menunaikan solat jumaat kat Surau Al Islah. Selepas selesai, kitaorang buat kemasan akhir sebelum kitaorang keluar. Kitaorang keluar dari rumah kira-kira pukul 3.30 petang. Kitaorang singgah dulu di rumah atuk di Ampang sebentar.

Lepas selesai solat Maghrib dan Isyak jamak qasar, kitaorang bertolak keluar ke KLIA kira kira dah nak dekat 8.00 malam. Sampai dalam pukul 9.30 malam, itupun jem punya pasal di MRR 2. Cehh......

Selepas bersalaman dengan wan, atuk, pak su, kitaorang pun masuk airport. Mulanya nak cari mana ntah kaunter check in bagi Etihad, rupanya belum buka lagi. Katanya pukul 11 00 malam. Apa lagi, kitaorang lepak la di tempat duduk. Sambil itu, aku bersosial pakai Insta, Whatsapp.......

Selingan gambar gambar di KLIA

Ini sahaja catatan aku kali ini, terkini, belum masuk flight lagi. Pukul 2 pagi baru masuk.
Tungguuuuu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan